SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

August 09, 2011

MALAM NI RASA PANAS. GILA PANAS. AVI!


Jam macam ni sepatutnya aku sedang bertungkus lumus belajar memandangkan ni semester ni semester akhir. Semangat pun perlu berkobar-kobar untuk siapkan task. Ceeit!

Malam ni kan.. Malam ni rasa sangat marah! Marah!! Dasar penipu! Ajak speaking patot la tak nak! Cikai rupanya! Tak guna betul! Bangga diri tak tentu pasal. Eh peduli apa! Takat orang kaya macam tu, alahai! Ingat kau sorang kaya? Nak aku gebang harta bapak aku??? Blah ah!

OKAY! BALIK pada topik kita yang asal tadi. Apanya ?

  1. Cuti raya bermula 24, ingat nak menipu lecturer cakap saya balik raya di Sarawak 20hb. 24 tu la dia kaluit nak buat test. Hadoi. Rosak plan . Memandangkan saya sudah berkali-kali ponteng kelas ( disebabkan alasan yang tidak diTERfikirkan.. tido ), jadi sekarang saya tak boleh nak ponteng kerap sangat. Anggap sajalah cuti sakit dah nak habis. Weeeee! Hari -hari kena pergi kelas, walau pada hakikatnya tidur itu lebih enak untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Seorang pelajar yang yang cerdik akan selalu pergi kelas bukan? Ceeit!!!
  2. Waktu tidur saya agak terganggu dengan cuaca yang diibaratkan seperti padang pasir ni. Sumpah tak tipu pukul 4 pagi bangun ada peluh, ingatkan ada love bite free, rasa-rasa macam menitik-nitik. Hadoi! Penat macam ni. Kipas sebesar kipas besi Titanic pun rasa macam pakai kipas tangan nyonya. Memang tak logik pukul 4 pagi berpeluh. Tolonglah sediakan saya E-kon supaya pada keesokkan hari bila saya bangun, losyen masih melekat di badan. Wangi je rasa badan ni.
  3. Makanan di bazar sangat enak. Ayam semuanya besar gedabak. Semuanya seakan-akan melakukan tarian bogel percuma di atas dulang yang tak seberapa nak berkilat tu. Haish! Air liur terbancuh sendiri dalam tekak. Sudahlah ayam tu gebu, gedempol pulak tu!! Ceiit! Sengaja nak goda. Saya puasa! Saya puasa! Azam di hati nak puasa penuh. Bodoh! Mana ada perempuan pertengahan umur macam kau nak puasa penuh!
  4. Rumah! Ya, saya sangat rindukan villa papa. Andaikan saja villa itu penjara tapi lengkap segalanya. Saya bangga dilahirkan sebagai waris tunggal papa. Saya sangat rindukan masakan mama. Serius rindu! Bila dapat ni!!! Na balikkkkkkk!!!! ::((( Saya rindukan waktu masak bersama wanita itu.Sungguh saya tak pandai masak, tapi saya akan cuba masak sampai aktiviti yang saya lakukan itu kelihatan seperti seorang gadis cantik sejati yang sedang menyiapkan makanan untuk ahli keluarga. 
  5. Rumah sewa? Okay! Semua okay! Seronok doh luar. Mesin baju ada, jadi saya akan basuh baju dengan rasa senang hati. Pergh! Cukup 1 bakul, mesin jalan. Kasi mesin wangi-wangi, sidai, lepas tu jemo, lepas tu lipat sampai petak-petak. Hadoi! Seronoknya! Petang-petang menyapu sampah, sambil bernyanyi kecil...Iuuu... Iuuuu... Iuuuu... Macam pontianak harum macam saya. Saya sangat teruja. Tatkala menyapu sampah, hati ini terasa sangat seronok. Kenapa? Macam ada lelehan peluh! Mungkinkah love bite secara indirectly lagi? Tidak! Itu proses penyingkiran toksik dari badan, memandangkan si montel ni jarang exercise, jadi sapu sampah pun.... okay lah!
Cukup untuk hari ni. Nak tido. See? Selesai menaip tido, memang kau baby. Aaaaa comel! Ceeit!

2 comments:

Tanaka..>GeNEcist..™® said...

Kirim salam kat rakan2 sepontianak kat rumah sewa tu.. hahaha

__✿HARISA✿__ said...

ho? kaka!! mana da pontianak! syimah kot ponti!