SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

September 09, 2010

Malam Raya

 Salam hormat pada para-para pembaca yang suka membaca.... Puasa tak??? Ngok,esok raya lah. Bengong sunggoh.

Baiklah,mari kita mulakan entry malam ni dengan kata-kata semangat waja dan wajah berseri seindah bunga krisantimum. OH TUNGGU! Sebelum berBLOG kita mestilah berada dalam keadaan segar bugar supaya idea yang datang mencurah-curah dan curah lagi. Jadi,pergi bersihkan diri dulu! Okayh! Agenda kita hari ini tak lain tak bukan,tak tanya tapi tahu iaitu nak buat entry khas untuk hari raya. Ooooo... dah raya rupanya kita... Iya kan,kalau tak silap malam ni genap 1 bulan kita puasa,esok kita dah tak puasa. Sebab apa kawan-kawan? Sebab kita raya la ngok! Takkan kau nak puasa lagi. LOL!

Memandangkan Puan Besar keluar bersama penolongnya,merangkap anak lelaki keduanya, Omey jadi saya ingin mengambil kesempatan bersama peluang dan turut nak mencelah di sini..... Apa lagi?? Syhh! Diam! Peluang yang tersedia ada ini untuk mengucapkan .... Tengok di bawah...  Eja betul betul...LALALA....

Sebelum anda terus kepada perenggan di bawah... Sila perhatikan gambar ini betul-betul. Cari perbezaan gambar di bawah dengan gambar yang itu juga.. Lihat betul. Renung tajam-tajam... Dah jumpa?? Tak jumpa kan?? Sebab tidak ada gambar kedua. KAHKAHKAH!!

Baiklah,anda dapat lihat ke tidak sejenis seni yang menunjukkan tangan sedang ditadah?? Mestilah boleh kerana orang yang baca entry ni pasti tidak menghadapi sebarang masalah komplikasi dengan mata. HAHA. Ya mata bulat. Takkanlah petak. LOL. Kalau dilihat dari perspektif lain tangan yang sedang menadah tu agak-agak putih la kan...? Latar belakang pun cantik,suci bersih. Memandangkan anda sudah  lihat poster di atas,jadi saya ucapkan TAHNIAH sebab dalam kepala hotak anda mestilah fikir entry ni khas untuk raya. Pandai pun!!! 100% markah anda score. Saya bagi free,no payment okayh! Okay cukup! Kau banyak merepek Tin!

Baik,dengan setulus hati seikhlas jiwa sejernih dikalbu penambat hati. Saya dengan rendah diri mengucapkan Selamat Hari Raya Idul Fitri kepada seluruh umat Islam dan kepada mereka yang mengenali saya. Sejuta kemaafan dan mungkin lebih daripada itu dipohonkan supaya antara kita bersih dari dosa-dosa lama. Harap diampunkan ya. .............0-0..........

Telanjur aku menaip ni,nak tunjuk satu picture la kepada rakan dan taulan. KAHKAH. Tunjukla sangat. Tapi ini cuma gambar biasa ya. Tidak mengapa,bagi saya ia adalah suatu karya berseni. Hotak kau berseni. Erm....  Tengok la sendiri...



Ha.... Okay tak?? Raya tahun ni sambut sederhana saja. Tak lebih-lebih.  Cukup untuk memenuhi syarat untuk meraikan hari kemenangan kita pada 1 Syawal Betul kan?? Kuih-kuih di atas tu sebelum isi saya dah Cubit setiap satu. Erm... Sebab nak bagi ubat pengasih. Bila orang makan ,rasa nya akan teringat pada saya seorang sahaja. HAHA. Lol! Tapi mak dah warning.....

" Hah,lepas makan tutup tudung dia rapat-rapat. " Ya mak,nanti saya tutup rapat biar sampai mak tak boleh buka. KAHKAH. Maaf ye mak.

Saya nak out dulu. Nak menghiburkan hati dengan bunyi mercun yang mampu memecahkan gegendang telinga saya. DDDDOOOMMM!!


3 comments:

Anonymous said...

=)

Bum-bum Corner said...

itu jer?????

sabree hussin said...

jangan pecahkan gegendang telinga pulak