SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

December 30, 2010

Semester 5, Tahun Akhir

Hari ni hari Khamis, 30 Disember 2010. Semalam aku berchatin dengan kawan-kawan kelas. Hai... Cepatnya masa berlalu,macam kereta api. Bila ada depan mata rasa meleret,bila kereta api  dah jauh,dah dekat dengan punggung dia,rasa mcam sedih pulak. Kena tunggu kereta api yang seterusnya. Dapat tak apa yang aku cuba sampaikan?  Dalam masa cuti aku rasa " Hai lambatnya nak habis cuti,buhsan!!" . Sekarang aku sedang berada di punggung cuti. Sikit hari lagi dah nak balik kampus.


Aku rancang macam ni,Sabtu ni nak balik kampus. Balik daftar je,lepas tu aku balik rumah. Minggu kedua baru balik yang betul-betul punya. KAHKAH. Suka hati saja kan? Memang la,macam sem lepas tu  minggu pertama tak belajar. Jadi aku dengan rakan-rakan cabut balik petang tu jugak. Dapat la cuti seminggu.


 Aku dapat rasakan ENTRY ni skema.


Mari kita alih cerita kepada "BAKAL SUAMI",yang ni aku rasa takkan buhsan sebab memang ni yang aku caba nak kongsi. Bukan hal cuti di atas tu. Masalah cuti ni aku dah lali. Shhuuuut! Sambung cerita kau...


Semenjak satu menjak ni,bila aku dah post entry khas untuk BAKAL SUAMI,aku jadi obeses dengan DIA. Entah la,mungkin angan-angan semata-mata. Kenapa ya? Sepertinya aku dibius cinta. Cinta siapa? Abaikan. 


Bie,bila aku fikir fasal kau kan,aku rasa bahagia. Aku rasa kau ada. Aku selalu berangan dapat jumpa kau Bie,tapi aku tak tau la kau tercampak dekat mana Bie. Bila la agaknya aku nak jumpa kau Bie. Bila la Tuhan nak perkenankan pertemuan kita kan Bie? 


Bie,tadi kawan aku cakap ada sorang laki yang pernah buat entry macam aku ni. TheOTHERkhairul. Aku tak tau la nak google mcm mana blog dia ni. Sebenarnya boleh je aku google,tapi aku malas Bie. Aku tak tau la pulak ada laki yang berangan macam aku. Kadang-kadang aku sendiri rasa pelik jugak apa guna aku fikir fasal kau? Apa guna aku tersengih sendiri? Dah tu aku siap buat LABEL lagi untuk setiap entry yang aku post untuk kau Bie. Kalu kau tak percaya kau tengok kat sebelah. Sumpah aku buat LABEL tu Bie.


Bie,nanti bila masa kau dah muncul,lepas tu kita dating-dating, kita kawin ya Bie. Aku tak nak tunggu lama-lama. Lagi pun aku ni bukan jenis yang suka berkepit sana sini tanpa ikatan. Tu fasal aku nak ajak kau kawin. Tapi kau sendiri  pun kena pastikan kau berduit,jangan la sampai papa kedana nak bagi habuk pun tarak kat aku. 


Bila masa dah sah sebagai suami isteri nanti jangan la kau abaikan aku plak. Sedih la aku kalau kau buat aku macam tu Bie.


Bie,aku nak blah dulu. Nak makan sebentar.Kau jaga diri ya Bie. Aku tunggu kau muncul. Jaga kulit kau,jangan sampai tumbuh kurap-kurap. HAKHAK

No comments: