Saya selalu seorang diri. Saya selalu pendam dalam hati, diam-diam  saya sakit. Rasa yang saya tanggung sumpah sangat sakit. Itu seperti  mendera perasaan sendiri. Kadang-kadang tak tahan, sedang membaca surah  Al-Fatihah dalam sembahyang juga saya menangis sendiri sampai air mata  kaburkan pandangan saya untuk bersujud.
Kadang-kadang saya rasa tak tahan dengan perasaan saya. Pada siapa  saya harus saya luahkan? Saya tidak punya sahabat baik, kawan biasa tu  ramailah. Saya takut nak luahkan perasaan saya pada orang lain, sangat  takut kalau dia beri tau orang lain. Nanti makin menjadi-jadi ceritanya.
Saya perlukan seorang pendengar. Cukup sekadar mendengar sampai saya  habis cakap. Janganlah cakap nak tidur, mengantuk, ada kerja   or else.  Bagi alasan macam tu waktu saya bercakap macam tak menghargai bicara  saya.
Saya dibesarkan dengan 2 orang abang, dan tidak sekali pun saya  meluahkan rasa hati saya pada mereka. Tidak pernah! Kerana saya tidak  percayakan mereka. Mak? Dengan mak saya cuma berkongsi cerita gembira.  Sebab saya tau, mak pasti bingung kalau anak tunggal perempuannya sedih.
Saya pernah berhadapan dengan masalah kewangan semasa di UiTM Perlis.  Ayah tak tahu, sendirian saya menangis. Fikir mana nak cari duit.  Sudahnya saya makan megi, itupun sekali sehari. Nasib baik ada water  cooler sebelah bilik. Air itu sudah siap ditapis, saya minum air tu. :)  Alhamdulillah. Megi juga makanan.
Setiap kali berhadapan dengan masalah, saya selalu fikirkan pada  siapa harus saya bercerita? Kalau saya belum habis cakap, orang tak nak  dengar dah. SEDIHNYA.
Kenapa untuk seumur hidup saya tidak pernah ada seorang sahabat?
Siapa yang ingin menjadi pendengar setia saya? ::((
“Kelak jika saya punya cahaya mata, saya tidak ingin mereka sedih  sendiri. Saya ingin menjadi sahabat mereka, kerana saya tahu, kerana  saya pernah merasa peritnya simpan dalam hati. Saya tidak ingin mereka  memendam rasa, yang akhirnya memakan diri sendiri.”
Saya kuat memendam rasa. Saya cuba untuk faham kehendak orang lain  walau sebetulnya saya sendiri tak faham dengan kemahuan orang lain. Saya  cuba buat untuk dia, untuk sesiapa saja.
Saya ingin melihat orang disekeliling saya bahagia. Sungguh. Perit  untuk mengaku hakikat sebenar, berat lagi rasa memikul bebanan perasaan.  Saya tak tahan.Yang saya perlukan ialah seorang pendengar yang setia. Setia  mendengar masalah saya. Saya fikir sendiri, saya rasa sendiri, saya  tidur. Bangun esok pagi saya fikir lagi, fikir sampai kepala rasa nak  pecah. Sudahnya saya pening, bila pening susahlah.
:(( Air mata itu setia menemani saya, kluarnya sampai membuatkan saya  tersedu-sedu. Kadang-kadang bila segala rasa saya simpan, saya pendam,  satu hari termuntah. Allah saja yang tahu bagaimana teruknya air mata  saya mengalir. Saya tekup muut dengan bantal supaya tiada yang dengar.  ::(( Habis saya tak tahan, di fikiran saya hanya ada untuk membahagiakan  orang lain. Dan ketika menangis juga saya fikir, pada siapa harus saya  pergi? TIADA. Kosong.
Saya tahu tak ada orang yang dapat baca akal fikiran saya. Sebab  gerak geri saya memang tak terjangka. Janganlah cuba nak membaca hati  saya, siapa pun akan gagal. Kenapa gagal? Sebab seumur hidup saya, belum  pernah ada pendamping yang memahami saya sepenuhnya. 
Allah Maha Besar, Maha Mengetahui apa yang tersirat dan tersurat di  hati saya. Hanya pada Allah saya berserah. Moga dikurniai  setinggi-tinggi kekuatan dan ketenangan.
Selamat malam.
 
No comments:
Post a Comment