SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

September 26, 2011

BEST VIEW ON MOZILLA FIREFOX
Apa yang sedang saya lakukan sekarang sangat berisiko.

Saya dah salah ::(((

Salah pilih jalan. ::(((

September 21, 2011

SEDIKIT UCAPAN.

Salam friends and friends!!!! Sudah lama rasanya tidak berbloging. Nak cakap rindu tak la sangat, tapi boleh la. Makan pun cukup,badan sihat, tapi tula..... Okay cukup berbahasa basi! Tak nak cakap banyak, cuma nak update latest story saja ya.

Okay...

  1. Seseorang melamar saya untuk menjadi tunangannya, tapi harus ditolak kerana saya ada impian sendiri. Maaf, saya tau kedudukan dia kukuh dan cukup untuk menampung kos sara hidup saya yang melampau-lampau. Tapi itulah, saya tak boleh sewenang-wenangnya menjadi milik dia dengan semudah ABC. Tanggungjawab seorang  anak harus diutamakan. Bukan nak menidakkan hati dan perasaan saya pada dia, tapi seperti yang saya katakan di atas, saya nak ada "KEJAYAAN" sendiri.  Tak nak terlalu bergantung pada SUAMI. Aiiii.. untungla bakal suami saya nanti, aku tak mintak duit ko sangat bang....
  2. Sahabat lama saya, kembali ADD saya di FACEBOOK. Sungguh tak sangka dia add, tapi itulah kenyataan. Bagi saya, dari hari pertama saya kami putus sahabat disebabkan lelaki, saya tetap juga inginkan persahabatan saya dan dia kekal. Saya sendiri tak faham ayat ni. Tapi macam ni lah, saya tak pernah anggap dia musuh. Ada 1 hari berlalu bila saya baca status awak di FB, dan ayatnya seolah-olah mengaibkan saya, saya tetap anggap awak sebagai sahabat saya. Sedangkan awak tahu dalam hubungan awak dengan dia siapa yang salah, tapi awak biarkan orang lain fikir buruk tentang saya. Dan kerana itu juga  saya hilang kawan-kawan yang lain. Kalau awak baca entry ni, tolonglah betulkan anggapan negatif kawan-kawan lain pada saya. Apa pun, awak tetap sahabat saya. Anggap saja apa yang berlaku itu sebagai satu pengajaran.  
  3. Saya sedang sibuk dengan FINAL EXAM, which is last year I'm here. InsyaAllah, last year will be. 
  4. Saya SINGLE.
  5. Bulan OKTOBER ni juga, saya bakal pulang ke Sarawak, and once again saya akan bertemu dengan Doctor Hasani. Might be causing my heart beat faster once again. :::))) And also might be saya akan terus menetap di sana. New life is waiting.
  6. Sebelum tamat diploma, saya nak spent time dengan FULLNYA bersama sahabat se-UITM. It might be last time we share smile. Might be okay. ::))
TANX FOR READING.
SALAM


September 11, 2011


Selamat berstudy Fatin, jangan nak dongak lapy jer Fatin. Kejap, stok makanan cukup tak nak study???

September 05, 2011

September 01, 2011

21st PROUD TO BE

  1. First, baik, x mo cakap panjang-panjang dah. Saya sangat penat melayan tetamu, sebenarnya taklah penat melayan tetamu. Tapi penat berkawad kat dapo. Sungguh kalaulah ada mesin dapo yang boleh buat semua kerja rumah alamatnya tak wujudlah gelaran isteri misali, anak terpilih, ibu cemerlang. Kan kan? Pandai! Saya memang pandai kalu hal-hal berkaitan dengan dilema gadis-gadis di dapo ni. Raya kedua saya cuma spent time dengan WEBCAM MAX. Itu pun gagah nak buat tutorial PASHMINA. Alah! Banyak masa kan.... :)
  2. Second, 1 SEPTEMBER ... Genap 21 tahun saya tahun ni. Sebenarnya baru  minggu lepas saya tau bahwa umur saya pada 2011 adalah 21 tahun, bukan 22 tahun. Kalaulah umur saya 22 tahun pada 2011, kenapa tak ada orang suruh saya pergi mengundi? Itu aneh kan? Memang pun. Sebabnya umur saya baru 20 tahun pada 2010. Saya banyak bermain dengan angka sebenarnya, kesannya kekeliruan usia muda berlaku. Ini orang panggil masalah pertengahan umur. Biasalah, sedikit perubahan akan mencetuskan ketidak seimbangan otak. Tak mengapa, abaikan.
  3. Third, hajat saya bersempena usia 21 tahun ialah : 
  • Nak pakai tudung full time. Terus terang saya katakan, saya belajar mula belajar bertudung sejak 3 bulan yang lalu. Itu pun masih lagi tergagap - gagap nak suaikan dengan baju. Saya ni pulak jenis yang kalau tak jadi macam yang saya nak, memang saya stress. Sungguh! Tak bohong! :) Bila orang berfesyen tudung saya pun berfesyen jugak. Bila orang melilit 400 darjah saya pun melilit jugak di mana lilitan saya mungkin menghasilkan 690 darjah. Oh! Sungguh rumit. Tapi harus saya katakan bahwa, di setiap jilbab yang saya kenakan pada kepala, saya berniat supaya jilbab itu akan menjaga saya. Faham? Tak faham kan? :) Begini, fungsi jilbab itu bukan semata-mata ingin menutup helaian rambut. Tetapi turut berfungsi untuk menjaga pertuturan, pandangan, pendengaran dan yang penting di saan anda berjilbab haruslah hati bersih untuk mengenakannya. Kerana apabila ikhlas anda melakukan hal tersebut, maka dada akan merasa lapang. :) Lagi sungguh! Saya tak bohong!
  • ANAK YANG BAIK. Seorang anak yang menjaga sembahyangnya, menjaga kehormatannya. Itu yang saya ingin lakukan. InsyaAllah. Dan seorang adik yang baik kepada 2 orang abangnya.
Maaflah..... channell lari..........

Tretttt... Trett...