SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

May 30, 2011

31st May 2011


Kaki rasa berat nak berjalan. Badan lembik,cmna esok?
Susah macam ni, kadang-kadang rasa macam nak give up. ::(( Sungguh aku tak larat.

I don't have strength untuk lalui apa yang berlaku. This is quiet challenging.
Can I say this is too much?

I've been crying so many times.



May 29, 2011

MY LAST HOPE. :(


THAT IS MY LAST HOPE.

THAT IS MY LAST REQUEST.

THAT IS MY LAST WISH.

THAT IS MY LAST THOUGHT.

THAT IS MY LAST FOR EVERYTHING.

" Be stong. Be strong. Be strong "

Fatin :::)))



Readers and cutty bummy kitten...
Lesson for today...


Seorang girlfriend yang baik akan selalu ada di samping Bulat walaupun sebenarnya saya sendiri selalu hilang akal. Betul? Seorang girlfriend yang baik akan selalu mandi awal, at least lepas Subuh supaya bau yang terhasil akan wangi. Betul? Seorang yang baik akan selalu siapkan makan pagi untuk Bulat, betul? Okay salah , ini tugasan lepas diijabkabulkan. Sabar, jangan gelojoh. Dan, seorang kekasih yang setia akan selalu mendendangkan lagu senandung sebelum kekasihnya tidur, betul? Walau pada hakikatnya Super Savers selalu lebih 45 minit lagi, 15 minit pertama saya sudah mengantuk. Beri lah saya AWARD ni... Saya teringin walaupun pada hakikatnya saya tak ada kelayakkan, sijil juga tak ada. IPTA juga tak menyediakan bidang pelajaran macam ni.



Seorang kekasih yang mulia juga akan selalu mengucapkan kata-kata manis pada buah hatinya walaupun pada hakikatnya saya selalu tinggikan suara. Itu lumrah, dibesarkan oleh ayah dan mak, dan ditimang-timang oleh dua orang abang menyebabkan saya menjadi sedikit kasar, banyak. Bukan sikit. Kata-kata manis  memang susah nak cari. Melainkan perkataan sayang,cinta,rindu... Itu baru macam bercinta. Bagi seorang perempuan besar macam saya, yang kebal dengan ayat macam tu memang perlu lakukan banyak latih tubi vokal supaya lidah lebih biasa untuk ucap I LOVE YOU. o----o  Pitching juga perlu selari supaya bila diucap nanti, tidak ada semut yang mati sakit jantung.


Bagi seorang perempuan, saya nakkan anak kembar. Agak keterlaluan mungkin. Bagus, saya ada inisiatif untuk berjaya. Maju.
 

Selamat Malam ))))
Selamat Malam... May I sleep in peace....  XO

May 28, 2011

12.19 AM


Saya harap ada benda nak ditulis.

Tunggu, PAUSE.

Tak ada juga.

Tunggu lagi. 

Pun tak ada.

Lipat kain lah.

May 27, 2011

TUDUNG


Hari yang sungguh suram. Sedikit pun tidak ada rasa gembira. Makanan yang sangat sedap juga saya rasakan sangat pahit, tak ada kesan langsung. Dikunyah-kunyah tak ada jugak rasa. Badan saya sudah menolak segala jenis makanan kah?

Around 2 p.m saya belajar pakai PASHMINA, given by Bulat. Meant that I'm going to see God :) Baik, as we know PASHMINA size bukan seperti selendang - selendang yang lain. Agak besar kelebarannya :) Penat saya pusing, tetap jugak tak jadi. Ada yang tebal di leher, ada yang labuh ke belakang, ada yang sesakkan nafas saya, ada yang terjelir ke depan. Ouh! Macam mana nih? Sumpah saya tak reti pakai PASHMINA. But I hope ONE FINE DAY saya akan pakai dengan penuh rasa bangga O___O Saya sedang belajar.

With the hope to wear tudung is one of my wish.

MAK : Adik, dulu adik pakai tudung. Sekarang kenapa tak pakai? Kan manis kalau perempuan pakai tudung.
AYAH : Mana tudung adik? Terbang?
Abang Faizal : Sebetulnya adik ni pakai tudung ke tak?
Omey : Pakai la tudung, perempuan nampak cantik kalau pakai tudung.

Kan? Betul cakap saya. Bila keluar rumah, saya banyak perhatikan perempuan rather than boys. Meant that perbezaan perempuan pakai tudung dengan yang tak pakai sungguh ketara.


SITUASI 1

Bila keluar rumah saya selesa dengan gaya tak bertudung. Rambut saya diikat kemas, kadang-kadang lepas. Bila dilepas, datang angin habis rosak dandan tadi :( Minyak  10 kilo pun tak ada gunanya. HAHA. Macam rambut orang gila. Besides, rambut saya panjang. Kalau tak jaga, susah la. :( Jadi kusut, tak terurus. Kemarin, bangun dari tidur, pukul 5.30. Pergi pasar malam yang tak berapa nak malam. Ermm.... Rambut saya biarkan tak terurus, malas nak sikat. Dalam seminggu akan ada 3 hari bertuah, hari tu saya akan sikat rambut sepuas-puasnya. Letak perapi dan segala bagai.Hasilnya angin datang habis terbang rambut. Benci!! Nak tengok jalan pun susah, nak pilih nasi ayam pun tersekat-sekat tangan. Benci ah!

SITUASI 2

JUBAH. Sayang, saya teringin nak pakai jubah hitam. Tidak pasti kenapa, tapi saya sangat dan terlalu menginginkan baju tu. Although baju tu mungkin panas, tapi kalau dipakai dan disarungkan ke tubuh yang ikhlas dengannya, pasti akan jadi sejuk kan? Pernah dengar orang cakap '' Kalau memasak, biar hati kamu senang hati dengannya. Bukan apa takut nanti masakan tak menjadi.'' The same goes to wearing jubah, since itu adalah pakaian terhormat wanita, pakailah ia dengan penuh kasih sayang serta ikhlas hati untuk menyentuhnya. 

Could you think how do I look kalau lengkap berjubah tapi tudungnya hilang, bukan hilang tapi memang tak bercadang nak pakai. Ada yang tidak kena dengan penampilan :) Correct. Bertudunglah Fatin.


SITUASI 3


Ada 3 waktu pabila wanita akan kelihatan cantik
  • Pada waktu malam
  • Apabila bertudung
  • Ketika mengandung
Faham apa yang cuba disampaikan? Ini bukan tafsiran saya sendiri. Ini kata seorang Ustaz. Dan saya percaya.
Wanita bertudung itu bukan saja indah dipandang bahkan tenang hati pada ketika berdampingan dengannya. Bibir yang akan selalu berzikir mengingati Penciptanya, telinga yang sentiasa mengelak dari mendengar benda-benda yang tidak sedap untuk didengari, mata yang akan memandang keindahan Tuhan dengan penuh rasa syukur, ayunan tangan yang mampu menenteramkan setiap kekalutan bahkan setiap tutur katanya akan terngiang-ngiang di telinga membisikkan alunan zikrullah. Ini  erti tudung yang sebenar, menjaga di setiap tingkah laku pemakainya.

SITUASI 4

Cantik tak kalau Mat Salleh pakai tudung? Nampak macam apa ya? Cantik tak kalau seorang bapok bertudung? Cantik tak kalau seorang lelaki bertudung. Baik, tudung khas dicipta untuk wanita bagi menutup auratnya.
Berikut disediakan 8 SEBAB mengapa perempuan bertudung lebih indah dipandang.

1) Tuntutan agama
- Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? Rasulullah menjawab, “Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak ! menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

2) Mengurangkan dosa
-Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat.  Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? dan tahukah berapa ribu lelaki yang anda hadapi setiap hari? 

* Seseorang pernah mempersoalkan soalan maut ini pada saya. 

3) Lebih pintar dan tenang
-Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.

4) Tidak membazir
- Tidak perlu pening-pening kepala membazirkan masa nak luruskan rambut, warnakan rambut dan membazirkan wang membeli shampoo, pewarna mahal atau pergi ke salun.

5) Lebih sopan dan manis
-Lebih 98%  lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang ada value added sebenarnya)

6) Rambut lebih tahan lama dan sihat
-Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan rambut. Walaupun anda memakai syampoo pelindung, hakikatnya syampoo itu sendiri mengandungi bahan kimia merosakkan.

7) Menjadikan diri anda “Mahal”
- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.

8 ) Lebih dihormati
- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi. Tidak perlu berbangga sekiranya anda bertudung, kerana mereka yang berjalan di atas muka bumi dengan penuh rasa riak dan takbur tidak dirahmati Allah. Sebaliknya bertudunglah dengan ikhlas, le;ak pasti dibalas baik.


Ikhlaskan hati untuk bertudung :) Ikhlaskan hati, kerana itu kewajipan kamu. Insya Allah.Saya pun akan lakukan perkara yang sama. Mulakan hari baru, bertudung.

BATTLE OF THE HEART


TODAY
Okay peeps, lets move to the first chapter.

Early in the morning, I was woke up by the sound of scary calling from somewhere. Bunyi yang agak seram, might be calling from God, asked me to sembahyang Subuh. Okayh pkul 7.30 sembahyang Subuh Fatin. Bagus. Esok buat lagi.  Lepas sembahyang, terus gerak mandi. Then mandi, then iron baju.. Oh ya! Hari ni ada apointment dengan Doc.  As usual, procedure untuk periksa darah, tekanan darah, keadaan darah, kandungan darah and so on yang related dengan bloody-bloody. Saya benci hospital! Urghh! Only PASHMINA from Makkah bought by Bulat makes me feel calm, warm and comfortable. Yes, the green one.  As shown above. Well , I used to call him Bulat.

BTW, flight to Sarawak has been confirmed. 31st May saya balik Sarawak. Another 2 weeks untuk orang sakit bercuti. Macam cuti belas kasihan pun ada. Quiet though to execute this long journey because pinggang saya cepat kebas sekarang. I lost appetite, though kalau tak makan I got pain, headache. What to do, to breaking the rules not easy as usual. Just obey that request young lady.

Lately, I've been thinking so hard, pushing my brain to keep working. On what reason? Someone I adored before. My regretful because I didn't give her a short notice on what is going  to happen and also I did not asked her THE TRUTH. That is my regretfull. Much of time I'm thinking bout this. Please pardona me. 

I'm tired enough. 

I'm the intruder. 


May 26, 2011

MY HALF



THE CHOOSEN ONE.

SIAPA?

THE RESULT MIGHT BE UNPREDICTABLE.

WATCH OUT!


May 22, 2011

THE PERFECT STORM


Before I proceed, little bit intro ya. TPS adalah hasil adaptasi daripada novel dan cerita sebenar. Dalam 1 pelayaran untuk mendapatkan jumlah tangkapan ikan yang banyak, Billy as a captain did not give attention to the fax sending by his partner. At the same time, the climax of the film, Billy without he realize dia sebenarnya belayar menuju ke arah pusat taufan. It was a bad night night. In other words, tragedi ini pernah berlaku. Perfect director! Itu je, :)

Okay readers! Silent please! Currently I'm excited to watching THE PERFECT STORM as published poster  above. Ini antara filem English yang paling mahal ya. For the past a year ago, saya sudah menonton filem TITANIC and POSEIDON. Ini pun filem dalam kategori KAPAL KARAM JUGAK.

Saya jadi tak pasti kenapa saya cenderung menonton filem-filem ship karam macam ni, mungkin kami ada chemistry disini. Shit! Sudah la hang! Ni kalau saya tengok National Geography tentang kapal terbang  CRASH memang awal-awal dah hilang semangat. Fuh! My last flight to Sarawak few months ago, the journey wasn't  so smooth. That time hujan lebat, awan tebal, guruh lagi. Ouh macam dalam filem pulak saya! OMMO! Syhhh!!! Waktu ni memang kecut perut, sudah kecut perut datang pulak la cerita penyiasatan AIR CRASH!!! Aduhh!!

Okay sudah!

Silent sayang.... Syhhh....

Di bawah ada dicatatkan sedikit cerita tentang tragedi kapal kapal which is saya tak sangka sudah cukup 10 rupanya kapal besar yang karam. One of it is kapal mewah TITANIC. Means that perkara ini bukan benda baru dalam dunia, kan??

1. MV Doña Paz - 4,375 Kematian

Doña Paz adalan feri penumpang yang karam setelah berlanggar dengan sebuah kapal muatan minyak, Vector, pada 20 Disember 1987. Doña Paz ketika tragedi, dalam pelayaran dari Catbalogan di Samar Island, Filipina ke Manila.

Vector yang membawa muatan sebanyak 8,800 barrels produk petroleum. Kargo Vector telah terbakar dan merebak ke Doña Paz, dan menyebabkannya tenggelam dalam beberapa minit sahaja. 

Dikatakan, Doña Paz pada ketika itu membawa lebihan penumpang, dan jumlah sebenar kematian mencecah 4,375! Laporan menunjukkan, krew kapal Vector tidak terlatih manakala lesen kapal tersebut telah tamat tempoh. Ianya menjadikannya tragedi melibatkan feri terburuk dalam sejarah dunia!

2.Halifax Explosion - 1,950 Kematian

Halifax Explosion adalah satu tragedi letupan sebuah kapal kargo daripada Perancis, Mont Blanc pada hari Khamis, 6 Disember 1917. Tragedi ini telah mengejutkan penduduk di sebuah kawasan di Halifax, Nova Scotia, Kanada, apabila Mont Blanc yang sarat dengan bahan letupan perang berlanggar dengan sebuah kapal dari Norway dalam kawasan Pelabuhan Halifax.

Letupan tersebut telah menyebabkan kerosakan seluas 2 km persegi dan mengorbankan lebih kurang 2,000 orang. Tsunami terhasil, kesan daripada letupan kuat tersebut, telah memusnahkan bangunan2, segala pengangkutan darat, pokok2, dan membawa serpihan Mont Blanc beberapa kilometer ke darat.

Sekurang2nya, 9,000 orang tercedera dalam tragedi ini.
3. MV Joola - 1,863 Kematian

MV Le Joola yang merupakan feri milik kerajaan Senegal, telah karam di Perairan Gambia pada 26 September 2002. Ketika itu, Joola dalam pelayaran ke daerah Casamance dan pelayaran rutin antara Selatan Senegal dan Dakar.

Joola dibina untuk menampung 580 orang penumpang sahaja. Walau bagaimanapun, ketika tragedi ini berlaku, Joola telah membawa muatan seramai hampir 2,000 orang! Keadaan cuaca buruk dan berangin, telah menyebabkan feri ini terbalik, dan karam dengan begitu pantas.

Hanya sebuah bot penyelamat yang dinaiki oleh 25 orang sahaja terselamat. Seramai  1,863 kematian telah dilaporkan dalam kejadian ini.
4. Sultana - 1,800 Kematian

Kapal stim Sultana merupakan sebuah kapal kincir air berkuasa stim dari Sungai Mississippi. Letupan pada 27 April 1865 telah memusnahkan Sultana dan direkodkan sebagai yang terburuk dalam tragedi maritim  di Amerika Syarikat.

Letupan berpunca daripada kebakaran dari salah sebuah "boiler" sehingga menyebabkan satu letupan yang sangat kuat. Letupan ini begitu kuat sehingga kan penumpang yang berada di atas kapal tercampak ke laut dan memusnahkan sebahagian besar kapal.

Sisa letupan tersebut kemudiannya merebak sehinggakan keseluruhan kapal tersebut terbakar dan menghasilkan nyalaan api yang begitu marak! Nyalaan ini begitu besar sehinggakan ianya mampu dilihat dari daratan Memphis.

5. RMR Titanic - 1,517 Kematian

RMS Titanic merupakan kapal penumpang kelas Olimpik yang dimiliki oleh White Star Line dan dibina di Harland and Wolff Shipyard di Belfast, Ireland. Ianya dibina menggunakan teknologi tercanggih pada ketika itu, dan dipercayai oleh kebanyakan orang, "the unsinkable ship".

Walau bagaimanapun, ianya mengejutkan dunia apabila pada 14 April 1912, sewaktu pelayaran pertamanya, Titanic telah berlanggar dengan sebuah bongkas ais yang sangat besar. Dan ianya telah karam sepenuhnya 2 jam 40 minit kemudian!

Tragedi ini begitu popular kerana status Titanic sebagai "the unsinkable ship" akhirnya mengorbankan sejumlah 1,517 orang dalam satu tragedi yang menyayat hati.
6. RMS Empress of Ireland - 1,012 Kematian

RMS Empress daripada Ireland ini merupakan kapal pengangkut barang yang dibina pada tahun 1905 - 1906 di Fairfield Shipbuilding and Engineering di Scotland untuk Canadian Pacific steamships (CP).

Tragedi berlaku pada 29 Mei 1914, apabila sebuah kapal Norway, Collier Storstad berlanggar dengan sisi Empress. Storsad tidak karam, walau bagaimanapun, pelanggaran tersebut telah menyebabkan sisi kanan Empress rosak teruk. Air memenuhi kapal melalui kerosakan pada sisi kapal, dan karam hanya dalam masa 14 minit.

Seramai 1,012 orang telah mati dalam tragedi ini dan hanya 465 orang terselamat.
7. MS Estonia - 852 Kematian


MS Estonia, yang dahulunya dikenali sebagai MS Viking Sally (1990), MS Silja Star (1991) dan MS Wasa King (1993), merupakan sebuah feri yang dibina pada tahun 1979 di German Shipyard Meyer Werft di Papenburg.

Nahas Estonia berlaku pada 28 September 1994 semasa ingin merentasi Laut baltic, untuk perjalanan dari Tallin, Estonia ke Stockholm di Sweden. Puncanya apabila berlaku sedikit kerosakan pelindung kipas (bow visor). 

Walau bagaimanapun, apabila diteliti semula, kerosakan tersebut tidaklah begitu ketara, sehinggalah seorang wanita menjerit, "...Häire, häire, laeval on häire...", yang bermaksud "...Amaran, amaran, amaran di atas kapal..." melalui satu talian komunikasi yang terdapat dalam kapal tersebut.

Malangnya, tidak lama selepas itu, kapal tersebut berpusing 30 - 40 darjah ke kanan, menjadikannya mustahil untuk penumpang berada di dalam kapal. Akibat terputusnya bekalan kuasa, kapal MS Estonia ini tidak mampu untuk kembali kepada posisi asalnya, hanya 137 orang daripada 989 penumpang terselamat.
8. SS Eastland - 845 Kematian


S.S Eastland merupakan kapal penumpang yang berpengkalan di Chicago dan digunakan untuk tujuan pelancongan. Pada 24 Julai 1915, kapal S.S Eastland beserta 2 buah kapal wap (Theodore Rosevelt dan Petoskey) telah disewa untuk membawa pekerja2 Chicago's Western Electric Company ke perkelahan di Michigan City, Indiana.

Bot penyelamat dan segala kelengkapan termasuklah para penumpang, telah menyebabkan S.S Eastland ini mengalami lebihan muatan. Hal ini telah menyebabkan ketidakstabilan kapal, dan bencana berlaku apabila kapal ini telah terbalik dengan secara tiba2 dan menyebabkan sejumlah 841 orang penumpang dan 4 orang krew kapal terbunuh dalam kejadian tersebut.
9. HMS Birkenhead - 460 Kematian

HMS Birkenhead, juga dikenali sebagai HM Troopship Birkenhead atau Steam Frigate Birkenhead, merupakan antara kapal dengan kerangka besi pertama dibina untuk Royal Navy.

Pada 26 Februari 1852, semasa membawa seangkatan tentera dalam 73rd Regiment of Foot ke Teluk Algoa, kapal ini telah karam di Gansbaai berhampiran Cape Town, Afrika Selatan. Pada ketika itu, bot penyelamat tidak mencukupi untuk menampung kesemua anak kapal. Akhirnya, angkatan tentera tersebut bersetuju agar semua wanita dan kanak2 diselamatkan terlebih dahulu dengan menaiki bot tersebut.

Hanya 193 daripada 643 orang yang berada di atas kapal terselamat.

10. Mary Rose - 400 Kematian

Mary Rose adalah sebuah kapal perang Inggeris dan merupakan kapal perang pertama yang menggunakan meriam di sekeliling kapal. Ianya juga dikatakan sebagai yang terawal dibina untuk tujuan peperangan oleh Royal Navy; dan tidak pernah digunakan untuk tujuan perdagangan.

Pada 1545, King Francis I dari Perancis telah melancarkan serangan terhadap England dengan kekuatan 30,000 tentera serta lebih daripada 200 buah kapal. England pada ketika itu hanya mempunyai 80 buah kapal (termasuk Mary Rose yang dikemudi oleh Armada Sir George Carew) dan 12,000 orang tentera.

Malangnya, Mary Rose telah karam apabila bahagian kiri kapal rosak, dan dipenuhi air apabila ianya cuba melakukan pusingan ke kanan (starboard side) bagi membolehkannya menggunakan meriam di bahagian kanan. Kesemua anak kapal mati kecuali 35 orang terselamat.

May 21, 2011

I TRIED! BUT I CAN'T!


I hate to miss someone. I HATE THIS! I wish if I could return to the past and I will never knew you. Even to say HI will be complicated. I do really hate this kind of feelings. :( I'm sick to dream of you evernight. :( And yet I still failed to deny you in my mind. How can? Thinking of someone else are not helping so much to removed you from my heart. Althought it might be temporary, but for the next moment I'll be remember you again. Again and again! Now you tell me what should I do?  :( This is suck!!! Suck!!!

I used to make you stars. Saya kira lipatan bintang ada 300, put it in a HELLOKITTY box. Saya bagi pada awak. DULU. Itu dulu.

How can I forget you if everyday, everytime, everymoment, every single second you always appears in my dreammm!! I almost get to the top to destroy you from my heart, but I failed. :( Seems to be something being an obstacle to forget you, asking me not to deny you  and keep missing you. Isn't it?

Why !!!! I failed.

Stop!

May 18, 2011

MIGHT BE LAST, MIGHT BE BEGINNING TO THE LAST POST.





Can I proceed?

I miss your voice. I miss your true tone. I miss your laught. I miss your cutest face. I miss your words. I miss your ugly face ( tak penah dy buat muka ugly la syg)..

Semua rindu. SEMUA RINDU.

Kenapa ya? Some of you( those yang tau), all the misses that I mention above bukan untuk si APho. There is someone I adored so much than him. Well, tak guna fikirkan lelaki tak matang macam APho. Nonsense saja. 

Think about the past, I have someone special, his voice is singing all around me. His shadows is everywhere. How can? Biasalah, kalau rindu memang perasaan macam fucking shitt. Saya tak sukakan perasaan ni! 

Tak ada benda sangat nak cerita cuma hati tak tenang dengan keadaan sekarang. Gelisah tak tentu pasal. Because I'm sick I can't breathing easily. A little bit pain to deal with this difficuties. It's normal right???

As usual my life wont be the same like before, rutin harian berubah,dan sangat berubah. Harus kuat dengan  pinggang yang lenguh-lenguh ni. Grrrrrr...... Nak update blog juga perlukan buah fikiran. And yet I still blurr. No idea at all even just to create a stupid entry I can't.

Nothing much to say. Might be last entry from me.

CARE ABOUT YOU. STILL I'AM. FIQAFI.




May 17, 2011

I WISH I'M A GREAT MAGICIAN


CAN I RETURN TO THE PAST?

I wish if I could. Start thinking bout you when I'm alone. It's getting harder when I found slides that I made for you.

How can ??

Well, I made the slides, to burn, then post it to you. Tapi saya terlupa nak post. I'm sorry. 

Beratus-ratus gambar 3g awak masih ada pada saya. :( This is the most sad when I failed to remove because saya buat banyak COPY picture of you O___- Each file disimpan dalam hiden file yang lain. It might be kalau saya removed 1 fail, another fail still  ada picture awak. Hebat kan ?? Banyak sangat sampai..... errrr....

I LOVE YOU. It's too late, the time is running out.

May 16, 2011

SARAWAK LAGI


Okayh! I just made private call to Miss Rozi informing that my registration will be delayed to 2 weeks.

I'm going back to Sarawak this 31st April , teman mak saya buat treatment disana. Ouh! Sure aktiviti sampingan saya di sana adalah mencari lelaki kacak. Dasar tek reti bersyukur.

BTW, this kinda make me feel tired  but then who else nak teman mom if not me right. The only one daughter, the only one girl in this family. I think this is much-much challenging. You know what, bahaya ugak masuk 2 minggu lambat ni mana la tau tetiba aku kena banned. Ouh! Apakah? 5 Semester macam rugi je kan. Bukan macam tapi memang rugi bapak doh!

Tomorrow never dies sayang. Pagi esok saya akan kol Puan Naemah, wanita ni boleh tolong tunjukkan jalan.
I hope berjaya lah sebab pergi Sarawak bukan bertujuan nak main-main okeyh?

Erm... What else....

Mom treatment is very important.

Sarawak.... Sarawak.... Sarawak... Here I come

May 14, 2011

RANDOM WRITING


Dear the most cutest watermelon chiquita,

       Hola!!! I just came back from far-far away village, Kodiang. HAHA. Seperti biasa this evening I went to the village looking for some traditional medicine.Ouh! What for bebayh?? Itu ubat mestilah untuk menyembuhkan segala jenis penyakit. Tidaklah untuk memasak tom yam okeyh? Vodoooooo!!

       So far journey tadi agak menarik, mana taknya sepanjang jalan tu I have someONE SMS saya. Eeeee!! Suka-suka.....!! Last nite he bought me Low Fat Milk, itu susu Dutch Lady. Tau? 1 kotak derrr..... Memang ermm!! Since balik dari kampus tu, da 2 minggu tak minum susu, then I feel awkward lah sebab usually once in a week saya akan beli 1 kotak susu tu. BTW,susu tu adalah minuman kesayangan saya O___o...

Belajar masak tak susah sangat sebenarnya ek?

Kemarin sudah belajar masak asam pedas okay! Asam pedas, dan rasanya sangat enak. Okay la tu untuk first time masak. Wak lu! Hari ni saya masak ikan bakar. Pandai tak? Pandai tak? Ngeeeee...... Saya sangat membanggakan diri sekarang! Ouh!!!

Bangun pagi, sapu sampah, sidai baju, sarapan dan melakukan segala kerja rumah. Seronok la jugak kan walaupun aktiviti  ni mungkin dianggap aktiviti perempuan kampung. I don't mind lah. Setiap orang tak sama kan? But ini cara saya, memasak memang awesome! Nak tunjuk baik la ni ha? Tak yah!

Next for tomorow is DUMPLING. :) Okeyh tadi siang pegi shoping barang dapur. Baik, kuasa sekarang ada di tangan saya. Di bahagian dapur 100% milik saya. Dimonopoli oleh perempuan nih!

Sudah2... Rasa macam post entry apa2....

Saya beransur dulu.

May 12, 2011

FOLLOWER DAN KOMEN






Bertemu lagi kita dalam rancangan masakan memasak bersama dik manis.... FIQAFI! Umpph! Harini x belajr masak, kita belajar membakar jer. Vodo la hang, goreng tu kan masak. 

Weh! Bapak gila sejuk nih! Ni kalo melingkup atas katil, bawah selimut memang syiiookk doh!!! Gila bapak la kan dok plak dok dalam ekon, grrrrrrr...Ngilu rasa gusi tahan beku.. Pergh nak cakap menetap di Kutub Selatan tak , tinggal di London jauh sekali, hanya di Bumi yang berada di atas garisan Khatulistiwa. Boleh la dikira bertuah sebab hujan rajin turun.

Nak cakap sikit hal FOLLOWER ni... Cetengok follower dah seratus empat puluh dua-sa ORANG. Statistik komen tak jugak naik. Ni folow semata-mata nk suruh aq folow balik ke? 

Dan, mengikut statistik FEEDJIT, ade je makhluk yang hinggap kat sini. Tapi x d pun komen? Maleh da nak folow balik. Itu tak kisah la. Tapi kalo follower ramai, komen takbanyak nak buat apa? Betul?? Macam tak berguna. Ceeeii!


Lagi-lagi no yang kat atas tu, yang bawah iklan Advertlet tu, dalam sehari ada la dalam 8-10 orang merayap kat blog bengong ni, tapi tak de pon komen?? Agaknya blog bengong perlukan sentuhan Eric, baru nampak meriah. Perlu letak sofa? Vodo lagi hang!

Banyak da blog yang saya tengok follower mencecah sampai ribuan tapi komen tak mencapai tahap yang di-TARGET. Kenapa? Suka ya follower ramai? Suka? 
Haih!! Benci sudah.....

Ada Dua Orang Pak Cik Datang Rumah. Sangat bising suara dua ekor ni. Datang -datang cari ayah, ayah keluar la pacik. Mana saya tau ayah pegi mana. Orang dah cakap tak tau, lagi jugak dia tanya. Rasa macam nak lempang je. Pacik ni aku tembak jugak kang Ayyyyyammm!!!

Dah sampai depan rumah tu ce bagi salam, 2-3 kali. Lebih dari 3 kali kalo orang tak jawab jangan bagi da.  Sebenarnya aku ade je dalam rumah. Malas nak bangun, sakit lutut. Fatin hati busuk! Tidak, bukan niat nak busukkan hati. Dah sakit lutut nak buat macam mana. Urat -urat ni cekang . Awat tak tau! Ni kesedaran dan adab-adab bertandang ke rumah orang. Jangan terpekik macam serigala hilang hubby. Cis! Da la cakap sampai hujung dunia dengar. Ah! Dah aku geram , aku jerit balik....

"Ah! Ayah tak ada! Awatnya!"
"Awat nak nombot ayah ka?"
"Sat nak tengok!"
"Nah salin no ni.....&(*&*(!&!(! Pacik padam balik! Salah nombot. Ambik yang ni plak"
O____o
HAHA
Geram kot...




May 08, 2011

BILA PEREMPUAN RASA..... BACALAH


Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


FAHAMI MEREKA WAHAI LELAKI 


  • Banyak lelaki selalu berprasangka buruk dengan sikap wanita. Tidak cuba memahami wanita sebaliknya membuat konklusi sendiri. Perlu bagi seseorang lelaki untuk memahami "SIGN" tertentu yang ditunjukkan oleh wanita yang mengasihinya.
  • Bacalah, moga kelak kamu lebih memahami seseorang itu dari gerak-gerinya....
()o-o()
(   69   )
(__o___)



PANASNYA DI PUSAT RAWATAN RAMAI PESAKIT




Derrrr!! Pagi tadi pegi hospital! Urggh!


Teman mak ambil ubat, guess what esok kena pegi lagi.. Adoiii!

Hospital tu memang bapak la kan besa sangat. Boleh plak main-main dalam hospital tu naik turun lif. Ayyyaaammm!! Pintu lif depan belakang dow boleh open-close (ke memang aku tak prihatin dengan perkembangan.. erm)Memang angin dow! Tekan pintu depan yang belakng bukak, tekan yang belakang yang depan bukak. Benci! Tak mo p dah!

 Dah tu boleh plak ekon tak da.. Aissshh! Mencarut sekejap di situ.. Bagi pesakit-pesakit, mereka memerlukan udara yang best... Baru sedap nak tido, ini idak! Letak kipas sebijik tengah dunia, hah! Nak buat lagu mana tu? Habaq mai sat. Peluh mencurah-curah di setiap lohong dan lorong. CEEIT! Benci! Sumpah aku tak reti dok dalam hospital.

Heip! Ada satu tempat yang menyenangkan hati. Playground yang tak berapa nak play tu. Ada la dalam dua-tiga jenis mainan kanak-kanak. Takkan aku nak terkinja-kinja main papan gelongsor tu! Aihh!!! How childish you are Tin! Erm..... Panas doh!  Macam di hospital Sarawak, ekon memang bapak sedap giler lah nak tido. Buat ada katil kosong nak aku masuk tido. Senang hati, makanan orang sedia. Bilik air dalam bilik tu jugak. Ahhh! Best giler!!!

Okeyh! Sekarang memang musim panas. Fine. Matahari seronok bermain dengan bulan.

Kejap, idea tak ada.........

Habis.....


Derrr!!! Dok rumah memang senang hati. Tak fikir benda lain, nak tido jek.. Mungkin tido adalah saat yang paling bermakna. Kerana diriku begiru beharga. Bodooooooooo O___o Purata tidur seorang  baby (seperti saya) adalah 9 jam sehari. Attention!!

I bukan dato Becky okay!!

Owh lupa nak cakap! Saya jumpa  lelaki kacak yang sakit, yang duduk atas kerusi manja(roda) yang tunggu orang menolak mara ke hadapan. Kesian. Oleh kerana kelalaian, saya tak sempat beri tumpuan sepenuhnya pada lelaki kacak yang sakit tadi... Sudut mata saya tak mampu memberikan gambaran yang jelas tentang kehadiran mereka. OWH! I'M sorry! Ingatkan lelaki kacak semua sihat, ada jugak yang stuck. Okay! Next time kalau jumpa, kita kenal2, tukar no fone! Okie baby? HAKHAK.. Gediknya, dasar pemain wanita! Ta bole buat bini. Tarak pa,tarak pa.... Besok saya pegi lagi, jumpa lagi!



Baik, saya sibuk sekarang. Banyak meeting dengan drama Korea. Pergi dulu! 





(o)-i-(o)


ROGER

 


May 07, 2011

SELAMAT HARI IBU


TO  : WANITA MATAHARI

FROM : ANAK BONGSU IBU
" BOKUGAIRU MA "

" Saya sayang ma! I love you so much ma. May God protect you from any harmness and bring you  happiness.
Also may our family lively together till the end and also bokugairu for our family" 




May 06, 2011

:) SMILING BACK AT ME


I thought the painfull will haunting me but it was unpredictable. Poor girl (me).

I thought I can't forget him but actually no, I did it! DONE! All I need to forget that dude is only replacing him with someone. Easy and simple. Besides, the one who replaced him I knew before :) Friendship to LOVEship. What a  great  suprise. Awesome.

To destroy you :)

Now my heart is gettin melting with someone I adored. :)




May 05, 2011

BANYAK YANG JADI... TAK SANGKA...


FINAL EXAM

Final exam agak mencabar. Bukan agak tapi memang mencabar tahap keimanan aku. Benci soalan exam! Dah study past year question, soalan yang selalu naik pun au stdy jugak. Sanggup beli buku baru semata-mata nak buat latihan baru. Alih - alih soalan yang naik memang PEEERRGH!! Syatda dow!!! Hebat.. Semua soalan adalah di luar batasan, semuanya memerlukan kekuasaan, kebijaksanaan, ketangkasan dan bla bla bla lah! Benci! Tak suka!!!Kalau tengok balik soalan yang lepas memang sakit hati sangat gila la. Soalan yang naik tu macam aku ni budak genius. Ish, tak kisah la kalau nak buat soalan susah pun, tapi masa kena betul la. Ini nak kena kira Ratio dah dekat 45 minit, bapak la kan! Ayyyyaaammm!!! Ratio semua ada 26 jenis kena kira... Dah elok dok jawab soalan tu, masuk pulak pensyarah yang TERcomel, kenapa puan masuk? Sebab nak betulkan soalan. Soalan negeri Johor bermasalah problem!HHHaaaiiishh!! Patah balik ke belakang tengok balik tang mana tak kena tu. Padam lagi. Nasib aku jawab pakai pensel picit, kalau pen. Jenuh nak tunggu kering. Sudah la kipas tak ada, nak harapkan air-conditioner memang ERM.... ERM..... Keluar dari dewan, semua mencarut. Masa tak cukup la, soalan pelik la dan sewaktu semaksud dengannya. Tension!!!

Tapi, tapi... aa aa aa... ! Dengar dulu, belum habis lagi ni! Dengar! Ada sesuatu perkara yang membuatkan saya selalu berasa senang hati. Padayapa? Ya, aneka jenis makanan. Apa tu? Cadburry, Ferrero Rocher, Butterscothc ah ada lagi la jenis-jenis yang lain. Itu, setia sangat temankan saya. Kenyang perut baru senang ilmu masuk. HEHE

Sudah, kita tinggalkan final exam. Benci ah!

I'M ON CUTI!!!! Hooyeh!!

I likee this moment! Ini adalah waktu yang teramat dan paling bermakna dalam kamus hidup seorang pelajar. Kenapa? Owh! Kalau waktu belajar, cuti memang panjang, Macam budak sekolah jugak. Panjangnya cuti... Suka lah! Apa aktiviti budak montel sepanjang cuti? Owh ! Kalau aku...? Mestilah menguruskan rumah. Bapak! Ni memang hobi I. Yelah,biarpun rumah aku tidak seGAH istana William-Kate, tapi bersyukurlah dengan apa yang ada. Jangan meminta lebih, kalau nak usaha sehabis mungkin. Biar putih tulang, jangan putih mata. Kalu putih mata hantu. Ngggaaaaaa........ Ini kalau aku dekat dengan dapur tak bermakna boleh SAJA ya fatin? Ingat sikit awak tu perempuan, mana boleh bulat sangat.  :)

Rumah memang tempat paling tenang, sangat damai dow!!! Ni kalau kat kampus sesak nafas tengok ramai orang. Nak makan, jalan beberapa langkah saja, kini anda berjaya mencapai aneka makanan dalam refri. Kan? Dasar pemalas!

KELUARGA 


Ini PENTING untuk diceritakan. Mak aku dan buah pinggangnya. Buah pinggang sebelah kanan hampir 100% hilang fungsi. Proses pencernaan yang sepatutnya berlaku di sini tak dapat berjalan dengan lancar. Patut last aku balik hari tu mak nampak lemah. Tapi masing-masing bijak sembunyikan cerita kan? Hebat lakonan. Yang penting suara waktu kol. Suara ayah memang tak rasa macam sedih, mak pun sama. Bunyi macam sihat.

Agak tersentuh bila waktu aku final, mak ayah datang ke kampus dan cakap " Tin, esok mak nak balik Sarawak."
Ha? Kenapa tiba-tiba? Kan selalunya kita balik sekali, ni kenapa tinggal Tin? Pelik jugak. Dah agak ada benda yang tak betul, tak kena, tak sedap hati. Tapi tak mo la nak syak sesuka hati.

Masa tu aku ada lagi 4 paper. Bayangkanlah! Sudah ditinggalkan mak. Terasa sedih yang amat. Aku dah mula give up. Aku dah niat nak GAGALKAN paper. Teruknya only GOD knows. What a damn bad moment! My life seems to be too weak. Otak  aku stuck :( At the moment my mom call, aku letak without saying SALAM wHY? Sebab aku terlalu sedih. Mak degil tak nak cakap apa penyakit dia. Tetap nak simpan rahsia.

Bila balik rumah, baru aku tau buah pinggang mak sebelah kanan rosak. Thats why mom always lemah and demam terus menerus. Dekat sebulan jadi macam tu. Mak masuk hospital pun aku tak tau. Teruknya aku! Sepatutnya aku dah boleh baca papa yang jadi. TERUK! TERUK! Dah berapa tahun kau bernyawa Fatin! Biul!!!


PERSOALAN : DI MANA BOYFRIEND SAYA? 

Dia tak ada. Dia pentingkan diri. Waktu mak tinggalakan aku, aku jatuh. Semangat hilang. BF langsung tak pedulikan aku. Sikitpun tak peduli. Aku jatuh sebab tak ada semangat, aku jatuh sebab mak sakit, aku jatuh sebab final exam memaksa otak aku untuk bekerja dalam keadaan terpaksa, aku jatuh sebab rindukan mak ayah,. Sungguh aku jatuh. Sedihnya bukan kepalang dengan apa yang terjadi. Semua tu aku lalui sendiri. Cekalnya hati nak tempuhi semua tu bukan senang. Siang malam menangis berdoa supaya dilindungi ibu ayah aku. Tak putus-putus doa. BF MANA? Tak ada.

Maaf, I'LL NEVER FORGIVE YOU.
 ..
..
.. ..
...
....

Tapi, I miss someone. :(



SEKARANG 


OWH! Mobile phone saya tidak lagi berdering kerap seperti dulu. Sudah sunyi. SMS pun jarang dapat. But! Ada la seseorang yang sudi menghantar MMS , tak kira masa waktu, suka hati dia nak hantaq, Ceeitt! Tengah malam boleh dia ucap "HOTLINK SEND YOU A SPECIAL MSJ"... Wak lu!!!. 


Haiishh! Kacau dow malam-malam nak tido. Tak cukup malam siang lagi dia hantar. Tapi tak pernah saya balas.
Tak suka.

Hidup lebih tenteram, tak perlu fikirkan hati sapa-sapa!! Argghh!! Mari saya isytiharkan saya sudah single!!!! Wahh!! Hooyehh!!!

SARAWAK 
Kata mommy, hujung bulan ni kita balik Sarawak. Ok mom! No hal lah. Baik, hujung bulan.




May 03, 2011

SEORANG WANITA



 Wanita.. Indahnya menjadi seorang wanita.. Aku bangga menjadi seorang wanita.


Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia ; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan apabila pun ia diperlukan."
"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada."

May 01, 2011

CINTA


Besarnya pengorbanan seorang ayah untuk aku memng tak terkata. Kalu diberi seribu, sejuta, walaupun aku dilonggokkan dengan trilion bintang, belum tentu boleh sama dengan seorang insan, Muhamad b Zain. Laki ni selalu dengan aku. Susah senang aku dia tau.

Jenis pengorbanan apa dia lakukan? Banyak, SUNGGUH BANYAK. TAK TERBILANG. Kalaulah aku diberi jangka hayat sampai hujung dunia sekali pun, belum tentu aku dapat balas jasa ayah. Begitu juga mak. Seumur hidup aku berhutang dengan jasa mereka. Aku rela hilang buah hati a.k.a teman lelaki. Tapi kalau hilang mak dengan ayah, aku patah. Hilang semangat. Sebab mereka adalah jantung aku. Sumpah, hidup memang indah kalau ada lelaki terCHENTA, tapi cinta mak ayah adalah lebih bermakna. Lebih rahmat, lebih khusyuk. Aku tak nak terlalu fikirkan cinta sesama manusia sampai tolak mak yah ketepi. Itu bukan aku.

Ayah, sungguh aku cintakan ayah. Aku cintakan mak. Sinar hidup aku ada pada mereka. Bukan pada TEMAN LELAKI or else.