SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

January 29, 2014

WHAT I COOK TODAY ? #7


Well cuaca agak panas hari ni sepanas air kolam di Baling. Dan nasiblah aku merasa nak membaling apa-apa perhiasan bilik memandangkan cuaca begitu gering pulak. Tidak seperti minggu lepas, cuaca sangat-sangat suam-suam kuku. Sehinggakan media massa di Malaysia begitu sibuk mempredict minggu ni Terengganu turun salji. Kalau begitu aku tak begitu teruja nak main salji, mahupun snow bagaikan di Melbourne dulu. Aku lebih kepada termangu , membengong sendiri, terfikir apalah sangat dengan snow di Malaysia sedangkan longitud dan latitude bumi kini sedang berubah. Atau mungkin esok lusa adalah hari kehancuran umat Islam. Dan dengan cuaca panas-panas begini aku sudah siap tutup pintu, kerana aku berpendapat kalau panas-panas begini haba luar akan masuk ke dalam rumah dan menyebabkan rumah jadi bahang asmara. Owh bukan asmara. Aku belum ada suami untuk berasmara dana. Itu bahang panas matahari la dey. Tak mengapa. Apalah sangat aku nak memulakan entry what I cook today dengan muqadimah cuaca. Allahuakbar. Maaf menyimpang.

Malam tadi aku sudah berkira-kira nak hendak relax hari ni. Aku cuma masak nasi dan goreng ikan. Itupun kalau ikan ada. Dan setahu aku ikan yang ayah beli tu, apa namanya ikan tu. Ikan rambai? Ikan tu besar macam ikan bawal, tapi dia bukan bawal. Entahlah, aku tak pasti namanya ikan tu. YANG SURE IKAN TU DAH SIAP DI POTONG. Seperti kebiasaan aku cuma tau nama 2,4 jenis ikan. Itupun kadang-kadang tersasar jugak namanya. Sesekali aku ke market pun tersalah sebut jugak padahal ikan tu famous. Entahlah lagi. Macam tergantung jep peranggan ni

Bila buka peti ais dengan tujuan nak removed barang-barang tak pakai, rupa-rupanya masih ada lagi benda yang boleh di masak. Alamak. Sudah. Ni nampak gaya nak kena masak. Sebab konsep di rumah aku, sehabis daya usaha, tak nak jangan beralasan. Aduhai aku rasa macam malas-malas dan terasa ingin bermalas di kerusi malas. Tapi sayang kerusi malas pulak tak ada. Tak apa. Kau kalau taip entry ni jangan merapu sangat boleh ? Ahhh ya, aku banyak merapu. Maaf.

 * Disebabkan mood yang hilang datang untuk memasak ni ada, jadi ikan goreng aku pun  hilang sabar menanti dalam belanga. Masing-masing ikan hari ni rangu macam potato chips.  Tapi masih boleh dibuat makan dan mengenyangkan perut serta usus.

 * Aku sedikit kaget macam mana rupa buah anggur ni boleh ada di tengah karangan padahal aku dah uplod dari folder ke blog mengikut turutan. Aduhai aku bukan malas nak susun semula tapi aku tak rajin sebenarnya. Jadi aku kira tak mengapa kalau buah ni di tengah lautan karangan bukan? 

 * Ini gulai. Bukan kari. Bukan.
Aku buat benda ni nasib menjadi. Sedikit peningkatan bagi aku sebab tahun lepas jenis masakan aku khatam yang jenis sup-sup. Yang tak perlukan perahan santan. Oh ya, aku penggemar santan perah. Aku tak pakai santan pek. Santan pek tak lemak macam santan ori. Macam pantun pulak. KAHKAH. Okay, dari keseluruhan gulai ni aku rasa berpuas hati. Ecececece, nak puji diri. Tidak. Tidak. No riak. Jadi kalau ayah makan bertambah-tambah, aku kira aku dah dapat A untuk subjek gulai. Sambal  belacan aku juga aku kira sudah dapat A lagi. Itu bermakna aku suda  ada kemajuan dalam bidang kemasakan.

* Sambal itu buah hati aku. 
Sambal ini bagaikan penyeri hidup antara makanan semua. Dialah penawar, dialah di hati. Tiada dua atau tiga, hanya sambal. Merahnya membakar jiwa,menenteramkan bibir.... Okay sudah.

Selamat tengah hari.


No comments: