Baik pagi tadi saya sudah mencatas pokok-pokok rambu yang meliar macam ular depan rumah. Lain waktu saya upload rupa sebenar akar-akar aneh itu. Sungguh rumah saya macam rumah puaka. Eh tidaklah puaka sangat sebab rumah ni ada buah-buahan yang sangat sedap untuk dijamah walaupun pada hakikatnya rumah saya macam dusun buah.
Tepi kanan penuh dengan mangga, pelam dan tebu yang tumbuh meliar dan subur dengan jayanya. Depan rumah ada rebung yang setia membuahkan hasil untuk dimasak, jambu air yang merah mekar seperti bibir basah saya yang mungil ni, pokok mengkudu, kelapa, terung, belimbing, delima yang biji-bijinya memakan masa untuk dicubit-cubit, juga sedikit pokok gedik-gedik iaitu telinga kera a.k.a monyet, sireh, rusa tergantung, misai kelapa yang berganda-ganda misainya bila disiram air sejuk, ( yang rupanya macam tanduk rusa jatuh ke bumi tu ). Oh ya tidak ketinggalan nangka yang selalu beranak pinak tanpa sedar. Tau-tau dah boyot 9 bulan dengan saratnya. Ouh! Penat. Mungkin saya perlu letak CCTV bagi memudahkan pemantauan dari semasa ke semasa dilakukan. Tak perlu berbelanja keluarkan duit bergulung-gulung bagai nak rak di mall terdekat, hanya membuka beberapa langkah saja, angkat tangan dan sedikit tendangan berpandu ke arah batang pokok , buah-buah akan gugur macam musim luruh di Korea, setakat ini tidak ada buah yang maut di mulut saya TAPI ada juga yang sudah selamat dikebumikan dalam usus besar mak dan ayah saya. Hebat bukan?

AKTIVITI LEPAS TU?



No comments:
Post a Comment