SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

March 11, 2011

Kembalikan Hera



Aku rindukan dia. Sungguh aku rindukan dia. Teramat rindukan dia.

Gelak tawanya yang sungguh meriangkan aku. Sungguh aku amat merinduinya. Kesal aku akui tidak bermakna lagi setelah pemergiannya. Tidak, dia tidak tinggalkan duniawi. Tetapi meninggalkan hatinya. Bila aku akan milikinya lagi? Ada-kah peluang untuk aku? Ada-kah ruang untuk aku bertakhta di hatinya? Aku harap jawapannya YA, tapi yang aku dengar adalah TIDAK. Kenapa? Terlambat.

.........

Genap setahun Hera tinggalkan aku. Kemana harus aku tuju supaya aku dapat bertemu dengan dia kembali? Kemana harus aku  pergi? Cakap saja kemana, aku akan pergi. Aku sanggup demi Hera :( Bukan masalah wang, bukan masalah kemahuan tapi DIMANA Hera? Itu yang harus aku tanyakan. Aku hilang punca. Beberapa seketika Hera senyap sepi tanpa berita. Aneh, aku bingung. Diamnya Hera seribu bahasa. Khabar berita tidak dengar inikan batang hidungnya nak dilihat. Kerinduan itu semakin membuak-buak. AH! Otak sering kali fikirkan dia. Aku bukan bodoh! Cuma tarikan cinta Hera membuatkan aku terpana seketika.

Itulah salah aku. Ada dia aku abaikan, hilang dia aku mencari. Perlu tak aku senaraikan siapa Hera? Biar aku saja yang tahu.

Hera : Awak sayang saya?
Arjuna : Sayang la!
Hera : :) Saya pun. Saya nak bersama awak. Saya cintakan awak.
Arjuna : Cinta? Kenapa saya? Kenapa bukan lelaki lain. ( Mata hitam dibesarkan. Aku marah bila Hera cintakan aku. Dia bukan taste aku lah! Perempuan macam tu buat cuci kaki aku jer.)
Hera : Awak x cintakan saya? Habis awak layan saya sangat baik.
Arjuna : Suka hati saya la nak layan awak macam mana. Muka macam awak ni bersepah. Nak sentuh awak pun saya tak hingin! Dasar perempuan kampung!
Hera : Saya cintakan awak.
Arjuna : Saya tak da sekelumit pun rasa cinta pada awak!
Hera : Ya. :(

Hera berlari, lari tinggalkan aku. Saat itu Hera hilangkan diri. Senyap. Peduli apa aku. Bukan penting pun betina tu. Dia yang gegeh dengan aku. Setakat betina low class macam tu aku boleh dapat ramai la. Ingat kau hebat sangat ke pompuan!

Kadang-kadang aku rasa rindukan Hera. Hera banyak bantu aku sedangkan setiap kebaikan Hera dibalas dengan caci maki. Aku menyesal. Sumpah kalau boleh diundurkan masa aku takkan abaikan Hera. Aku takkan abaikan hati dia. Aku bersalah.

Satu hari aku rasa  bahagia bila bayangan yang aku selalu perhatikan adalah dia. Orang yang aku amat rindui. Bahagianya bukan kepalang. Matanya! Ya aku kenal sepasang mata tajam itu. Renungan itu bagaikan boleh berbicara. Hebatnya mata dia. Aku jadi kagum sebentar. Iyalah,  semenjak peristiwa itu dia hilang, lesap dari pandangan aku. Buntu mencari jalan di mana Hera. Senyuman yang terukir itu benar-benar menjadi penawar rindu aku. Hera.

Sayang seribu kali sayang. Aku terlambat untuk mengakui kehadiran HERA. Pada malam Hera luahkan perasaannya pada aku, Hera kemalangan. Ya, aku ingat lagi! Orang ramai berpusu-pusu. Aku? Aku tidak pedulikan apa yang berlaku. Aku tidak merasakn perkara itu penting. Biasalah kalau kemalangan, orang mesti sibuk nak tengok siapa mangsanya. Langsung aku tak pedulikan.

Hera hilang ingatan. Bagimana dengan aku? Aku tak sempat untuk luahkan rasa cinta pada Hera. Aku kehilangan cinta Hera! Tidak! Hera sedikitpun tak ingat siapa aku. Walhal dulu dia yang cari aku, dia yang jaga aku. Aku dipuja-puja, dicinta-cinta. Sekarang? Langsung aku terhapus dari  ingatan dia. Sedihnya tidak ada perkataan yang mampu disamakan dengan keadaan aku. Hera pergi. Tinggalkan aku.

Mana mungkin aku mampu kembalikan Hera yang dulu.