SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

August 23, 2013

SELAMAT HARI RAYA MAK : PERMATA YANG HILANG


 # LAMBAT UPDATE
* Sigh!!!

Salam Alaykum semua,

Hey orang dah sebulan raya baru nak update cerita raya. Lapuk dah la.. Eshhhhhh

Well sebenarnya dalam hati tu niat dah ada nak update, tapi tu lah. Orang sibuk macam Fiqa tak sempat nak  spent time dengan blogang ni. Al - maklumlah siang dah penat keje, malam balik terus tido. Serupa orang tak ada life pun ada. Hurm....

Sukacita di maklum kan pada hari raya Aidilfitri 2013, Fiqa bangun jam 5.00 pagi untuk siapkan juadah raya. Ekcelli takde la juadah sangat, Fiqa bangun nak masak kuah laksa Sarawak. Seperti yang anda tahu, bonda tercinta telah kembali ke rahmatullah pada 23.4.2013  di Pusat Haemodialisis Dr. Ismail. Terlalu menyedihkan kalau nak berkongsi tragedi petang 23.4.2013. Pantasnya masa berlalu, diam tak diam hampir 6 bulan bonda tinggalkan kami namun riak wajah, bayangan, gurauan bersama masih segar di ingatan.

Pada kebiasaannya dalam sesebuah rumah pastilah IBU orang yang paling sibuk mengurus keperluan anak-anak di hari raya. Sibuknya ibu kemain lagi, mana malam raya nak susun kuih, susun baju suami, susun sofa , susun meja makan, susun langsir, susun semualah. Segala mak nenek akan dirombak semula setiap kali hari raya. Yo aaarr nak nampak cantik, keno lo susun. Pendek kata rumah tu akan berputar 360 darjah celcius bila tiba hari raya.  Ada ibu-ibu yang terlebih rajin tu, dia akan sapu cat.

Hoooooo???

Pagi raya jam 5.00 pagi aku bangun siapkan juadah raya. Memang terasa janggal bangun awal, pertama kali pulak tu. Dah tu aku sorang plak. Adessss. Sabo je ler.. Sumpah terasa sebak. Tahun lepas dan tahun-tahun yang sebelumnya aku dan bonda sibuk siapkan macam-macam jenis makanan sampai tak termakan kami sekeluarga. Tahun ni hilang rendang ayam bonda yang super duper sedap. :( Ayah upah kawan dia masakkan rendang, bila di makan langsung tak sedap. Rasa macam nak basi. Puihhh. Tak sama macam yang bonda masak. Sedihnya. Sesal tiada guna. Kehilangan bonda kehilangan yang abadi. Tiada pengganti. 

Siap masak, hidanglah, hias lah, semuanya Fiqa siapkan dalam pukul 9 pagi. Siap semua baru Fiqa mandi. Lepas mandi tu Fiqa tidur sampai pukul 11 pagi.Letih sangat-sangat. Tapak kaki pun melecet. Kebas semacam je.  Pagi tu lepas ayah dan abang Fiqa yang lagi dua orang balik sembahyang raya, kami gerak ke kubur.

Macam tak percaya orang yang kita kasih, orang yang kita sayang, sekarang berada di alam barzakh. Di alam kubur. Ingat-ingat balik tahun lepas seronok ketawa bersama, tahun ni diadah berada di alam barzakh. Sepi tak berteman. Macam mana saya nanti? :( Allahu Ya Rabbi. Bila duduk sendiri Fiqa terfikir juga, macam mana la nanti Fiqa di akhir umur? Senang ke? Susah ke? Masih dalam iman ke? :(

Muhasabah diri  banyak-banyak.


2 tahun setengah bonda sakit, badan susut yang amat. Dari berat 75 kg, dalam masa 3 bulan berat bonda susut sampai tinggal 44 kg. Mana nak cuci darah lagi, denan rawatan hospital lagi. Sedangkan Fiqa bila demam pun dah sakit teramat terbaring macam ular sawa, inikan orang yang ada sakit kronik. Apa-apa pun Fiqa salute dengan bonda. Waktu sakit tu bonda masih mampu masak untuk kami, macam-macam menu. Sungguhpun bonda sakit, ibu bukan alasan untuk bonda tidur. Hujung-hujung umur, bonda selalu bangun awal pagi. Fiqa bangun je siap dah makanan untuk lunch. Jam 10 pagi makanan tengah hari dah siap. Bonda kata kalau masak lambat-lambat panas. Jadinya bonda masak lah awal. Nak tunggu Fiqa ni, pukul 11.00 baru Fiqa start memasak. Ayah pun orangnya jenis yang makan awal. Sebab tu bonda masak awal

     

Kubur bonda kembar dengan kubur atuk. Sebelah kanan kubur nenek, sebelah kiri kubur atuk, sebelah atuk kubur bonda. Nak di ceritakan pengalaman hidup dengan bonda, memang penuh dengan sesalan. Banyak hajat di hati Fiqa yang tak tertunai. Fiqa nak buat macam-macam untuk bonda. Allahuakbar. Rindu di hati Allh saja yang tahu.

Selepas pemergian bonda, ayah lah yang ambil alih tugas bonda. Dari dalam rumah hingga ke luar rumah. Terasa nak menangis, sebak. Tak merasa dah rendang sedap bonda. Tak merasa dah ayam masak kicap bonda. Segalanya sementara. Entah esok lusa giliran Fiqa, siapa tahu?

Patah sayap kanan bila hilang bonda tersayang. Remuk hati, kecewa dengan diri sendiri tak sempat berbakti untuk bonda.



" Kalau sayang mak, solat lah. Doakan mak  sihat macam dulu."

Bonda selalu tanya kenapa dia jadi macam ni. Kenapa dia jadi macam ni.


.
.
.
.
.



:(
Selamat Hari Raya Mak.

No comments: