SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

June 28, 2011

CAK! DAH TIMBUL BALIK O__O


Hari dah pagi, malam dah terang, siang pun datang.. OK cukup untuk muqadimah.

Sibuk memang gila abi la kan bulan pertama ni, sebenarnya tak la sibuk sangat seperti yang diuar-uarkan. Tapi oleh kerana kehidupan yang didasarkan sebagai NR, kehidupan menjadi sangat sibuk gila. Penat der... Balik dari kelas dah penat :( Malam kalo rajin keluar makan, balik dari makan dah sah la I tido. Sebab baby macam saya memang perlukan rehat yang cukup+secukupnya untuk hari menempuhi perjalanan hidup yang ekstrem ni. Erm... Apa ntah.. Eh serious penat ah!

Saya perlu beli benda ni ... :
  •  Kasut bertutup untuk tutup kaki dan ibu jari dan anak-anak jari. Ini kan untuk trip FUTURE AND OPTION. Ini memang tak pernah2 aku buat. Dari sem 1 pergi kelas pakai selipar je pun, dan dengan itu adalah dikhabarkan bahawa kaki saya ada huruf V. Kesan cahaya UV matahari. Memancar sungguh! Ni kala saya hilang cari huruf V di kaki okay. Cukup!
  • Nak beli meja bulat, nak duduk bawah, nak study. Tak mo dok atas, kaki tegantung, lenguh urat-urat sendi. Tak perlu nak pakai ubat urut segala bagai, all I need is KUSYEN empuk untuk bersandar. Done.
  •  Siapkan diri untuk pergi trip. Yeay!! Makan angin lagi!
Rasanya sebelum ON lapy tadi banyak benda nak tulis, the end ni je ek? Okay, tidak mengapa. Sekurang-kurangnya ada inisiatif untuk maju dalam dunia penulisan blogang.

Na tulis lagi.... Erm.... Tak ada idea....

2 comments:

umisalmah.blogspot.com said...

canteknya blog baru.. layout baru

__✿HARISA✿__ said...

haha.... penat der edit....