SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

March 17, 2014

HELLO MARCH.


Assalamualaikum, assalamuaikum..
Well guys, watcha doin? 
Nothing?
Owh why?
I'm out.
Owh why baby?
Shut up.

Alangkah tak indahnya bila dimulakan entry ni dengan kata-kata tak masuk di akal sebegitu. Kalau nak bagi salam bagilah betul-betul. Katakan Assalamualaikum, bukannya Kum, Kum. Apa kau ingat ni rumah nenek kebayan? Jadi apa kena pulak nenek kebayan dengan cerita ni Hello March ni. Jika awal-awal lagi sudah menyimpang entah ke mana, ke tengah nanti kemana pula  dilencong. Yang penting aku tidak akan sesekali menghijack mana-mana entry dari mana-mana blog untuk kepentingan sendiri. Habis merapu apa ini ? Sudah, sudah. 

Well, well well lagi. Awal Januari hari tu aku berhadapan dengan 1 angin sawan sedikit, iaitu angin mengepost gambar makanan yang dimasak. Yang setahu aku setiap gambar menu yang dipost ke sini adalah dikategorikan sebagai masakan simple mudah. Hey salah tu, dalam menu tu aku ada jugak masak gulai @ kari okay. Aku tak lah se-bandar mana sampai tak reti nak masak. Alah, apa nak kisah sangat jika makanan itu tak sedap. Kucing aku kan ada. Ecececece, makanan makan kari ka anneey? Tak makan.

Sedikit ulasan tentang 2014.

Hari 2013- 2014. Tahun ni aku rasa teruk. Tak tau apa yang teruknya. Tapi aku rasa teruklah. Perkatan paling hebat pun tak dapat nak menggambarkan rasa teruk tu. Sesungguhnya teruk laa. Apalah teruk sangat berbanding nyawa kita terhenti kan? 


Perkara ni pertamanya sangat menggembirakan hati-hati ayah aku. Ayah sangat-sangat terasa gembiranya di hati. Sekali gus aku pun terasa kegembiraan dalam ketangisan. Kami sudah siap siaga melompat, gelak, celebrate lagi bersama jemaah keluarga yang lain. Kami semua ketawa bahagia bagaikan  itik yang sibuk mengepet ke sana ke mari. Kami riang ria bagaikan hari raya. Tapi bukan hari raya la. Yay.

 Lalu kami membuat keputusan untuk ke Kelantan, dan meninjau keadaan di sana. Dekatkah kampus dengan rumah sewa? Rumah sewa dah cari ke belum? Belum la. Jadi macam mana nak estimate jarak? Okay, nampak sikit ketidak pandaian dalam mengatur jarak rumah. Ya, rumah di KB sangat berterabur sampaikan jalan raya-nya juga kucar kacir. Manusia suka melintas membabi buta. Padahal kereta serta bus lori teksi semuanya laju bagai terburu-buru nak kencing. Aduhai Kelantan, aku si pengecut lintas awal-awal sudah buat kesimpulan aku tak berani melintas di sana. Aaaah, sedikit bingung dengan diri sendiri. Sepert yang dilihat dalam Google, sememangnya UiTM KB dalam bandar. Oh mayyy. Apakah ini? Depannya ada jalan besar? Ahh tak boleh tak boleh. Aku ada lah sejenis manusia yang paranoid bila disuruh melintas  ke seberang sana. Apalah UiTM ni. Sudahnya aku pening tengok jalan yang banyak transports tu. 

* Kali pertama jejak Kelantan

Lantas bila kami tiba di hadapan bangunan UiTM, hanya guard yang ada. Dah kenapa  guard nyer ade? Mana pelajarnya? Ya aku baru teringat, bangunan tu cuma ada budak ijazah saja. Diploma no tiada. Yah lupak pulak nih. Okay2, takda masalah. Jadi bila ditanya mana rumah sewa? Mana dekat? Sebab sy tak bawak transport ni. Jawab pakcik tu mudah, AMBIK NO NI, CALL. Aeshh.Pak cik, datang jauh- jauh ini je jawabnyer. Okay la, boleh diterima. Kebetulan masa tu tukang cari rumah sewa nya takda,  jadi ambik no fone dia ajalah.  Balik la kami sekeluarga ke Kedah. 

Dari cerita kami pergi, memang tergesa-gesa. Tiadalah masa nak bermain berbeli belah di sana. Tiada. Masa kami suntuk. Hanya mencari yang perlu dan terbang balik ke Kedah. Dan jika sekiranya UiTM itu bersesuaian dengan keharmonian jiwa aku, akan aku turutkan offer itu.

Baik, sekembalinya dari Kelantan. Aku masih berkira-kira nak pergi atau tidak. Nak belajar atau tidak. Sedangkan yuran sudah dibayar, baju sudah ku shopping, segala kelengkapan memang sudah sempurna. Masa berjalan terlalu pantas tanpa memintas. 

Tibalah beberapa hari sebelum pendaftaran. 

Hari daftar 3.3.2014.
Maka kami bertolak ke KELANTAN pada 1.3.2014.

Dalam jangkaan itu, kami akan bersuka ria sebentar di KELANTAN. Dalam erti kata lain, sebelum ayah balik Kedah, kami akan seat together dulu lah. Adat la ni kalau nak tinggal anak jauh-jauh, last day mereka hantar kita, anak-anak akan spent time dengan ibu bapa. Tapi aku tidak beribu, hanya berbapa. Mak meninggal tahun lepas. Baik, tak mengapa. Redha dengan ujian Allah.

1.3.2014 kami bertolak dari Kedah dalam jam 10 pagi. Sampai di sana dalam jam 2 petang. Itupun ayah masih berlenggang bawa kereta. Ihikhihk. Hendak melintasi Banjaran Titiwangsa sudah makan 3,4 jam. Aku di belakang sudah loya dengan keadaan jalan yang super berbelit dan telinga aku sedikit pekak kerana berada di paras ketinggian yang melampau-lampau. Alah bisa tegal biasa, tinggi lagi kapal terbang yang selalu aku naik tu. Bagi mengelakkan rasa  loya ya ampun itu, aku buat-buat sibuk berangan tentang masa depan sambil mata terpejam bagai org sedang nyenyak tidur. Ya apakah baju mengandung aku nanti? Perlukah kita mengambil gambar sewaktu mengandung nanti? Jika perlu apa temanya? Bunga raya atau bunga kertas? Hari pernikahan nanti nak pakai pelamin tak? Ke nak buat di masjid? Owh lupa, rumah nak sewa atau beli? Ya, semestinya pada hari perkahwinan aku nanti aku akan meminta ayah menyimpan makanan yg terhidang di meja pengantin untuk aku. KERANA APA? Kerana sewaktu makan beradab pengantin, aku mungkin tidak akan mengangakan mulut untuk menelan buah tembikai atau melahap udang. Semuanya mestilah tertib dan sopan kerna khuatir mulut merah akan ter-cop  DI UDANG. Ahhhh. Khayalan tanpa sempadan aku memang jauh travelnya. Kalau boleh seantero kamasutra mahu di travel. Jauhnya... Ya jauh lagi.

Sesampainya di KB, kami terus cari rumah sewa. Kebetulan Farha(bakal kosmate, bakal housemate) dah cari, jadi kami terus tuju ke rumah tersebut.Setelah ditimbang tara, rumah tersebut jauh dari UiTM. Masih lagi ayah berkira-kira nak bagi ke tak, nak bagi ke tak. Sebab aku ke sana, tak bawa transport. Jadi nak ke kelas mungkin susah. Aku lihat-lihat ahli keluarga yg lain tak berapa menyokong. Mereka lagi prefer aku ada transport sendiri. Kata ayah, sampai bila nak bergantung dengan kawan. Kalau kawan tak pegi kelas, ekau pun tuang jugak ke?

Jadi aku berfikir lagi. Hari hari berfikir. Pening dah. Masak darah aku.

Ayah bagi 2 pilihan :

1. Kalau nak duduk di KB, harus ada transport, rumah sewa harus dekat dengan kampus.

2..Balik Kedah. Ayah bagi RM 1000 dan luaskan perniagaan online aku.

Guesss apa pilihan aku......?



...
...


Pilihan yang dibuat takkan pernah dibuat oleh sesiapa pun. Pilihan ini cepat lambat akan menentukan tarikh perkahwinan aku. Pilihan ini sedikit sebanyak memberi tekanan besar pada aku. Pilihan secara dalaman telah menjatuhkan semangat aku untuk bertahan dalam dunia perniagaan online. Pilihan ini sulit untuk aku publish. Sulit? Podah.

Tekalah, siapa pandai sy upah kupu-kupu.



Hello March, bulan tekanan.

January 29, 2014

WHAT I COOK TODAY ? #7


Well cuaca agak panas hari ni sepanas air kolam di Baling. Dan nasiblah aku merasa nak membaling apa-apa perhiasan bilik memandangkan cuaca begitu gering pulak. Tidak seperti minggu lepas, cuaca sangat-sangat suam-suam kuku. Sehinggakan media massa di Malaysia begitu sibuk mempredict minggu ni Terengganu turun salji. Kalau begitu aku tak begitu teruja nak main salji, mahupun snow bagaikan di Melbourne dulu. Aku lebih kepada termangu , membengong sendiri, terfikir apalah sangat dengan snow di Malaysia sedangkan longitud dan latitude bumi kini sedang berubah. Atau mungkin esok lusa adalah hari kehancuran umat Islam. Dan dengan cuaca panas-panas begini aku sudah siap tutup pintu, kerana aku berpendapat kalau panas-panas begini haba luar akan masuk ke dalam rumah dan menyebabkan rumah jadi bahang asmara. Owh bukan asmara. Aku belum ada suami untuk berasmara dana. Itu bahang panas matahari la dey. Tak mengapa. Apalah sangat aku nak memulakan entry what I cook today dengan muqadimah cuaca. Allahuakbar. Maaf menyimpang.

Malam tadi aku sudah berkira-kira nak hendak relax hari ni. Aku cuma masak nasi dan goreng ikan. Itupun kalau ikan ada. Dan setahu aku ikan yang ayah beli tu, apa namanya ikan tu. Ikan rambai? Ikan tu besar macam ikan bawal, tapi dia bukan bawal. Entahlah, aku tak pasti namanya ikan tu. YANG SURE IKAN TU DAH SIAP DI POTONG. Seperti kebiasaan aku cuma tau nama 2,4 jenis ikan. Itupun kadang-kadang tersasar jugak namanya. Sesekali aku ke market pun tersalah sebut jugak padahal ikan tu famous. Entahlah lagi. Macam tergantung jep peranggan ni

Bila buka peti ais dengan tujuan nak removed barang-barang tak pakai, rupa-rupanya masih ada lagi benda yang boleh di masak. Alamak. Sudah. Ni nampak gaya nak kena masak. Sebab konsep di rumah aku, sehabis daya usaha, tak nak jangan beralasan. Aduhai aku rasa macam malas-malas dan terasa ingin bermalas di kerusi malas. Tapi sayang kerusi malas pulak tak ada. Tak apa. Kau kalau taip entry ni jangan merapu sangat boleh ? Ahhh ya, aku banyak merapu. Maaf.

 * Disebabkan mood yang hilang datang untuk memasak ni ada, jadi ikan goreng aku pun  hilang sabar menanti dalam belanga. Masing-masing ikan hari ni rangu macam potato chips.  Tapi masih boleh dibuat makan dan mengenyangkan perut serta usus.

 * Aku sedikit kaget macam mana rupa buah anggur ni boleh ada di tengah karangan padahal aku dah uplod dari folder ke blog mengikut turutan. Aduhai aku bukan malas nak susun semula tapi aku tak rajin sebenarnya. Jadi aku kira tak mengapa kalau buah ni di tengah lautan karangan bukan? 

 * Ini gulai. Bukan kari. Bukan.
Aku buat benda ni nasib menjadi. Sedikit peningkatan bagi aku sebab tahun lepas jenis masakan aku khatam yang jenis sup-sup. Yang tak perlukan perahan santan. Oh ya, aku penggemar santan perah. Aku tak pakai santan pek. Santan pek tak lemak macam santan ori. Macam pantun pulak. KAHKAH. Okay, dari keseluruhan gulai ni aku rasa berpuas hati. Ecececece, nak puji diri. Tidak. Tidak. No riak. Jadi kalau ayah makan bertambah-tambah, aku kira aku dah dapat A untuk subjek gulai. Sambal  belacan aku juga aku kira sudah dapat A lagi. Itu bermakna aku suda  ada kemajuan dalam bidang kemasakan.

* Sambal itu buah hati aku. 
Sambal ini bagaikan penyeri hidup antara makanan semua. Dialah penawar, dialah di hati. Tiada dua atau tiga, hanya sambal. Merahnya membakar jiwa,menenteramkan bibir.... Okay sudah.

Selamat tengah hari.


WHAT I COOK TODAY #6


Rasanya aku dah lama tak post ke blog menu harian kan? Kan? Well, tak sempat la. Nak raya ni lagi, stock barang lambat sampai pulak. Ni hari ni pun ada lagi sampai, esok dah 30hb, nak hantar pada customer memang  tak sempat sampai dah. Kesian tu  kesian la sebab tak boleh nak pakai waktu raya cina ni. Tapi tulah, customer aku yang last order ni Melayu. Okay, kurang sikir rasa bersalah tu. Tapi pos laju yang lambat, bahagian aku untuk post dah lepas. Poslaju la niiii... Eee tak suka tau.

Well, I tak expect pun barang akan sampai on time. Sebab tau dah service pos laju sekrang macam siput. Ada hari  laju ada hari selow. Sabo je la.


* Sedap tau ulam ni. Tapi sejak mak dah takda aku dah tak makan ulam ni. Dulu awal pagi aku petik ulam ni, mak suka sangat makan ulam ni. Hai, dah rebus tu naik bau dia. Meresap, macam melambai-lambai mintak di makan. Dulu ulam ni, ikan kembung goreng, kuah pindang. Dah bertambah-tambah nasi kami makan. Sekarang.... :( Mak... ~~


 *Kuah cuka ni. Kuah ni ayah suka. Kuah pindang, asam pedas, sambal sotong ayah cukup suka makan. Aku ni tinggal  rendang dengan pastri ja tak reti-reti nak buat. Kuah lemak ayah kurang sikit. Jadi dalam keadaan desperate, kuah cuka ni selalu jadi penyelamat aku. Wehoou!

 * Ayah tumbuk. Ayah tumbuk.
Pun sedap. Apa saja dari air tangan ayah mak memang aku cukup berselera walau hanya telur mata.

* Ayah goreng. Habis tesiat kulit ikan ni. Kesiannnnnnn
Ampun bukan aku yang goreng hampa.

Boring kan? Tidoq la.


January 22, 2014

WHAT I COOKED TODAY # 4


Tak masak banyak. Demam. Demam. Demam. Hidung tersumbat macam hapa lagi. Nak hidu pun tak rasa. BENCI.

 * Demam -demam pun sambal ni tak tinggal. Al wajib tau sambal ni. Saja buat bagi serak-serak basah sikit. Sebab ayah tak suka sambal kering, macam takda semangat. Tengok sambal kering pun jadi kusam. Dulu aku memang minat pakai cuka, konon nak bagi masam la kan. Sekarang tak, aku akan usaha beli limau. Limau ni bila kita perah dalam sambal dia hasilkan 1 bau semerbak. Tak caya ce try tengok.

 * Ikan goreng bagi rangup-rangup sebab nanti kita nak makan dengan sup sayur. Kononnya sup sayur.

* Tedaaaaa~~


Selamat malam.

January 13, 2014

3 # WHAT I COOKED TODAY?


Blurrppp Blurrppp Blurrrpp

Aku makan nasi 4 mulut dah belehak tau. Takperlu nak tunggu habis 1 pinggan, agaknya perut dah mampat dengan angin kot. HAHA. Agaknya la kan. Mana nak tau. Sebab malam tadi tak makan nasi. Konon nak diet kan, lepas tu ajak abang keluaq beli ketiaw tom yam. Dah tu order pulak horlicks ais. Aihsss susahnya nak diet. Benci-benci. Sebab kan dalam peti ais takda apa-apa nak makan. Yang ada mi mentah. Takkan malam-malam nak buat mi goreng kot.  Aku sorang ja nak makan. Dengan kapasiti 1 orang, buat rugi ja minyak masak tu. Lain la kalau masak untuk laki, untuk anak, untuk bapak mertua, bapak aku. Wuwuwuw, makan ramai-ramai sedap la. Makan sorang ni.. Erm...  Malas nak gebang.

So semalam ayah kata nak keluar beli kuah dan sayur pagi ni. So aku pun dengan tenang hati, seronok santai depan tv.So aku tak kisah dah bab masak sebab ayah nak keluar beli. Tup tup kawan dia mai  menyembang. Aeshh, lama oiii depa menyembang. Aku dok tengok tengok jam jugak. Pukul 10... Pukul 10.30.. Pukul 11.05... Pukul 11.30... Pukul 11.30 aku bangun lah masak.. Okay sekarang kita scan apa yang ada di dapur. Okay ikan ada, ikan ni kita rendam bagi lembut lepas tu goreng. Eh ada udang la. Eh cuba scan dekat rak ada cabai kering tak. Ada-ada. Okay sekarang udang ni kita buat sambal udang. Okay? Cun. Dah ada 2 mata. Next on buat sambal kicap lah kot. Sebab sambal tumis ni lawannya sambal kicap. Sambal kicap ni aku lupa nak snap gambar. Lain hari la share.

OOOHH, dalam peti ais tadi tak silap aku ada benda petak dalam kotak. Apakah??? Okay benda tu nampak sedap. Sedap. Sedap.

Tadaaaaaa~~~

 * Ayam perap rempah laaaaa~~~
HAHA. Ayam ni beli dekat MYDIN. Tau tak nak cakap, ayam ni rempah dia kuat sangat. Sampai tak rasa isi ayam tu. Rempah tu bila masuk dalam mulut rasa sangat-sangat rempah. Dah perap dengan rempah mesti la rasa rempah. Eeee benci. Ayam ni bagi abang dengan ayah makan. Aku tak lalu ah.

 * Ni bubur putih. Aeeesh ni nasi la.

 * Sambal udang aku buat ni. Aku buat tau. Bukan beli atau jirang-jirang bagi. Rasa? Erm.. Boleh laaa...

* Ikang goreng garam. Tak letak kunyit, boring kan hari-hari goreng letak kunyit?

Menu hari ni serba kering la. Baru perasan. Sayur takda, sambal takda. Takpa, esok kita ubah menu okay.

Alhamdulillah kenyang.


2 # WHAT I COOKED TODAY?


Menu mudah-mudah saja hari ni. Tak larat nak mereka masak lagi ni. Hari ni mood mengantok gila. Tak tau apa pasai. Padahal aku tidur 10 jam juga 1 hari. Takkan lah berkaitan sama sekali dengan perubahan iklim? Tak mungkin. Aku bukan jenis yang berkabung dengan selimut kalau hari hujan. Hormon okay tak?


Hormon dengan selera nak masak tak sama la dey.

Masak apa hari ni ton?

Aton masak ni...

 * Untuk membalance-kan rasa makanan hari ni, aku buat ayaq asam. Erm... Sedap tau, jangan kata tak sedap. Nak buat benda ni, kena peka dengan rasa. Ececece, pandai ajaq oqang tu. Dak, dak. Saja ja nak share. Ha betoi la, sebab nak ayaq asam ni nanti nak cicah dengan sotong bakaq. Sotong  plak ayah beli sikit. Ceh. Aku dan makan sotong tu 3 ketoi ja. Yang lain tinggal kat abang. Eshhh. Sedap la :( Esok suruh ayah beli lagi. Boleh2. 

 * Tadaaaaa.Sotong bakar. Ni masak pagai cooking magic tu. Apa nama benda yang berlipat macam burger  tu? Takda  nya nak kipas arang hitam tu. Dunia moden, jadi makanan laut juga memerlukan  kemodenan juga. Suri rumah pun perlu advance sikit. Jangan masak air pakai cerek. Masaklah air pakai dapur.

 * Gulai ikan kembung. Aku dengan gulai tak berapa sangat. Kalau gulai yang pekat tu aku suka. Tambah-tambah gulai arwah mak buat. Memang makan nasi banyak, kerja nak tambah aja. Rasa tu tangkap habis.  FUH gulai mak mana ada tandingan.

*Seperti biasa, menu wajib. Ikan goreng garing. Garing, rangup macam keropok.
Boleh?

Assalamualaikum.

January 10, 2014

CARA NAK HILANGKAN BOSAN




Angkat tangan berapa orang di luar sana yang rasa BOHSAN? Sapa yang rasa hidup dia tekanan tahap gaban? Angkat tangan? Angkat la weeei. Ah bodo tau, ni kan membaca buat apa nak angkat tangan.

Ikhlas dari hati aku bohsan gila. Gila tau, tapi alhamdulillah masih mampu berfikir dengan waras. Moga terhindar dari gangguan emosi. Amin. Amin.

OKAY, bagi menghilangkan rasa bohsan yang melampau-lampau ni. Aku nak share dengan kome cara nak hilangkan rasa boring. Moga-moga bermanfaat untuk dilakukan lah yer. Aku dah cuba simplify cara paling mudah untuk anda semua ikut. Of course la cara paling mudah untuk dibuat tidak membebankan malahan mendatangkan faedah mungkin? Omaigad apa aku cakap ni. Ampun.

PAUSE.

CARA-CARANYA SEPERTI BERIKUT :

1. Okay, pergi ambik gunting. Tak kira la gunting mak kome punye ke, gunting kertas ke, asal gunting saja. Ambil gunting tu, pegi bediri depan cermin. Tengok pulak rambut kome, pastu potong. Adjust bagi elok balik. Kan dah sep duit tak payah susah pegi salun. Untuk kelihatan lebih advance lagi, pegi beli inai tu. Then warnakan rambut kasi nampak ala-ala brown sikit. Alahai,  kalau terlebih rajin tumbuk je inai kat belakang rumah nu ha.


2. Kalau ada haiwan peliharaan macam kucing ke, lembu ke, kerbau ke, arnab ke, pape je lah jenis  haiwan peliharaan. Pergi mandikan dia bagi wangi-wangi, gosok habis semua bulu-bulu dia. Polish sampai gebu la natang  tu. Taik mata la, taik telinga la, kuku la, apa la semua bagi cuci. Dan pastikan sesudah mandi tu, natang tu bersih sebersihnya. Jangan bagi ada kotor sikit pun.

3. Reka satu cerita tergempar  untuk menggemparkan orang di seliling anda. Contoh eh, " Malam tadi ada orang nampak TOTOT terbang atas bumbung rumah Anjang Merah". Dan pastikan mereka yang mendengar tu rasa cemas dengan riak muka yang tertanya. Kemudian biarkan mereke tertanya-tanya sendiri betul ke tak. Konpom malam ni orang kampung sebok skodeng hujung kampung lagi.

4. Pergi bukak almari adik kakak bang mak ayah, cari baju-baju yang kot-kot boleh match dengan kita. Kadang-kadang baju dorang ada yang cun dengan kita. So boleh ambik dan pakai macam harta sendiri. Jimat duit kome nak beli baju tau. Baju yang dapat tu ubah-ubah la sikit. Contohnya, tshirt adik boleh dibuat tube untuk perempuan. HAHA. Try la uallss.


5. Pergi bukak radio, laptop, winamp atau apa saja music player. Buka pada volume yang lebih kurang tak gegar rumah. Pastikan TV OFF masa tu. Then pegi baring atas katil, start lah berangan-rangan. Ini paling mudah untuk di lakukan sebab kemungkinan besar kome akan tertidur lepas berangan tu. Tapi make sure kome kena hayati tema berangan tu okay. Jangan berangan kosong tanpa feeling. Tema berangan ikut suka. Nak buat lagak cinta, ka menang trofi ka, terpulang okay.

6. Sila LOG IN ke fb, create akaun baru dan ADD budak-budak sekolah menengah. Tak kira la laki ke pompuan. DP fb kita jangan la ambik muka retiss, ambik muka yang pure handsome/cantik. Then, create pulak 1 album yang siap compile semua koleksi gambar supaya mereka yakin kita wujud. Then start lah permainkan mereka. So waktu chat tu, kome boleh tergelak habis tengok ayat-ayat yg deme chat dengan kita. Sebab budak sekolah ni mudah tertipu. Deme boleh habiskan masa seharian suntuk untuk layan social network ni. HAHA. Itu namanya tamak haloba.

7. Ambil 1 pen, sehelai kertas dan duduk bersila  baik-baik. Atas kertas tu tulis la SURAT BUAT BAKAL SUAMI, SURAT BUAT BAKAL ANAK, SURAT BUAT BAKAL ISTERI. Bagi yang sudah berkahwin pun sama. Tulis saja apa yang nak ditulis. Benda-benda macam ni kadang-kadang akan buat orang rasa terharu dengan kita.

8. Bukak buku SPM, PMR, UPSR. Buat ulangkaji sikit. Walaupun umur dah cecah 40 tahun, takda masalah. Di samping membantu anak-anak nanti, ilmu kita juga bertambah. Ni kena berlagak sikit buat kerja ni, kena macam kita yang nak ambil exam. Baru FEEL abis. Jangan lupa highlight ayat-ayat penting. Siap dengan nota-nota kecik tau. Habis study pergi tidur. 

9. Bukak rak kasut, ha kilatkan kasut tu. Baru kemas bila pakai nanti. Selipar luar rumah tu, pergi berus sampai dapat warna asal masa beli dulu. Lagi tak bersih, jangan berenti. Dah bersih pergi jemur. OKAY?

10. Decorate bilik. Boleh view di chanel YOUTUBE DIY. DO IT YOURSEF. Macam-macam ada. Boleh la belajar macam-macam benda sendiri kan. Tak la asyik boros je belanja. Jugak boleh bukak tengok artis korea menari. So bila deme menari, kome pun ikut la sekali ye. Baru lembut sikit badan tu. Takla macam tiang letrik jer nanti.

11. Cipta 1 ayat havoc di FB. Contoh, "Jemput hadir ke majlis perkahwinan saya dan Faisal pada sekian sekian". Then post. Tengok berapa LIKE, berapa COMMENT. Takpun pegi GOOGLE gambar baju pengantin, then post di FB dengan caption " BAJU PENGANTIN DAH SIAP. Tinggal nak buat doorgift saja lagi". Tektik ni aku penah buat dulu. TERBUKTI BERKESAN.


Hidup kadang-kadang memang membosankan walaupun sebenarnya dalam dunia ni banyak benda lagi yang kita belum explore.


January 09, 2014

Wordless Wednesday # 9






....................................................................

January 08, 2014

HADIAH TERTUNGGAK TAHUN 2013


Yay yay Nay~~~

OF COURSE la I happy uallss. Hadiah ni berapa nilai pun tetap  beharga tau. Wowowow intro tadak ka adik manis? Ada, ada, sabar. Ni aku baru nak taip.



Giveaway ni ran lepas raya Aildilfitri hari tu, tahun 2013. Lama dah kan? Ha betul. Sebabnya ramai blogger yang organized  GA ni, jadi proses nak susun hadiah tu mungkin lambat. Bukan mungkin tapi memang lambat. Aku ingat dah tak dapat dah hadiah ni. Walaupun dapat 1st place redha ajalah kalau bukan rezeki kita kan. Nak claim lebih-lebih nanti deme kata aku sawan pulak. And today, today hari ni hadiah ni tertunai di depan pagar. Feeling so happy, blessed , anxious.. Semua lah feeling lebih-lebih.

Lunch tadi makan macam biasalah kan, tu kan tadi aku ada update menu hari ni. Petang dalam pukul 3.00 aku lunch la. Fuh sambal belacan tu. Mantop tip top. Alololo puji diri la tu. Heh. Penat tumbuk sambai la. Takpa-takpa. Asai sedap semua berbaloi kan? Harap-harap bila tumbuk sambai ni hilang la buaian bawah lengan. KAHKAHKAH. Aton rilex sudah.


POS LAJU mai time kita dok santap lunch. Adoi, sedap slurp slurp dok isap ayaq udang tu  depa HON kita. Tekejut ngan kita. HON POS LAJU aku cukup pantang la. Bila HON tu kuat sangat. Satgi ada la mata yang telus dok skodeng. Ingat aku tak taw ka.

Tengok nama tu, nama aku la. FATIN AFIQAH. Tapi hadiah apa eh? Sebab aku takda order barang online. Kalau ada pun tahun 2013 tu last aku order. :) Dah nama UNILEVEL plak kan. Saspended. Pak cik tu kata ada orang bagi hadiah. Erm.. Betoi la kot...


Owh, dah bukak surat ni baru ingat aku ada join 1 GA di blog. Mehehe. Okay tak saspen dah macam tadi. Muka tak bengon dah macam tadi. Dah normal. Tapi, tapi , tapi kan.. Lama gila kot tunggu hadiah ni. Aku budget dalam 2,3 bulan ja. Ni dah masuk tahun baru pun. Pun baru nak dapat. Eh geli hati la tengok parcel ni tadi. Macam nak hempuk-hempuk ja. Overnya cakap. Ampun.

Jadi, ini item yang saya dapat. Ada 6 jenis semua. Berkilat lagi owhh packing. Naik excited aku nengok nyer.












Kesemua hadiah itu sudah aku serahkan ada pihak berkuasa yaitu ayah aku. Seronok tak terhingga dia. Jangan tak tau ayah aku sangat-sangat menjaga penampilan. Teruk dia dari aku. Aku tak berapa sangat, aku jenis langgar dan tak istiqamah bila pakai produk.

Terima kasih FAIR & LOVELY. 
THUMBS UP.

1# WHAT I COOKED TODAY?


Salam'alaikum ,

Hari ini hari mendung, kemarin pun mendung, kemarin dulu .. HAHA... kemarin dulu pun mendung, 3 hari lepas aku lupa mendung ke terik. Yang pasti 3 hari lepas aku tak memesin kain  sebab dalam bakul basuh takda baju. Bukan takda  baju la, ada tapi  takat 7 8 helai ajer. Jadi cam tak berbaloi je? Erm? Suka hati la nak basuh ka dak. Yang pasti hari ni aku dah jemur pakaian yang telah dimesin-mesin. Erm? Banyak tak? Boleh tahan banyak sebab aku lupa dalam bilik aku ada 1 bakul baju yang tak terbasuh 3 hari lepas. Bakul tu duduk belakang pintu. Jadi tak nampak rupa baju yang berbukit tu. :) Sabar aje laaa dengan penyakit amnesia ni.

Well well well. Everything went well.

WHAT I COOKED TODAY?
Masak biasa saja tau. Jangan mencemuh menghena masakan saya. Saya memasak tanpa pemantauan seorang emak.
HUH

Macam biasalah, menu mesti ada 3 atau 4 mata. Kalau kurang rasa macam hidup tak sempurna. Rasa meja makan tak berseri lah. Poorah. Paling kurang ada sayur, ikan goreng, sambal, ulam dan kuah. Dan kuah okay. Kalau rajin ajer aku masak kuah. Tapi selalunya aku rajin. Jarang malas-malas. Sebab kalau tak masak kuah ayah kena keluar beli. Semata-mata keluar beli kuah. Tak berbaloi la Atin rasa. Kannn? Lain la kalau bini tu memang bersifat ikan goreng membujur lalu. Eh eh kiasan suka hati. Maksud aku goreng ikan semata-mata , takpun ajak laki makan luar. FUH. Bagi Aton la, bagi Aton kalau tiap-tiap masa makan luar  takda seri la si ISTERI tu. Bila eh nak merasa air tangan bini, bila neh nak rasa air tangan mak. Ewah pandai cakap. Aku memang , kalau cakap bagaikan senapang. Apa nak jadi.

Arwah mak dulu kerja. Kerjanya CIKGU la. Cikgu sekolah rendah. Balik dari sekolah, tak tukar baju lagi, bukak tudungnya, dengan baju kurung tu la dia masak untuk ayah. Menu dia simple, kicap + cabai mlaka _ cuka, goreng ikan. sayur. Macam mak masak pun ayah makan bertingkek-tingkek. Tu nampak air tangan isteri? Tiap-tiap hari macam tu la sampai mak di-diagnosed kidney disease, baru mak berhenti masak. Jadi masa tu turn bertukar. Ayah yang masak, ayah yang beli kuah, ayah iron baju sendiri, ayah sapu sampah and  sebagainya. Mak makan luar dia tak lalu sangat. Dia lebih kepada masak sendiri. Kami adik beradik membesar dengan air tangan mak. Mak kalau masak memang lepas makan tu aku tebongkang terus. Lemak, cukup rasa. Sayur kalau goreng memang superb. Warna sayur tu cantik, fresh. Maap ler aku kalau bercerita pasal arwah  ekspres ke depan. Ampun lari tajuk.

* Nasi jangan terlalu kering, jangan terlalu lembut. Sedang-sedang. Bila nampak nasik tembak naik.. Alalala.. Tembak naik tu yg ada lubang-lubang @ kawah tu, okay nampak nasi macam tu gaulkan nasi. Cako nasi tu ha. Baru dia sedap. Gaul dengan kuah pun rasa. 

* Menu wajib. Sedap sedap sedap. Pantang Aton kalau buat sambal belacan pakai blend. Aton tumbuk ni, Aton tumbuk sambil selawat supaya sambal Aton sodap. Aton kadang-kadang fail jugak buat sambal ni. Belacan telebih la, garam tak cukup la. Ada orang petua dengan aku suruh letak Ajinamoto. Pun boleh la. Arwah mak dulu tak pakai Aji, sedap jep sambal mak. Ni ada ulam tau, tapi tu lah malang tak berbau sebab masa aku rebus ulam kacang bendi tu ayah dah ke dapur. Aku kat ruang tamu mop lantai. Masuk ke dapo tengok ayah dah bersidang. Jadi kacang bendi yang direbus tu pun terkorban dalam nahas mulut ayah. Kan dah mangkat sia-sia kacang tu, tak boleh masuk blog Aton.

* Aku tengok sayur ni terus terliur. Agak lama tak makan bayam ni. Sedap owh. Goreng garlic tuang ayaq,  boh batang dia, boh garam aji, boh daun. Dia kannya apa, minyak bila becampoq dengan garlic ni, dia lain rasa. Rasa tu bangkit. Ecececece. Pandai depa.

* Nampak ni tadi atas rak. 


 * Udang + sos thai + telur hancur + tomato. Sos thai tu asset.


* Sengaja digoreng ikan pakai minyak kemarin. Cousin ajar kalau nak ikan garing, minyak kena garing sama. Jangan kedokot. Boleh. Boleh. 

* Cuci mulut, cuci cabai tadi. HAHA. Tak lawak kan? Tau. 


Alhamdulillah, aton kenyang.


January 06, 2014

MUAwarrior : SELF PLAYING MAKE UP


Salam'alaikum,

Okay, untuk ulasan kali ni tak mau dah muqadimah yang keterlaluan panjang berjela. Nak letak gambar saja. Sedikit ulasan kecewa bersulam excited.

Sebelum 

* Sight!!
Muka kalau tak make up memang really2 teruk, bad, macam orang sakit.
Eyebag teruk, bibio macam nak pucat sikit. DONT LIKE ah. Kening pun macam betul tak betul.

Next selepas 2 kali make up muka orang aku rasa tak puas hati. Well actually bukan penting sangat nak analisis hasil kerja sendiri. Jadi ka tak jadi ka lantak lah. Kening terbabas ka, bibio belemoih ka,  base tak sekata ka and bla bla. Tak penting pun kalau nak di ikutkan. Itu kalau di ikutkan. Tetapi dah pandai nak analisis kerja sendiri meaning to say hasil kerja tu pentinglah. Bukan sekadar nak main-main.
Bukan sekadar nak ikut orang. Orang buat kita pun buat.  Aku  involve dengan solek menyolek ni pun sebab minat, sebab hobi. Kalau tak, tak kanlah sampai mengabis duit p kelas make up.

Based on my past  trial, hasilnya mendapatlah kemajuan dari dulu. Dulu sebijik-sebijik bentuk kening aku ikut. Tefikir jugak macam mana nak bentuk kening jadi mcm bulan, dari mana nak start menaik? Dari mana nak bend kening turun ke bawah? Sampai mana panjang kening tu?

Unttuk first class make up yang aku attend, info taklah terlalu padat, bersesuaia dengan pelajarannya. Bila di suruh ajar cara make up pengantin, dia tak nak tunjuk . Katanya , SAMA JA SAMA JA. cUMA TAMBAH KRIM MIKO CODE bla bla bla.. Praktikal pun tak ada. Kelas cuma lebih kurang 3 jam setengah. Balik rumah, aku cuba praktik, pun masih blur. Tak nampak gambaran macam mana make up cantik boleh terhasil.

Kelas kedua, sangat ohsem. Kali kedua attend class, orgnized by MUA Shiela ( KAK SHIELA). Aku nampak  gambar dia make up Shatilla Melvin, terus aku WOW WOW WOE. Hebatnya dia. Untung badan lokasi KS tak jauh dari rumah. Dalam 15 sampai. Plus KS sangat-sangat HEBAT. Dari dia aku tau kenapa kulit nampak macam tepong tumpah, kenapa kulit tak shining, perlu ka tidak pakai HIGH BEAM. Barangan yang di pakai waktu class pun barang branded. Respect sama dia. So far kelas KS 150% lebih bermakna dari class pertama. Class pertama pun okay, cuma input kurang untuk aku.

Takpa, benda dah lepas. Sekarang maju ke hadapan lagi. 

Sebab aku geram bila make auver muka BFF, bawah mata dia kurang kemas. Eyeshadow tak di blend dengan sempurna, shading hidung terlebih dan paling spoil kening dia aku failed.

Untuk menghilangkan rasa tak puas hati, aku buat jadikan muka sendiri sebagai eksperiment terhormat. Hanya TESTING saja.

Jadi hasilnya........

SELEPAS


Ulasan MUAwarrior : Foundation aku lebih elok dari dulu. Cara pegang span lebih elok dari dulu. Dulu suka hati  ajer tenyeh ke muka. Padat padat padat segala jenis code nak tutup jerawat, eyebag. Pemakaian MIKO 171 lebih kemas. Dulu MIKO 171 aku tempek tebal pada bahagian tertentu. Sebab tu la nampak bertompok pada sesetengah bahagian. 


MUAwarrior : Pendapat anda dari atas?


MUAwarrior ; Eyebag hilang. Hidung nampak hidup. Dari tepi kening nampak kemas lah dari sebelum-sebelum ni.


MUAwarrior : Aku rasa gambar ni nampak macam soft. 
Kak Shiela, what do you think ? 
:)


MUAwarrior : Again, what do you think Kak Shiela?

Sekian,

Maghrib.


January 05, 2014

MUAwarrior : MAKE AUVER BFF ATEN.


Well beloved, presented to you my first make-over. Make up done with BFF. Quiet sporting, relax and chill. Puih speaking English no no no.

Berdasarkan gambar rajah yang bakal anda scroll nanti, gambar semua adalah menggunakan kamera asli. Iaitu kamera nikon. Nikon tak pernah membohongi kita, 360 tu yang selalu bohong. Kebiasaannya kalau aku make up pun pakai effect magic skin. Itu pun bertujuan untuk suka-suka di uplod ke FB. Kalau untuk kerja-kerja MUAwarrior , 360 adalah diharamkan sama sekali. Kerana dikhuatiri akan menimbulkan rasa penipuan yang melampau-lampau terhadap penonton dan penglihat.

Memang bila pakai 360 agak bahaya. Especially untuk dipublish. Sebab warna eyeshadow, blusher, bibir  serta merta kan jadi lembut yak amat. Very - very soft like silk. You know silk? Ibarat kain cotton dan chiffon. Sebagaimana perempuan sukakan kecantikan, me too. Kain hanya kaisan semata-mata. Ampun.

Gambar asal BFF. Dia tak pakai apa-apa nit tau. Cuma pakai bedak Econter ja.
Kulit di licin,takda masalah jerawat. Parut lama ada lah tapi tak berapa menonjol sangat.
Kening dia tebal, panjang dan itu adalah kening hidup. 
Kening hidup beerti sudah di gam pun masih berdiri. 
Perlu banyak buat  kerja sekolah lagi lepas ni. 
Mehehehhe~





 ** Kening aku belum seberapa terror lagi. Kalau kening tebal, tp bulusnya jarang-jarang mungkin mudah sikit. Untuk kening BFF, mcm aku buat ulasan tadi. Malas nak taip.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.
.
.
.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Keseluruhan dari make auver ni aku agak berpuas hati. Dulu make up aku teruk,  base tak sekata,  ketul-ketul. Ada la kemajuan kan. Dari mundur jep.


THANKS BFF.