SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

September 19, 2010

CONTEST MUKA PALING HODOH


Seperti selalu dan biasa saya ingin join contest banyak,banyak dan belambak. Kenapa dik?? Sebab buat masa ni aktiviti macam ni saja yang menarik perhatian saya. Sungguh! Tak bohong larh! Alang-alang saya terjumpa satu WEB yang LISTkan contest setiap bulan,jadi senang nak join. Faham tak saya cakap? Kalau tak faham buat dek je ek...

Mengikut banner di atas,saya berbesar hari dan bergumbira untuk join contest tersebut.Besar sungguh hati ni.

Sila ke blog tersebut untuk meninjau lebih dalam lagi...... Ini blog pihak penganjur tau. Penting sebelum join contest ni. Mana tau ada syarat yang tak korang ekot.oH tidak!! Mesti kena iktu!!...........http://lilscherzow.blogspot.com

Gambar hodoh saya????
Lihatlah.... HEHE


Kejap nak kira kali ke brapa join contest. 1..2..4.. mana 3? LOL! Seperti biasa dah taip,baca balik bru tau ada yang salah. Ok,tak apa, abaikan. HAHA. Saya pakai picture tu okay?? Harap diterima. Rasanya da orang yang lebih pandai buat muka hodoh. HUHU. Mesti ada yang lebih hebat. Keputusannya pihak penganjur saja tau. Harap-harap menang.

TAG  mereka!!

♥ Aku Sampahkan Semuanya Di Sini!!! ♥

Sekian untuk contest yang satu ni.

Selamat berCONTEST pada diri sendiri. HEHE

September 18, 2010

AKSI CERIA SI MANJA

Malan terakhir di rumah ni,saya nak join la contest BABY@SI KECIL@SI MANJA @.. Sudah!
Memandangakan saya sudah mempunyai seorang anak saudara,yang boleh diklasifikasikan sebagai anak saudara tunggal. Dengan rasminya saya nak join contest ni. Contest lagi! Teruk! Tak teruk! Contest je ma....


Lihat banner di atas dengan kadar segera. Saya rasa saya ada photo yang sesuai untuk dipertandingkan. Betul ! Tak bohong!  As long tarikh masih dibuka,saya akan join. Dah terlanjur TERtengok banner ni. Saya join ya?

Baik,mari lihat terma dan syarat di sini. Sila klik ya. HAH! Jangan lupa join http://syamila02.blogspot.com
 
Melangkah ke gambar yang nak dimasukkan dalam contest ni...Lihat photo berikut.
 
 Nama :Qaseh Nur Batrisya bt Faizal Izani
Umur : 1 tahun 9 hari 
 
Selamat Berjoin(-o-)

ATIQAH HOMEMADE CHOCOLATE CONTEST

Julung-julung kalinya saya dengan berbesar hati ingin menyertai " Atiqah Homemade Chocolate Contest." Alang-alang dah ternampak banner yang colourful tu saya join la. Al-maklum sajalah saya suka benda-benda alah yang bewarna-warni.  Mengikut kata penganjur,terma dan syarat adalh seperti berikut ;

  1. Buat entry khas yang bertajuk "Atiqah Homemade Chocolate Contest "
  2. Letakkan banner di atas dalam entry tersebut.
  3. Yang ni penting. Anda mestilah membuat review @ promotion tentang blog AHC. Contohnya ; jom ramairamai tengok Atiqah Homemade Chocolate.  
  4. Akhir sekali tinggalkan link anda di blog   ini cerita atiqah:) 
  5. Pemenang dipilih berdasarkan ke-kreatifan anda...
 HOW TO PROMOTE??
 SIMPLE.

             Ingin menempah Chocolate sedap seperti di atas buat yang tersayang? Mudah saja,sila lawati http://pahitmaniscoklat.blogspot.com ... Pelbagai bentuk dan saiz disediakan. Anda boleh memilih design istimewa yang kami tawarkan. Hanya pilih,isi borang tempahan dan kami deliver. Penghantaran dijamin cepat. Manisnya inti penyedap rasa,sedapnya Chocolate penambah seri,kreatifnya corak penghias mata . Jom tengok-tengok chocolate comel .
Cukup saja tengok design,dah jatuh hati. Kalau menang memang rezeki besar. Chocolate sekarang mahal. Makan puas-puas kalau dapat. Amin.

Nak Balik Arau Sudah



Mengikut ramalan kaji jadual,besok saya kena balik Arau. Nak sambung belajar. Dah lama terhenti kat sejak balik bercuti raya -meraya ni kan. Teruk la cuti ni. Sepatah haram pun aku tak study. Masalh sungguh ni. Teruk doh. Macam mana nak nengok muka pensyarah-pensyarah yang chomel dan manja tuh?? Co cerita sikit?? Tak dapat gambaran yang jelaswajah mereka yang montok tu. HAHA

Dimaklumkan bahawa cuti raya ni saya cuma isi dengan aktiviti online 24 jam dan berjam lamanya tanpa henti. HUH! Sumpah aku nak cakap aktiviti macam ni tak penat. Blogwalkin memang best doh! Gadget yang tak ada kat blog kita,kita bole amik dari blog orang. Itulah fungsinya jalan-jalan cari gadget. Cubalah. HEHE

Seterusnya aku nak cakap lepas ni mungkin jarang nak update entry baru. Sebab apa? Sebab esok da nak balik kampus. Jadi kerja-kerja aku kat sana pun dah banyak yang isi borang untuk aku tada tangan. Sudah la kau! OKAY. SAYA DAH NAK BALIK ARAU. Lebih kurang sebulan lagi nak final. Jadi kelambatan mengupdate entry adalah amat dikesali. Maaf tau.

Lemah semangat nak balik sana. Tinggal mak ayah. Apa nak buat,nak senang masa depan memang kena korban. Kalau nak dok senang jer  ... baik kau....... *))))((&*^&%$#u%&....

Sudah la. Saya nak kemas barang. SEE YA...

September 17, 2010

Dosa Pahala Mengumpat

Baik,kali ni saya nak berkongsi dosa pahala MENGUMPAT. Biasalah,tangan saya tak boleh diam. Kalo diam mesti gatal-gatal. Merenyam pulak tu. Sakan betul la tangan ni. Ala cakap je kau gila tenet. HAHA. OK2..syhhh!! Jom baca artikel ni.

Pengajaran ; Dosa berzina apabila bertaubat dengan sepenuh hati dan berjanji tidak akan ulangi lagi,maka Allah s.w.t akan ampunkan insan tersebut. Tapi malang sekali dosa mengumpat itu hanya boleh diampunkan oleh orang yang diumpat sahaja. Susah bukan begini?? Andainya kita tidak sempat memohon kemaafan dari orang yang kita umpat,dosa itu akan dibawa ke akhirat. Subhanallah. Dahsyat. Saya harap diri saya jauh dari perbuatan ni.

DOSA MENGUMPAT HANYA BOLEH DIAMPUN OLEH MANGSA

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain. Rasullah S. A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabdanya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim) Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, is disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S. A. W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti. Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat

TAK DER ENTRY UNTUK DIRI SENDIRI.

WASEH!!! Lately aku tak da mood nak update entry fasal diri sendiri. Aku la tuh. Entah apa jenis kerja yang sedang aku kerjakan aku pun tak tau. Balik je cuti raya ni aku tak da mood lah. Ulang ayat yang sama. Maaf la yer.

Start dua tiga empat lima hari lepas aku suka joint contest. Baru nemu la katakan. Alah,joint jer. Bukan aper pun,dapat hadiah ke tak belakang kira. Nak enjoy. Nak stusy tak ada mood jugak.Lagi-lagi tak ada mood. Apa yang ada? Tak da apa-apa. Makan kunyah-kunyah daripada celik mata sampai pejam. Itu je aku mampu buat. Yang lain tak terdaya. Ceit!

Hari ni dapat jugak aku makan laksa Kedah buatan sendiri made in RumahKU. HAHA. Lama sudah pendam hajat nak makan laksa buatan sendiri. Jadi,bangunpagi tadi terus pergi market,grocery. Beli  perkakas nak buat menda alah tu. Hah!! Sodap beno eh makan!!! Sodap!!! Lazat memikat kalbu,pekat di celah gigi. Oh salah frasa nama tu. Ubah okay?? Ubah sendiri! Jom buat contest LAKSA?? Tak mo!!!

Satu lagi nak cerita,pagi tadi saya pergi market. Melilau mata,bulat bentuk,saya nampak sesuatu okjek yang bewarna hijau yang sedang melambai-lambai yang macam daun. Banyak yang ko! Laju menapak,kiri kanan aku kibas je orang--orang kat kedai tuh. Saya dapat pucuk ubi!!!!!!!!!!! HEHE... Lama doh aku tahan nak makan. Bukan senang nak makan. Ni ha kalo cisah dengan sambal belacan. PERGHHH!!!!! Angin je rasa usus besar ni. Excellent!!! Maka sambil bernyanyi,aku balik rumah,aku rebus. TUH!! Sedap gila bapak!!! OK CUKUP!

Mari kita bercerita tentang kampus. Nak story sikit saja la. Masam balik muka aku..... TEST,asignment dan presentationS. Masak la aku buka cuti ni. BUKA CUTI?? Ayat baru.... Sabar jer la............ Perlu diingatkan kalau aku taip,kemudian hasilnya salah,abaikan jer la. Saya ni malas nak undo balik. Maaf ya.

OKAY. Nak out dulu. Nak shower buih-buih sabun LUX. Mandian sejati untuk wanita jelita pelita.

CANDID CAMERA CONTEST


Saya join contest lagi... Haish!! Kuat beno join contest mu neh!! Biasa la kita.. Bila lagi... Balik kampus gerenti dah tak join. Subuk doh. HAHA. Kali ni godek-godek saya jumpa contest candid. Wah!! Nak join. Asalkan open date,I join la.  JOIN! Faham tak?? Ikut serta LOL!

Syarat-syarat adalah seperti berikut..... ;

  1. Terbuka kepada semua blogger
  2. Hah yang ni... WAJIB jadi follower penganjur tau...Ni nanti senang nak tau latest news pasal contest ni.
  3. UPLOD gambar. Tak kisah sesape pun janji kandid tau. TapiSATU SAHAJA DIBENARKAN.
  4. Letak banner kat atassekali tu kat slidebar korang.KENE LETAK!
  5. Tag 5 orang
  6. Last sekali,tinggalkan link anda. supaya mudah nak ambush.
HEHEHEH


Okey,saya nak guna gambar kat atas.
Tu kira candid la kan? Kalo usu tau saya ambil gambar macam ni,mesti la dia senyum. Nak-nak  waktu nak suap nasi tu ha. NGANGA lagi.. HAHA.. Anak yang kat sebelah tu dah puas makan. Usu tak kasi dia main jauh-jauh. kesian budak tu.


Nak tag mereka pula.........

  • SyerAgh
  • Umi Salmah
  • Cik Zila
  • erk
  • Fahimah

CONTEST SENYUMAN MANEH

Seperti biasa pekerjaan saya sejak akhir-akhir ni...... JOIN CONTEST..  Anda dapat lihat poster di atas?? Ya,melalui AYLEEN CHOMEL saya join. AHA! Dilihat dibelek ditilik,dus date 10 Oktober.. Sempat lagi la nak join kan??? Maka dengan rasmi dan jayanya,saya FIQAFI berhasrat nak join contest ni. Mana tau nasib kan?? Betul tak?? Tapi resultnya mesti la penganjur yang pilih. Pilih yang macam mana? Pilih yang canthek la LOL!...

Sudah,sudah. Banyak pulak songeh kau!

Mari lihat gambar yang saya nk taruk dalam contest ni...

TOTOTOTOT!!

Cuba tengok betul-betul.

Ya,orang tu saya. Saya la. Tak bohong. Gambar agak baru lagi. Diambil secara rambang tau. Tak ada solek molek. Original muka baru lepas makan. Kalau menang dapat topup RM 30. Ok la tu. Kalau saya selalunya topup RM 10 jer. Dah abis topup lagi. Baiklah,ta nak bebel dah.


Jomjom kita TAG insan-insan berikut ;

erk !
Dengan ini saya Fiqafi menyerahkan borang permohonan ini,disertakan dengan gambar sekali.
Timbang-menimbang pihak penganjur adalah dihargai. Kalau menag nak gayut dengan siapa ya???? Cik boypren?? Mak ayah?? HEHE....

September 16, 2010

BILA IntanBerlian BUAT KONTEST, GAMBAR MAKAN PALING SEDAP!


Selamat malam wahai Blog kesayangan-ku. Indah sungguh malam ni sampai mata aku tak boleh lelap walaupun sekejap. Sungguh indah cerita di kaca televisyen yan ditayangkan sampai aku rasa muak nak nengok. Bukan aper cerita yang ditonjolkan tu dah banyak kali main kat TIBI.   bohSaN

Maka sebagai langkah yang baik,saya megambil keputusan untuk blogwalking lagi.Sudah pagi sampai ke maghrib aku buat keje ni. Tak jemu-jemu. Dari semalam aku gila join contest. Datang angin gila agaknya.  Golek sana golek sini,terjumpa satu blog yang buat contest. Sebenarnya dah lama usha-usha blog ni tapi tak folow sebab saya cuma suka baca cerita orang. HAH! Termasuklah blog ni. Selepas baca saya tinggal. Tak folow ataupun drop komen. Maaf tau. Tapi saya mengikut blog anda secara private. Sudah la kau Tin!

Anda dapat lihat BANNER di atas??? Berhari-hari fikir dan 10x diserang migrain. Saya.........
Saya nak join contest ni... Kata cik intan hadiah dari India. Woh! Hebat tu. Jejak kaki ke sana tak pernah! Jadi ni peluang yang baik untuk merasa ole-ole dari sana kan???



Saya joint tau.....

SAYA PALING SUKA ENTRY INTANBERLIAN YANG bertajuk " Secebis Rasa" KERANA entry ni sedikit sebanyak ada link dengan aku. Yelah kadang-kadang geram dengan laki. Geram sangat-sangat. Baru kenal kemarin,tup tup panggil kita sayang. Aku ni jenis cepat perasan. Alah biasa la perempuan. Pantang ayat sikit,CAIR terus! Itu aku. Entry cik Intan yang ni memang selalu jadi kat aku. Sedih la. Laki memang  macam ni ke?? HUH! Aku pernah kena sebenarnya. Hari ni baru  kawan,esok dia panggil sayang. Senang dan riang dia panggil aku sayang. PELIK BUKAN? Seminggu lepas tu makwe dia kol. Terbongkar semua. Aku cuma permainan.  Sudahlah.

Itu saja persembahan saya untuk contest ini. Gambar sudah disertakan,slogan pun sudah dilengkapkan. Adalah diharapkan kerjasama dari pihak cik Intan untuk menimbang-timbang penyertaan saya. HAHA.

I LOVE U CONTEST

Salam sejahtera Cik Blog tersayang.. Pemilikmu sudah datang. Yelah sape lagi nak menaip kat sini kalau bukan aku kan? Nama pun owner. Baik,saya baru sahaja sudah mop lantai dapur. MasyaAllah. Dah berkilat dia sekarang.Sudah la kau.

Mari kita ke agenda yang pertama. Berjalan-jalan ke blog orang,cari benda baru dan cari contest yang pelbagai. Jumpa sudah satu blog ... mizzfrogycute.blogspot.com ... Sejuk mata tengok space pemilik ni. Kaler pink segalanya. Bukan nak bodek hadiah tau. Tapi memang cuci mata la kan..

Gambar yang saya pertaruhkan adalah seperti berikut. Tak perlu baca,cuma tengok sahaja. HAHA. Lawak je yer.

 

I DO I LOVE MY AYAH SO MUCH.
WHY?

"Sebab kalau ayah tak ada macam mana Afi nak hidup? Ayah adalah bintang saya. Sentiasa berkelip untuk menerangi jalan hidup saya."

Baik,mari kita ceritakan keistimewaan photo di atas. Itu ayah saya. Saya sayang ayah saya. Walaupun saya ni jenis yang pendiam tapi biasa lah kan. Anak dengan ayah mana boleh pisah. Nampak tidak pokok yang sebelah tu? OKAY. Gambar ni diambil waktu Krismas. Malam Krismas la. Bersiar-siar bersama keluarga dan bergambar.Sayang.
Boleh menang tak??

HAHA

Sekarang saya nak tag mereka ;


Rakan-rakan. Sila join ya. Hadiah menarik,saya tau. JOIN!

September 15, 2010

Kawaii Photo Contest





Salam hormat dan selamat gembira buat seluruh warga blog. Sebentar tadi saya seronok berjalan-jalan ke blog orang. Sampai lupa tujuan asal saya online. Nak cari abahn projek. Terlanjur blogwalkin,saya terjumpa sesuatu yang menarik di blog FIFIE. Ya,cuba teka. Tak dapat kan? Biar aku saja yang khabarkan. Saya nampak  Kawaii Photo Contest!!

Seperti yang diarahkan,saya mempertaruhkan dua photo yang sudah diedit sepenuhnya. Bentuk muka asli tau,tak ada ubah-ubah.

Anda dapat lihat kan photo di atas?? Ini photo terbaru yang diambil petang tadi. Sekali gus nak mencuba nasib join contest ni.

Huh!! Kenapa saya suka photo ni??
Sebab ini picture terbaru dan harap-harap photo ni tak terlalu lebih untuk ikut serta pertandingan tuan penganjur. Cuba lihat HEADER saya. Itu juga gambar terbaru saya. Saya suka gambar ni. Suka sangat. Semangat gambar baru,dan header baru. Baiklah,harap-harap gambar diterima oleh pihak penganjur. Maaf ya kalau gambar ni tak cukup memenuhi syarat.
Hasil edit terlalu menonjol,lagi pun tidak elok rasanya edit yang melampau. HEHE. Takut nanti macam gambar palsu. Seperti biasa PHOTOSCAPE kesayangan menjadi pilihan untuk mengedit larh.
Kerja mengedit ni memang seronok. Macam-macam cara boleh buat dan ubah. Seronok.

Kosong Sahaja

Hai....

Seeloknya lepas raya ni saya ada banyak cerita menarik yang mest diceritakan. Malang sekali. Sayang seribu kali sayang saya tak ada cerita menarik yang nak distorykan. Cuma nak cakap yang raya tahun ni memang BOHSAN,BUSAN DAN BOSAN. Sungguh. Tak tipu. Tak ada masa nak main-main dengan U ok.

Baik,kalau tak silap hari kamis yang lepas saya keluar jalan-jalan dengan kawan-kawan sekolah lama. Fuh! Hebat beb. Merantau ke Alor Setar dengan baju labuh. Memang siotla kan. Nak bejalan tehincut-hincut tahan kaki ni ha. Naik plak meragas ke tingkat 6 CT PLAZA. Memang cantik sangat la. Hah! Jalan la kau dengan kain tekebos-kebos tuh.

Tapi sangat seronok dan sangat teruja. Ada saja aktiviti kami tapi malas pulak la jari ni nak menaip. Al-maklum la penat buat HEADER baru kat atas tu ha. LOL!


Maaf ya. Rasa hati nak buat entry baru tapi otak kosong je. Banyak kerja sedangmenanti di kampus. HURM! Tak payah tunggu di kampus,sekarang pon ada. Penat la.


glitter-graphics.com

Sepatutnya waktu macam ni aku kena study. Final dah dekat. Main-main lagi. Sudah la.

September 14, 2010

10 Kesilapan Wanita Dalam Bertudung



Jika sebelum ini kita telah berbicara soal lelaki ataupun suami.  Hari ini aku hanya ingin berkongsi sedikit sahaja perihal aurat wanita dan juga tudungnya. Memang isu ini dah banyak diperbincangkan tetapi apa salahnya untuk kita mengingatkannya kembali. Ianya tidak langsung bertujuan untuk  mewujudkan ketegangan antara lelaki dan wanita.

Usahlah nanti timbul pula rasa tidak selesa dikalangan kaum hawa . Anggap hanya satu perkongsian sahaja. Samada lelaki atau wanita , hanya fizikal kita sedikit berbeza tetapi hakikatnya kita diciptakan dari usul yang sama lalu menjadi manusia. Kemudian terciptanya batas-batas dan juga peraturan yang perlu kita patuhi bersama mengikut hakikat kejadian kita.  Tiada siapa yang dilebihkan dan tiada siapa yang dianaktirikan. Bukankah sesungguhnya Tuhan itu Maha Adil.

Kesilapan Perempuan tentang Aurat dan Tudungnya.
Sebenarnya ini adalah perkongsian dari buku ustaz Zaharuddin Abd Rahman yang bertajuk Untukmu Wanita terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.

1) Kesilapan PertamaBagi Mereka Aurat itu hanya memakai tudung sahaja. – itu yang banyak terjadi atas bertutup bawah terdedah, sendat dan seksa.

2) Kesilapan Kedua Bertudung tetapi berkemeja T lengan pendek. – Ada yang bukan lengan sahaja pendek bajunya pun pendek. Bertudung tetapi pusat ternganga.. camna eak?

3) Kesilapan Ketiga Bertudung tetapi kain baju kebarungnya terbelah tinggi. – Ada yang sampai ke atas peha, seksa.. seksa…

4) Kesilapan Keempat Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit, dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’ – Banyak sangat yang macam ni.. mana-mana pun ada.. apa cerita?

5) Kesilapan Kelima Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya – Maaf cakap, tapi stail macam ini nampak banyak masa perhimpunan politik atau kempen pilihanraya.

6) Kesilapan Keenam Bertudung tetapi hanya dipakai dipejabat sahaja. Tidak disekitar rumah, pasaraya dan sebagainya. – Satu nak tanya.. Tuhan dia siapa?

7) Kesilapan Ketujuh Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah bahagian dada daripada bertutup. – Ada juga yang bertudung sampai paras telingan sahaja..

8.) Kesilapan Kelapan Bertudung, tetapi tudungnya amat nipis boleh dilihat sanggul, leher , tengkuk dan dadanya. – Sesetengah selebriti ada yang pakai macam ini. Emm.. tak perlu sebutlah..

9) Kesilapan Kesembilan Bertudung tetapi menaiki motosikal sambil menayang betis sepanjang jalan. – Ada yang bukan sekadar betis malah terus dinaikkan sampai kepeha.. adeh..

10 ) Kesilapan Kesepuluh….
 Yang seterusnya diharapkan anda membeli buku ini. Berfaedah untuk kalian semua. Beli tau... Berbaloi untuk RM 21. Mahal tapi berbaloi.

September 10, 2010

1. Award Dari Dinda Teja

2. award banner

3. Nyatakan perasaan anda. [suka, benci, happy, sedih, suka, terpaksa, excited, meluat etc.]

Mengikut Dinda Teja,saya harus nyatakan sama ada saya gembira atau sedih atau benci. Okayh! Saya gembira! Cukup?? Sangat teruja melihat taken give award ni. Seronok yang masyaAllah la kan..... Ini pun suka suki jer main award. Saya tak pasti la kalau cara saya ambil award ni betul ke tak.. Yang penting terima kasih Dinda Teja.

4. Beri award ini kepada 3 blogger yang paling chantek or macho dihati anda! Kalau ada lebih, lagi bagus!!! :)
Seterusnya saya akan hadiahkan award ini kepada blogers terkenal okayh. Siapa mereka??? Jom cek....

1......   http://umisalmah.blogspot.com/
2.......  http://rasyaik.blogspot.com/
3.......  http://tanakagenecist.blogspot.com/
4.......  http://speakitsloudly.blogspot.com

5.Beri komen di entry ini.
Komen?? Saya nak dapat banyak award boleh tak??? Teringin sangat nak award... Tak ada orang kasi pun??? Sedih DOH!! Bagi la satu award,satu pun kira okayh la.... Boleh kan??? Nak jugak award mcam orang lain. Entry ni khas untuk percubaan kali pertama untuk ambil award dari bloger DINDA TEJA. TANQ Q.
Bacalah.....

Thursday, September 2, 201030 Perkara Perempuan x Sempat Bgtau Lelaki...



1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!


September 09, 2010

Malam Raya

 Salam hormat pada para-para pembaca yang suka membaca.... Puasa tak??? Ngok,esok raya lah. Bengong sunggoh.

Baiklah,mari kita mulakan entry malam ni dengan kata-kata semangat waja dan wajah berseri seindah bunga krisantimum. OH TUNGGU! Sebelum berBLOG kita mestilah berada dalam keadaan segar bugar supaya idea yang datang mencurah-curah dan curah lagi. Jadi,pergi bersihkan diri dulu! Okayh! Agenda kita hari ini tak lain tak bukan,tak tanya tapi tahu iaitu nak buat entry khas untuk hari raya. Ooooo... dah raya rupanya kita... Iya kan,kalau tak silap malam ni genap 1 bulan kita puasa,esok kita dah tak puasa. Sebab apa kawan-kawan? Sebab kita raya la ngok! Takkan kau nak puasa lagi. LOL!

Memandangkan Puan Besar keluar bersama penolongnya,merangkap anak lelaki keduanya, Omey jadi saya ingin mengambil kesempatan bersama peluang dan turut nak mencelah di sini..... Apa lagi?? Syhh! Diam! Peluang yang tersedia ada ini untuk mengucapkan .... Tengok di bawah...  Eja betul betul...LALALA....

Sebelum anda terus kepada perenggan di bawah... Sila perhatikan gambar ini betul-betul. Cari perbezaan gambar di bawah dengan gambar yang itu juga.. Lihat betul. Renung tajam-tajam... Dah jumpa?? Tak jumpa kan?? Sebab tidak ada gambar kedua. KAHKAHKAH!!

Baiklah,anda dapat lihat ke tidak sejenis seni yang menunjukkan tangan sedang ditadah?? Mestilah boleh kerana orang yang baca entry ni pasti tidak menghadapi sebarang masalah komplikasi dengan mata. HAHA. Ya mata bulat. Takkanlah petak. LOL. Kalau dilihat dari perspektif lain tangan yang sedang menadah tu agak-agak putih la kan...? Latar belakang pun cantik,suci bersih. Memandangkan anda sudah  lihat poster di atas,jadi saya ucapkan TAHNIAH sebab dalam kepala hotak anda mestilah fikir entry ni khas untuk raya. Pandai pun!!! 100% markah anda score. Saya bagi free,no payment okayh! Okay cukup! Kau banyak merepek Tin!

Baik,dengan setulus hati seikhlas jiwa sejernih dikalbu penambat hati. Saya dengan rendah diri mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri kepada seluruh umat Islam dan kepada mereka yang mengenali saya. Sejuta kemaafan dan mungkin lebih daripada itu dipohonkan supaya antara kita bersih dari dosa-dosa lama. Harap diampunkan ya. .............0-0..........

Telanjur aku menaip ni,nak tunjuk satu picture la kepada rakan dan taulan. KAHKAH. Tunjukla sangat. Tapi ini cuma gambar biasa ya. Tidak mengapa,bagi saya ia adalah suatu karya berseni. Hotak kau berseni. Erm....  Tengok la sendiri...



Ha.... Okay tak?? Raya tahun ni sambut sederhana saja. Tak lebih-lebih.  Cukup untuk memenuhi syarat untuk meraikan hari kemenangan kita pada 1 Syawal Betul kan?? Kuih-kuih di atas tu sebelum isi saya dah Cubit setiap satu. Erm... Sebab nak bagi ubat pengasih. Bila orang makan ,rasa nya akan teringat pada saya seorang sahaja. HAHA. Lol! Tapi mak dah warning.....

" Hah,lepas makan tutup tudung dia rapat-rapat. " Ya mak,nanti saya tutup rapat biar sampai mak tak boleh buka. KAHKAH. Maaf ye mak.

Saya nak out dulu. Nak menghiburkan hati dengan bunyi mercun yang mampu memecahkan gegendang telinga saya. DDDDOOOMMM!!


September 07, 2010

Sarawak


Salam sejahtera dan selamat berbahagia... Sari berita terkini.... Lihat kepada tajuk utama(mana? tak ada tajuk pun.)...  Sudahla kau!

Baik,saya mula ya... Macam ni nak cerita... Kan sekarang dah nak dekat raya,jadi hati ni ada rasa rindu pada keluarga nun jauh di sana,Sarawak. Kasi Bold lagi, SARAWAK. Entahlah,tiba-tiba terdetik nak fikirkan orang di sana. Sila alihkan mata anda ke gambar di atas. Saya fikir nak tag rakyat-rakyat Sarawak dengan menggunakan kad ajaib di atas. Tapi tak jadi memandangkan ada yang tak berkenan di hati mengenai gambar tu. Ada yang kurang tapi malas nak cari. Akhir kata sebulat hati,saya biarkan gambar tu terbengkalai. Malas sudah mahu fikir.

Bilangan ahli keluarga delegasi dari Sarawak memang tak payah cakap la. Tiap-tiap tahun statistik meningkat dengan drastik dan jayanya tanpa sebarang kesulitan dalaman. Sumpah pesat membangun keluarga kami di sana. Ada tak aku cerita yang mak aku asalnya Sarawak??? Tak pasti kan?? OK! Tidak mengapa. Mari kita  mula cerita dari A ke Z.

Tahun lepas kami sekeluarga beraya di Bumi Kenyalang. Meriah tak terhingga. Bayangkan di setiap rumah mesti ada lampu yang lip-lap tu. Oleh yang demikian,kalau dilihat dari sudut yang satu lagi,pemandangan yang terhasil sangat indah bukan??? Bagaikan taman tema yang disimbah dengan percikan warna yang berkilauan. Lampu lip-lap tu pulak dihias mengikut bentuk rumah. PERG!! Hebat doh!!! Boleh bayangkan tak??? Cuba pejamkan mata. Cantik siot la! LOL!

Keluarga di sana ramai yang teramat sangat,jadi kalu suruh saya congak satu-satu pun rasanya tak boleh lagi nak dapat jumlahkan semuanya ada berapa orang. Satu hari saya pakai mesin teknologi,kalkulatar. Pun tak dapat jugak nak jumlahkan semuanya ada berapa orang. Bila dikira ada saja ORANG yang tertinggal. Penat sudah.

Pagi-pagi raya sang teruna muda dan teruna dewasa akan pergi masjid. Tinggal la si dara jelita dan jelitawan veteran di rumah menyiapkan juadah di hari raya. Lepas balik dari masjid,mulalah bermaafan dan seterusnya kami akan bergerak menuju ke rumah insan yang lebih tua. Gegeh la kau fatin!! Pakai ayat biasa sudah. OKAY!! Dah jadi adat kan? yang muda patut pergi jumpa yang tua. Yerla,saya ikut.

Hai.... Rindu la!! Rindu sangat. Sebenarnya memang saya rindukan sedara-mara di sana. Tapi tak tahu nak describe macam mana.

MINTA MAAF.

Edisi Buang Masa

Baiklah,entry kali ni agak boring yer. Saksikan epilog cinta FIQAFI.......


Permainan kanak-kanak memang seronok. Rasa teringin pulak nak kembali pada masa lalu. Oh kejap,kalau kembali ke masa lalu bermakna saya ni innocent  la. Budak-budak mana tau maksud hidup,yang tahu nak barang tu barang ni. Bosan jugak jadi kanak-kanak tak matang ni.


Basikal onyek-onyek!!! HAHA. Memang sangat comel,Agak-agak wujud tak basikal spesisi ni untuk orang dewasa macam saya?? Dewasa la sangat kau. Ceit! Tengok roda berunsurkan plastik jalur tiga,raga empat segi siap terpasang untuk kanak-kanak bawak barang masak-masak dan pergi rumah kawan yang seangkatan dengannya. Sungguh zaman kanak-kanak penuh dengan warna-warna ceria.

Sekali pandang ku fikir labu manis. Tapi rupanya labu masam. Kaler dia tak menarik hati tapi bentuk tu yang boleh tahan. Apa ya?? Aku tak pernah makan labu. hooooo..... Kejap,labu memang tembam macam ni ke??

 Anda boleh lihat sayur hijau yang mengijau tu??? Tengok betul-betul dan cari perbezaan antara sayur tersebut...............TRRRRUUUUUT! Tak jumpa kan??? Memang takkan jumpa sebab sayur-sayur tu semua kaler hijau. Sudah, berhenti cari.

Okay,ini sejenis anai-anai yang bermacam-macam kaler. Menarik sungguh I tengok . Terpikat. Tapi sayang itu cuma keropok kering yang belum digoreng. No wonder la benda ni nampak menarik,sebab...... No idea.. HAHA. Macam-macam bentuk ada.

Terlanjur cuci mata dengan benda-benda semulajadi macam  ni. Terpandang ke arah cili besar ni. Kalau tak silap la nama dia cili besar. Ke lada?? :-) PEACE! Aku tak tau nama benda ni. REJECT! TAK BOLEH BUAT MENANTU.


JALAN-JALAN BERHENTI DI SINI..

Persoalan Di Sini

Siapa di antara kamu yang suka sangat baca entry saya yang bertajuk...

"  Mengenang Kisah Lalu Bersama............ "

Ada keraguan di sini. Tak faham la. Feedjit menunjukkan setiap hari pasti ada "pendatang asing" yang minat sangat baca entry keluaran dan edisi ke brape ntah. Lupa sudah. Sudah cakap drop komen or anything to let me know siapa orang tu. Tapi dia tak buat. I wonder la siapa manusia tu. 

Banyak main la manusia sekarang. Teruk,menyusahkan otak aku untuk fikirkan siapa orang yang suka berteka-teki tu. Nak main puzzle agaknya. Sungguh aku tak faham manusia kini dengan sikap yang tak boleh diramal dan memang susah nak ramal. Benci!!! Argh!
Dah,malas nak pot pet....


September 06, 2010

Weird

I WANT TO EXPRESS THE BIGGEST THANK YOU TO VISITORS FROM OUTSIDE MALAYSIA. EVENTHOUGH ALL OF YOU DON'T UNDERSTAND WHAT I'M TALKING BOUT IN PREVIOUS  AND NEWER ENTRY,BUT I FEEL COMFORTABLE WITH YOUR APPEARANCE AT MY SPACE.

THANKS A LOT FOR YOUR BLOGWALKING.

Kau



Kau kata kau cinta
tapi kau BOHONG

Kau kata kau sayang
tapi sebenarnya nak menayang 

Kau kata senyuman aku menarik
tapi monyet yang tertarik

Kau kata body aku macam bidadari
tapi kawan kau kata macam lori

Kau kata kau kau rindu
tapi bila dengar nama aku kau sedu

Kau kata aku jelita
tapi bila tengok muka aku kau cakap macam orang lumpuh

kau kata kulit aku lembut
tapi bila kau usap kau cakap macam lantai tandas

Kau cakap bulu aku lembut
tapi bila sentuh kau tampar aku pulak

Kau kata telinga aku besar,mudah nak dengar suara kau
tapi aku dekat dengan kau,kau cakap aku gegeh dekat kau

Kau cakap kau nak sehidup semati dengan aku
tapi awal-awal lagi kau tengok muka aku  kau da nyampah

Kau kata tapak kaki aku berseni
tapi bila aku jalan kau cakap macam badak jalan

Kau cakap bulu mata aku lebat
tapi bila aku kejip mata kau cakap macam mop lantai,berat sangat

Kau cakap gaya aku jalan persis Tyra Banks
tapi bila aku catwalk kau cakap macam bluhippo menari

tapi bila aku mula nk layan kau  cakap " Sudahlah,awak 
tu kucing. Pergi main jauhjauh. nanti saya bagi whiskis"

KAU KEJAM!


  
Bila nak tidur kau cari aku jugak. Sengal kau.

September 05, 2010

Ribuan terima kasih kepada SAHABAT saya

HYE HYE...

Okay,malam ni tak nak celoteh banyak sangat. Nanti ada pulak manusia yang tak puas hati,then drop komen yang menyakitkan mata. Eh mana ada,tipu jer... lalala.... Dalam previous entry saya ada tunjukkan few gift grom  BELOVED rumates saya kan?? Ada la...Cuba tengok....  Sekarang nak berkongsi hadiah dari SAHABAT saya pula... Mari kita GPS siapakah gerangannya manusia yang dimaksudkan....

Melihat pada kotak memang saya tak jangkakan menatang apa dalam tu... Tapi bila dibuka..... 
JENG....JENG....


Anda nampak tidak sesuatu obejek berwarna pink?? Memakai gown bewarna pink dan berambut blonde?? Ya,itu adalah sesuatu objek yang bernama patung. ok titik! Comel kan?? Bila dibuka,ya,,, Riang ria si patung gedik memusing kiri kanan tanpa arah. Dan seperti biasa,saya penjaga bidadari akan melihat ke mana saja patung itu bergerak. Macam orang tak siuman!!


Nampak tidak sejenis kertas yang dilipat-lipat kemudian dipotong-potong?? Ya,tiu adalah sejenis kad bewarna oren dan kuning.Fim tau-tau je aku suka kuning kan?? Pandai pilih kaler.  Adalah bebrapa jenis ayat yang berbaur semangat supaya aku dekan. Amin. Doakan yer Fim,mane tau aku dekan boleh bawak ko makan nasi kandar. Yo la tu Aten, loya lebey ko!


Ya,seterusnya kad yang diterima daripada sang pecinta drama Korea. Umi... Yang buat kad ni mahal tengok pada kulitnya. Ada besi-besi comel lagi. Sungguh menarik hati. Ikhlas dari Umi @ Sely.


LASTLY from tedy Nurul.... Yah... Kad raya @ Kad bufday... Sungguh romantik.... Canik tidak??? Ada katun-katun yang seronok bermain bunga api... HOYE!!  jom kita raya!!!!!

New Songs For My Gadget

Romance De Amor
                                                            play by : GUITAR




Describe the journey of my emptyness life. Describe how sad I feel when the ones that i care so much are not with me whenever I need him. How much I feel regret in the past because i did not put much effort to succes. Does anyone knows how much i feel right now?? The answer must be NO. Yes. I know that. This life is cruel. Why not give me a chance to become a dancing Queen for 1 year?? 1 DAY not enough. Sorry to say. I need that.

God please bring me to the sky. I want to fly with the full of my heart. See! How much translate from Malay toEnglish? Doesn't matter. At least I try to face with others with my broken English. 


Listen to  this song.