SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

August 23, 2013

SELAMAT HARI RAYA MAK : PERMATA YANG HILANG


 # LAMBAT UPDATE
* Sigh!!!

Salam Alaykum semua,

Hey orang dah sebulan raya baru nak update cerita raya. Lapuk dah la.. Eshhhhhh

Well sebenarnya dalam hati tu niat dah ada nak update, tapi tu lah. Orang sibuk macam Fiqa tak sempat nak  spent time dengan blogang ni. Al - maklumlah siang dah penat keje, malam balik terus tido. Serupa orang tak ada life pun ada. Hurm....

Sukacita di maklum kan pada hari raya Aidilfitri 2013, Fiqa bangun jam 5.00 pagi untuk siapkan juadah raya. Ekcelli takde la juadah sangat, Fiqa bangun nak masak kuah laksa Sarawak. Seperti yang anda tahu, bonda tercinta telah kembali ke rahmatullah pada 23.4.2013  di Pusat Haemodialisis Dr. Ismail. Terlalu menyedihkan kalau nak berkongsi tragedi petang 23.4.2013. Pantasnya masa berlalu, diam tak diam hampir 6 bulan bonda tinggalkan kami namun riak wajah, bayangan, gurauan bersama masih segar di ingatan.

Pada kebiasaannya dalam sesebuah rumah pastilah IBU orang yang paling sibuk mengurus keperluan anak-anak di hari raya. Sibuknya ibu kemain lagi, mana malam raya nak susun kuih, susun baju suami, susun sofa , susun meja makan, susun langsir, susun semualah. Segala mak nenek akan dirombak semula setiap kali hari raya. Yo aaarr nak nampak cantik, keno lo susun. Pendek kata rumah tu akan berputar 360 darjah celcius bila tiba hari raya.  Ada ibu-ibu yang terlebih rajin tu, dia akan sapu cat.

Hoooooo???

Pagi raya jam 5.00 pagi aku bangun siapkan juadah raya. Memang terasa janggal bangun awal, pertama kali pulak tu. Dah tu aku sorang plak. Adessss. Sabo je ler.. Sumpah terasa sebak. Tahun lepas dan tahun-tahun yang sebelumnya aku dan bonda sibuk siapkan macam-macam jenis makanan sampai tak termakan kami sekeluarga. Tahun ni hilang rendang ayam bonda yang super duper sedap. :( Ayah upah kawan dia masakkan rendang, bila di makan langsung tak sedap. Rasa macam nak basi. Puihhh. Tak sama macam yang bonda masak. Sedihnya. Sesal tiada guna. Kehilangan bonda kehilangan yang abadi. Tiada pengganti. 

Siap masak, hidanglah, hias lah, semuanya Fiqa siapkan dalam pukul 9 pagi. Siap semua baru Fiqa mandi. Lepas mandi tu Fiqa tidur sampai pukul 11 pagi.Letih sangat-sangat. Tapak kaki pun melecet. Kebas semacam je.  Pagi tu lepas ayah dan abang Fiqa yang lagi dua orang balik sembahyang raya, kami gerak ke kubur.

Macam tak percaya orang yang kita kasih, orang yang kita sayang, sekarang berada di alam barzakh. Di alam kubur. Ingat-ingat balik tahun lepas seronok ketawa bersama, tahun ni diadah berada di alam barzakh. Sepi tak berteman. Macam mana saya nanti? :( Allahu Ya Rabbi. Bila duduk sendiri Fiqa terfikir juga, macam mana la nanti Fiqa di akhir umur? Senang ke? Susah ke? Masih dalam iman ke? :(

Muhasabah diri  banyak-banyak.


2 tahun setengah bonda sakit, badan susut yang amat. Dari berat 75 kg, dalam masa 3 bulan berat bonda susut sampai tinggal 44 kg. Mana nak cuci darah lagi, denan rawatan hospital lagi. Sedangkan Fiqa bila demam pun dah sakit teramat terbaring macam ular sawa, inikan orang yang ada sakit kronik. Apa-apa pun Fiqa salute dengan bonda. Waktu sakit tu bonda masih mampu masak untuk kami, macam-macam menu. Sungguhpun bonda sakit, ibu bukan alasan untuk bonda tidur. Hujung-hujung umur, bonda selalu bangun awal pagi. Fiqa bangun je siap dah makanan untuk lunch. Jam 10 pagi makanan tengah hari dah siap. Bonda kata kalau masak lambat-lambat panas. Jadinya bonda masak lah awal. Nak tunggu Fiqa ni, pukul 11.00 baru Fiqa start memasak. Ayah pun orangnya jenis yang makan awal. Sebab tu bonda masak awal

     

Kubur bonda kembar dengan kubur atuk. Sebelah kanan kubur nenek, sebelah kiri kubur atuk, sebelah atuk kubur bonda. Nak di ceritakan pengalaman hidup dengan bonda, memang penuh dengan sesalan. Banyak hajat di hati Fiqa yang tak tertunai. Fiqa nak buat macam-macam untuk bonda. Allahuakbar. Rindu di hati Allh saja yang tahu.

Selepas pemergian bonda, ayah lah yang ambil alih tugas bonda. Dari dalam rumah hingga ke luar rumah. Terasa nak menangis, sebak. Tak merasa dah rendang sedap bonda. Tak merasa dah ayam masak kicap bonda. Segalanya sementara. Entah esok lusa giliran Fiqa, siapa tahu?

Patah sayap kanan bila hilang bonda tersayang. Remuk hati, kecewa dengan diri sendiri tak sempat berbakti untuk bonda.



" Kalau sayang mak, solat lah. Doakan mak  sihat macam dulu."

Bonda selalu tanya kenapa dia jadi macam ni. Kenapa dia jadi macam ni.


.
.
.
.
.



:(
Selamat Hari Raya Mak.

August 22, 2013

"Giveaway Senyuman Maneh Menyerikan Suasana Hari Raya"

Assalamualaikum w.b.t,
Lama sudah tak buka blog kesayangan. Asyik janji nak post entry, tak post2 jugak. Heh! Malas bebenonyer..

Pertama sekali Fiqa nak ucapkan ribuan terima kasih pada readers yang rajin inbox pada Fiqa, nak suruh update entry. Hehe. Maaf seribu kali maaf, Fiqa sangat-sangat sibuk dengan kehidupan Fiqa. Kehidupan yang tak berapa nak stabil sekarang selepas pemergian bonda tercinta.

WELL!! WELL!! WELL!!

PAUSE.
Tettttttt....

Tak seberapa lama selepas Fiqa log in blog, terpampang GA dari GADIS KAMPUNG SEPARA BANDAR. Oleh kerana, terasa seronok bagaikan pertama kali LOG IN, Fiqa nak join contest GKSB. Simple saja rules. Kawan-kawan pun boleh join yea.

Bismillahhirrahmanirahim....



-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
RAYA KHAS 2013 SELEPAS 
7 TAHUN BERPISAH 

AL-KISAH raya kedua seperti yang di rancang lebih kurang jam 2 petang, kami keluar. Maka hari tersebut bermula jug duty aku sebgaia seorang pemandu terhormat. Pandulah aku kereta mengutip kawan-kawan yang bersepah di rumah masing-masing. KAHKAH. Penat, 5 orang, 5 lokasi.Nasib lerrr rumah deme dekat-dekat. Kalau jauh idak lerr teman nak g ngambik nyerr. Proses nak memungut kawan-kawan tak susah, kojap jer. Dalam 15 minit cenggitu.

Siap memungut pergi lah berjalan-jalan rumah terbuka. Memang terbuka lah rumah tu. Makannya berlonggok. Puih! Sumpah Fiqa cakap.....TERSANGAT KENYANG. Bihun sup tu sodap gillleeerrrr!!
Nak ikutkan hati Fiqa memang tak nak makan sebab kat rumah tadi dah hentam laksa 2 pinggan. Tu belum lagi di jumlahkan dengan makan ketupat,rendang,kuih segala bagai. Kalau di jumlahkan mungkin kita akan dapat jawapan dalam kuasa dua. Mungkin? 

Dan selepas selesai acara rumah terbuka, barulah kami keluar merendek beramai-ramai. 
Di sini saya sertakan beberapa keping gambar untuk :

GA Senyuman Maneh Menyerikan Suasana Hari Raya.


1. PERSEMBAHAN GAMBAR UNTUK GKSP.







Semestinya the best moment raya 2013, bersama sahabat tersayang, Najiha.
Perempuan ni boleh buat orang gelak tanpa henti. Stressssssss.

** CANDID.:)

Terima kasih kawan-kawan kerana menceriakan raya 2013 Fiqa.
Moga tahun depan kita berjumpa dan beraya bersama-sama lagi.

2. SLOGAN

 Saya nak menang produk Fair & Lovely kerana masuk bulan ni dah 6 bulan saya pakai FAIR & LOVELY, ia menjadikan kulit saya kembali cerah dan bersih seperti remaja. Aummm!

3. Fiqa dah follow blog dan LIKE page.:)

Sekian semua. Seperi kebiasaan bila dah siapkan entry GA, mestilah ada ucapan nak menang. Eh Fiqa nak la menang! Nak!

Sesiapa yang nak join boleh klik sini 

August 05, 2013

SELEPAS 1 TAHUN BERHENTI BLOGING. KE MANA SAYA?


Assalamualaikum diari online tersayang,

Lama sudah saya tak jengok awak kan? Maaflah, saya teramat sibuk. Terlalu sibuk dengan urusan harian. Dulu hampir setiap saat sy post entry. Entahlah, hilang minat sekejap. Kadang-kadang saya ingat dengan awak, tapi jari ni tak laju nak " jumpa" awak.



Banyak yang berlaku sepanjang ketiadaan saya menge-post entry ke blog. Bermula dengan duka saya berhenti belajar, hinggalah kesedihan selepas pemergian ibu tersayang pada 23.4 2013.

Saya hilang pertimbangan bila mak pergi secara mendadak, bayangkan pukul 3.00 petang arwah mak sihat. Menari-nari, makan, mandi sendiri, jam 5.30 Allah menjemput mak. Pantas sungguh. Baru sekejap tadi kami ketawa bersama, kami mandi bersama (saya selalu mandikan mak), kami tidur bersama. Datang jam 5.30 arwah mak pergi mengadap Ilahi. Allahhu Ya Rabbi terasa nak pengsan. Tak mampu menanggung pemergian insan tercinta. Sebak rasa hati bila terkenang saat-saat manis bersama. Terlalu sebak.

Dek kerana pemergian secara tiba-tiba, hampir 2 bulan saya hilang arah tuju. Fikiran terasa gelap, mata rasa kelabu, melihat sekeliling saya rasakan seperti melihat batu. Kosong. Kosong. Yang ada hanya bayangan mesra bersama arwah. Sungguh hiba rasa hati. Allahuakbar. Allah Maha Besar. :(

Suatu saat saya jatuh sakit, kerana terlalu merindukan arwah. Saya cuma demam biasa, tapi rasa tu amat-amat menyakitkan. Suhu badan sangat panas. Kepala terasa seperti di paku. Tajamnya MasyaAllah. Tak tahan. Waktu tidur saya kurang lena. Jam 8 malam sy sudah tidur, datang jam 2 pagi saya bangun. Saya di kejutkan dengan mimpi bersama arwah.

Allah Maha Mengetahui, ketika saya terlalu merindukan arwah, Allah hadirkan arwah dalam mimpi saya hampir setiap malam. Hanya Allah saja yang tahu betapa peritnya hidup tanpa insan tercinta. Setiap bayangan, setiap detik yang di lalui sangat mengguris hati. Apakan daya ini kehendak Allah. Dia lebih mengetahui baik buruk kejadian alam.

..........................................

Bersambung..............