SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

February 28, 2011

AWAK


Maaf kalau saya bukan yang terbaik untuk awak. Saya tau siapa diri saya. Diri saya tidak secantik dia, tidak mampu buat awak gembira juga saya tahu saya tidak ada kelayakkan untuk menggantikan tempat dia. 

Awak masih rindukan dia? Masih sayangkan dia? Masih ada hati pada dia? Jadi di mana kedudukan saya dalam hati awak? Di telapak kaki?  Saya cuma sandaran? :(

Saya tau saya bukan yang terbaik untuk awak. Mesti awak rasa saya ni perempuan yang membebankan. Tak seronok langsung, awak bosan dengan saya kan? Saya tak pandai jaga hati awak. Saya banyak permintaan. Saya banyak menyusahkan awak. Saya teramat mengganggu hidup awak.

Dalam fikiran awak ada siapa? Saya atau dia? :( Saya sedih. Kalau saya boleh selami fikiran awak, dah lama saya buat. Tapi saya tak ada kuasa tu.

Baru semalam saya updated entry HAPPY. Hari ni saya update entry sedih. Adat dunia, mana ada yang selalu kekal di atas. Kadang-kadang ke bawa juga kita. Sekarang saya di bawah. :( 

Awak sibuk kan? Buat la kerja tu dulu. Dah habis mesej saya. :( 


Sebenarnya saya sedih.




..........................................


February 27, 2011

I'M IN LOVE


Takdir Tuhan memang tak dapat diduga. Nak duga tapi takut kalau apa yang kita fikir tu adalah satu kesalahan. Bahkan mampu membawa seribu penyesalan. Dulu aku kata buang masa saja, buang duit reload kredit, kacau waktu belajar. Bahkan aku ani dengan kaum A - - M. Haiish! Bencinya. Sekarang dah terkena padan muka. Baru nak sibuk cari sebab apasal jadi macam ni? Macam mana kau boleh ada hati dengan dia! Ih!!! Teruk!! Bodohnya kau jatuh cinta. Bukan bodoh, buduh la! Diam!

Itu la, si teman sepermainan dah pesan, jangan berani cakap besar bila kita menidakkan kehadiran sang pecinta, sang kekasih, sang pujangga... Tengok kau dah terkena! Dah terkena kau kena hadapi. Ke aku boleh tolak? Boleh!! Boleh!! Tapi kalau kau tolak sampan tu aku percaya la hanyut sampan tu. Ate kalo kau tolak hati , merana kau. Aku sure kau boleh rindu dia setengah nak, nak apa-apa saja. Habisla kau!! Lepasni kau akan sibuk fikir " Dah  makan ke", " Dah mandi ke", " Dah balik kerja kah"... Itu semua ayat kanak-kanak..  Orang dewasa pakai ayat ni " Balik lah cepat. Kalau lambat pun tak apa, awak habiskan kerja dulu. Saya tunggu awak balik Okay!" Itu nampak educated dan matang sedikit. Sedikit cuma.


Mula-mula kenal buat macam tak nampak. You give me even elephant double besar, I tetap tak nampak. Kononnya ceh! Tak pandang langsung. Padahal dalam hati dah vibrate nak jumpa. Jumpa la sangat. :(  Bila dah ada depan mata malu lagi. Malu, cover sana sini. Adat pertemuan Uda dan Dara. Mana pernah ada selingan yang memalukan. Semua pergerakkan adalah dikawal dan control habis!

 

Harapnya bila dia yang kita nak,kita akan dapat. Hidup bersama, makan bersama, jalan-jalan bersama. Semuanya bersama-sama hingga ke akhir hayat. Tapi tercapaikah? Kadang-kadang tu kita plan tinggi melangit, at the end? Sedih. Itu yang tak nak. Itu yang aku takut. Sungguh tinggi impian, dah hampir tercapai, sikit lagi, sedetik lagi......... GAGAL...... Ini memang sadis.


 

Bukan mudah untuk dia terima  kehadiran seseorang. Lebih-lebih lagi dia adalah seorang pecinta yang tegar. Tegar dengan hatinya. Tegar dengan harapannya. Sungguh di setiap bait kata adalah mencerminkan dirinya. Acapkali dia bersedih hati kerana di setiap pertemuan yang tercipta, hanya penipuan dihadiahkan kepadanya. Kejam doh! Benci!!!


" Saya nampak dia tonggang terbalik ambil gambar. Saya nampak dia bawa light stand. Saya nampak susuk tubuh dia yang tinggi bak galah tu  (saya kecil dan comel..). Saya nampak dia dari jauh. Nampak la semua!  Tengok dari belakang (apa barang dari belakang, tak kira nak jugak tengok), yang penting saya nampak awak. " Cukup.
 Sekarang saya I'M IN LOVE.

Jangan berani cakap besar lagi. 

You're dead girl!
 


February 26, 2011

SHE

The Best Night


Malam yang agak mengecewakan. I do it for you, to see you, to meet you. This is so sad.
Tonight is too cruel. Awak buat saya kecewa. Awak buat saya rasa gegeh.

To complete something are not easy for me.

I SAW YOU FROM A FAR. Saya nampak awak. Saya nampak. Sumpah. Awak pegang beg kamera. Baju hitam kan? Tapi awak buat tak tau. On the way nak balik pun sy nampak awak lagi. Nampak jelas yang amat.

Saya suka awak, tapi saya tak tunjuk. Sebab saya jenis yang diam, jadi di setiap tingkah laku saya tidak boleh diramal dengan mudah. Saya jauh tak bermakna hati saya kosong. Saya dekat tak bermakna saya ada aura cinta dengan awak.

Awak jahat. Saya takkan maafkan awak . Takkan maafkan..

Lupakan sebentar. Tadi berjalan-jalan malam dengan kakak angkat EJY NOPO. Ahak! Credit to her because light up the sorrow night. Makan pizza, pusing sana sini. Aku rasa cukup untuk habiskan RM 20 minyak kot. Pizza tu mahal lagi. Tak terbayar den. Kelak-kelak saya dah kerja, saya belanja sis makan besar ya. Open chair.


Selamat malam.













February 25, 2011

Diri Saya


ULASAN : Semua betul



:

   Sangat tepat ramalannya. Saya suka DR COME TO ME.
























Stairway to Heaven



I love you even you never cares. I need you even you never wants.

ost korean drama stairway to heaven - ave maria




The song of a dark love story.

Tell us the sadness of ending story.

Create a lot of memories to be memorize.

Till the end I will recall you.

Ave Maria.

February 24, 2011

Padang Besar










Rindukan Fima la Sian Fima. Aku tinggal dia. Itu la dah ajak dia balik sekali tadi, tak mau ekot. Berhempas pulas-memulas aku pujuk tak nak jugak dia ikut. Tidak mengapa. Lain tahun kau ikut aku balik. Minggu ni ramai yang balik. Budak kelas aku dah setengah balik,budak TEJA pun sama Jadi aku ni tergolong sekali lah! 



Balik tadi pukul 5 petang, sampai kuala agak-agak dalam pukul 7.. Merendek di market ada la dalam 30 minit,beli ikan, sayur, tepung segala mak nenek. Macam orang tua-tua lah! Dah la pakai kasut baru! Arrgghhh! Tension den! Kasut polkaDOT. Ejaan tepat atau tidak? Kalu tidak abaikan saja,malas nak UNDO.






Kasut ni sem lepas I beli. Asyik terperap je dalam kotak tu,jadi I keluarkan dan pakai dan jalan dan pijak segala air ikan. Memang terbaik la. Baru pertama kali pakai dah dirasmikan dengan penuh rasa hormatnya dengan sebegitu cara. Uhhhh!! Geram! Tarak pa! Tarak pa! Nanti beli lagi. 

Later on I will update full view a.k.a pemandangan stiker yang I beli tadi. Sioot RM 6 harganya! Agak mentekedarah duit aku la kan! Tapi tarak pa, stiker tu manyak cantik. Kejap -kejap lagi I nak pelekat kat dinding yang kosong yang muram yang pink tuh!  Kerek  gila cakap KEYEL. Blah la kau fatin! Ceeit!
Masa untuk menonton ASTRO CERIA! Mari? Atashinci... Eh! Chanel 611 ek.., Atashinci yang palanya macam buah nangka,badannya macam refrigerator, bibirnya macam ning baizura.... Ada saja hang :)



Moh ler kiter.......







 






February 23, 2011

TERRIBLE HEART




         Kadang-kadang banyak perkara yang tak disangkakan jadi. Tak pandai fikir mana satu betul mana satu salah.. Kadang rasa susah nak bersama tapi terpaksa. Kadang-kadang rasa susah sangat bila perlu lakukan benda yang kita tak nak, lakukan untuk orang lain. Kadang-kadang kita kena jaga hati orang, hati kita?  Orang kata kita sombong,pentingkan diri, tak fikirkan orang sekeliling. Kadang-kadang bila kita diam orang salah sangka. Katanya kita hipokrit sebab diam-diam rupanya " berisi". Kalau berisi benda baik apa salahnya kan? Bukan benda jahat mahupun berniat jahat.

        Kadang-kadang rasa susah nak deal  dengan sesuatu yang kita benci. Bila dipaksa diri, ibarat macam menyiksa diri. Susah.  Kalau dulu zaman kanak-kanak kita boleh macam-macam,suka hati lompat sana sini,terjun sana sini.  Bila dah " agak besar" ni, otak dah mula ligat berfikir macam-macam. Budak-budak fikir nak makan, kita fikir macam mana nak makan. Budak-budak fikir seronok ada kekasih, kita fikir macam mana nak dapatkan kekasih yang ikhlas. Budak-budak makannya disuap,tidurnya dibuai, lenanya tenang. KITA?

          Budak-budak bila buat sesuatu tak pernah fikir baik buruk, laju je. Tak ada nak fikir menyesal ke apa.  . Kalaulah aku boleh kembali ke masa lepas, pasti aku sungguh,teramat,terlebih, overexcited dan semua perkataan yang sewaktu dengannya lah ( perkataan yang menunjukkan over).

TAPI....

          Kalau aku berupaya balik ke masa lepas, aku takkan ada peluang untuk belajar tentang hakikat dunia. Takkan ada peluang untuk memahami orang di sekeliling aku. I'm not proud to be myself but in silence I learn others. Get to know them. By the time I was smash down I feel so bad. Terribly bad.

            is prohibited in my life. I don't  have the license. I'm not confident to make him feel happy. I'm so srry, pardona me. The past is the past,the current is current,the future is future. By the time I'm with you, please do appreciate me. By the time I hate you, you will be the most shiittt person in my life and I'm not going to look for you anymore. LOVE is wonderful,wonderfull and wonderfulll. Unfortunately, my heart is empty. Orang  Melayu kata kering. I try but I can't. LOVE  is nothing to me, the heartbeat of LOVE is dying inside. Aku tak tertarik dengan lesbian,gay,pengkid lagi la. I normal lagi okay!

Till when I, myself are able to deny this feelings?










Benda Baru Dalam Hidup SAYA


Sapu-sapu! Banyak sawang... Busuk dan berhabuk-habuk.... Gatal hidung... Acchhuhh!!

Dah dekat 1 bulan tak post entry baru. Ini yang latest  ya   MALAS YANG AMAT. Tambah lagi dengan kerja yang sentiasa dilonggokkan, aku jadi berat jari nak menaip. Blog ni dah rosak sebenarnya. Gadget-gadget yang aku penat-penat susun tu semua hilang. Habis semua dah. Haiish! Tak ada masa yang cukup nak melalak depan lapy lepas tu copy paste segala mak nenek kod-kod tu. Sekarang, blog ini suci dari sebarang gadget.

Agak sedih bila benda yang aku penat-penat buat tiba-tiba hilang dalam sekelip mata. Nak edit bukan senang,nak susun lagi. Perrghh!!! Memang *)(*)_(+)()()(@/@(!331313 lah!

Baik,agenda pertama ialah.....

Since 2 weeks ago, I HAVE NO APPETITE. Selera nak membaham makanan hilang. Totally hilang. Pergi kelas pukul 8, balik pukul 4.20.... Dalam jangka masa ni perut aku bersih dari sebarang apa-apa bentuk makanan. Bagaimana seorang si montel boleh ikat perut dalam jangka masa yang lama? Ada la satu hari nak puasa kan, malam tu aku tak sahur,petang tu makan pon tak. Da la tak makan,teguk air pun tak. Puasa apa benda mcm tu. Erm... Bangun pagi cekang je  rasa.

Waktu tidur kurang. Kalau sebelum ni waktu tidur aku bersamaan dengan waktu tidur bayi-bayi di Malaysia. Sekarang lain okay! Siang,masa yang diperuntukkan untuk tidur adalah lebih kurang 30 minit. KONONNYA L.. Malam memang hebat!!! I tidur pukul 4 pagi. Bangga!! Bukan setady okay! Masa itu aku akan berguling-berguling dan terus berguling sampai terlelap. Masalah.......

Waktu mandi yang dulunya diSET pada jam 6.30 kini meningkat secara purata kepada jam 9.00. Ini waktu subur untuk ibu-ibu mengandung mandi. Waktu ni kalau mandi memang suhu badan akan berada di tahap beku yang amat gaban lah!! Kalau waktu siang,tak tau nak buat apa aku akan mandi,shower,shampoo .. Dalam erti kata lain membersihkan diri dari segala najis _ najis.. Badan dah wangi-wangi baru boleh senyum, tidur pon dalam keadaan aman sentosa. haaaaa T...........T


Buat masa sekarang aku sedang berusaha dengan gigih dan jayanya untuk menyingkirkan perasaan cinta. I'M SINGLE. Aku sedikit teruja dengan dunia single  ni. Hati girang,boleh buat apa yang aku suka. OWH MY WORLD!! I'm alive! Tak perlu fikir nak jaga hati sesiapa pun. Tak perlu kawal diri nak kawan dengan sesiapa pun. Proud to be single. Hooo yeh!!

Dah la, nak out. Bubye...