SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

July 22, 2011

CUTI TAK STUDY PUN?



Mengikut ramalan kaji jadual, bermula hari pertama cuti sampai la saat ni, saya hanya menghabiskan masa dengan Brodband yakni aktiviti pemujaan Facebook semakin subur diamalkan. Ini aktiviti utama saya. Makan? Tolak tepi kejap. Adalah difahamkan, selama beberapa hari saya online tanpa henti, kepala naik sakit, bila tidur rasa mata terpusing-pusing. Oh macam orang hilang pertimbangan pun ada. Celik saja mata, tengok blog. Nak tutup mata pun, blog jugak. I wish kalau laptop ni boleh dibawa mandi, mungkin sudah YM dan Skype dengan sukses dalam bathroom. Sungguh addicted dengan menatang ONLINE ni.

Makan, makan, makan.... Rumah saya ni tak ada la penuh sangat dengan snek-snek mahal, sedap.. Tapi once bila dah masak tu, bersusun-susun. Rasanya cukup untuk buat landasan kereta api baby yang colourful tu. Ceit! Siapa yang berkungfu di dapur? Ni muka ni! Muka yang dok menaip ni. Okay abaikan. 

8.00 :Breakfast roti bakar. ( Bakar la sangat kan...)
10.00 : Nasi lemak plak. Ayah ni selalu beli nasi lemak! Umph!
12.30 :Lunch ( Lauk yang bersusun sungguh buat aku tak tahan hawa nafsu)
2  lebih sikit : Cari roti. Roti yang manis-manis. :) Milo. Kalau susu Anlene mak x habis lagi, aku curik! Maaf mak.
4.30 :Rajin sangat-sangat waktu ni. Ni waktu kemuncak nak goreng cucur.
6.30 :Dinner. Dinner kena heavy sikit sebab perut tong macam aku ni memang tong besar, pemantapan waktu malam adalah sangat diperlukan. 

Sudah!

Sedih tak terkira, baru hari ni aku tau  ada ASTRO PELANGI kat TELEVISYEN. Cerita cinta kesukaan saya! Adoi! KETIKA CINTA BERTASBIH  dan DEWI. Selama beberapa hari dok di rumah, jari tak rasa tak p tekan remote. Makna kata saya dah terlepas 5 episod, 5 episod penting! Adoi lagi! Kalaulah , kalaulah, kalaulah saya boleh berpijak di pesantren cinta Tasbih tu. Ermm.! Stop! Berangan.

Aaa lupa nak taip, program belajar secara solo tak masuk dalam jadual ni ya. Padat sangat. Tak sempat nak sentuh buku. MAAF.

Sekian.

No comments: