SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

April 03, 2011

70 % SUDAH PERGI


Saya bagi kamu peluang. Masih juga kamu main-main. Kamu tak serius. Jangan salahkan saya. Kamu sendiri yang ajar saya untuk hilangkan rasa tu.  Lupa? 

Maaf, saya dah tak nampak kamu. 

Kamu panggil saya pergi. Bila saya pergi kamu abaikan saya. Saya marah dan menangis, ingatkan kamu nak pujuk saya, tapi saya yang pujuk kamu. Terbalik :) Itu kenangan pertama saya dengan kamu. 
2 minggu kamu pergi buat saya rasa rindu. Saya buat entry khas untuk kamu. Cukup setakat 2 hari, hari ketiga kamu pergi saya demam. Seminggu. Sudah selsema, batuk lagi. Badan jadi lembik, makanya saya cuma tidur. Tunggu mesej dari kamu. Semua ada 12 angka number kamu dari Makkah. :)  Hari-hari yang seterusnya saya nak post lagi entry baru untuk kamu, tapi terbantut. Kenapa? Sebab saya nampak gambar kamu berdua-duaan dengan ........ :( Saya cuba positif, saya kata itu bukan awak. Tapi kereta tu kereta awak. Mana boleh salah :( Tak mengapa, saya lupakan. Kamu bawakan saya selendang PASHMINA yang lembut kainnya dari sana. Sungguh saya rasa terharu. Bijaknya kamu memilih barang kesukaan saya. (Saya bawa balik selendang tu ke Arau.)
Saya ada satu tapi kasar, jahitan tak kemas dan dah terkeluar benang-benang nakal. Dah lusuh.... Sampailah hari awak jejak kaki di Malaysia, saya tetap tunggu kamu. Tapi hari awak balik, mesej kurang. Saya tetap tunggu. Sampai mengantuk. Awak selalu kol tengah malam, waktu ni selalunya saya nk tido. Tapi... layan jugak lah!  O____O

Kereta kamu... Kereta kamu macam feri. Saya benci feri sebab saya mabuk laut. Tapi kereta kamu macam tu. Saya tension! Seat kereta tu macam kelopak air. Saya baru nak duduk rasa macam terjerumus ke lembah dalam.  Saya tak boleh bersila. Kaki saya kebas. Itu kereta apa namanya? Kereta racing? Tak tau, tapi kereta kamu memang enjin sangat turbo. Tapi kenapa kamu tak nak datang PERLIS? Enjinnya laju. Mungkin kamu nak jaga kereta kamu. Tak mengapa. Jagalah. Kalau datang sini jalan kotor, banyak tanah merah. Saya faham kamu tak nak kotorkan kereta kesayangan kamu. Dah beribu kamu habiskan duit untuk buah hati kamu tu. :) Saya tak kisah.

Teruskan minat kamu. Saya tak marah dan tak terasa hati dengan perbuatan kamu. Cuma agak touching bila saya perlukan kamu kemarin. Bila ayah hantar saya balik, saya amat dan teramat sedih bila tak dapat nak bersama mak ayah. Kamu pula salahkan saya sebab lebihkan masa dengan kawan-kawan. Mereka tetamu saya. Mak ayah selalu ajar lebihkan tetamu dari kehendak diri sendiri. Itulah yang saya buat. Bila ayah balik, saya sangat sedih. Menangis. Saya suruh awak kol, bila awak kol, awak salahkan saya. Kenapa? Awak kata saya pentingkan diri. Saya tak fikirkan awak. Pernah awak fikirkan hati saya? Awak bersih suci. 

Jumpa. Banyak sangat alasan nak jumpa. Andaikan saja saya perlu merayu pada awak. Awak maharaja. Saya siapa? Saya bukan maharani awak. :) Dunia.... MARAH? Bila kamu marah saya, kamu hentam saya cukup-cukup. Sampai saya ternganga. Saya tercengang. Sampai saya tak ada point nak hantam kamu. :) Saya tak pandai melawan tapi saya pandai diam bila orang marah. Owhh! Itulah istimewanya saya. Saya seorang pendengar yang baik dan teliti. Baiknya saya bila keadaan dah redha saya muncul semula. HAHA. Merajuk macam tak matang jer? Ye, kalau awak hantam, saya hantam, bila nak habis? Satu pihak kena slow..........


Sekarang awak bebas. Bebas. Pergi menari sepuas hati awak. :) Semoga kamu dilindungi Tuhan. Kelak pasti ada yang lebih baik untuk gantikan saya. Saya bukan apa-apa pun, cuma angin kencang. Datang tiba-tiba, hilang pun tiba-tiba. Tidak ada makna dalam hidup kamu. 


PHOTOOBSES. Lepas ni awak boleh edit gambar puas-puas di OLDTOWN. Betul tak ejaan? Kamu boleh pergi main bowling sampai lewat pagi. Kamu tidak akan marah-marah lagi, emosi kamu akan stabil tanpa adanya seorang budak perempuan ego :) MACAM SAYA. Kamu tidak akan dipaksa untuk melakukan sesuatu taNpa kemahuan kamu lagi. Saya selalu paksa awak kan? :) Saya selalu merajuk. Hurm! Macam budak-budak kecik, rengek nak teddy bear. Bezanya saya minta perhatian. :) Baik tak saya? Manja tak saya? Comel tak saya? 

Ingat tak saya pernah ajak awak shooting? Mana? Tak ada pun. Awak lupa agaknya. Saya tak nak Nazri, saya nak PHOTOOBSES yang shoot saya. Sebab saya model awak. HAHA. Berangan. Kau model kampung FATIN!





Anda bebas.

:)








2 comments:

xazryx said...

patient is cool . :)

Acap said...

sy syg awk