SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

Showing posts with label Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Sarawak. Show all posts

December 30, 2011

MEREKA SUDAH PULANG


Hampir seminggu mereka datang, diri terasa cukup di-entertain dengan masakan Sarawak. Sedap semuanya. Dari hujung kaki, hingga ke hujung kepala, terasa gigil bila dapat makan masakan turun temurun. Sebenarnya tak la temurun sebab orang lain pun tau jugak masak. Tak. Salah tu. Biarkan.

Mereka aku kira cukup riang bermain-main di Padang Besar, menyempit di mall-mall sekitar Alor Star, dan cukup gembira bila di sua durian yang kuat sungguh baunya. Di Sarawak, durian dijual secara berbiji. Tau? Macam ni, bukak mata sampai terbeliak! Eh! Di sana 1 biji durian dijual pada harga around RM 22-25. Itu baru 1 biji okay. Cubalah fikir kalau  nak borong durian tu secara segerombolan, maka perbelanjaan seseorang kakitangan awam seperti mereka akan meningkat kerana kemahalan durian tersebut. Di Kedah lain cerita, durian bersepah. Aku yang tengok ni rasa sungguh tak berminat nak makan. Eh semalam yang mak su simpan tu bukan hang yang habiskan ke? Oh ye? Cika-cika. Di sini perhitungannya begini, 1 kilo RM 8. Aha! Borong la borong la borong la! Tak borong tak rugi! o___O


Aku sedikit tersedih dengan kepulangan  mereka ke Sarawak.

Sedikit keistimewaan tentang Bumi Kenyalang :

  1. Mereka yang lahirnya di Bumi Kenyalang akan mudah bangun di awal pagi walaupun tak ada jam loceng yang memekak di awal hari.
  2. Wanita berkahwin dan lelaki berkahwin sungguh suka melepak di pasar tani pada waktu pagi, beli barang nak masak katanya. Padahal boleh je salah seorang suami atau isteri ke pasar sorang-sorang. Tak boleh!! Sebab saya cemburu. AH! Jangan nak buat-buat tak tahu kalau saya cakap orang Sarawak sangat cemburu pada pasangannya. Mereka tidak menerima kalau ada orang lain yang cuba nak terhegeh-hegeh pada cinta hati mereka. Jangan nak buat-buat tak tak tahu bila saya dah cakap ek.
  3. Masakan Sarawak adalah totally different from masakan Semenanjung. Mereka tend to have makanan yang direbus, dibakar, dikukus. Senang cerita makanan bergoreng ni jarang dorang makan. Sebab tu awek Sarawak semua cun-cun. Lelaki pun tak kurang juga, pun turut kacak.Bersih dari kecacatan pimple. Cara pemakanan sangat dijaga. 
  4. Mereka suka tidur awal. Kadang-kadang pukul 9 dah siap berkuruh kroo.. krooo... kroooo... Aku jadi kagum bila ada manusia yang tidur pada waktu aku boleh tercangak depan TV. They are awesome. Oh yeah!
  5. Raya di Bumi Sarawak sumpah aku cakap sangat meriah. Korang tahu pelangi? Funfair? Dorang raya SEBULAN, 1 BULAN. Tak percaya? Sila  terbang ke Sarawak sekarang! HAHA. Awal puasa, yang miskin atau yang kaya akan buru-buru beli lampu cili, pasangla sampai sebulan. Lebih rasanya. :) Macam - macam jenis ada, bagi yang terOver excited, design pelbagai bentuk akan dihasilkan. Wah! Meriah sungguh la! Lagi tak habis bulan Syawal sampin akan dipakai. Lain dengan di Kedah ni, sunyi siot. Ke aku yang tak enjoy?
  6. Paling penting, CUACA di sana macam di pulau. Sejuk, bila angin belah tangan anda, anda akan rasa seperti ada hembusan lembut menerobos kulit anda. Betul! Kali ni saya tak mentipu anda. Jarang-jarang sekali cuaca panas, kalau pun panas tidaklah sepanas bumi gurun sana. Ada satu tempat di sana,kalau tak silap aku tempat yang berdekatan dengan hotel Harbour View,. Di situ ada 1 tempat yang sebijik macam di kota London. Merpati memang berkeliaran kat tempat tu. Serius cantik. Cubalah ke sana. Waktu malam jangan nak cakap lah, lagi lah cantik yang amat. Ada air pancut, lampu sana sini. :)
Rasanya sudah melencong ni. Maaf.
Jom mula balik. Mereka datang Sabtu yang lepas. Mereka pulang hari ini. Lama mereka di sini. :)

Saya suka. 

Saya tak pandai entertain orang, lebih-lebih lagi golongan veteran seperti mereka:) Saya suka tengok mereka bershopping di sini, saya suka tengok mereka makan ter-slurp slurp. Saya suka tengok mereka angkut durian berkilo-kilo.

Saya rasa saya nak balik Sarawak, saya rindukan Kuching. Saya rindukan kampung saya. :( Saya rasa saya tak betul sebab post ni ditaip sebaik saja saya celik mata. Mereka sudah berangkat ke airport jam 6.00 pagi tadi, pagi ni lah. Saya rindukan kampung saya di Buso, sebelah Bau. Saya rindu nak tidur di sana.

Saya rasa syahdu bila fikirkan keadaan di sana. Sarawak ibarat bumi London bagi saya. Cubalah ke sana, cuba ikut cara hidup orang Sarawak, pasti terasa lain.

Last but not least : Lelaki yang belum berkahwin, silalah ke Sarawak, jodoh anda mungkin di sana. 

June 01, 2011

Bila Saya Perlukan Seseorang.


Suda sampai di Sarawak :)

Sangat penat semalam, rasa nak tercabut jantung. Penat yang teramat sangat.

Seat AIRa terlalu menegak, rasanya 45darjah tegak. Memang perggh! 2 jam dowh dok macam tu memang sepanjang jalan tu ada la jugak mencarut kan. 

Bila dah selamat tiba di airport Kuching, OUH! Tak pakai tali pinggang :)) Nasib tak ada stewardes nampak. EEEEE... Patut rasa senang je nak gerak sana sini.Bebas. 

Sebenarnya bukan perkara tu yang nak di cakapkan.

Tapi...

KEHILANGAN

Daku kini menangis
Dikau kini tlah pergi
Memberi seribu duka

Lara aku kehilangan dikau
Selamanya takkan melihat
Hadirmu seperti dulu
Aku kehilangan

Daku tulus berkata
Ucap terima kasih
Segala pengorbanan cinta

Lara aku kehilangan dikau
Selamanya takkan melihat
Hadirmu seperti dulu
Aku kehilangan

Disebabkan saya terlalu sedih dengan keadaan sekarang, jadi saya perlukan seorang teman. Tapi tak ada orang yang pedulikan saya. :(( Berkali - kali waktu saya perlukan awak, awak tak ada dengan saya. Awak biarkan saya. :(( Awak ulang lagi perangai lama :(( Dah janji tak nak ulang, kenapa ulang jugak? :(( Sangat kecewa dengan sikap awak. SMS tak ada, kol juga tak ada. Mana awak? Tau tak apa yang saya lalui kemarin sangat teruk? Saya penat.

Kelak - kelak awak jangan cari saya lagi. Banyak kali saya begi awak peluang, tapi tetap jugak awak ulang. Saya bukan nabi nak maafkan awak sejuta kali. Sekarang awak cakap siapa yang tak bersungguh-sungguh dalam hubungan ni. Awak cakap!!

May 30, 2011

31st May 2011


Kaki rasa berat nak berjalan. Badan lembik,cmna esok?
Susah macam ni, kadang-kadang rasa macam nak give up. ::(( Sungguh aku tak larat.

I don't have strength untuk lalui apa yang berlaku. This is quiet challenging.
Can I say this is too much?

I've been crying so many times.



May 27, 2011

BATTLE OF THE HEART


TODAY
Okay peeps, lets move to the first chapter.

Early in the morning, I was woke up by the sound of scary calling from somewhere. Bunyi yang agak seram, might be calling from God, asked me to sembahyang Subuh. Okayh pkul 7.30 sembahyang Subuh Fatin. Bagus. Esok buat lagi.  Lepas sembahyang, terus gerak mandi. Then mandi, then iron baju.. Oh ya! Hari ni ada apointment dengan Doc.  As usual, procedure untuk periksa darah, tekanan darah, keadaan darah, kandungan darah and so on yang related dengan bloody-bloody. Saya benci hospital! Urghh! Only PASHMINA from Makkah bought by Bulat makes me feel calm, warm and comfortable. Yes, the green one.  As shown above. Well , I used to call him Bulat.

BTW, flight to Sarawak has been confirmed. 31st May saya balik Sarawak. Another 2 weeks untuk orang sakit bercuti. Macam cuti belas kasihan pun ada. Quiet though to execute this long journey because pinggang saya cepat kebas sekarang. I lost appetite, though kalau tak makan I got pain, headache. What to do, to breaking the rules not easy as usual. Just obey that request young lady.

Lately, I've been thinking so hard, pushing my brain to keep working. On what reason? Someone I adored before. My regretful because I didn't give her a short notice on what is going  to happen and also I did not asked her THE TRUTH. That is my regretfull. Much of time I'm thinking bout this. Please pardona me. 

I'm tired enough. 

I'm the intruder. 


May 16, 2011

SARAWAK LAGI


Okayh! I just made private call to Miss Rozi informing that my registration will be delayed to 2 weeks.

I'm going back to Sarawak this 31st April , teman mak saya buat treatment disana. Ouh! Sure aktiviti sampingan saya di sana adalah mencari lelaki kacak. Dasar tek reti bersyukur.

BTW, this kinda make me feel tired  but then who else nak teman mom if not me right. The only one daughter, the only one girl in this family. I think this is much-much challenging. You know what, bahaya ugak masuk 2 minggu lambat ni mana la tau tetiba aku kena banned. Ouh! Apakah? 5 Semester macam rugi je kan. Bukan macam tapi memang rugi bapak doh!

Tomorrow never dies sayang. Pagi esok saya akan kol Puan Naemah, wanita ni boleh tolong tunjukkan jalan.
I hope berjaya lah sebab pergi Sarawak bukan bertujuan nak main-main okeyh?

Erm... What else....

Mom treatment is very important.

Sarawak.... Sarawak.... Sarawak... Here I come

December 22, 2010

The Best Diner on 8th December 2010








. Sepatutnya entry ni dah lama diPOST. However due to some difficulties, this entry was just been publish for myself.  At the beginning I feel this entry are not created for public eyes, but I still have to publish.  I'm having a great dinner at Riverside Majestic Hotel with my beloved aunty and other relatives. lambatnyer nak loding buat aq rasa segan nak menaip. Segan nak mapoh la kan.... Perghh! Dah kenyang perut balik tido jek.....

December 05, 2010

Journey To Sarawak

OMG! Please tell me that this is not day-dreaming! Oh! Got headache like this!!
Ok stop blabering fatin!
Right now currently waiting for next flight. And also currently I'm on gap time. So,wanna use this huge time to create something valuable story. Bukan apa,nanti dah aada anak menantu boleh la baca blog nenek ni ya? Tu nenek balik kampung,nun jauh di sana Sarawak. Memang mual la sepangjang jalan. Tak pernah2 mual,tiba-tiba mual. Wassssehhh! What happen? Pregnant mungkin? Ceit kau!

Dapat lihat objek  yang berwarna hijau di atas?? Ya, itu mak saya. Sungguh mak berasa sangat excited nak balik kampung halamannya. Orang baru nak scan beg, dia dah lepas dari pintu gate One. Laju sungguh. Keterujaan yang amat tidak disangkakan.

Woke up at 6.00 a.m tadi. Sungguh aku malas nak mandi.  Barang aku pun banyak yang tertinggal. Yang penting losen@losyen kewanitaan terlupa nak bawak. Lupa nak bawak ok! Bukan sengaja. HUKHUK! Baik,apabila mencecah hujung jari ke arah air yang jernih,terasa seperti aku kini berpijak di bumi Kutub Selatan! Sioooot sejuk!! Memang bapak la kan! Tak tahan tuh!  Dah nama nak jalan jauh terpaksa aku mandi. Bukan apa,nanti kalau tak mandi makin wangi plak badan nih. Ceit!


Cek tiket! Mana tau salah seat mungkin. Agagagaaga!

Pukul 7.00 a.m dah bertolak ke airport. Kawan ayah yang tolong hantarkan. Aduh!! Pak cik tu bawak memang.... Memang... Ahhhh! Terlalu laju! Tak sempat nak mengamati keindahan Subuh. Pala hotak Subuh! Subuh pukul 5.45 tadi ngok! Ok! Baik,tak sempat nak mengamati keindahan alam dikala matahari baru nak tumbuh. Laju memang tak terhingga la aku nak cakap. Lembu yang tengok tu pun boleh terbanG woooh! Terangkat semua kening-kening  ayam! Nasib kening aku masih bertahan! CEIT!


Sampai di KLIA,abang sulung datang! Yah! Datang bersama puteri sulungnya, Qaseh Nur Batrisya...
Lama sudah tak berjumpa dengan Qaseh. Rindu meh!!!!! Dah datang,bawak segala beg baby doll,jam pink.gown putih... Yuhaaai!! Jalan terkedek-kedek macam itik... Arghh! Tengok kat bawah naaa....



Nampaknya flight seterusnya sudah menanti. Baik,mari kita check in dan berambus dari sini.
Goodbye to Kedah. Much pleasure of Welcome to Sarawak. Saya datang ni!

November 24, 2010

Beqambeh ke Kuching Gik!

4 Disember 2010... Once again I will Beqambeh ke Sarawak.... Dalam erti kata lain pulang ke kampung halaman di sana lah! Sana,seberang lautan...... Ceit! Badan x kurus lagi ni nak balik macam mana ha! Oh tidak!! Tak dapat digambarkan  sana sini cakap ... " Dah berisi ya?" " Senang hati nampak?" ... Kejamnya ayat-ayat tuh!

Abaikan!! Awal Disember ni nak balik Sarawak la... Mak I dah rindu sangat dengan rakyat jelata di sana.... Owh!! Mungkin saya patut bawa balik kalkulator yang berfungsi dengan baik supaya mudah untuk mengira bilangan rakyat di sana. Atau mungkin perlu memakai sempoa?? Tak mungkin. Itu zaman apek Leong saja pakai. Zaman sekarang.. teknology da moden. Mungkin juga bilangan member-member baru dah meningkat?? Mungkin.

Macam biasa balik pakai benda alah kat bawah ni.....


Gambar ni suku pun x sampai.. Ahli-ahli yang lain mungkin tak hadir.... Raya 2010 aku tak balik sana,jadi sebagai hujung tahun ni balik lar.. dalam 3 minggu mungkin.. Tak lama kan??






Aku tak ada idea la nk kobar apa.. Just want to say that NAK BALIK SANA. Pagi buta da kena siap on 4th Dis,flight pukul 9 a.m. No rushing hours ya fatin... Bangun awal! Semangat!
Itu je.........

MAAF LA.........
eNTRY NI TAK MENARIK LANGSUNG.
Tapi still kena kepohkn. Agagaga!

September 07, 2010

Sarawak


Salam sejahtera dan selamat berbahagia... Sari berita terkini.... Lihat kepada tajuk utama(mana? tak ada tajuk pun.)...  Sudahla kau!

Baik,saya mula ya... Macam ni nak cerita... Kan sekarang dah nak dekat raya,jadi hati ni ada rasa rindu pada keluarga nun jauh di sana,Sarawak. Kasi Bold lagi, SARAWAK. Entahlah,tiba-tiba terdetik nak fikirkan orang di sana. Sila alihkan mata anda ke gambar di atas. Saya fikir nak tag rakyat-rakyat Sarawak dengan menggunakan kad ajaib di atas. Tapi tak jadi memandangkan ada yang tak berkenan di hati mengenai gambar tu. Ada yang kurang tapi malas nak cari. Akhir kata sebulat hati,saya biarkan gambar tu terbengkalai. Malas sudah mahu fikir.

Bilangan ahli keluarga delegasi dari Sarawak memang tak payah cakap la. Tiap-tiap tahun statistik meningkat dengan drastik dan jayanya tanpa sebarang kesulitan dalaman. Sumpah pesat membangun keluarga kami di sana. Ada tak aku cerita yang mak aku asalnya Sarawak??? Tak pasti kan?? OK! Tidak mengapa. Mari kita  mula cerita dari A ke Z.

Tahun lepas kami sekeluarga beraya di Bumi Kenyalang. Meriah tak terhingga. Bayangkan di setiap rumah mesti ada lampu yang lip-lap tu. Oleh yang demikian,kalau dilihat dari sudut yang satu lagi,pemandangan yang terhasil sangat indah bukan??? Bagaikan taman tema yang disimbah dengan percikan warna yang berkilauan. Lampu lip-lap tu pulak dihias mengikut bentuk rumah. PERG!! Hebat doh!!! Boleh bayangkan tak??? Cuba pejamkan mata. Cantik siot la! LOL!

Keluarga di sana ramai yang teramat sangat,jadi kalu suruh saya congak satu-satu pun rasanya tak boleh lagi nak dapat jumlahkan semuanya ada berapa orang. Satu hari saya pakai mesin teknologi,kalkulatar. Pun tak dapat jugak nak jumlahkan semuanya ada berapa orang. Bila dikira ada saja ORANG yang tertinggal. Penat sudah.

Pagi-pagi raya sang teruna muda dan teruna dewasa akan pergi masjid. Tinggal la si dara jelita dan jelitawan veteran di rumah menyiapkan juadah di hari raya. Lepas balik dari masjid,mulalah bermaafan dan seterusnya kami akan bergerak menuju ke rumah insan yang lebih tua. Gegeh la kau fatin!! Pakai ayat biasa sudah. OKAY!! Dah jadi adat kan? yang muda patut pergi jumpa yang tua. Yerla,saya ikut.

Hai.... Rindu la!! Rindu sangat. Sebenarnya memang saya rindukan sedara-mara di sana. Tapi tak tahu nak describe macam mana.

MINTA MAAF.