SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

November 29, 2011

PENDENGAR YANG SETIA

Saya selalu seorang diri. Saya selalu pendam dalam hati, diam-diam saya sakit. Rasa yang saya tanggung sumpah sangat sakit. Itu seperti mendera perasaan sendiri. Kadang-kadang tak tahan, sedang membaca surah Al-Fatihah dalam sembahyang juga saya menangis sendiri sampai air mata kaburkan pandangan saya untuk bersujud.

Kadang-kadang saya rasa tak tahan dengan perasaan saya. Pada siapa saya harus saya luahkan? Saya tidak punya sahabat baik, kawan biasa tu ramailah. Saya takut nak luahkan perasaan saya pada orang lain, sangat takut kalau dia beri tau orang lain. Nanti makin menjadi-jadi ceritanya.

Saya perlukan seorang pendengar. Cukup sekadar mendengar sampai saya habis cakap. Janganlah cakap nak tidur, mengantuk, ada kerja   or else. Bagi alasan macam tu waktu saya bercakap macam tak menghargai bicara saya.

Saya dibesarkan dengan 2 orang abang, dan tidak sekali pun saya meluahkan rasa hati saya pada mereka. Tidak pernah! Kerana saya tidak percayakan mereka. Mak? Dengan mak saya cuma berkongsi cerita gembira. Sebab saya tau, mak pasti bingung kalau anak tunggal perempuannya sedih.

Saya pernah berhadapan dengan masalah kewangan semasa di UiTM Perlis. Ayah tak tahu, sendirian saya menangis. Fikir mana nak cari duit. Sudahnya saya makan megi, itupun sekali sehari. Nasib baik ada water cooler sebelah bilik. Air itu sudah siap ditapis, saya minum air tu. :) Alhamdulillah. Megi juga makanan.
Setiap kali berhadapan dengan masalah, saya selalu fikirkan pada siapa harus saya bercerita? Kalau saya belum habis cakap, orang tak nak dengar dah. SEDIHNYA.

Kenapa untuk seumur hidup saya tidak pernah ada seorang sahabat?
Siapa yang ingin menjadi pendengar setia saya? ::((

“Kelak jika saya punya cahaya mata, saya tidak ingin mereka sedih sendiri. Saya ingin menjadi sahabat mereka, kerana saya tahu, kerana saya pernah merasa peritnya simpan dalam hati. Saya tidak ingin mereka memendam rasa, yang akhirnya memakan diri sendiri.”

Saya kuat memendam rasa. Saya cuba untuk faham kehendak orang lain walau sebetulnya saya sendiri tak faham dengan kemahuan orang lain. Saya cuba buat untuk dia, untuk sesiapa saja.

Saya ingin melihat orang disekeliling saya bahagia. Sungguh. Perit untuk mengaku hakikat sebenar, berat lagi rasa memikul bebanan perasaan. Saya tak tahan.Yang saya perlukan ialah seorang pendengar yang setia. Setia mendengar masalah saya. Saya fikir sendiri, saya rasa sendiri, saya tidur. Bangun esok pagi saya fikir lagi, fikir sampai kepala rasa nak pecah. Sudahnya saya pening, bila pening susahlah.

:(( Air mata itu setia menemani saya, kluarnya sampai membuatkan saya tersedu-sedu. Kadang-kadang bila segala rasa saya simpan, saya pendam, satu hari termuntah. Allah saja yang tahu bagaimana teruknya air mata saya mengalir. Saya tekup muut dengan bantal supaya tiada yang dengar. ::(( Habis saya tak tahan, di fikiran saya hanya ada untuk membahagiakan orang lain. Dan ketika menangis juga saya fikir, pada siapa harus saya pergi? TIADA. Kosong.

Saya tahu tak ada orang yang dapat baca akal fikiran saya. Sebab gerak geri saya memang tak terjangka. Janganlah cuba nak membaca hati saya, siapa pun akan gagal. Kenapa gagal? Sebab seumur hidup saya, belum pernah ada pendamping yang memahami saya sepenuhnya.

Allah Maha Besar, Maha Mengetahui apa yang tersirat dan tersurat di hati saya. Hanya pada Allah saya berserah. Moga dikurniai setinggi-tinggi kekuatan dan ketenangan.

Selamat malam.

November 27, 2011

SELAMAT HARI LAHIR AYAH






A simple Valentino Creations I gave to you is just a cheap branded, can't be compared how much I love You, ayah.

USIA YANG KE-57




Allah bagi kita ayah,
walaupun ayah tidak melahirkan kita.
tapi separuh daripada diri kita berasal darinya..
setelah lahir,ayahlah yang akan mengazankan atau meng iqamatkan kita...
ayah akan pastikan setelah kita lahir, kita akan mendengar laungan azan..
dan pujian terhadap Allah..
semua tu atas rasa syukur ayah kerana dikurniakan seorang anak yang sangat comel..

semasa kita bayi, ayah pun turut sama tidak tidur malam..
apabila ibu penat melayan keranah kita setiap hari,
ayah pun akan menjaga kita..

ayah bekerja setiap hari....bersengkang mata..di marah bos...
tapi ayah tak pernah merungut...
balik kerja..ayah pasti akan mengawal anak-anaknya..

walaupun ayah jarang bercakap..
tapi ayah,tidak pernah mengeluh pasal kerja di hadapan anak2
jauh sekali mengucapkan perkataan '' tak cukup duit''
selalunya jika anak-anaknya tidak cukup duit pasti ayah akan akan bertanya
berapa yang tak cukup?
lantas terus memberikan wang itu kepada kita tanpa banyak soal..
kerana ayah percayakan anaknya....
 
Moga kita akan selalu bersama walau apa pun terjadi. 
Amin


November 15, 2011

HARAPAN

Saya harap dia akan ada masa lebih untuk saya.
Saya takut saya berubah hati lagi.
I don't want!


November 06, 2011

Nak Letak Tajuk Apa Ni?


Salam Aidil Adha pembuka bicara, jemari menaip berbicara juga, kata dilontar laju atas keyboard. Otak berfikir apa yang hendak ditaip sambil mata melilau-lilau mencari sdudut tepat untuk memanggil-manggil ilham. Haha. Apa ni?

Baik,hari ni Hari Raya Qurban. Pagi-pagi lagi sudah bangun mengadap dapur. Sumpah saya pening tengok dapur. Tak menarik langsung pemandangan didapur. View yang sangat menarik la kononnya bagi seorang tukang masak. :) Saya boleh nampak kuali  berpunggung hitam tergantung , sinki berkilat-kilat, ayam gebu-gebu semuanya setelah dimasak untuk dijadikan rendang. Perghh! Rendang ayam memang favourite I okay! Lagi, saya nampak banyak air susu kotak Dutch Lady dalam peti ais.Bukan susu saya okay! Sedap siot! Memang ah sedap, ni kalau simbah ke tekak ni memang.. Adoyai!

Seperti biasa,  setiap pagi pasti akan ada budak-budak pra-matang datang kutip duit raya. Setahu saya amalan begini tidak boleh  kerana perbuatannya sama seperti menagih simpati. Lagi? Duit, duit tu untuk mereka yang betul-betul memerlukan. Ini datang mintak duit raya nak yang syiling 50 sen. Mana boleh! Mahal tu! Demand sungguh, cuba la bersyukur dengan 10 sen saya tu. Anak-anak sekarang memang...!

Saya masak! Saya masak! Saya masak! Saya penat memasak. :( Hari raya pun kena masak asam pedas. Sedap tu tak la sangat kan, takat nak basah tekak boleh la.... Haha.. Abaikan!

Ini hari  pertama raya. Pertama yer. Perut saya sudah memboyot bagai mengandung 6 bulan. Bari satu hari raya, bukan 2 3 4 hari. Kalau sebulan kita raya macam mana? Dah perut tong macam ni susah betul. Pantang nampak makanan, ngap terus. Tak ada masa dah nak fikir akibat ke, gemuk ke, ape ke. Sentap terus makanan tu. Susahnyer....

Laptop saya masih lagi tak dapat diperbetulkan. Agaknya dah koma dia. Sayang seribu kali sayang. Laptop tu banyak simpan rahsia private saya. Eceececce! Sejak bila pandai sedih ni? Kan selalu online pakai  fone? Tengok blog pakai fone? Canggih tak? Canggih tak? Okay. Tak payah nak bangga diri sangat la kan. Agaknya bila laptop boleh siap ha? Saya paling sayang laptop tu sebab gambar saya SAHAJA sudah cecah 3000 keping! How come dia rosak? Redha je la kalau dah rosak , jadi bangkai plak hang. Tarak pa! Tarak pa!

Sekarang saya cuma berkawan dengan Blog. :( No more friends. Saya sangat rindukan keluarga Investment Analysis ::(( Really rindukan mereka. 

Terbayang aktiviti saya di sana...

Tiap kali lepas test, saya dan Fim akan keluar pegi CMART (kononnya mall paling besar di Perlis. Haha. Kelakar la). Pergi beli wafer. Fim suka Chocolate, saya pun same. Semua same jer. Haha. Dah tu cuci mata tengok selendang. Lepas tu beli, lepas tu pakai, lepas tu pokai. Dugaan, godaan. Teruk, boros sungguh. 

Tak pun pergi isi minyak moto, dah tu merempit naik titi turun titi. .....

Tak pun pergi pasar malam, tawaf dalam 4-5 kali. Baru beli makanan. Dah beli makanan tu, cari tempat nak melantak. Aduh! Duduk tepi sungai, cari gazebo yang ada bumbung macam sisik ikan. Haha. What a childish! Lepas tu masing-masing bukak makanan sendiri. Habis makan, lempar je plastik. Mana tak mampus ikan dalam sungai tu.

Saya pernah kemalangan. Kemalangan la konon! Teruk sangat ke? Tak la, tak teruk pun. Cuma kulis tersagat sikit. Itu pengalaman pertama saya jatuh moto. Kalau ayah tau, habisla. :((( Yang penting posisi pada ketika kami jatuh moto tu sangat unik dan erotik. Kalau dipandang dari sudut depan, memang akan terlihat boxer kami. Haha. Tak! Tipu jer . Mane pakai boxer. Kami pakai seluar inner. Seluar getah tu. Tau? Tak tau diam!


SOAL HATI REMAJA - PATUTKAH BERKAHWIN AWAL

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.


1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
 
Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

  Rahsia-rahsia. Banyak yang tersirat di sebalik kahwin awal yer? Sekarang 21, ambil degree 2 tahun setengah, kerja lagi. Bila saya boleh kawin? Sayang sudah 25 usianya, muda lagi kan? Jangan rushing, nak dapat benda baik memang kena sabar. Kan-kan?