SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

September 14, 2010

10 Kesilapan Wanita Dalam Bertudung



Jika sebelum ini kita telah berbicara soal lelaki ataupun suami.  Hari ini aku hanya ingin berkongsi sedikit sahaja perihal aurat wanita dan juga tudungnya. Memang isu ini dah banyak diperbincangkan tetapi apa salahnya untuk kita mengingatkannya kembali. Ianya tidak langsung bertujuan untuk  mewujudkan ketegangan antara lelaki dan wanita.

Usahlah nanti timbul pula rasa tidak selesa dikalangan kaum hawa . Anggap hanya satu perkongsian sahaja. Samada lelaki atau wanita , hanya fizikal kita sedikit berbeza tetapi hakikatnya kita diciptakan dari usul yang sama lalu menjadi manusia. Kemudian terciptanya batas-batas dan juga peraturan yang perlu kita patuhi bersama mengikut hakikat kejadian kita.  Tiada siapa yang dilebihkan dan tiada siapa yang dianaktirikan. Bukankah sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil.

Kesilapan Perempuan tentang Aurat dan Tudungnya.
Sebenarnya ini adalah perkongsian dari buku ustaz Zaharuddin Abd Rahman yang bertajuk Untukmu Wanita terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.

1) Kesilapan PertamaBagi Mereka Aurat itu hanya memakai tudung sahaja. – itu yang banyak terjadi atas bertutup bawah terdedah, sendat dan seksa.

2) Kesilapan Kedua Bertudung tetapi berkemeja T lengan pendek. – Ada yang bukan lengan sahaja pendek bajunya pun pendek. Bertudung tetapi pusat ternganga.. camna eak?

3) Kesilapan Ketiga Bertudung tetapi kain baju kebarungnya terbelah tinggi. – Ada yang sampai ke atas peha, seksa.. seksa…

4) Kesilapan Keempat Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit, dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’ – Banyak sangat yang macam ni.. mana-mana pun ada.. apa cerita?

5) Kesilapan Kelima Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya – Maaf cakap, tapi stail macam ini nampak banyak masa perhimpunan politik atau kempen pilihanraya.

6) Kesilapan Keenam Bertudung tetapi hanya dipakai dipejabat sahaja. Tidak disekitar rumah, pasaraya dan sebagainya. – Satu nak tanya.. Tuhan dia siapa?

7) Kesilapan Ketujuh Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah bahagian dada daripada bertutup. – Ada juga yang bertudung sampai paras telingan sahaja..

8.) Kesilapan Kelapan Bertudung, tetapi tudungnya amat nipis boleh dilihat sanggul, leher , tengkuk dan dadanya. – Sesetengah selebriti ada yang pakai macam ini. Emm.. tak perlu sebutlah..

9) Kesilapan Kesembilan Bertudung tetapi menaiki motosikal sambil menayang betis sepanjang jalan. – Ada yang bukan sekadar betis malah terus dinaikkan sampai kepeha.. adeh..

10 ) Kesilapan Kesepuluh….
 Yang seterusnya diharapkan anda membeli buku ini. Berfaedah untuk kalian semua. Beli tau... Berbaloi untuk RM 21. Mahal tapi berbaloi.

5 comments:

umisalmah.blogspot.com said...

insaf aq sekejap =)

__✿HARISA✿__ said...

biasa la.. pmpn skrg tutup rambut semata-mata. bkn tutup aurat.

Anonymous said...

Banyak lagi kesilapan yang lebih besar yang lebih mengguris perasaan.

-fg-

ctpayong said...

bertudung tapi baju jarang nak mampus. naik juling mata melihatnya dey.

__✿HARISA✿__ said...

haha... wanita skrg ct.....