SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

December 28, 2010

Ramainya Yang Dah Kawin dan Nak Kawin

Tiap-tiap hari celik jer mata aku ..... Waktu sekarang tu jer la jawatan kosong yang boleh aku penuhi,jawatan sebagai seorang  hantu online. Dapat gaji apa! Makanan sedap,perlu  ka bagi contoh? Tak payah la.. Bila buka Facebook ni banyak la cerita  yang keluar kan? Seperti cendawan yang tumbuh lepas hujan... Tapi yang tumbuh di Facebook bukan cendawan sebaliknya adalah cendawan nak kawin..

Huh! Aku tak faham sungguh. Kawin.. kawin.. Kawin..

Kebanyakkan yang nak kawin tu JUNIOR aku masa sekolah dulu. Ala.. zaman kecik-kecik dulu la... Zaman pakai baju putih,tudung putih,stokin putih.. Semuanya putih belaka! Seronok sungguh nak kawin.. Apa khasiat kawin? Nak tambah tenaga batin? Perghhh! Takkan kawin sebab tu? Lantak la...

Ada yang bilang tarikh nak kawin.. Ada yang rancang nak kawin,lepas tu bila dah confirm  hebohkan di FB ( UPDATE STATUS BARU).. Dengan aku sekali teruja. Sekali STATUS tu melintas depan mata,aku click " VIEW ALL COMMENT".. Gedik! Bukanlah nak menyibuk tapi nak  la tau perkembangan sesebuah pasangan kan? HAHA...

Kebanyakkan  kawan-kawan FB aku semuanya adalah COUPLE. Kebiasaannya aku suka ADD couple. Kemudian habiskan masa dengan membaca komen-komen budak bercinta.. Ada yang putus cinta,ada yang gembira,ada yang diambang perpisahan,ada yang bekorban.. Ada yang rancang nak p bulan madu! Adoi!

Tak lama lepas keluarkan status NAK KAWIN,terpaparlah wajah RAJA SEHARI. Depa la....

Seronok sungguh nak habaq mai! TERINGIN LA JUGAK NAK JADI MACAM DEPA

Yang kawin tu bukannya umur 25keatas,tapi 25 kebawah... Faham x apa yang aku maksudkan? Dan kebanyakkan suami junior aku bekerja sebagai seorang polis. Sudah la kau kecemburuan di tahap bukit sekarang. Memang susah nak kawal. Kalu tunggu bakal suami aku datang,bila agaknya dia nak muncul..?? Ntah ler....

Sungguh seronok mereka bercouple.

Sabar la,nanti tumbuh juga bakal suami-mu DIK.... Aku rasa mcam nak terbang cari suamiKU. Tapi di mana? Tak da  tanda-tanda mahupun Clue. Ini akan menyukarkan proses untuk bertemu suamiKU. Sedih la... Agak-agak apa suamiKU sedang buat ya?? Main futsal? Tengok TV? Dia online tak? Dah makan ke belum? Pakai boxer kaler apa ya ke pakai kain pelekat petak-petak?? Mesti belum mandi kan? Bakal suami mesti comel kan? Malam nanti tido baik-baik yer  Baby.. Jangan guling-guling laju sangat,takot jatuh  tak de yang sambut a href="http://www.glitter-graphics.com">
 

2 comments:

fim said...

huhu...fatin tak sabar nak kawen la tu..ape susah lepas diploma ajak fifi kawen...die kan da keje..hahaha~

FIQAFI said...

yes i am. aku cemburu tgk org kawin.