SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

August 30, 2010

Selamat Hari Raya Adilfitri Abang

Coretan  Istimewa Buat Insan Tersayang Faizal Izani......

Salam to My BeLoVeD cUTeST bROthER,

HEY,WAT U DOIN?? EATING?? haha... kidding.
Abg,SelaMaT hArI rAya AiDilFitRi,MAaF zAhIr only.. no batin ok.

ok,let me speak in MALAY.

Pertama sekali,i would like to expres how disapointed i am when mom said " Tin,raya taun ni Abg raya kat Putrajaya. Ka Yus x cuti." All of sudden i become silent. Terkaku seketika memandangkan Abg tersayang tak balik. Agak janggal rasa di hati apabila bilangan ahli keluarga tak cukup pada hari yang sepatutnya menjadi ramai dan riuh rendah. OK,saya redha. Raya tahun ni saya akan sambut raya dengan Mak,Ayah dan Ome. termasuklah Acu saya.

Janggal rasanya nanti.

Lantas di atas katil,sambil bersendirian saya fikiran kembali terbang melayang ke masa lalu. Tahun lepas. Ya,tahun lepas buat kali terakhir saya menyambut hari raya bersama keluarga saya yang bahagia lengkap memandangkan seorang daripada ahli keluarga saya sudah dimiliki org lain. Pagi-pagi mak akan sibuk menumis segala bawang,rebus segala ketupat dan yang paling pasti lantai dapur akan berkilat suci dan murni. Bercorakkan sayur-sayur yang jatuh berguguran dan hirisan bawang merah yang membulat dan menipis. Pada pagi itu saya akan sibuk memekik di bilik bujang dua orang anak muda. Ya,bilik kamu Faizal. Dan bilik Omey. YA! Kalian berkongsi bilik. Abg di katil single,Omey di katil raja. AH! Sepatutnya yang ada di katil single,Omey. Tapi Abg plak yang duduk situ. Biarkan. sUDAH PENAT MEMEKIK MELOLONG MELALAK,tak jugak bangun dua orang ni. ok! Panggil ayah. Dengar suara ayah sekali saja,terus bangun!!!! kata Ayah " Hampa tidoq pukoi beqapa semalam? Dah tau nak p masjid pagi ni awat tak mangkit!" pintu ditutup HAAAAA.... itu,apak mali!!!

Pulang dari masjid,Ayah akan balik ke rumah sebentar. Nak isi perut katanya. Seperti biasa,sesudah ayah makan kami menapak ke tanah perkuburan. Nak ziarah kubur Tok dan Wan. Ya,insan yang pernah hadir dalam hidup saya dulu. " Tin,bawak surat khabar." dihampar..... Lalu terkumat-kamit mulut kali berempat membaca Surah Yasin sebagai tanda ingatan pada arwah.

Saya rindukan detik itu.

2 tahun yg lepas Acu kata
" Cu tak boleh pi kubur. Ni adik sapa nak jaga??"
Yalah cu,tin p dengan ayah,abg,me.
Hari ni,
"Tahun ni kita empat sajalah p kubur na. abg tak ada."
Yalah ayah,kita p tiga org saja.

kalau saya sudah kerja nanti........
" BOS,SAYA NAK CUTI. ADA URUSAN PENTING DI KEDAH."
"Urusan apa?? Awak x boleh ambil cuti. awak dah byk kali ambil cuti"
"Mak ayah saya sendirian di kampung. Mana mungkin saya tinggalkan mereka sendirian. Jahat benar saya kalau saya tinggalkan mereka di sana kerana kerja saya. Tidak mengapa,Bos boleh potong gaji saya untuk bulan ni." ( SAYA ADA DUIT SIMPANAN,JADI BOLEH LA GUNA.)


itu cerita saya.

Salam lebaran buat abg tersayang. Kelak suatu hari nanti kita bertemu lagi. Tahun depan BALIK na.

Tamat sudah luahan hati saya. Ya,tahun ni tak berpeluang untuk berhari raya dengan Teddy Bear kesayangan saya. Sedih,siapa juga pasti bersedih hati sekiranya berada di tempat saya.

2 comments:

umisalmah.blogspot.com said...

merahnyer pening nak bace =(

__✿HARISA✿__ said...

yer sely,aq da tuka ke putih...