SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

September 07, 2010

Sarawak


Salam sejahtera dan selamat berbahagia... Sari berita terkini.... Lihat kepada tajuk utama(mana? tak ada tajuk pun.)...  Sudahla kau!

Baik,saya mula ya... Macam ni nak cerita... Kan sekarang dah nak dekat raya,jadi hati ni ada rasa rindu pada keluarga nun jauh di sana,Sarawak. Kasi Bold lagi, SARAWAK. Entahlah,tiba-tiba terdetik nak fikirkan orang di sana. Sila alihkan mata anda ke gambar di atas. Saya fikir nak tag rakyat-rakyat Sarawak dengan menggunakan kad ajaib di atas. Tapi tak jadi memandangkan ada yang tak berkenan di hati mengenai gambar tu. Ada yang kurang tapi malas nak cari. Akhir kata sebulat hati,saya biarkan gambar tu terbengkalai. Malas sudah mahu fikir.

Bilangan ahli keluarga delegasi dari Sarawak memang tak payah cakap la. Tiap-tiap tahun statistik meningkat dengan drastik dan jayanya tanpa sebarang kesulitan dalaman. Sumpah pesat membangun keluarga kami di sana. Ada tak aku cerita yang mak aku asalnya Sarawak??? Tak pasti kan?? OK! Tidak mengapa. Mari kita  mula cerita dari A ke Z.

Tahun lepas kami sekeluarga beraya di Bumi Kenyalang. Meriah tak terhingga. Bayangkan di setiap rumah mesti ada lampu yang lip-lap tu. Oleh yang demikian,kalau dilihat dari sudut yang satu lagi,pemandangan yang terhasil sangat indah bukan??? Bagaikan taman tema yang disimbah dengan percikan warna yang berkilauan. Lampu lip-lap tu pulak dihias mengikut bentuk rumah. PERG!! Hebat doh!!! Boleh bayangkan tak??? Cuba pejamkan mata. Cantik siot la! LOL!

Keluarga di sana ramai yang teramat sangat,jadi kalu suruh saya congak satu-satu pun rasanya tak boleh lagi nak dapat jumlahkan semuanya ada berapa orang. Satu hari saya pakai mesin teknologi,kalkulatar. Pun tak dapat jugak nak jumlahkan semuanya ada berapa orang. Bila dikira ada saja ORANG yang tertinggal. Penat sudah.

Pagi-pagi raya sang teruna muda dan teruna dewasa akan pergi masjid. Tinggal la si dara jelita dan jelitawan veteran di rumah menyiapkan juadah di hari raya. Lepas balik dari masjid,mulalah bermaafan dan seterusnya kami akan bergerak menuju ke rumah insan yang lebih tua. Gegeh la kau fatin!! Pakai ayat biasa sudah. OKAY!! Dah jadi adat kan? yang muda patut pergi jumpa yang tua. Yerla,saya ikut.

Hai.... Rindu la!! Rindu sangat. Sebenarnya memang saya rindukan sedara-mara di sana. Tapi tak tahu nak describe macam mana.

MINTA MAAF.

No comments: