SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

December 01, 2011

EH! TAJUK APA NI?


Grrr.. Grrr... Grr.. Sejuk ni! Grrr... Grrr lagi... Aduh sejuknya. Selimut langsung tak berguna, tanggungjawabnya untuk balut tubuh saya gagal dilaksanakan. Grrr... Grr sejuk! Okay! Tukar! Kita pakai stokin! Grr... Stokin ni agak tebal, tebalnya sampai membuatkan kaki rasa dan ibu jari rasa tersepit. Padan lah muka pakai stokin bulu biri-biri tu! Grr.. Sejuknya! Sejuk! Saya peluk bantal panjang. Oh terasa seperti peluk suami pula. Suami pula yang tiada. Alangkah ruginya bernikah lambat. Expired!

Sayang sudah tidur. Zzzzz... Si montel itu tak pernah lupa kewajipannya pada setiap jam 10 malam. Tapi malam ni dia ter-delay waktu santai berahinya. Katanya pergi bersiar-siar di pantai dengan Tarmizi Si Murai Becok dan Azhar(ni duda bahaya, Dia selalu ambil kesempatan dengan Azrul. Apa dia fikir Azrul suka dia kali. Ish!). Malam ni secara mendadak Sayang berbual dengan nada yang lembut. ::) Gembira. Dah lama tak dengar lelaki kegemaran saya cakap macam tu. Katanya sibuk dengan koperasi(koperasi ni pun salah satu alasan yang munasabah yang menjarakkan hubungan kelamin saya dan Sayang. Walaupun munasabah, tapi saya tetap tak boleh terima. Kerana dia sibuk mengira bilangan air kotak. Urrggh! Ceeeit! Ceeit lagi!). Sibuk menguruskan koperasi terbilang, gemilangnya. Ada ka patut dia bawak duit beribu-ribu pergi bank longlai macam tu jer! Tak takut ke kena songlap(errrr.. betul ke istilah ni? SALAH? nak padam tak? Tak payah!)

Oh ya! Petang tadi saya menukul. Eh salah ni, saya bertukul, memaku paku di dinding. Oh ya, lupa lagi nak gebang, saya beli 2 handbag baru(Eh! riaknya!). Okay, sangat selesa dipegang, besides holding dia tak terlalu panjang. Bertepatan dengan ayam katik "ni" nak pakai nanti. Kalaulah panjang, meranduk -randuk jadinya. Keadaan bilik sudah kembali normal seperti sediakala. ::))) 

Ending...........

Goodnite. Bobok lah

No comments: