SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

December 30, 2011

MEREKA SUDAH PULANG


Hampir seminggu mereka datang, diri terasa cukup di-entertain dengan masakan Sarawak. Sedap semuanya. Dari hujung kaki, hingga ke hujung kepala, terasa gigil bila dapat makan masakan turun temurun. Sebenarnya tak la temurun sebab orang lain pun tau jugak masak. Tak. Salah tu. Biarkan.

Mereka aku kira cukup riang bermain-main di Padang Besar, menyempit di mall-mall sekitar Alor Star, dan cukup gembira bila di sua durian yang kuat sungguh baunya. Di Sarawak, durian dijual secara berbiji. Tau? Macam ni, bukak mata sampai terbeliak! Eh! Di sana 1 biji durian dijual pada harga around RM 22-25. Itu baru 1 biji okay. Cubalah fikir kalau  nak borong durian tu secara segerombolan, maka perbelanjaan seseorang kakitangan awam seperti mereka akan meningkat kerana kemahalan durian tersebut. Di Kedah lain cerita, durian bersepah. Aku yang tengok ni rasa sungguh tak berminat nak makan. Eh semalam yang mak su simpan tu bukan hang yang habiskan ke? Oh ye? Cika-cika. Di sini perhitungannya begini, 1 kilo RM 8. Aha! Borong la borong la borong la! Tak borong tak rugi! o___O


Aku sedikit tersedih dengan kepulangan  mereka ke Sarawak.

Sedikit keistimewaan tentang Bumi Kenyalang :

  1. Mereka yang lahirnya di Bumi Kenyalang akan mudah bangun di awal pagi walaupun tak ada jam loceng yang memekak di awal hari.
  2. Wanita berkahwin dan lelaki berkahwin sungguh suka melepak di pasar tani pada waktu pagi, beli barang nak masak katanya. Padahal boleh je salah seorang suami atau isteri ke pasar sorang-sorang. Tak boleh!! Sebab saya cemburu. AH! Jangan nak buat-buat tak tahu kalau saya cakap orang Sarawak sangat cemburu pada pasangannya. Mereka tidak menerima kalau ada orang lain yang cuba nak terhegeh-hegeh pada cinta hati mereka. Jangan nak buat-buat tak tak tahu bila saya dah cakap ek.
  3. Masakan Sarawak adalah totally different from masakan Semenanjung. Mereka tend to have makanan yang direbus, dibakar, dikukus. Senang cerita makanan bergoreng ni jarang dorang makan. Sebab tu awek Sarawak semua cun-cun. Lelaki pun tak kurang juga, pun turut kacak.Bersih dari kecacatan pimple. Cara pemakanan sangat dijaga. 
  4. Mereka suka tidur awal. Kadang-kadang pukul 9 dah siap berkuruh kroo.. krooo... kroooo... Aku jadi kagum bila ada manusia yang tidur pada waktu aku boleh tercangak depan TV. They are awesome. Oh yeah!
  5. Raya di Bumi Sarawak sumpah aku cakap sangat meriah. Korang tahu pelangi? Funfair? Dorang raya SEBULAN, 1 BULAN. Tak percaya? Sila  terbang ke Sarawak sekarang! HAHA. Awal puasa, yang miskin atau yang kaya akan buru-buru beli lampu cili, pasangla sampai sebulan. Lebih rasanya. :) Macam - macam jenis ada, bagi yang terOver excited, design pelbagai bentuk akan dihasilkan. Wah! Meriah sungguh la! Lagi tak habis bulan Syawal sampin akan dipakai. Lain dengan di Kedah ni, sunyi siot. Ke aku yang tak enjoy?
  6. Paling penting, CUACA di sana macam di pulau. Sejuk, bila angin belah tangan anda, anda akan rasa seperti ada hembusan lembut menerobos kulit anda. Betul! Kali ni saya tak mentipu anda. Jarang-jarang sekali cuaca panas, kalau pun panas tidaklah sepanas bumi gurun sana. Ada satu tempat di sana,kalau tak silap aku tempat yang berdekatan dengan hotel Harbour View,. Di situ ada 1 tempat yang sebijik macam di kota London. Merpati memang berkeliaran kat tempat tu. Serius cantik. Cubalah ke sana. Waktu malam jangan nak cakap lah, lagi lah cantik yang amat. Ada air pancut, lampu sana sini. :)
Rasanya sudah melencong ni. Maaf.
Jom mula balik. Mereka datang Sabtu yang lepas. Mereka pulang hari ini. Lama mereka di sini. :)

Saya suka. 

Saya tak pandai entertain orang, lebih-lebih lagi golongan veteran seperti mereka:) Saya suka tengok mereka bershopping di sini, saya suka tengok mereka makan ter-slurp slurp. Saya suka tengok mereka angkut durian berkilo-kilo.

Saya rasa saya nak balik Sarawak, saya rindukan Kuching. Saya rindukan kampung saya. :( Saya rasa saya tak betul sebab post ni ditaip sebaik saja saya celik mata. Mereka sudah berangkat ke airport jam 6.00 pagi tadi, pagi ni lah. Saya rindukan kampung saya di Buso, sebelah Bau. Saya rindu nak tidur di sana.

Saya rasa syahdu bila fikirkan keadaan di sana. Sarawak ibarat bumi London bagi saya. Cubalah ke sana, cuba ikut cara hidup orang Sarawak, pasti terasa lain.

Last but not least : Lelaki yang belum berkahwin, silalah ke Sarawak, jodoh anda mungkin di sana. 

December 27, 2011

Izaty's Engagement 25.11.2011





May God Bless both of you :)

Semoga hubungan ini kekal ke akhir hayat. Jangan jadi artis Malaysia, kawin bagai nak rak. Tau -tau cerai. Senang jer cerai.

Aku entah bila dapat rasa hari bahagia ni. Teringin sangat-sangat.

December 16, 2011

WANG JIAYUN : BARBIE DOLL BERNYAWA


" DOLL LOOKALIKE "

Oh what?

Living doll? Which can be like that! You believe that? I further do not believe! But do believe jugak okay. For what? Because she does exist although its presence is a result of past excessive editing. Even when people think. This world is facing with  the existence of human LIKE the doll face. Whose the beauty of the world? You guess?? Lets begin...

Every woman wish to look beautiful and gorgeous in front of people. Smae goes to young Chinese girl, Wang Ji Yun with her edited photos looking too awesome for an ordinary chinese girl. Wang Jiayun, a 17 years old life size doll lookalike was born in Kowloon, Hong Kong and she’s living and studying in Shenzhen, China. Recently, she becomes as one of the most searched Chinese girl in the search engine especially among the major search portal in Korea.Special gratitude to the fake touch of Photoshop(photo editing ). Many of peoples argue ether all her photos shown are original or fake. She was quickly labeled as the live action blow-up doll, standing at 164cm height and weighs 42kg. Her personal blog is also  not active since her photo exposed all over the world Blog: http://kulu.kaka.blog.163.com (inactive) Weibo: http://t.sina.com.cn/wangjiayun11.

If she has 164cm tall with 42 kg weight, could you imagine how does she looks alike? Take a look at this photo...









                                                                                    Source : Dailylenglui.bg.com


WANG JIAYUN ORIGINAL WITHOUT PHOTO EDIT-ing













 She mentioned that she just wants a normal life and repays her parents by getting into college. She never wanted to be popular public figure. Teachers have called her up after seeing her pictures online and she couldn’t describe how she is feeling at the moment.

P/S : GIRLS OUT THERE!! Hallo.... You can see now right? The much you fake-ing your photo the more yourself will be ashamed. Come on, just let the real one of you appears. One fine day when your true colours revealed, you will be hurt.

ORIGINAL. 

December 15, 2011

Wordless Wednesday #1


Wordless Wednesday?




Pada hari RABU,semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa2 description untuk mengexplain gambar tersebut. Maksudnye gambar tue yang menceritakan perihal N3 tersebut..
^-^ Untuk pertama kali......
Prediction??


December 13, 2011

WI-WI


Name : WI-WI
D.O.B : Unknown
Date bought : Disember 2009
Mother name : Yen-yen Corner
Reason why be given birth : I'm the latest fashion in 2009 (that year maybe O-O)
Papa name : Uncle Cheong (delivery man)
Stepmother name : Cika Dior (Fake name! Ceeit!)
Jenis kain : Sutera warna-warni dan bergaya...
Jenis tapak : Gentian seramik tahan lasak ... GERENTIPUNYA!!!!
Size : U.S (45)/ AS (10)
Produced by : HITACHI KUNISIWA machine
Tagline : Wear, Use, Throw
Price : RM 30.00 (when I bought)
Color available : Can You see above? My body was covered with all types of colors. How bangang You are.
Allergic : Wet floor,cold wall, warm background.
Advantage : Ultra light when we use at night, does not absorb water. Good, good.
Due date : Untill I die. InsyaAllah.


December 07, 2011

PERTEMUAN ; SEORANG SAHABAT

 
Di sini bermulanya pertemuan yang terakhir
Kehilangan amat terasa di hati
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini

Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
Mungkinkah ini yang tertulis di tangan takdir
Ku terima perpisahan ini
Perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
Dirimu pergi biar ku sendiri
Dulu kita satu jiwa satu impian
Susah dan senang kita bersama
Namun itu semua hanya sementara
Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu
Saya sangat rindukan sahabat saya. Sangat rindukan dia. Tak tau kenapa tiba-tiba dia hilangkan diri. Saya ada buat salah? Saya da sakitkan hati dia? Last saya jumpa dia 2 bulan yang lepas. Lepas tu hilang. Tak tahu ke mana dia pergi. Sangat-sangat rindukan dia. ::((

Sometimes saya rasa dia sangat annoying, tapi kadang-kadang annoying dia yang saya nak dengar. ::(( Serius aku rindukan dia.


December 06, 2011

TAK SEMPAT NAK GRAB ; SOLD OUT



Pergh! Pergh! Cantiknyer.Pergh! tengok lagi la, eh yang ni cute what! Scroll ke bawah lagi, mak ai yang ni memang nak beli ni. Mane yang kita tengok tadi? Ah yang ni,nak yang ni! Cantik bapak ah! Nak yang ni. Jap usha harga, okay what ! Tak mahal sangat, ni kalo beli kat luar ni harga memang hebat lah. Mane-mane?

Tunjuk sini... :


Yang hijau ni most wanted. Sebab saya kurang minat dengan colour-colour masam, so I prefer colour yang striking sikit. Macam previous entry, saya sudah tunjukkan bawal collections saya. Argh. Frust siot la semalam. Baru nak confirm dengan tuan LOVE SHAWL, bukak je blog tengok dah habis. 



Yang jalur macam zebra ni agak menarik jugak. Pun habis. Arggh! Sembam muka ke tanah kejap Erggh serius nak yang ni. Sebab setiap pembelian yang lebih dari 4, akan dapat gift. Ye, dah siap pilih, nak inbox then teringat. Eh! Sold out ke ape tudung ni. Cek-cek balik...???


SOLD OUT SAYANG

Can you spot ubat nyamuk? Can you spot lingkaran api? Can you ?? Can or not!
Heh! Ni corak di kepala tu sangat menarik. Nak yang ni ::(((

 The most wanted flower design. Sangat -sangat macam corak kain cotton. Eh nak yang ni :(


 POKODOT! pokodot. POKODOT! Nampak??

Nak semua yang di atas. Tak apa, nanti kita wash my eyes lagi. HAHA. Eh takyah nak gebang sangat lah. Dah-dah. Tak ada mood. Sedih.

December 01, 2011

BAWAL OPS!



Damn! This bawal drives me crazy. Each month I spent about RM 40 untuk bli new hijab collection.
Mana duit tak habis macam ni. Urgh! Payah betul. Sudahlah boros membeli, boros makan pulak tu. Susah-susah. Patutlah orang kata perempuan ada 9 nafsu, 1 akal. Yang akal tak ada tu susah sikit. Hilang letak di lutut  barangkali.

Ada lagi 1 kotak bawal terpakai, pakai la sangat. Yang di atas adalah yang selalu saya pakai, yang selalu saya lipat-lipat. Rajin sangat melipat  bawal-bawal tersebut.

" HAPPY BAWAL DAY "

EH! TAJUK APA NI?


Grrr.. Grrr... Grr.. Sejuk ni! Grrr... Grrr lagi... Aduh sejuknya. Selimut langsung tak berguna, tanggungjawabnya untuk balut tubuh saya gagal dilaksanakan. Grrr... Grr sejuk! Okay! Tukar! Kita pakai stokin! Grr... Stokin ni agak tebal, tebalnya sampai membuatkan kaki rasa dan ibu jari rasa tersepit. Padan lah muka pakai stokin bulu biri-biri tu! Grr.. Sejuknya! Sejuk! Saya peluk bantal panjang. Oh terasa seperti peluk suami pula. Suami pula yang tiada. Alangkah ruginya bernikah lambat. Expired!

Sayang sudah tidur. Zzzzz... Si montel itu tak pernah lupa kewajipannya pada setiap jam 10 malam. Tapi malam ni dia ter-delay waktu santai berahinya. Katanya pergi bersiar-siar di pantai dengan Tarmizi Si Murai Becok dan Azhar(ni duda bahaya, Dia selalu ambil kesempatan dengan Azrul. Apa dia fikir Azrul suka dia kali. Ish!). Malam ni secara mendadak Sayang berbual dengan nada yang lembut. ::) Gembira. Dah lama tak dengar lelaki kegemaran saya cakap macam tu. Katanya sibuk dengan koperasi(koperasi ni pun salah satu alasan yang munasabah yang menjarakkan hubungan kelamin saya dan Sayang. Walaupun munasabah, tapi saya tetap tak boleh terima. Kerana dia sibuk mengira bilangan air kotak. Urrggh! Ceeeit! Ceeit lagi!). Sibuk menguruskan koperasi terbilang, gemilangnya. Ada ka patut dia bawak duit beribu-ribu pergi bank longlai macam tu jer! Tak takut ke kena songlap(errrr.. betul ke istilah ni? SALAH? nak padam tak? Tak payah!)

Oh ya! Petang tadi saya menukul. Eh salah ni, saya bertukul, memaku paku di dinding. Oh ya, lupa lagi nak gebang, saya beli 2 handbag baru(Eh! riaknya!). Okay, sangat selesa dipegang, besides holding dia tak terlalu panjang. Bertepatan dengan ayam katik "ni" nak pakai nanti. Kalaulah panjang, meranduk -randuk jadinya. Keadaan bilik sudah kembali normal seperti sediakala. ::))) 

Ending...........

Goodnite. Bobok lah