SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

September 01, 2011

21st PROUD TO BE

  1. First, baik, x mo cakap panjang-panjang dah. Saya sangat penat melayan tetamu, sebenarnya taklah penat melayan tetamu. Tapi penat berkawad kat dapo. Sungguh kalaulah ada mesin dapo yang boleh buat semua kerja rumah alamatnya tak wujudlah gelaran isteri misali, anak terpilih, ibu cemerlang. Kan kan? Pandai! Saya memang pandai kalu hal-hal berkaitan dengan dilema gadis-gadis di dapo ni. Raya kedua saya cuma spent time dengan WEBCAM MAX. Itu pun gagah nak buat tutorial PASHMINA. Alah! Banyak masa kan.... :)
  2. Second, 1 SEPTEMBER ... Genap 21 tahun saya tahun ni. Sebenarnya baru  minggu lepas saya tau bahwa umur saya pada 2011 adalah 21 tahun, bukan 22 tahun. Kalaulah umur saya 22 tahun pada 2011, kenapa tak ada orang suruh saya pergi mengundi? Itu aneh kan? Memang pun. Sebabnya umur saya baru 20 tahun pada 2010. Saya banyak bermain dengan angka sebenarnya, kesannya kekeliruan usia muda berlaku. Ini orang panggil masalah pertengahan umur. Biasalah, sedikit perubahan akan mencetuskan ketidak seimbangan otak. Tak mengapa, abaikan.
  3. Third, hajat saya bersempena usia 21 tahun ialah : 
  • Nak pakai tudung full time. Terus terang saya katakan, saya belajar mula belajar bertudung sejak 3 bulan yang lalu. Itu pun masih lagi tergagap - gagap nak suaikan dengan baju. Saya ni pulak jenis yang kalau tak jadi macam yang saya nak, memang saya stress. Sungguh! Tak bohong! :) Bila orang berfesyen tudung saya pun berfesyen jugak. Bila orang melilit 400 darjah saya pun melilit jugak di mana lilitan saya mungkin menghasilkan 690 darjah. Oh! Sungguh rumit. Tapi harus saya katakan bahwa, di setiap jilbab yang saya kenakan pada kepala, saya berniat supaya jilbab itu akan menjaga saya. Faham? Tak faham kan? :) Begini, fungsi jilbab itu bukan semata-mata ingin menutup helaian rambut. Tetapi turut berfungsi untuk menjaga pertuturan, pandangan, pendengaran dan yang penting di saan anda berjilbab haruslah hati bersih untuk mengenakannya. Kerana apabila ikhlas anda melakukan hal tersebut, maka dada akan merasa lapang. :) Lagi sungguh! Saya tak bohong!
  • ANAK YANG BAIK. Seorang anak yang menjaga sembahyangnya, menjaga kehormatannya. Itu yang saya ingin lakukan. InsyaAllah. Dan seorang adik yang baik kepada 2 orang abangnya.
Maaflah..... channell lari..........

Tretttt... Trett...

6 comments:

ukthi mastura said...

21 thn umur yg sgt indah bg sy,utk mengenali diri dan dunia dewasa semakin meghampiri sy ketika itu... smg kamu begitu juga :)

Anonymous said...

happy birthday~! =)

__✿HARISA✿__ said...

ukhti mastura : ya, moga di usia ini saya lebih matang dari sebelum ini :) sblm ini kurang mematangkan diri.

__✿HARISA✿__ said...

apple sourz : tanx wish ya... jemput dtg lg tau!

Azreen Sofia said...

Hye, Azreen x buat tempahan la.. Tapi kalau sys nak , Azreen bole buat kan

Azreen Sofia said...

Ouh.. oke.. But, Azreen x lyan la emel.. inbox fb Azreen la..