SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

November 06, 2011

Nak Letak Tajuk Apa Ni?


Salam Aidil Adha pembuka bicara, jemari menaip berbicara juga, kata dilontar laju atas keyboard. Otak berfikir apa yang hendak ditaip sambil mata melilau-lilau mencari sdudut tepat untuk memanggil-manggil ilham. Haha. Apa ni?

Baik,hari ni Hari Raya Qurban. Pagi-pagi lagi sudah bangun mengadap dapur. Sumpah saya pening tengok dapur. Tak menarik langsung pemandangan didapur. View yang sangat menarik la kononnya bagi seorang tukang masak. :) Saya boleh nampak kuali  berpunggung hitam tergantung , sinki berkilat-kilat, ayam gebu-gebu semuanya setelah dimasak untuk dijadikan rendang. Perghh! Rendang ayam memang favourite I okay! Lagi, saya nampak banyak air susu kotak Dutch Lady dalam peti ais.Bukan susu saya okay! Sedap siot! Memang ah sedap, ni kalau simbah ke tekak ni memang.. Adoyai!

Seperti biasa,  setiap pagi pasti akan ada budak-budak pra-matang datang kutip duit raya. Setahu saya amalan begini tidak boleh  kerana perbuatannya sama seperti menagih simpati. Lagi? Duit, duit tu untuk mereka yang betul-betul memerlukan. Ini datang mintak duit raya nak yang syiling 50 sen. Mana boleh! Mahal tu! Demand sungguh, cuba la bersyukur dengan 10 sen saya tu. Anak-anak sekarang memang...!

Saya masak! Saya masak! Saya masak! Saya penat memasak. :( Hari raya pun kena masak asam pedas. Sedap tu tak la sangat kan, takat nak basah tekak boleh la.... Haha.. Abaikan!

Ini hari  pertama raya. Pertama yer. Perut saya sudah memboyot bagai mengandung 6 bulan. Bari satu hari raya, bukan 2 3 4 hari. Kalau sebulan kita raya macam mana? Dah perut tong macam ni susah betul. Pantang nampak makanan, ngap terus. Tak ada masa dah nak fikir akibat ke, gemuk ke, ape ke. Sentap terus makanan tu. Susahnyer....

Laptop saya masih lagi tak dapat diperbetulkan. Agaknya dah koma dia. Sayang seribu kali sayang. Laptop tu banyak simpan rahsia private saya. Eceececce! Sejak bila pandai sedih ni? Kan selalu online pakai  fone? Tengok blog pakai fone? Canggih tak? Canggih tak? Okay. Tak payah nak bangga diri sangat la kan. Agaknya bila laptop boleh siap ha? Saya paling sayang laptop tu sebab gambar saya SAHAJA sudah cecah 3000 keping! How come dia rosak? Redha je la kalau dah rosak , jadi bangkai plak hang. Tarak pa! Tarak pa!

Sekarang saya cuma berkawan dengan Blog. :( No more friends. Saya sangat rindukan keluarga Investment Analysis ::(( Really rindukan mereka. 

Terbayang aktiviti saya di sana...

Tiap kali lepas test, saya dan Fim akan keluar pegi CMART (kononnya mall paling besar di Perlis. Haha. Kelakar la). Pergi beli wafer. Fim suka Chocolate, saya pun same. Semua same jer. Haha. Dah tu cuci mata tengok selendang. Lepas tu beli, lepas tu pakai, lepas tu pokai. Dugaan, godaan. Teruk, boros sungguh. 

Tak pun pergi isi minyak moto, dah tu merempit naik titi turun titi. .....

Tak pun pergi pasar malam, tawaf dalam 4-5 kali. Baru beli makanan. Dah beli makanan tu, cari tempat nak melantak. Aduh! Duduk tepi sungai, cari gazebo yang ada bumbung macam sisik ikan. Haha. What a childish! Lepas tu masing-masing bukak makanan sendiri. Habis makan, lempar je plastik. Mana tak mampus ikan dalam sungai tu.

Saya pernah kemalangan. Kemalangan la konon! Teruk sangat ke? Tak la, tak teruk pun. Cuma kulis tersagat sikit. Itu pengalaman pertama saya jatuh moto. Kalau ayah tau, habisla. :((( Yang penting posisi pada ketika kami jatuh moto tu sangat unik dan erotik. Kalau dipandang dari sudut depan, memang akan terlihat boxer kami. Haha. Tak! Tipu jer . Mane pakai boxer. Kami pakai seluar inner. Seluar getah tu. Tau? Tak tau diam!


No comments: