SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

December 30, 2011

MEREKA SUDAH PULANG


Hampir seminggu mereka datang, diri terasa cukup di-entertain dengan masakan Sarawak. Sedap semuanya. Dari hujung kaki, hingga ke hujung kepala, terasa gigil bila dapat makan masakan turun temurun. Sebenarnya tak la temurun sebab orang lain pun tau jugak masak. Tak. Salah tu. Biarkan.

Mereka aku kira cukup riang bermain-main di Padang Besar, menyempit di mall-mall sekitar Alor Star, dan cukup gembira bila di sua durian yang kuat sungguh baunya. Di Sarawak, durian dijual secara berbiji. Tau? Macam ni, bukak mata sampai terbeliak! Eh! Di sana 1 biji durian dijual pada harga around RM 22-25. Itu baru 1 biji okay. Cubalah fikir kalau  nak borong durian tu secara segerombolan, maka perbelanjaan seseorang kakitangan awam seperti mereka akan meningkat kerana kemahalan durian tersebut. Di Kedah lain cerita, durian bersepah. Aku yang tengok ni rasa sungguh tak berminat nak makan. Eh semalam yang mak su simpan tu bukan hang yang habiskan ke? Oh ye? Cika-cika. Di sini perhitungannya begini, 1 kilo RM 8. Aha! Borong la borong la borong la! Tak borong tak rugi! o___O


Aku sedikit tersedih dengan kepulangan  mereka ke Sarawak.

Sedikit keistimewaan tentang Bumi Kenyalang :

  1. Mereka yang lahirnya di Bumi Kenyalang akan mudah bangun di awal pagi walaupun tak ada jam loceng yang memekak di awal hari.
  2. Wanita berkahwin dan lelaki berkahwin sungguh suka melepak di pasar tani pada waktu pagi, beli barang nak masak katanya. Padahal boleh je salah seorang suami atau isteri ke pasar sorang-sorang. Tak boleh!! Sebab saya cemburu. AH! Jangan nak buat-buat tak tahu kalau saya cakap orang Sarawak sangat cemburu pada pasangannya. Mereka tidak menerima kalau ada orang lain yang cuba nak terhegeh-hegeh pada cinta hati mereka. Jangan nak buat-buat tak tak tahu bila saya dah cakap ek.
  3. Masakan Sarawak adalah totally different from masakan Semenanjung. Mereka tend to have makanan yang direbus, dibakar, dikukus. Senang cerita makanan bergoreng ni jarang dorang makan. Sebab tu awek Sarawak semua cun-cun. Lelaki pun tak kurang juga, pun turut kacak.Bersih dari kecacatan pimple. Cara pemakanan sangat dijaga. 
  4. Mereka suka tidur awal. Kadang-kadang pukul 9 dah siap berkuruh kroo.. krooo... kroooo... Aku jadi kagum bila ada manusia yang tidur pada waktu aku boleh tercangak depan TV. They are awesome. Oh yeah!
  5. Raya di Bumi Sarawak sumpah aku cakap sangat meriah. Korang tahu pelangi? Funfair? Dorang raya SEBULAN, 1 BULAN. Tak percaya? Sila  terbang ke Sarawak sekarang! HAHA. Awal puasa, yang miskin atau yang kaya akan buru-buru beli lampu cili, pasangla sampai sebulan. Lebih rasanya. :) Macam - macam jenis ada, bagi yang terOver excited, design pelbagai bentuk akan dihasilkan. Wah! Meriah sungguh la! Lagi tak habis bulan Syawal sampin akan dipakai. Lain dengan di Kedah ni, sunyi siot. Ke aku yang tak enjoy?
  6. Paling penting, CUACA di sana macam di pulau. Sejuk, bila angin belah tangan anda, anda akan rasa seperti ada hembusan lembut menerobos kulit anda. Betul! Kali ni saya tak mentipu anda. Jarang-jarang sekali cuaca panas, kalau pun panas tidaklah sepanas bumi gurun sana. Ada satu tempat di sana,kalau tak silap aku tempat yang berdekatan dengan hotel Harbour View,. Di situ ada 1 tempat yang sebijik macam di kota London. Merpati memang berkeliaran kat tempat tu. Serius cantik. Cubalah ke sana. Waktu malam jangan nak cakap lah, lagi lah cantik yang amat. Ada air pancut, lampu sana sini. :)
Rasanya sudah melencong ni. Maaf.
Jom mula balik. Mereka datang Sabtu yang lepas. Mereka pulang hari ini. Lama mereka di sini. :)

Saya suka. 

Saya tak pandai entertain orang, lebih-lebih lagi golongan veteran seperti mereka:) Saya suka tengok mereka bershopping di sini, saya suka tengok mereka makan ter-slurp slurp. Saya suka tengok mereka angkut durian berkilo-kilo.

Saya rasa saya nak balik Sarawak, saya rindukan Kuching. Saya rindukan kampung saya. :( Saya rasa saya tak betul sebab post ni ditaip sebaik saja saya celik mata. Mereka sudah berangkat ke airport jam 6.00 pagi tadi, pagi ni lah. Saya rindukan kampung saya di Buso, sebelah Bau. Saya rindu nak tidur di sana.

Saya rasa syahdu bila fikirkan keadaan di sana. Sarawak ibarat bumi London bagi saya. Cubalah ke sana, cuba ikut cara hidup orang Sarawak, pasti terasa lain.

Last but not least : Lelaki yang belum berkahwin, silalah ke Sarawak, jodoh anda mungkin di sana. 

No comments: