SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

June 01, 2011

SAYA REDHA


Dengan lafaz yang ikhlas, tulus dan jujur, saya redha di atas apa yang berlaku. Redha dengan segala ujian yang datang. Saya harus tempuhi dengan sabar dan tenang. Andai kata diri terlalu terbawa-bawa dengan apa yang berlaku, saya mungkin akan jadi lebih lemah.

Segalanya saya terima. Dekatkan diri dengan Pencipta saya, berzikir memuji nama-Nya. Kelak pada Dia juga saya akan pulang, Dia yang mengidupkan saya, Dia juga yang mematikan saya.

Segala yang berlaku tidak akan menggugat kekuatan saya, kerana kekuatan saya ada pada mak dan aya. Dan kerana mereka adalah tulang belakang saya. Apa pun yang berlaku, selagi ada dua orang insan itu, saya tetap akan bertahan. Saya tak peduli datanglah seribu sejuta kesakitan.

:))) Di atas apa yang berlaku, antara saya dengan dia saya redha. Mungkin dia bukan untuk saya. Dan saya juga bukan untuk dia. Saya belajar untuk menerima keadaan ini dengan tenang. Emosi harus dikawal, ya harus bijak.

Now I need to move on as usual. Be a good daughter as long as I am breathing dan untuk kawan-kawan di sekeliling saya, saya akan jadi seorang yang lebih memahami. Kan?? Saya sebenarnya sudah putus harapan dengan awak. :(

" LEPASKAN KENANGAN YANG LAMA KALAU NAK KENANGAN BARU TERCIPTA ..."
YULAN

**** Saya tahu ada silent reader dalam blog saya. Saya tahu siapa awak. Dan entry saya yang ni pasti awak akan baca bila awak buka blog awak sendiri nanti kan? 

**** Awak pernah hadir dalam hidup saya sebagai seorang sahabat. Tapi awak juga yang memburukkan saya di mata orang lain. Saya tahu. Ingat, marah seteruk mana sekali pun awak pada saya, jangan la awak mengaibkan saya sampai macam tu sekali. Saya tau. Kerana saya pernah kenal awak, tingkah laku awak saya suda boleh baca. Bukan niat nak berbangga tapi  orang seperti awak tak susah untuk di ramal tindak tanduk. :)) Tak mengapa. Cuma saya tak sangka awak boleh buat macam tu pada orang yang pernah berkawan dengan awk. Itu saja nak cakap pada awk.

*** TERIMA KASIH tak terhingga pada dua orang insan yang pernah hadir dalam hidup saya. Kehadiran kamu berdua memang saya nantikan kerana disebalik datang hilang kamu berdua, kamu bawa pengajaran untuk saya. Kamu ajar saya untuk jadi lebih kuat, ajarkan saya pelajaran yang tak mungkin saya perolehi dari sekolah atau U.. Dan kamu berdua juga hadir dalam jangka masa yang singkat, singgah kemudian pergi hilang entah ke mana. Ya, kerana saya bukan destinasi yang kamu berdua ingin tuju, kerana itu mudah bagi kamu berdua untuk datang dan pergi. Pergilah. 

SELAMAT MALAM

SELAMAT MALAM

No comments: