SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

October 27, 2010

FINAL EXAM : FIRST PAPER CODE LAW 251

Harus tak aku mulakan dengan bebunga cinta yang menguntum mekar? Tak! Aku hrus mulakan dengan berita terkini iaitu.... LAW  251 .


OK,ITU YANG AKU CUBA NAK SAMPAIKAN.
abaikan sebentar cerita kemana hilangnya aku sepanjang minggu tak memanjakan diri dengan blog nih!


AWESOME paper LAW 251. Sepanjang malam aku cuba nak hafal.Kemudian memorize lagi kemudian refresh balik seterusnya  tulis nak bagi ingat dah tu lupa! Hah! Repeat balik chapter awal-awal dulu! Sudahnya aku nampak muka Puan Che Asiah menyeru nama aku! Owh! Apa kena dia sesat  dalam mimpi aku nih! Tak boleh lupa ingatan ! mesti ingat balik apa Puan Che Asiah cakap! Cepat fatin hafal lagi! You can do! Mak saya lupa lagi. Saya pergi bilik Fim,kacau-kacau dia. Curi roti Butterscotch satu! Ok cukup! Nak cari mood jap! Jalan-jalan lagi keliling kolej dari aras 1 ke aras tiga. Penat pulak. Rehat kejap. Sambung jalan balik jom? Penat la..... Nak tido la.... Boleh kan? 5 minit saja. Lepas tu janji akan recall balik ilmu yang terbantut tadi. Apa? 5 minit ka 50 minit? Habaq mai na! Banyak la  5 minit! Hang kalau tidoq mana cukup 5 minit! Sedangkan waktu tido biasa pun ambik masa 10 jam ni kan hang nak buat shortcut 5 minit. Poorah Ceit! Ya saya pemalas. Itu sebenarnya.


LAW 251... Full marks 400. OK aku ulang sekali lagi 400. Ingat sikit ka? Dak aih! Ingat senang nak dapat 400? Ingat senang nak huraikan kata kunci sampai dapat 400? Ingat senang nak hafal CASE  manusia yang bermacam-macam CASE? Hoi habaq mai oooiii!! Aku dok hapai menda alah ni bukan main lama. Bayangkan 1 chapter dah ada lebih kurang 30 CASE. Cuba darab tengok 6 chapter darab 30 CASE. Itu pun kalau setiap chapter ada jumlah case yang sama la. Aku nak story jer.....  :-) 


Semalam aku tido pukul empat pagi. Nak highlight sikit. EMPAT PAGI! Bangun balik pukul 6 PAGI. LAW punya pasal,sanggup saya gadai maruah nak tido. Ingat senang ka nak tengok aku buat? Tok sah la nak benqangan. Credit transfer to LAW 251! Muuuawhh!!! Ceit!


Apa pun keputusan nanti,aku redha. Aku dah usaha,belakang hari nanti kalau keputusan tu tak memuaskan, tu mesti salah aku sendiri.


Mak,Ayah.. Maafkan saya mak.