SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

July 23, 2011

TAK MAU BALIK ARAU!!

Kami tak mau balik Peqelih boleh dak!!!! Kami tak mau balik!! Kami malas!!

Kami nak dok rumah!! Dok rumah jadi macam kata bawah tempurung! Eeeeee!!!

JANGAN TAKUT KAHWIN AWAL.


Bagaimana seorang pelajar tahun akhir universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau.


*****

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa? Pasir?"

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar 'cinta rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani hubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.
Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

"Seganlah. Nanti orang kata apa."

"Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran."

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

July 22, 2011

CUTI TAK STUDY PUN?



Mengikut ramalan kaji jadual, bermula hari pertama cuti sampai la saat ni, saya hanya menghabiskan masa dengan Brodband yakni aktiviti pemujaan Facebook semakin subur diamalkan. Ini aktiviti utama saya. Makan? Tolak tepi kejap. Adalah difahamkan, selama beberapa hari saya online tanpa henti, kepala naik sakit, bila tidur rasa mata terpusing-pusing. Oh macam orang hilang pertimbangan pun ada. Celik saja mata, tengok blog. Nak tutup mata pun, blog jugak. I wish kalau laptop ni boleh dibawa mandi, mungkin sudah YM dan Skype dengan sukses dalam bathroom. Sungguh addicted dengan menatang ONLINE ni.

Makan, makan, makan.... Rumah saya ni tak ada la penuh sangat dengan snek-snek mahal, sedap.. Tapi once bila dah masak tu, bersusun-susun. Rasanya cukup untuk buat landasan kereta api baby yang colourful tu. Ceit! Siapa yang berkungfu di dapur? Ni muka ni! Muka yang dok menaip ni. Okay abaikan. 

8.00 :Breakfast roti bakar. ( Bakar la sangat kan...)
10.00 : Nasi lemak plak. Ayah ni selalu beli nasi lemak! Umph!
12.30 :Lunch ( Lauk yang bersusun sungguh buat aku tak tahan hawa nafsu)
2  lebih sikit : Cari roti. Roti yang manis-manis. :) Milo. Kalau susu Anlene mak x habis lagi, aku curik! Maaf mak.
4.30 :Rajin sangat-sangat waktu ni. Ni waktu kemuncak nak goreng cucur.
6.30 :Dinner. Dinner kena heavy sikit sebab perut tong macam aku ni memang tong besar, pemantapan waktu malam adalah sangat diperlukan. 

Sudah!

Sedih tak terkira, baru hari ni aku tau  ada ASTRO PELANGI kat TELEVISYEN. Cerita cinta kesukaan saya! Adoi! KETIKA CINTA BERTASBIH  dan DEWI. Selama beberapa hari dok di rumah, jari tak rasa tak p tekan remote. Makna kata saya dah terlepas 5 episod, 5 episod penting! Adoi lagi! Kalaulah , kalaulah, kalaulah saya boleh berpijak di pesantren cinta Tasbih tu. Ermm.! Stop! Berangan.

Aaa lupa nak taip, program belajar secara solo tak masuk dalam jadual ni ya. Padat sangat. Tak sempat nak sentuh buku. MAAF.

Sekian.

July 21, 2011

Benarkah Kiamat 21-12-2012 ?




Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat.

Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi )

Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa.

Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

Wallahualam samada benar atau tidak.Minta pada mana2 yg alim hadis dpt merungkai persoalan samada benar atau tidak. 
 
** Berikut menunjukkan peratusan " hakisan kawasan darat ". Hampir 80% kawasan darat ditelan laut, jadi di mana harus kita berhimpun? 
 
 
 
 
 
 
 
 

July 20, 2011

SURVEYING HANDBAG

COACH ni kalau dapat memang smart! Tengok design dia pun dah naik.... blushing!! Malang sekali, memandangkan dengan kedudukan saya sebagai seorang pelajar full-time dan bukannya penjawat jawatan besar, saya hanya mampu pakai beg tangan murah-murah saja. InsyaAllah kalau dah kerja nanti boleh borong secara BULK. Okiess!!! Atau mungkin suruh bakal suami belikan? Tidak, dia selalu bilang TUNGGU KAWIN SAYA BELIKAN. Tak yah  la beli, sebab masa u saya yakin saya dah kerja! Dah mampu! Can afford!!! Ceeit!


TRANSPARENT BAG
Cantik tak? Cantik tak? Memang marvelous  la kan? Nampak macam funky, ceria, ala-ala perempuan tak matang kalau beg ni. Tapi, oleh kerana susuk corak dan tekstur warna yang striking itu, beg ni kelihatan comel dan sedikit sesuai dengan perempuan yang ceria. Ini kalau perempuan protokol jangan pakai. Bagi mereka yang protokol dengan etika kekemasan sila pakai beg kulit yang shiny lagi berkilat, yang ada rantai-rantai bising tu. Itu cocok dengan anda. Dikhuatiri kalau anda pakai beg ni, anda nampak macam badut.

** Untuk saya pakai OKAY kot ::))



Tapi serius sumpah cakap, aku memang suka beg transparent! Makna kata aku tak matang!! TAK!! Mana da la!!

ROTAN bag??
Okay fine! Di Korea sekarang tengah hangat dengan beg rotan-rotan terpakai bersama sekuntum bunga yang menempek di luar kawasan beg. Turut disertakan seekor Teddy Bear yang gedik tergantung kiri kanan. Nasib baik dapat bear yang comel sebagai free gift. Itu pun kalau DIprovide la kan? ::)) Takpe2...  Beli sendiri pun boleh apa! 


DALAM PERTIMBANGAN
.
.
.
.
.
.
ULASAN : Simple dan warna boleh diCHOOSING. Harga boleh tahan, tak lebih dari RM100, tak kurang dari RM30. ::))) Size agak macam kapal, kulit luar tak dapat dikenal pasti dari kain atau kulit mahupun plastik transparent or apa-apa lah. But still dalam pemerhatian untuk dibeli mahupun diisi borang pembelian. Ke nak beli di kedai?

ULASAN : Menarik dan comel. Dipilih kerana ada ring pada part pemegang dan juga turut dipilih kerana warna PINK! Dah tentu-tentu la tak. Aku bukan peminat PINK! Jauh hati sungguh aku dengan PINK. Bagi seorang perempuan yang tak cukup tinggi bak model macam aku, handbag bertali panjang adalah diharamkan kerana itu akan menampakkan kependekkan aku lagi. Maka jika dipakai makin berganda-ganda kekecillan( kecil) saya. 

ULASAN : Jika dipandang dari sudut peminat warna, pastinya PUTIH yang menjadi pilihan. Maka jika dipandang dari angle seorang pekerja wanita yang bekerjaya pastilah warna HITAM.Tapi tetap nak putih jugak! Tak kira tak kira! 

 ULASAN : Sekali lagi bertali pendek yang aku pilih. Macam biasalah, tali pendek akan membantu untuk menampakkan tubuh seseorang yang kecil kelihatan tinggi. Tinggi? Okay salah, sedikit tinggi!

ULASAN LAGI : Jemu dah ulasan yang tak berapa nak padat dan tak berapa nak menarik macam ni. Model di sebelah menunjukkan lilitan shawl di leher! Yes, itu yang saya katakan sangat menarik. Di samping beg yang talinya ntah apa-apa. Ada 2 kelebihan di sini, boleh diselempang atau digalas begitu saja dari tepi. Menarik bukan? Sekalian ada godie- di tepi beg, ala-ala free gift gitu. 

 ULASAN : Suka sangat kedutan  di tepi holding part tu ::)))

 ULASAN : MALAS DAH! Abammm! Nak macam ni!

 ULASAN : Perlu tak beli beg ni? PERLU??

ULASAN YAKIN : PASTI DIBELI!! PASTI!!

July 19, 2011

CONTEST BLOG CANTIK, COMEL, KEMAS


 * Ini contest by Arisa Dania, lompat-lompat dari blog lain tertimbul di budak comel ni. Joint je yek ?

 * Walaupun isi kandungan blog ni agak bersepah, huru-hara tapi... Ahh! Blog saya x comel, cantik dan kemas tapi tetap jugak nak join!

Nak TAG mereka :

            GKSB
Azreen

July 18, 2011

MASALAH FREE HAIR


Ingatkan semua dah okay, tapi nampak gaya macam ada yang tak puas hati. 

Sebab : Aku free hair.

Masalah besar sangat ni.

Habis mereka yang pakai tudung semua baik-baik? Macam tu? Jangan la fikir macam tu, saya ni pun manusia jugak. Takkan la sebab rambut, anda nak nilai saya senang-senang macam tu je?

Pandang saya dengan mata hati, bukan mata babi. Pakai mata babi memang nampak benda tak elok.

Nak nilai seseorang biar berpada-pada.  Rasa macam terhina pun ada. 

HABIS.

BANGUN AWAL CARI KERJA


Baik pagi tadi saya sudah mencatas pokok-pokok rambu yang meliar macam ular depan rumah. Lain waktu saya upload rupa sebenar akar-akar aneh itu. Sungguh rumah saya macam rumah puaka. Eh tidaklah puaka sangat sebab rumah ni ada buah-buahan yang sangat sedap untuk dijamah walaupun pada hakikatnya rumah saya macam dusun buah. Tepi kanan penuh dengan mangga, pelam dan tebu yang tumbuh meliar dan subur dengan jayanya. Depan rumah ada rebung yang setia membuahkan hasil untuk dimasak, jambu air yang merah mekar seperti bibir basah saya yang mungil ni, pokok mengkudu, kelapa, terung, belimbing, delima yang biji-bijinya memakan masa untuk dicubit-cubit,  juga sedikit pokok gedik-gedik iaitu telinga kera a.k.a monyet, sireh, rusa tergantung, misai kelapa yang berganda-ganda misainya bila disiram air sejuk,  ( yang rupanya macam tanduk rusa jatuh ke bumi tu ). Oh ya tidak ketinggalan nangka yang selalu beranak pinak tanpa sedar. Tau-tau dah boyot 9 bulan dengan saratnya. Ouh! Penat. Mungkin saya perlu letak CCTV bagi memudahkan pemantauan dari semasa ke semasa dilakukan. Tak perlu berbelanja keluarkan duit bergulung-gulung bagai nak rak di mall terdekat, hanya membuka beberapa langkah saja, angkat tangan dan sedikit tendangan berpandu ke arah batang pokok , buah-buah akan gugur macam musim luruh di Korea, setakat ini tidak ada buah yang maut di mulut saya TAPI ada juga yang  sudah selamat dikebumikan dalam usus besar mak dan ayah saya. Hebat bukan? 

AKTIVITI LEPAS TU?

 SAYA SANGAT GALAK MENYUSUN KASUT-KASUT AYAH di mana kedudukan asalnya yang tak menarik diubah, disusun, dikilat-kilat dan dimasukkan ke dalam kotak semula seperti hari pertama ia dibeli. Rajin tak? Rajin tak? Bangun awal macam nak turun ke office, macam sibuk bekerja nak cari rezeki. Erm... Bila alih mata ke kanan  nampak pulak kasut si Omey yang berlungguk-lungguk tepi pintu. Semalam pergi main futsal katanya, jadi habis 3 pasang kasut dibawa. Kasut habuan nak penyepak bola 1, selipar 1, 1 lagi tak dapat dikenal pasti apa fungsi kasut  tu yang diheret merata-rata. Bila di refresh balik, keluarga saya memang banyak koleksi kasut. Termasuklah saya :) Ada 2 guni kasut yang tersimpan ketat di bawah katil, itu belum masuk lagi kasut di rumah sewa. Baru-baru ni trip pergi KL saya beli lagi 2 pasang kasut. Ceeeiit! Maaflah, manusia selalu alpa dan BOROS.  Tapi... Kasut tu sangat comel, jadinya ia dibeli untuk kegunaan harian :) I have no choice, terpaksa beli. Eleh! Bosan sungguh jadi perempuan, mengemas 360darjah celcius 1 hari belum tentu dapat kemas 1 rumah bukan? Cuba kalau ada orang gaji, arah je. Sudah, ini satu PRA-pelajaran.  Esok-esok dah kawin nak pakai orang gaji? Takkan? Nak jadi suri-rumah penat tak?  Mestilah tak penat, itu pun kalau berjodohan dengan sang lelaki yang ringan tulang. 

TRIP KEDUA BERSAMA INVESTMENT PART 6. Selesai trip pertama 6-10 Julai, 26- 29 will be second trip  to KL. Harap semuanya  berjalan dengan lancar. Amin






July 17, 2011

PONTIANAK BERCINTA DENGAN SAYA ? HOW ?


Apa rasanya bila bercinta dengan pontianak? Ada hati kah makhluk tu? Ke takat waktu siang je hati bebunga bagai nak rak, malam macam jadah hisap darah? Menarik tak bercinta dengan pontianak ni? Pontianak serius memang hensem gila abi tahap gaban la kan!!! Serius cakap! Tapi tu la, waktu malam muka macam hapa ntah. Tak ada gambaran yang sesuai untuk golongan monarki yang berkuasa kuat macam tu. Datang siang mula set target nak kongket kat mana, hadoi! 
Abis kalau anak pontianak nak pegi sekolah kat mana? Takkan nak suruh pegi sekolah waktu malam? Haish! Dah tu nak cari makan kat mana? Dah la makan darah, darah ayam takda hal lagi, nak darah lembu. Tu besar punya binatang rugi kalau meninggal. Baju nak serba putih kan? Nak ada celoreng darah sikit-sikitm nak tunjuk ekstrem sangat merayap malam-malam. Lompat sana sini, mengilai macam  kebulur sangat dah ni, susah macam ni. Mungkin ada kelebihannya kan? Contoh, kalau malam-malam nak keluar shoping beli pampers anak, susu anak, kot-kot teringin nak makan PIZZA kan? da tu jalam jemm, macam mana nak jalan? EH KEJAP! Perluka pontianak ikut lampu isyarat? merah, hijau, kuning? Perluka? Bangang. Abaikan ya,  saya malas nak BACK kebelakang. Nak padam? Ta boleh kan? HAHA

Kalau manusia raya, pontianak macam mana? Nak juga raya! Nak jugak! Raya krismas mungkin....

Okay cukup! Dah menyimpang siur entry ni. Patutnya update pasal besday boy, lain plak. Cinta pontianak ye Fatin? Grrrrrr......!! Apapun aku harap happy ending untuk pontianak-pontianak yang sedang hangat bercinta di luar sana. Moga dikurniakan anak yang comel-comel dan bijak melompat sana-sini sama macam parentsnya. Amin






 OMEY JOURGENSEN
UCAPAN KATA ALU-ALUAN (betul tak susunan?)
Dan kerana HANYA ada 2 orang abang saja. Kamu yang kedua, yang pertama FAIZAL IZANI. Saya sayang anda berdua macam saya sayang anda berdua. HAHA
Genap 24 tahun sudah. Meningkat usia, dan berharap akal kamu juga akan meningkat prestasinya. Ceit!
Moga kelak dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dilindungi dari segala musibah. Kelak dah kaya boleh kongsi duit dengan saya, saya miskin, tak ada duit. Yang ada hanya hati budi yang luhur yang tersedia untuk dihulur.
Dengan harapan kita sekeluarga akan bersama walau apa pun terjadi.
  Teringin sekali melihat kamu berjaya, punya kehidupan yang stabil, kedudukan yang kukuh.
INGAT, JANGAN TINGGAL SEMBAHYANG :))
 

 
DONE.

Selamat malam semua. Mau bobok sama suami. :))

July 16, 2011

GOD, PLEASE GUIDE ME.

Heip! Heip! Boleh tak nakmintak cincin bertunang macam ni? Ada corak klasik, design yang agak melampau-lampau macam ubat nyamuk, bulat macam bulan. Boleh kan? Agak-agak cincin ni berapa carat? Ouh! Mahal! Tak payah cakap la! Ceeit! Boleh tak bagi saya cincin ni? Nak sangat pakai cincin couple macam ni! Belikan saya!
 **** COMMERCIAL BREAK


Bagaimana seseorang lelaki boleh pasti bahwa gadis yang bersamanya dengannya itu akan menjadi penyeri hidupnya?

Erm.. Erm....

Bagaimana nak kekalkan harmoninya sesebuah rumah tangga?

Bagaimana??

I might be thinkin that he is not for me, ultimately he is the one who makes me feel pampered. Might be.

I might be thinking that I need someone else to replaced him, but how can? That means I'm looking for someone much better than him. Chasing after perfectionist will end with frustration.

Can I borrow Albert Einstein brain-mind to pull out accurate decisions?

Stupid you are!! You have God! Pray lah montel!

:) She failed to detect me :) Fool you are!!

July 13, 2011

I GOT FEVER SINCE I CAME BACK FROM TRIP


DEMAM RINDU

DEMAM SAYANG

DEMAM CINTA

DEMAM PANAS

SEMUA KERANA KAMU!!

BODOH!! BODOH!!! KAMU LAGI!!!

July 02, 2011

TERINGIN SESANGAT NAK PAKAI JUBAH


Serius cakap teringin melampau-lampau nak pakai jubah ni. Bila agaknya boleh sarung baju ni ha? Kalau raya nanti pakai macam mana? HAHAHA! Bengong seketika.


 


Jari :(


:( Jari telunjuk bengkak, kena api. :(

Sakit, kena marah lagi sbb komen bukan2. Ya dah padam. Tak buat dah, promise. :( Saya duduk diam2 sj.

July 01, 2011

MULUT ITIK, PERUT TONG



KEMARIN
Hari-hari dok rumah ni saya makan. Makan. Makan dan makan. Bila masa tak tau nak berhenti. Penat pun ada jugak. Mulut nyut-nyap macam mulut itik! Tension macam ni. Tapi tu lah kan, dah masak sedap-sedap kena la makan. Takkan nak bazir plak. Erm... Ni sepatutnya saya belajar sampai jadi pelajar cemerlang dan terbilang, oleh kerana kefokusan saya terganggu dengan kehadiran makanan-makanan sodap, jadi tumpuan beralih-lah. Susah-susah macam ni. Bila nak pandai macam ni Fatin? Saya harap suatu hari nanti saya akan sedar betapa pentingnya belajar. Eeee sudahlah!

HARI NI 
Kan dah cakap aktiviti saya sepanjang cuti makan! Lagi mau tanya ka! Hadooi!


ESOK, LUSA, TULAT
Haish! Tatau! Tatau! Tatau!!!! Ahad ni balik Arau kan? Selasa saya pulang semula ke banglo ni. 
6 Jun sampai 10 Jun. Saya tak ikut trip pergi KL meyh. 

WITH




Babai o_____O