SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

August 31, 2010

Selamat Hari Lahir Sayang


Ya,hari ni umur saya sudah genap 20 tahun. Maka dengan rasminya saya menggelarkan diri saya sudah pun berada di satu kawasan yang agak selesa iaitu zon dewasa. Di saat ini saya berasa sangat-sangat terharu kerana tidak ada yang sudi mengucapkan ..SELAMAT HARI LAHIR SAYANG.. Mungkin juga ada di antara kalangan yang bakal pengucap hari lahir sedang menunggu detik jam 12.00 tengah malam. Ahhh!! Kita orang Islam,masuk sahaja waktu Maghrib itu tandanya sudah bermulanya hari baru. Tapi tetap saja kita mengikut adat orang Barat. Perlu tunggu jam 12.00 tengah malam. Saya benci adat orang Barat macam ni. 

Usually i will wish right after Maghrib for those should be wished. Not usually la,but I DO right after Maghrib. Last year i celebrated birthday party with my cutest friends at college. All of sudden midnight at 12.00 a.m I got a suprise delicious cake. Thank for God because meet me with  consent friends. Instead I got a Special ALBA from my beloved Ayah. Saya dapat jam . HEHE.  Ni ha sampai sekarang masih pakai. Unfortunately ada calar-calar la. Tau tak dekat mana ada tempat nak celup-celup jam so that it can be shiny like the first time we meet it behind transparent mirror?? Tau tak!!!

Nampaknya tahun ni terpaksa tunggu balik rumah dulu kan??? ONLY AFTER THAT I CAN CELEBRATE MY BIRTHDAY... Anyway,it's okay if there is no one remember my birthday even LOVING FIQAFI pun tak ingat but i believe Mak & Ayah never forget 1st September FOR EVERY YEAR. Must be something waiting for me at home. 

Once again I would like to say ...



To whom??
TO ME.......TO FATIN AFIQAH BT MUHAMAD....
Sebab tak ada orang yang sudi wish pada saya sebelum jam 12.00 tengah malam. Saya nak orang wish selepas Maghrib :-( Kesimpulannya saya akan wish pada diri sendiri selepas saja waktu berbuka puasa. Sekarang kan bulan Ramadhan. HUHU

I fervently wish  at this moment saya akan berposing dengan sepenuh hati dengan keluarga tercinta.   . Gambar tu sebagai bukti yang saya sudah pun di ambang tua. OH SALAH TU BAHASA ANDA. Saya diambang dewasa dan bakal berkahwin. LAGI SALAH BAHASA ANDA. Okay diam! Macam tu la. Begitu juga dengan rakan-rakan tersayang seperti mana yang pernah saya lakukan semester lepas. But imposible kan?? Apa yang berlaku pada hari kemarin tidak akan berlaku lagi pada hari ini.  WHY?? Sebab esok adalah hari baru. Kalau benda yang dah jadi kemarin berulang lagi hari ni,makna kata tiadalah istilah TIDUR. Kita tidur sebab nak sambut hari baru. Betul tak?? Wahh!! So clever!!

Sungguh aku tak malu. Ucap pada diri sendiri,macam diri aku ni tak laku sangat. Coi!!! Lekau me aa??? Jangan cakap macam tu. Awak cantik Fatin. Oh ya ka?? Sudah la kau. Dalam perancangan bila usia dah meningkat,semakin tua,saya mesti la berfikiran ke  hadapan dengan maju dan jayanya. Saya haruslah berfikiran dengan matang sebelum buat sesuatu. Jangan fikir macam budak-budak lagi la weh!! Cerdik sikit.. Ya,saya tau. Saya akan cuba untuk berubah. Bukan cuba la,tapi memang kena buat memandangkan kita hidup ni takkan look behind us kan?? Apa yang lepas tu lepas la,jangan dikenang lagi. Teruskan hidup dan buat muka bodo kalau teringat balik masa lalu. cHET!!

Sempena tahun baru,nak raya lagi,nak tutup bulan Ramadhan dan tanbah lagi kita baru saja lepas merdeka. Saya nak buat azam baru. Apa azam aku ha??? Aku nak belajar rajin-rajin.Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu tepuk adik pandai nanti mak upah kasut tinggi. HAHA.... LAGI?? Saya nak jadi anak yang baik memandangkan sebelum ni saya seorang yang nakal dan sangat suka membuat mak dan ayah pusing kepala. Pusing kepala?? Kenapa FATIN?? Sebab duit yang mak bagi saya selalu guna beli heel@kasut tumit tinggi. Mak,ayah maafkan saya,saya sangat suka kasut jenis tu. Tapi saya tak belanja untuk laki. KAHKAH. Ya mak,Tin tak tipu.


MAAF BERIBU KALI MAAF. Sedang saya prepare untuk entry special,Yayen rumate saya pulang dari kejauhan. HAHA. Tak,tak.. Yayen pulang dari luar.. Katanya nak keluar topup. Alih - alih bila balik Yayen,bawa 2 buku Cake.. Wah!! Yayen belikan saya cake Chocolate  dan 1 lagi cake Marble. Memang pandai la Yen belikan. Sebenarnya cake Chocolate ada jual kat bazar ,tapi saya abaikan  sebab SEbesar ibu jari mak cik tu da jual RM 1.70. Mahal la.  Tapi malam ni Yayen belikan saya cake tu,berterima kasih pada Yayen kerana menunaikan hajat saya yang terlalu idamkan kek tu. Jalan-jalan kat bazar cuma sempat telan air liur saja kan?? Nak beli mahal,nak makan tak cukup  pulus. HAHA . Ada berbaloi aku beli nasi ayam Kenyang doh!!  Apa pun terima kasih Yayen. Nanti i will buy something to repay back your kindness. I promise. Since Yen da bagi saya pinjam broadband,dan tak meminta sebarang bayaran,budi baik Yen haruslah dibalas  dengan yang setaraf dengannya. Apa?? Syhh!! Rahsia.

Saya dapat Tabung UJI KAJI OREO.... Simpan duit untuk mendbi pakaian.... Wah... Rumate saya sangat  baik hati dan ...... HEHE... tERIMA KASIH YA....


Ya,tabung raya tahun ni. OREO.... Terima KASIH ya....

Baiklah,bagi mengelakkan saya daripada bercakap banyak dan terus memakruhkan puasa saya,adalah baik better saya diamkan diri sementara. Membawa hati yang lara kerana tak ada orang yang wish birthday pada saya. HUHU.  Selamat Tinggal.

August 30, 2010

Kenalan Pemilik Blog


glitter-graphics.com




Ya inilah wajah sebenar saya. Owner of this blog is............. Taram!!! Saya la!  Wah,dah x lama ni nak masuk 20 tahun. Wah sekali lagi,saya dah tua ... oh tidak! Saya masih muda,itu menunjukkan peratusan untuk saya bebas ke dunia luar semakin tipis. Wah lagi saya dah nak kawin! Hah! Tidak,saya ada urusan lain dari memikirkan hal kawen-ngawen ni. 

Mari ke slot kita yang pertama.
Fatin Afiqah nama si comel,comel ker??? HAHA.. di bintikan dengan Muhamad,ya itu nama ayah saya ok! Nama atuk saya Zain,jadi sebagai kesimpulan nama saya Fatin Afiqah binti Muhamad,Muhamad bin Zain.  Jelas sudah ok??

Mari hitung umur saya. Umur saya kalau diikutkan tahun ni 20 tapi memandangkan  saya belum cukup umur jadi usia saya masih lagi lingkungan 19 tahun dan ada la butir-butir bulan yang masih belum genap setahun dan kerana itu,saya masih lagi belum berpeluang untuk mengundi. Ala,kalau boleh pun kau nak pegi ke?? Takkan??

Mak saya asalnya dari Sarawak,ayah dari nun Utara Kedah. Cantik kombinasi tu,dapat anak cantik macam saya dan kacak macam abang-abang saya. Oh nak pengsan rasanya bila ada orang angkat bakul buang sendiri.  Wah saya da sebuah banglo comel yang terletak di Kuala Kedah. Jom terjah  114 Taman Desarina. 


Saya suka Alor Setar tapi tulah nak belajar kan?? Ayah kata kalau tak nak belajar jauh-jauh,buat universiti depan rumah, Hari-hari ngadap laut. Kalau saya kata tak kisah mcam mana ayah?? Suka tak?? Makana saya dihantar belajar ke UiTM Arau Perlis. Baru bertateh di pering kat Diploma. Nak masuk kos kulinari tak boleh,jadi saya pilih kos Investment Analysis. ok x?? Hari-hari predict benda baru nak jadi. Oh sungguh dan benar,Finance buat saya tak tiduR dengan nyenyak-nya. Kacau!!

Milo Ais kalau dapat memang slurppp la kan?? Lepas tu sambung tidur,memang mantap. tambah lagi penat-penat. Memang nyamannya tidur. Nasi ayam memang menjadi kegemaran saya,tom yam campur. Bak kata diri sendiri masakn yang pedas tu la makanan saya. Apa lagi ya?? Tau tak masakan mak saya adalah penawar segala sakit,penawar segala pahitnya hidup dan yang penting penawar segala masalah yang gaggu I... haha... Sayang mak...

Mayat??? Bukan,bukan. Saya bukan mayat bergerak. Sya cuma sukakan binatang-binatang putih yang suci lagi bersih. Ya,saya obses dengan warna putih. Menatang apa tu???  Apa-apa saja yang kaler putih lah!!! Janji putih...


TAMAT.
END.
TRANSMISSION END.

Selamat Hari Raya Adilfitri Abang

Coretan  Istimewa Buat Insan Tersayang Faizal Izani......

Salam to My BeLoVeD cUTeST bROthER,

HEY,WAT U DOIN?? EATING?? haha... kidding.
Abg,SelaMaT hArI rAya AiDilFitRi,MAaF zAhIr only.. no batin ok.

ok,let me speak in MALAY.

Pertama sekali,i would like to expres how disapointed i am when mom said " Tin,raya taun ni Abg raya kat Putrajaya. Ka Yus x cuti." All of sudden i become silent. Terkaku seketika memandangkan Abg tersayang tak balik. Agak janggal rasa di hati apabila bilangan ahli keluarga tak cukup pada hari yang sepatutnya menjadi ramai dan riuh rendah. OK,saya redha. Raya tahun ni saya akan sambut raya dengan Mak,Ayah dan Ome. termasuklah Acu saya.

Janggal rasanya nanti.

Lantas di atas katil,sambil bersendirian saya fikiran kembali terbang melayang ke masa lalu. Tahun lepas. Ya,tahun lepas buat kali terakhir saya menyambut hari raya bersama keluarga saya yang bahagia lengkap memandangkan seorang daripada ahli keluarga saya sudah dimiliki org lain. Pagi-pagi mak akan sibuk menumis segala bawang,rebus segala ketupat dan yang paling pasti lantai dapur akan berkilat suci dan murni. Bercorakkan sayur-sayur yang jatuh berguguran dan hirisan bawang merah yang membulat dan menipis. Pada pagi itu saya akan sibuk memekik di bilik bujang dua orang anak muda. Ya,bilik kamu Faizal. Dan bilik Omey. YA! Kalian berkongsi bilik. Abg di katil single,Omey di katil raja. AH! Sepatutnya yang ada di katil single,Omey. Tapi Abg plak yang duduk situ. Biarkan. sUDAH PENAT MEMEKIK MELOLONG MELALAK,tak jugak bangun dua orang ni. ok! Panggil ayah. Dengar suara ayah sekali saja,terus bangun!!!! kata Ayah " Hampa tidoq pukoi beqapa semalam? Dah tau nak p masjid pagi ni awat tak mangkit!" pintu ditutup HAAAAA.... itu,apak mali!!!

Pulang dari masjid,Ayah akan balik ke rumah sebentar. Nak isi perut katanya. Seperti biasa,sesudah ayah makan kami menapak ke tanah perkuburan. Nak ziarah kubur Tok dan Wan. Ya,insan yang pernah hadir dalam hidup saya dulu. " Tin,bawak surat khabar." dihampar..... Lalu terkumat-kamit mulut kali berempat membaca Surah Yasin sebagai tanda ingatan pada arwah.

Saya rindukan detik itu.

2 tahun yg lepas Acu kata
" Cu tak boleh pi kubur. Ni adik sapa nak jaga??"
Yalah cu,tin p dengan ayah,abg,me.
Hari ni,
"Tahun ni kita empat sajalah p kubur na. abg tak ada."
Yalah ayah,kita p tiga org saja.

kalau saya sudah kerja nanti........
" BOS,SAYA NAK CUTI. ADA URUSAN PENTING DI KEDAH."
"Urusan apa?? Awak x boleh ambil cuti. awak dah byk kali ambil cuti"
"Mak ayah saya sendirian di kampung. Mana mungkin saya tinggalkan mereka sendirian. Jahat benar saya kalau saya tinggalkan mereka di sana kerana kerja saya. Tidak mengapa,Bos boleh potong gaji saya untuk bulan ni." ( SAYA ADA DUIT SIMPANAN,JADI BOLEH LA GUNA.)


itu cerita saya.

Salam lebaran buat abg tersayang. Kelak suatu hari nanti kita bertemu lagi. Tahun depan BALIK na.

Tamat sudah luahan hati saya. Ya,tahun ni tak berpeluang untuk berhari raya dengan Teddy Bear kesayangan saya. Sedih,siapa juga pasti bersedih hati sekiranya berada di tempat saya.

August 29, 2010

TEST terakhir sebelum raya


SALAM....

Tidak sabar rasanya nak balik raya. Ah! Aku tunggu kira hari lagi ni. 2..3..4... BALIK!! ya,hari ni hari Ahad,esok Senin.. Kamis saya balik la!! UUU!! Saya sedang menerujakan diri ni. oh apakh bahasa yang diguna pakai ni?? Mesti tak tersenarai dalam  Kamus Dewan dan Pustaka. Ah sudahlah kau!  Baiklah,baju-baju raya belum lagi dibeli. Ada patut ka macam tu?? HUHU! Ya! Kau puasa pun tak penuh,nak baju raya plak.  Diam! Syh! Saya nak jugak baju raya,tak peduli. Mak ayah belikan saya baju raya ya. Mak ckp " Ya nak,mak belikan."

Seperti bisa sebelum balik berhari raya TEST ditetapkan. Ooo.. kau ingat senang-senang boleh lepas ha?? Jangan harap ok!! TEST dulu,TEST banyak-banyak lol!!! Oh ya! Esok saya ada test LAW atau lebih mudah difami dalam erti kata lain Undang-undang duniawi yang banyak sekali sectionnya. Jenuh la hafal la pok.. Gigi rasa macam mesin taip,tup tap tup tap menggedik-gedik baca nota. Fuh! LAW ni tak boleh goreng,kalau boleh goreng memang  aku akan berusaha banyak-banyak untuk baca buku ilmiah. Oh tidak! Buku ilmiah tidak berkaitan langsung dengan  Undang-undang negara. Setakat ni saya sudah bergolek-golek di atas permukaan muka surat nota LAW,dan hasilnya saya tertidur 3 kali. Kenapa?? Kerana saya boring.  HAHA.  

" Refer to the case Venkata Chinnaya v Verikatamaya"
" Refer to the case Cohen v Kitten"
" Refer to the case Wong Mun Tai v Wong Mun Wai"

Berikut merupakan case yang popular dalam history of LAW.

Mari kita berjuang?? Mari!!!!

Senapang menapak di hadapan,peluru tertembus di otak!!Haiya!!!  

Kita berjumpa lagi di ruangan yang sama dengan tajuk entry yg lain...
TATA..........

August 24, 2010

Gambar Semata-mata


Hari ni penat sudah saya menelaah buku..  Selesai dua set test yang dijadualkan,saya keluar berjalan-jalan sementara tunggu kelas pukul 11.00 pagi bermula..  Oleh itu,marilah kita mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.. Mari........

Tiba di perpustakaan.....

Mencari pelabuhan yang sesuai untuk berlepak.. 

Akhirnya ditemuijuga.....

Tapi dimana.....??? 

Di sini.............


Aku n Fima TERjumpa gedung emas!! Apa emasnya?? Yah!!!  dipenuhi dengan majalah..dalam erti kata lain majalah WANITA,KELUARGA dan NONA...
 
Lagi gambar...

 
Di ruangan penghargaan..... Ruang ni memang banyak la piala2 yang Uitm dapat kan.... Alah,lupa  nak kira!! ok abaikan!!

SETERUSNYA..................................

Sudah sampai di bilik,aku merasa  sangat BERlapang dada. Lapy yang ada tersedia di depan mata tidak dibiarkan sahaja...Pantas tangan menarik  gadget kecik.... sy nampak PHOTOSCAPE........

MARI KITA LIHAT HASIL SETERUSNYA.............


L O V I N G F I Q A F I
-setelah diedit-


BUAH HATI TERSAYANG
AFIFI IDRUS


BEBERAPA HASIL SENI TERAGUNG BUAT  SANG KEKASIH...........


Baby boooo!!!! Katanya bencikan blonde..... Tapi I blend jugak kaler rambut  tu... Sesuai kan??? Hensem apa.... Laki lain bleh ke?? Tak kan???
Agagaga


Paling chomel!!! Dihatiku,kau yang kacak.. Sopan santunmu paling chomel dihatiku....
Ku tahu kau di pikat teman lama..... Nampak tak rabbit ribon atas kepala Fifi? Sesuai untuk dia.. Itu bagi aku la.. kalau korang tak tau la kan.... HAHA.. Lawak je ok.... Cayank Pipi!!!

Sebenarnya ada lagihasil karya teragung buat sang kekasih. Tapi........... saya tak boleh tunjuk semua.... Sebab tak nak lebih-lebih tunjuk potret kekanda.... Sudah ya,lain kali kita iklan lagi di sini... Okey,saya harus menelaah buku.... Tapi............

OKEY!! Diam!! Banyak pulak TAPI kan???

SALAM






August 22, 2010

Boring



Saya berada di kawasan boring yang sangat melampaui batas. Novel setebal 500 muka surat dijadikan mainan tangan. Sungguh seronok melipat satu persatu kertas putih. Oh ya! Aku sudah menghilangkan sebuah buku milik perpustakaan uitm Arau. Dengan rasminya nama saya sudah  diBLACK LIST. Dan dengan bangganya juga saya ingin mengumumkan bahawa saya perlu mengeluarkan sejumlah wang yang sangat tinggi nilainya. Sungguh aku merasa senang hati untuk melakukan kerja amal. Cekik Darah! Lol!!

Malam waktu begini sepatutnya aku dah siap menelaah buku. Apakan daya seru tak sampai lagi. Jadi........... MAK AYAH  maafkan sy. Saya pemalas. Ok syhhh!! Diam.

Tengok nasi ayam atas meja memang sangat menyelerakan. Sabar.... Tunggu sahur.. Kau baru je melantak buka puasa tadi Fatin.. Jangan tamak.. Nati perut buncit macam mana??? Takda apa... Cik Rozmey ada..... Kasi jus,buncit kempis la....

Fifi kol tadi. Katannya ada seorang perempuan tanya pasal HAID dekat dia. HOh! Apa kena mengena pakwe aku dengan HAID?? 

Oooo.... Atas alasan Fifi ni imam,jadi suka hati la dia boleh tanya pasal haid?? Bongok  la kau!! Kenapa tak pegi tanya mak kau!! Mak kau tu orang BERpengalaman. Laki aku jugak ko cop ek??? Nampak sangat kau nak dia amik berat pasal kau. Blah la lu!!!!!! kenja kau!!!! Da la weh... Setakat masalah period tu pon nak imam selesaikan ker??? Cuba cakap siket???  Hah ni Hajah Fatin  datang,meh aku bimbing kau!aA KELAS INTENSIF KHAS UNTUK GADIS BLURRR! aaaaaa... mcam KAU la!! Nak perhatian murahan ker ha??? Agaknya *%&%&&%*()(@##@ kau tu gatal sangat kot!!! Pantang betol aku pompuan mcam ni. Perlu ker cerita pasal period semata-mata nak dapatkan perhatian dari laki?????? Jangan bagi alasan Fifi tu imam,kau boleh sesuka hati tanya masalah perempuan dekat dia. Tanya mak kau la!!KAU!!!! KAU!!!!

Kalau kau tak faham sangat pasal period,meh sini  aku ajarkan. Ape jenis ilmu yang kau tak faham??? Pasal saiz?? Kebocoran??? Kalo bocor bak cini aku tampal simen. Memang takkan bocor la. Dry jer.... Mari la.... Fatin ajarkan.... Lagi aper kau tak faham??? Masalah putih kuning biru hijau merah oren???? Ke kau pakai pencelup????

Aku tersangat marah.... Fifi pon layan... Baik punya boypren!!!!!!
Geram.... Hilang mood nak study...
Dah la,nak pergi makan nasi ayam + air bandung ais.

(Saya masih ada mood nak melantak. PEACE -^-)



August 21, 2010

                  Pagi tunggu tengah hari,
               Tengah hari tunggu petang,
                Petang tunggu malam,

Sungguh aku penat menunggu peredaran waktu. Sangat kemut sekali masa beredar sampaikan aku sempat mencuci koleksi tudung yang  semakin pesat dibeli. Segala koleksi disusun dengan rapi supaya nanti senang aku nak tarik. Oh ya! Tudung malas belum lagi dibeli,jadi aku akan berusaha untuk mencari tudung itu secepat mungkin,walaupun sebenarnya aku tak berminat nak pakai. Lg menampakkan wajah aku seperti seorang mak cik karipap.

Kenapa lambat beno masa nak berubah  neh?? Agak-agak kalo aku kira nak kawin akan berubah jadi cepat tak??? Tak mungkin. Belajar dulu adik ooiii.... Miang nak kwen apa pasal?? Betul,bagi insan yang seusia dengan dengan  aku,jangan bimbang. Tarikh luput  ataupun expired date kita lambat lagi. Jada berbahagialah dengan hayat anda sekarang. Selamat berclubing!! HAHA. Ok cukup!

Sebenarnya saya sedang menghitung hari nak raya. Mungkinkah ada kejutan pada hari raya nanti?? Entah! Tapi kalau ada mcam mana? Apa saya nak buat??? Menangis? Gelak tergolek-golek? Ataupun mungkin tersnyum selebar yang mungkin? Tidak juga! Diam saja. Apa yang nak jadi nanti ha?? Tak tau. Mungkin kehadiran tetamu istimewa. HAHA. Malaikat la lol!

Aku sangat rindukan masakan mak! Nak kerabu mangga... Sambal sotong.... Ikan masak stim,tapi tak ingat ikan spesis apa. Alahai makan je pandai. Maaflah. Agagaga... Tapi,ya ada tapi di sini. Seminggu sebelum raya saya akan balik. Jadi nak masak puas-puas dan sepuas yang mungkin. Yer la suasana memasak waktu puasa lain tau...

Baikla

rasnya  cukup masanya untuk saya ber-bengong-bengong di sini. aku nak pegi bazar,beli makan UNTUK BERBUKA PUASA...

 S E L A M A T
B E R B U K A
P U A S A


August 20, 2010

Laporan Minggu Lepas

 
To ; Cik Blog

" Berminggu suda ku menunggu dirimu..
Akhirnya kau menjadi milikku..
Sukarnya untuk ku melepaskanmu 
karna kau ku cintai selalu.."

 
SALAM hormat pembuka bicara,kata manis disusun rapi sebagai kata permulaan entry kali ini. Sudah lama sekali aku tidak menjengah Cik Blog kesayangan ini. Bukannya apa,sibuk dengan aktiviti yang tak pernah nak surut,tiap-tiap hari ada saja aktiviti cemas. Sudah cukup dengan aktiviti,pengumuman tu dibuat 15 minit sebelum acara bermula. Memang aku naik hangin la kan.... Tiba- kena turun ke padang... Fuh!! Terbaik!!   Tak ada masa langsung nak memanjakan diri di atas katil empuk yang lagi enak untuk digilis. Sungguh aku penat dengan pekerjaan sebagai seorang pelajar IPTA. Atas nama nak berjaya,aku pasrah. HEI! Sudahla!!

Baik. Terus kepada agenda kita yang pertama. Minggu lepas minggu paling menyiksakan. Siksa la sangat.  Okey!! Aku balikke rumah dengan bas. Atassebab tak nak menyusahkan ayah,aku naik bas ,bertemankan sahabt sejati Fahimah.. Kami balik dalamhujan. Sadis!! Tidak!!! Kami minta.. dan kami  seronok mandi hujan.  Jam yang ligat berputar 360 darjah menunjukkan aku tak patut cabut balik. Tak peduli! Nak balik jugak la!!! Arghhh!!! Akibatnya kami tiba di Alor Setar lebih kurang pukul 6.45 petang, Dah nak berbuka doh!! Sian Fim,nanti dia berbuka sorang. Jadi sebagai seorang teman sejati aku temankan Fim. 


Hasil edit yang sengaja di teraburkan...
Maaf Fim.. aku mencari kelainan... lain la sangat!!

Mari lihat menu yang aku CILOK di McD..

Set burger yang aku sendiritak faham kenapa wujudnya makanan ber-ROTI pada waktu berbuka. Kenapa tak sediakan nasi? LOL!


DISEBABKAN  kelaparan punya pasal,aku bantai jeset roti kering ni. 1 untuk makan di situ,2 bungkus lagi kita bungkus. Kasi mak dan Omey!! OKEY!! Tak sedap tapi makan ni sungguh membuatkan aku rasa mual. Sos tak ada la beb! Wa panas camni. Panas weh!! duit melayang....... ni ibarat aku makan roti keping,tapi roti keping lagi sedap. Sebab apa? Sebab bole cicah air milo. Burger nak cicah apa?? SOS TIRAM??

YANG PENTING!!! AIS KRIM STRAWBERI SUNDAE.............
Sodap yang teramat sangat la kan... nak describe lebih-lebih tak reti. Faham-faham sendiri la yer.... Yang penting ada buah strawberi  ya. itu asset yang amat diperlukan untuk menilai sejauh mana kelazatan yang MCd sediakan untuk customer. Sudahla kau Fatin!

Baiklah,setakat ini sahaja entry untuk minggu lepas. Ada cerita terbaru i story ok.....


SALAM



Hari Pertama Berbuka Puasa

Assalamualaikum............

Buat pertama kalinya sy ingin mengucapkan Selamat Berbuka Puasa kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia... Gembira yang teramat sangat.. Sepatutunya  ucapan ni dah lama disucapkan,tapi memandangkan diriini sibuk.. Maka hanya sempat mengirim atas angin saja.. HAHA!! aKU TAK FAHAM !! Saya sangat berbesar hati menyambut Ramadhan pada kali ini. Sungguh berlapang dada dengan nikmat yang Tuhan berikan.

Dengan azam baru,saya nak kembali pada kehidupan saya yang dulu. Macam mana kehidupan kau dulu? Rahsia!! Tak boleh cakap. Maaf ya.

Teringin rasanya nak pakai tudung yang PELBAGAI-BAGAI. Sumpah aku teringin nak pakai.


lagi tudung malas yang terkandung dalam koleksi saya ialah.......
jeng!!! jeng!!!

oleh kerana kemalasan yan terlampau,saya perlu merehatkan diri dengan mandian  kesejukan ... air hujan!! bukanmandi hujan ok,tapi  suhu yang hujan hasilkan menggoda saya untuk terus berendam di atas katil. sambil dibaluti dengan selimut pemberian ibu terchenta!!!

BAIKLAH.... Saya nak pergi beradu dulu....

nk bobok.....

Salam....

August 10, 2010

EXPERIA



HYE-HYE

"Its been a day now..
aint see or heard from  you..
mis u so crazy..
how do you
how do u..."

Oh no!! i miss my Beloved Yayunk Afifi... arghh!! Sungguh miss dia. Kenapa begitu mengganas hari ni?? Yah kerana si buah hati sudah melalaikan diri dan telah menghilang telefon bimbit yang saya kira agak mahal. Akibatnya,saya yang susah. susah kerana rindu. Sungguh kau gedik!!! Diam! SSyh!!

Kemarin sehari suntuk Fifi tak kol.. Haha...Bunyi macam kritikal,tapi sebenarnya tak.. Mati -mati aku ingatkan  dia nak break.. Rupanya-rupanya henpon kesayangan dia hilang. Doh!! Mahal henpone tuh!! Kalo bagi aku masa 3 bulan pun aku tak mampu nak beli. Sengsaranya nak melabur duit,lepas tu nak belanja beli. MASAK KAU FATIN!!!  Kalo mak tau aku beli benda mahal mak akan cakap.. Anak aku memang MATREK!! mata duitan lol!! tIDAK MAK!! Saya seorang yang reda... Tidak tamak sama sekali!

Berbalik kepada cerita Afifi Yayunk.... Dah maghrib baru aku dapat kol dari no bapak dia.. Betul ka ayat tuh?? Pandai-pandai faham ok... Fifi pakai no bapaknya.... oooo macam tu.......  Sebelum tu aku kol Along merangkap kakak sulong Fifi. Kami ni kira rapat jgk ! Eceh!! Bangga diri. Itu saja sources yang aku ada untuk jejak Fifi... Kesian my Yayunk.. hp mahal lepas tu hilang...... Penat dia kumpul duit... tidak mengapa Yunk,nanti kita beli yang murah,orang tengaok pon tak nak.

Inilah Experia milik my Yayunk......


Awal-awal lagi saya dah pesan,pakai sahaja gadget yang murah lagi tak laku.  Dia tak nak,nak jugak pakai yang mahal lagi berkualiti. Pakai yang murah,orang tengok pun tak ada nafsu,apa lagi nak curi. Sudahnya duit dia lesap. Tengok macam saya,pakai henpon NOKIA 3010 jer. KAN SENANG. Nak heret pegi mana 2 pon tak kisah,hati selalu tenang dan damai. Letak atas meja makan 24 jam tanpa sorok pon tidak ada yang sudi sentuh,bahkan nak pandang sebelah mata pon tak hingin. kahkahkah. Sungguh aku tak marah Experia TERhilang tapi sedikit sedih kerana henpon tu mahal doh!! Ada picture i lagi!!! 

Sumpah kalau dapat henpon ni aku tak keluar rumah dah. Mana taknya henpon ni lengkap skali dengan windows.. Nak surf internet just click saja.. Dunia dunia... Memang modern la... Agak-agak anak saya nanti Nak kasi pone apa ya?? Mungkin pone yang lengkap dengan set pampers tukar buang dan GPS.... nak tuka lampin click je,nanti ada satu sistem yang akan  cipta pampers dan tempek pada punggong baby saya.. ahh comelnyer!! Nak kaler apa cakap jer! Nak corak Winnie the Pooh! Senang ...  ?? Licin tangan ibu ye nak....

haha... FIFI TAK  BENARKAN!! HEAP!!

Baik lah semoga Experia Yayunk dapat ditemukan kembali. terlanjur kata menaip entry,ringan jari nak menaip..


SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK...
Semoga Ramadan dihiasi dengan keimanan yang menyinar.




August 06, 2010

Pulang ke Istana

AAAHHHH....
Sungguh merasa senang hatinak berambus dari uitm. Lapang dada yang teramat lapang walaupun sebenarnya tak ada lubang. Nak mengubah pemandangan  mata a.k.a nk balik rumah dan cuci mata bersih-bersih. Sekalian nak balik dan menghempapkan badan atas katil saya yang empuk dan lembut. Lembut la sangat. Ditemani tedy bear yang tak seberapa besar dan montel macam tuannya. Aku la tu. tedy bear yang dah usang dan bulu dah mula reput. Kahkahkahkah. 


Aku akan pastikan lantai di  luar rumah sentiasa bersih. Al-maklumlah sebelah taman I ada kerja-kerja pembinaan,jadi jalan tu kotor. Betul jugak,kenapa pihak pemaju tak fikir dengan drastik,kaji dulu kesan pada penduduk lain. Mongok!!! Ini tau hambat je kawasan padi. Haiii....... Panas la rumah I.... Pemanasan global di taman surgawi aku....


Proses MEMpacking barang sudah selesai.. Jadi apa tindakan yang seterusnya?? Yah! Memanjakan diri dengan MENGonline. Comel tak?? Cuba buka mulut dan cakap comel.. Comel la tuh..  Buku-buku filosopi harus dibawa pulang. Sebab nak memudahkan kerja  kajian tentang alam semesta LAW,EL-FINANCE dan MI-EKO... subjek-sebjek kritikal yang tak dapat dielakkan. Semester ni memang aku akan bersengkang mata walau pada dasarnya aku tak ingin dan tak berminat. Cuba kalau diberi peluang untukpilih bidang kerjaya yang aku nak,aku dengan bangganya akan berdiri dan mengeluarkan suara yang lantang akan berkata... "Aku nak jadi seorang yang bersenang hati"... Sudahlah... Kalu setakat nak bersenang hati,abaikan.... Bobok je hang....


Hari yang senang lenang  hari ni.. Hujung minggu dan aku akan menghabiskan masa dengan Patrick.Patrick my Yayunk.... Sejenis binatang berkaler pink yang berbentuk tapak sulaiman. Kehadirannya yang sangat aku suka. Ah Ah Ah A h!!!! Cuba anak-anak ibu  pronounce dengan betul. Sangat bongok..


Saya akan menghempukkan badan di atas sofa sambil bersenang lenang di depan skrin berwarna.... Apa hang cakap?? Tv la bodo. 


ok,memandangkan papa I dah kol. jadi kita stopdi sini tau.


Sayang kamoo ketat2.


drop komen yokkk!!

August 01, 2010

TENSION


Lihat buku di atas...
Adakah sy layak untuk mendapat gelaran dekan? Atau mungkinkah sy layak digelar ulat buku?
atau.....
Sudah la.......
buku tu fungsinya untuk buat asignment.. apakan daya,aku tak pandai nak guna... jadi sekadar hiasan sajalah... abaikan! internet ade jer........ tik tok tik tok... keluar jawapan kat tenet... dan masalah terbaru... aku perlu ubah ayat........ supaya meaning sama...... kata Miss Shaliza........
yeahhhhhhhh!!!
usaha .....

kerja yang melonggok-longgok sangat membebankan... takda mood nk update status... nk post entry bau pon hilang selera... nasib selera tengok makanan tak hilang.... kalo x........ tototototto......
baru bulan pertama dah diberi tugasan yangagak menyeramkan.... dah tu kelab koEsYAS sebok susun jadual nak main game invest.. apa ntah. fungsinya nk buat apa tak tau.....
nak balik rumah x boleh.... susah la mcm ni... terasa sy ni orang penting di Uitm.... sUNGGUH KA??
NADAI!!!
Pagi pergi kelas.... petang cari makan....malam tidur.... agagaga.... sungguh kau seorang yang pemalas!!!!!
bila nak balik rumah ya?? rindu la ... pada siapa?? semestinya pada MAK & AYAH......

Tunggu ya mak... ada cuti I cabut balik Kola.......