SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

October 30, 2011

HIGH DEPENDENCY WARD (HDW)



1 OCTOBER 2011.

Di suatu petang nan panas terik, daddy call. Sudah2, tak nak barbahasa basi. Malas. Petang tu ayah call, katanya mak sekarang sedang bernafas menggunakan alat tuttt.... Saya tak tau namanya. Andaian saya mengatakan keadaan mak pasti sudah tenat. Correct. By the time saya tiba di hospital, memang tubuh mak dihiasi dengan tiub-tiub besar yang pelbagai saiz dan fungsinya. Sumpah saya terkejut. Mula-mula masuk ke wad tu, saya anggap ini wad biasa. How can? Ward itu namanya HIGH DEPENDENCY WARD (HDW), bersebelahan dengan INTENSIVE CARE UNIT (ICU), tau? Ward maut saya panggil. Before I proceed, mari khabarkan bahawa sesiapapun yang menjejakkan kaki ke ward ICU, jangan harap nak keluar dari ward tu dengan senang. Come on, itu ward maut! Ward maut! Nak saya ulang? Okay tak perlu. Why? Because, 10 hari saya ternganga  di atas kerusi batu di luar ward tu, saya boleh kira berapa kali kereta sorong jenazah lalu. Chhhitt! Lalu depan mata saya, saya cuba intai, gagal. Gagal. Teetttt... FIRST TIME, saya nampak kereta tu dari jauh saya nampak kain yang membaluti kereta tu sangat cantik. Kalah corak baju kurung saya, sungguh saya tak tipu. Kain sangat cantik. Rupanya ada mayat disebalik kelambu itu. OMG! Tertipu lagi ::)) Kata Pak Long, doa anak muajrab untuk ibunya, maka dengan itu saya tak berhenti-henti baca surah Yaasin untuk mak, sekalian saya berzikir. Sedang saya berzikir, maka melintaslah kereta sorong tersohor itu. Seorang nurse lelaki di depan, sorang lagi dibelakang. Takut saya intai kah? Tidak. Memang sah saya tak nampak.

Cerita pesakit??

Dalam ward HDW, ada 4 orang pesakit. Di katil no 5 ( HAMIDAH BAKONG, mak sayalah), di katil 6,7,8 pula pemiliknya sering berubah-ubah. Macam rumah sendiri yer? Suka hati nak lompat ke ward tu, ward ni. Ok, tinggalkan cerita katil. Di sebelah katil mak, Pesakit 1, seorang pak cik dari Langkawi (jauh jugak). Terlibat dalam Kemalangan di Pulau Langkawi, disebabkan di hospital tidak berisi doktor pakar, maka dengan itu dia di-transfer ke Hospital Sultanah Bahiyah (HOSBA). Pak Cik Man namanya, pak cik ni sebelah buah pinggang telah dibuang akibat dari kemalangan, Sungguh aneh. Makna kata sekarang, pak cik cuma ada 1 buah pinggang. KAN? Itu ceritanya. Pak cik Man agak stabil, selepas 2 hari di ward HDW. Masalah pak cik ni biasa saja. Siap boleh makan yogurt dalam ward tu, sedangkan mak saya koma. Hebat. Tinggalkan Pak Cik Man. 

Pesakit 2, baru berkahwin sebulan yang lalu. Jatuh dalam bilik air lalu dihempap mesin basuh. Si suami tidak jemu-jemu menatap wajah isterinya.  Si isteri koma, seperti mak saya, di tubuh kak Sakinah sarat dengan wayar. Wayar dan kemudiannya di atas kepalanya dihiasi dengan botol-botol ubat, semuanya diberikan pada kadar maksimum dos. Bayangkanlah. Maksimum dos. Selain jatuh dihempap mesin besar tu, kak Sakinah harus cuci darah. Sebab? Sebab dia juga pesakit buah pinggang. Kasian, baru kahwin sebulan, silapnya mungkin lantai licin. Tengok! Lantai licin pun boleh sebabkan koma. Nasihat saya, sediakanlah lantai kasar di rumah. Tak pun, tak payah berlantai. Masih muda tapi dugaannya sangat berat. Moga Allah sembuhkan gadis itu, Amin.

Pesakit 3, seorang adik berusia 16 tahun. Mangsa langgar lari lori kayu balak. Teruk betul. Mengikut cerita yang dikhutbahkan oleh bapa mangsa, mangsa bersama 4 orang rakannya dalam perjalanan pulang dari kedai makan , yang mana ia berdekatan dengan sekolah pondok mereka. Lori yang datang dari arah belakang, menabrak mereka dari belakang. Lalu melalui arah belakang juga, salah seorang dari mereka tepelanting. Yang dilanggar tadi meninggal di tempat kejadian, yang KEDUA ini sedang dirawat di wad ICU ( kata doktor keadaan Amar semakin teruk, paru-paru dijangkiti kuman). Peluang untuk terus hidup juga makin tipis. Minggu lepas, bapa mangsa, Ustaz Din gembira dengan perkembangan anaknya, Amar sudah boleh bercakap. Malang sekali, baru hendak senyum, masalah lain timbul.  Akibat terlalu teruk dilanggar (ayat ni tak berapa nak pasti), paru-paru rosak teruk. Itu masalahnya sekarang.


PESAKIT 4, mak saya. ::::))))) Di ward HDW 13 hari. ................................... Cerita tidak dibenarkan , dipublishkan :::)))


October 29, 2011

SHOES


Aktiviti harian  seperti biasa, langkah seperti biasa, hati juga yang lain rasanya. Tidak pernah nak sama rasanya, Pelik, sungguh, aku tak faham. Dalam banyak-banyak perkara kenapa mesti hati juga yang mudah berubah? Kenapa bukan rutin harian saya seperti memasak lauk sedap-sedap, berkemas rumah seperti 100 tahun lamanya  ditinggalkan, dan ber-seterika baju yang berubah? Mana lah tau kalau-kalau ada mesin khas untuk bantu saya selesaikan semua kerja penat tu? Mungkin boleh minta Hafiz belikan... Mungkin... HAHA..

OH YA! Sebenarnya saya tidaklah ingin bercerita sangat tentang rutin harian yang sememangnya tetap dan memenatkan tu, agenda saya ialah KASUT. Saya sedia maklum bahawa jumlah kasut saya pada ketika dikumpulkan (ni waktu nak bawak balik dari kampus , tamat belajar la kononnya) seperti sampah adalah berjumlah 9 pasang semuanya. Itu semua made in Perlis. Unbelieveable bila saya bukak kotak bawah akuarium ikan ayah, ada lagi berjenis-jenis kasut yang masih belum disarungkan ke kaki manis saya. Aneh! Bukan ke da pakai semua ke? Pelik. Erm......... Lalu saya mencari konklusi kenapa wujudnya kasut overload di situ... Cari... Saya cuba tekan otak untuk cari jawapan kenapa ada kasut lebih bawah akuarium.. Teettt... Teettt... Otak gagal loading, FAILED! Saya tak pasti kenapa ada kasut lebih bawah kolam ikan tu. Erm.......... Bengong jap......

Baik, ini masalah saya....

Dulu... Dulu la cerita ni.... Dulu saya dengan kawan baik, Fim, selalu pergi CMART dan tak ketinggalan Pekan Kangar ( pekan yang tak berapa nak maju, tapi boleh la kalau takat nak cuci mata ), saya setiap kali keluar akan beli kasut baru. SETIAP KALI OKAY.... Itu sudah masuk ke kategori berkali-kali. Tak sedar pun berapa pasang yang terkumpul dalam almari. Sebab apa? Sebab setiap beli saya akan masukkan dalam almari. Oooo.... Patut la.... Jadi dalam hal yang sedemikian rupa, perbelanjaan yang berlaku bukanlah atas dasar suka-sama-suka. Tapi atas dasar ketidak sengajaan. I'M SORRY ::))

I really hope saya boleh upload gambar kasut-kasut terbiar tersebut, tapi malang sangatlah sebab laptop ni tidak dilengkapi dengan sistem BLUTOT. Macam mana nak eja??? Bluetooth.. Macam ni?? Malas nak amik tau. Lappy saya rosak ::((( Sebab tu nak online susah. Kalau dah rindu sangat baru saya online pakai fone, boleh la buka blog tapi nak post entry baru susah. Larat nak taip pakai keypad yang keras bak batu tu... Adoyai.....!!

Shower timeeeee.........


October 04, 2011

I swear I won't forget you.


Kadang-kadang saya rasa terlalu bahagia sampai saya lupa kedudukan saya yang sebenar. 
Kadang-kadang saya rasa sayalah orang yang paling bertuah, tapi sebenarnya tak.
Kadang-kadang saya rasa apa yang saya buat betul, tapi sebenarnya saya salah. Banyak kesalahan saya. Memberi janji, kemudian berimpian, kemudian hancur........... Nangis. 

Kalaulah saya ada kuasa untuk balik kepada sebulan yang lepas... Kalaulah....

Terlalu cepat masa berlalu.........

Esok lusa apa nak jadi.....

Dari mana harus saya dapatkan kekuatan?? :::(((

Saya rasa saya sangat kuat, sbb saya tak menangis. Tipu! Tipu!




Dear sweetheart, you would be okay without me. Don't worry, God would gift you a loyal and faithful wife who loves you.

I'm just like a soft winds, greet you for a while.

One fine day, I will go. Pray for my strength.