SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

July 21, 2011

Benarkah Kiamat 21-12-2012 ?




Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat.

Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi )

Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui. Yang penting kita perbanyakkan ibadat dan berdoa agar kita termasuk dlm golongan yg dilindungi Allah, jika mati biarlah kita mati dlm Islam dan beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah. Dari Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa.

Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)

Wallahualam samada benar atau tidak.Minta pada mana2 yg alim hadis dpt merungkai persoalan samada benar atau tidak. 
 
** Berikut menunjukkan peratusan " hakisan kawasan darat ". Hampir 80% kawasan darat ditelan laut, jadi di mana harus kita berhimpun? 
 
 
 
 
 
 
 
 

5 comments:

FaizalSyukri.com @ Peja - Pendapatan Dengan Blog said...

Dalam hal ini, ilmu mantiq xleh digunapakai... semua tu dakyah yang memesongkan..
Persoalan tentang hari kiamat telah diakui oleh Rasulullah adalah perkara ghaib dimana baginda sendiri langsung tidak tahu mengenainya... Jika rasulullah sendiri tidak tahu mengenainya, masakan kita dapat tau perkara ghaib tanpa bimbangan wahyu...

Persoalan mengenai hadis, maaf, saya xsempat nak semak darjat hadis tersebut samaada sahih, hassan, dhaif mahupun palsu...

Wallahua'lam.


Artikel terbaru:
Menghasilkan Pendapatan Dengan Blog Dan Apakah Sumber Pendapatan

__✿HARISA✿__ said...

baru sy perasan, segala yang dikatakan kiraan matematik tu adlh berdasarkan kiraan akal logik.

nombor yg ditambah2... hebat. tp 15 Ramadhan itu benarkah?

Muntos said...

sahih ke hadis ni?

__✿HARISA✿__ said...

entahlah.. sy sendiri dah jadi keliru. kalau laman dari utube tu, npk mcm x logik. mn mungkin Allah beri kita peluang kedua pada 29.12.2012.pelik kan?

Captain said...

selagi tandax besar kiamat belum berlaku maka tarikh tersebut adalah tidak benar belaka..

Tapi kiamat kecil sudah semua berlaku. semuga muhasabah diri..