SMS WITH LOVE
EACH OF YOU
October 22, 2012
October 21, 2012
MIRZANAH SABIRAH
Orang kata kalau nak bersuami/beristeri, cari yang dia lebih cintakan kita. Yang bukan kita cintakan dia lebih-lebih...Urm.. Macam mana ayat ni. Salah tu. Okay macam ni, kalau nak pilih pasangan hidup, orang tua cakap, ni bukan orang tua cakap. Ini memang "saranan" dalam Islam, supaya cari pasangan yang cintakan kita lebih dari kita cintakan dia. Faham? Cukup. Tak tau macam mana nak cakap dah.
........
Mirzanah Sabirah binti Muhammad Sulaiman.
:))
Nama dia ajer dah habis ruang kosong nak isi nama. Biasalah buku budak sekolah rendah, line cukup-cukup jer nak tulis nama. Panjang nama kau, kena potong. Budak kecik-kecik mana la pakai shotpom macam budak U. Hesh. She is Indian Muslim.
Sudahlah, banyak merepek jer.
Mirzanah Sabirah :) Senyum aku bila nampak gambar dia tadi. Lama sudah tak jumpa dia, dah kawin rupanya. Menetap di Penang. Patut la tak pernah jumpa lepas tamat sekolah. Sekolah rendah pulak tu. Bukan menengah. Hurm, bengong jap. Takpe lah Mirza, asal kau bahagia aku bahagia.
She is my super kind, honest, polite and so on. She have sincere attitude, she is not a kind of betraying friend. How aku tau? Simple.
Waktu kelas dulu aku selalu buli dia, eh tak la buli sangat. Kami kawan baik. Baik, kamcheng. Mirza selalu bawa bekal pegi sekolah. mak dia rajin sangat bawak makanan, si Mirza ni rajin betul pelawa aku makan. Hesh. Sedap tau mak dia masak, aku ambik la. Masa tu kan budak-budak. :) Macam-macam mak dia masak tau, samosa, nasi lemak, cucur la. Aku ambik, ambik. Aku makan. :) Dia tak kedekut nak kasi aku, aku pun jadi tak malu nak mencelah waktu dia makan. Ihik!
Nampak tak senyum memanjang je si Mirza ni?
Ihik! Tahniah la sangat-sangat awook!
Ni ha Haji Sulaiman. Yang kayuh basikal dulu.
Yang hantar Mirza pegi sekolah tiap-tiap pagi bersama basikal dia.
Ni la laki tu.
Mirza dulu suka makan nasi ayam tau. Masa tu harga nasi ayam 60sen jer. Tapi Mirza selalu beli yang 80sen. Dia ambik ayam lebih. Aku tak, aku ambik yang 60sen. Aku masa tu memang si kedekut sangat. Nak beli kacang yang 20sen tu pun aku bekira. Nak beratur satu, nak tunggu satu, nak tunggu mak cik bungkus kacang satu. Semua tu ambik masa tau. Jadi, simpan duit. Balik rumah taruk dalam tabung. Balik pada cerita nasi ayam tadi, bila waktu rehat aku dengan dia keluar sekali lah. Kadang-kadang kalau aku keluar awal aku beli nasi, dia datang kemudian, dia belikan air sirap merah. Fuih! Dulu dia kalau dapat kari ayam kemain laju makan. Dah tak nampak aku kat sebelah. Sekali aku toleh, ayam yang gemuk tadi tu tinggal tulang. Penggermar ayam yang tegar dia ni. Habis makan, kami bangun sama-sama, bawak pinggan dengan gelas tadi masuk dalam besen. Kalau cuci tangan kan, Mirza selalu ambik paip yang pertama tu. Aku yang second. Ntah apa yang dia minat sangat dengan paip first tu tak tau la. Biasanya kami makan tak lama, habis makan kami duduk di taman.
Mirza terror matematik tau. Dulu kan aku benci gila subjek matematik. Tersangatlah menyampah dengan subjek ni. Cikgu yang ajar tu tak best. Aku ingat sampai sekarang nama cikgu tu. ZAHARANI. ZAHARANI. Aku panggil dia nenek sihir. Sebab kan, kening nyer tebal macam ulat bulu. Gigi jongang. Mata selalu tebeliak macam orang kena sampuk. Tapi aa aa aa, dia putih melepak. Okay bayangkan sekarang muka dia... Mirza :) Dia selalu tolong aku buat latihan matematik, ajar aku, tunjuk cara yang mudah. Tak tau lah apa yang dia minat sangat dengan math ni. Aku tengok semak je number banyak sangat. Sabar je dia ajar aku, langsung tak melenting. Tenang. Kerja dia semua teratur. Memudahkan aku nak meniru sebenarnya. Ha! Satu lagi, waktu testdia selalu bagi aku tiru tau. Tak mengungkit langsung dia, diam je even dia tau aku meniru. Itu lah sahabat sejati.
Macam mirjol.
Anyway, congrats on your wonderful day Mirza. Agaknya dia dah lupa aku kot. Takpa lah, dulu kau buat aku bahgia. Sekejap sangat kita kenal tapi kau baik. Gaduh-gaduh aku jugak kau cari. Gaduh-gaduh aku jugak kau cari. Kau gelak aku gelak, kau nangis aku pujuk, kau merajuk aku peduli. Tu baru sahabat! Moga kau bahgia sampai Jannah Mirza. Dah nikah dah kau. :)
Bahagia sangat kau da kawin Mirza. Cepat-cepat deliver baby tau. Lama sudah tak jumpa kau. InsyaAllah nanti kita jumpa lagi.
October 02, 2012
TUDUNG
Seseorang yang lahir sebagai seorang perempuan akan kekal sebagai seorang perempuan hingga ke akhir hayatnya. Begitu juga dengan lelaki, kekal dan tidak pernah akan berubah. Jika yang berubah itu, wallahualam. Berserah saja pada Nya.
Usai solat Zuhur, tiba-tiba aku fikir lagi tentang apa yang terjadi. Sungguh aku masih terasa dengan kata-kata dia. Aku tak terfikir langsung hijab yang aku sarung, dipersoalkan. Terasa bodoh pun ada, terasa dipermainkan pun ada, rasa macam digelakkan pun ada. Seboleh-bolehnya , janganlah hijab yang aku sarung ini dipertikaikan. Kemudiannya di-relate kan dengan sikap aku. Itu akan memalukan aku. Jujur aku cakap, aku malu dengan setiap baris ayat dia.
Ada hikmah bila dia mengungkit soal aku bertudung. :) Terima kasih di atas peringatan kau, AzwinAzman.
Bila mula-mula kau persoalkan tudung yang aku pakai ni, aku rasa otak kau tak berkembang. Kau boleh ungkit hal lain, tapi tudung yang aku pakai jugak kau ungkit. Rasa macam kau dah hhabis point nak tembak aku. Bila aku baca status kau, aku bosan tau. ::) Tapi tak mengapa, dah setakat tu je kau boleh berfikir nak buat macam mana. Apa kata kalau aku kata rambut kau keras macam dawai? Karat plak tu kaler rambut kau. Hodoh eh! Plus dengan baby face kau tu, annoying tau. Enough-enough. Kalau aku lawan kau, itu tandanya aku bodoh jugak. Lets think more deeper and think positive. Baik, aku ambil kritikan kau pada tudung aku sebagai cabaran untuk betulkan diri aku. Enough Fatin. Proceed to my view..
Dan sepatutnya bila aku berhijab, sikap aku terlindung. Bebas dari segala perkara-perkara buruk. Kerana tudung yang menutup itu aku bukan sekadar menutup rambut, walhal ia sebenarnya menjaga maruah kita sebagai seorang wanita Islam.
Tudung itu menjaga hati dari berprasangka buruk, menghalang telinga dari mendengar perkara yang tidak elok didengar, menjaga mata dari melihat yang tidak baik dipandang, sekalian menjaga tutur kata supaya tidak lancang berbicara. Baik luaran atau dalaman, itu lah hikmah apabila kita wanita Islam bertudung. Aku tau, aku tau. Tapi tak amalkan. Aku pulak bodoh, tapi tak buat.
Paling penting untuk menjaga kesucian kita, sebagai seorang perempuan.
Malam pertama aku bersama suami, pasti aku akan hadiahkan dia hadiah terbesar yang aku ada. Teka? Alhamdulillah, "she's" still with me, and taking good care of "her". I'm not proud dengan apa yang aku ada, just wanna share in this online diary, whats inside me and and outside me. With hijab's, now I'm more confident to face with all possible. HEW
Sekali lagi aku ucapkan terima kasih pada AzwinAzman kerana menyedarkan aku banyak buat silap dengan keadaan aku yang berhijab. InsyaAllah aku akan perbaiki diri. Masih ada peluang kan?
Aku akan anggap kehadiran kau sebagai satu kenangan yang indah walaupun sebenarnya kehadiran kau buat aku sakit hati. Ishhhh!
Sudah-sudah.
Half conscious writing.
Subscribe to:
Posts (Atom)










