SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

October 30, 2011

HIGH DEPENDENCY WARD (HDW)



1 OCTOBER 2011.

Di suatu petang nan panas terik, daddy call. Sudah2, tak nak barbahasa basi. Malas. Petang tu ayah call, katanya mak sekarang sedang bernafas menggunakan alat tuttt.... Saya tak tau namanya. Andaian saya mengatakan keadaan mak pasti sudah tenat. Correct. By the time saya tiba di hospital, memang tubuh mak dihiasi dengan tiub-tiub besar yang pelbagai saiz dan fungsinya. Sumpah saya terkejut. Mula-mula masuk ke wad tu, saya anggap ini wad biasa. How can? Ward itu namanya HIGH DEPENDENCY WARD (HDW), bersebelahan dengan INTENSIVE CARE UNIT (ICU), tau? Ward maut saya panggil. Before I proceed, mari khabarkan bahawa sesiapapun yang menjejakkan kaki ke ward ICU, jangan harap nak keluar dari ward tu dengan senang. Come on, itu ward maut! Ward maut! Nak saya ulang? Okay tak perlu. Why? Because, 10 hari saya ternganga  di atas kerusi batu di luar ward tu, saya boleh kira berapa kali kereta sorong jenazah lalu. Chhhitt! Lalu depan mata saya, saya cuba intai, gagal. Gagal. Teetttt... FIRST TIME, saya nampak kereta tu dari jauh saya nampak kain yang membaluti kereta tu sangat cantik. Kalah corak baju kurung saya, sungguh saya tak tipu. Kain sangat cantik. Rupanya ada mayat disebalik kelambu itu. OMG! Tertipu lagi ::)) Kata Pak Long, doa anak muajrab untuk ibunya, maka dengan itu saya tak berhenti-henti baca surah Yaasin untuk mak, sekalian saya berzikir. Sedang saya berzikir, maka melintaslah kereta sorong tersohor itu. Seorang nurse lelaki di depan, sorang lagi dibelakang. Takut saya intai kah? Tidak. Memang sah saya tak nampak.

Cerita pesakit??

Dalam ward HDW, ada 4 orang pesakit. Di katil no 5 ( HAMIDAH BAKONG, mak sayalah), di katil 6,7,8 pula pemiliknya sering berubah-ubah. Macam rumah sendiri yer? Suka hati nak lompat ke ward tu, ward ni. Ok, tinggalkan cerita katil. Di sebelah katil mak, Pesakit 1, seorang pak cik dari Langkawi (jauh jugak). Terlibat dalam Kemalangan di Pulau Langkawi, disebabkan di hospital tidak berisi doktor pakar, maka dengan itu dia di-transfer ke Hospital Sultanah Bahiyah (HOSBA). Pak Cik Man namanya, pak cik ni sebelah buah pinggang telah dibuang akibat dari kemalangan, Sungguh aneh. Makna kata sekarang, pak cik cuma ada 1 buah pinggang. KAN? Itu ceritanya. Pak cik Man agak stabil, selepas 2 hari di ward HDW. Masalah pak cik ni biasa saja. Siap boleh makan yogurt dalam ward tu, sedangkan mak saya koma. Hebat. Tinggalkan Pak Cik Man. 

Pesakit 2, baru berkahwin sebulan yang lalu. Jatuh dalam bilik air lalu dihempap mesin basuh. Si suami tidak jemu-jemu menatap wajah isterinya.  Si isteri koma, seperti mak saya, di tubuh kak Sakinah sarat dengan wayar. Wayar dan kemudiannya di atas kepalanya dihiasi dengan botol-botol ubat, semuanya diberikan pada kadar maksimum dos. Bayangkanlah. Maksimum dos. Selain jatuh dihempap mesin besar tu, kak Sakinah harus cuci darah. Sebab? Sebab dia juga pesakit buah pinggang. Kasian, baru kahwin sebulan, silapnya mungkin lantai licin. Tengok! Lantai licin pun boleh sebabkan koma. Nasihat saya, sediakanlah lantai kasar di rumah. Tak pun, tak payah berlantai. Masih muda tapi dugaannya sangat berat. Moga Allah sembuhkan gadis itu, Amin.

Pesakit 3, seorang adik berusia 16 tahun. Mangsa langgar lari lori kayu balak. Teruk betul. Mengikut cerita yang dikhutbahkan oleh bapa mangsa, mangsa bersama 4 orang rakannya dalam perjalanan pulang dari kedai makan , yang mana ia berdekatan dengan sekolah pondok mereka. Lori yang datang dari arah belakang, menabrak mereka dari belakang. Lalu melalui arah belakang juga, salah seorang dari mereka tepelanting. Yang dilanggar tadi meninggal di tempat kejadian, yang KEDUA ini sedang dirawat di wad ICU ( kata doktor keadaan Amar semakin teruk, paru-paru dijangkiti kuman). Peluang untuk terus hidup juga makin tipis. Minggu lepas, bapa mangsa, Ustaz Din gembira dengan perkembangan anaknya, Amar sudah boleh bercakap. Malang sekali, baru hendak senyum, masalah lain timbul.  Akibat terlalu teruk dilanggar (ayat ni tak berapa nak pasti), paru-paru rosak teruk. Itu masalahnya sekarang.


PESAKIT 4, mak saya. ::::))))) Di ward HDW 13 hari. ................................... Cerita tidak dibenarkan , dipublishkan :::)))


No comments: