SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

Showing posts with label Teman. Show all posts
Showing posts with label Teman. Show all posts

May 12, 2012

YAY! CUTI...!


Fuh! Syok sungguh main-main pergi kelas. Main-main keluar kelas. Main-main waktu dalam kelas. Oh! Itu memang perkara bagi aku. Aku memang suka berpeleseran pada waktu yang tidak menentu. Andai kata esok aku ada 2 test, malam ni aku masih lagi berkeliaran dalam kawasan rumah. Aku boleh cipta jadual sendiri, nak ambil test esok atau kemudian. Kalau kemudian, aku kena ambil seoranglah. Sebab coursemate yang lain dah ambil dulu. Dan, perlu aku uarkan bahwa aku sangatlah menghargai aktiviti membuang masa tengok website shopping. Haih! Sungguh lah aku memang kurang menitik beratkan soal pelajaran. Eh tak! Aku masih waras okay. Aku masih lagi sibuk nak belajar untuk final. Itupun semata-mata nak final lah. Kalau tak final memang harroomm nak tengok aku mengadap kitab-kitab ekonomi.

Baik, hari ini aku pulang Kedah. KEDAH. Okay, faham tu? Pulang KEDAH, bukan pulang PERAK. Perak tu memanglah bukan tempat kegemaran aku. Sumpah aku rasa tak seronok. Satu perkara yang aku seronok pasal bila ada di Seri Iskandar ialah peti ais di rumah sewa. Sumpah aku cakap. Waktu  aku minum Juice Orange Tropicana Twister tu, terasa sangat-sangat bahagia yang over! Aku nikmati setiap teguk air. Mak aih! Air paling sedap kalau na dibandingkan dengan nasi tau. Tahukah anda cuaca di SI sungguh melampau-lampau panasnya? Tahukah anda bila tidur waktu malam aku rasa macam tidur dalam ketuhar? Tahukah anda satu-satunya tempat yang sejuk adalah ruang tamu rumah sewa aku? Tak tahukan? Biar. Tapi.. Aa..Aa... Anda semua tidak akan pernah tau bahwa aku ada sekaki kipas yang halakan betul betul depan muka. Yakni kipas yang aku letak atas katil single aku, dimana 1/3 ruang pada penghujung kepala aku khaskan untuk kipas keluaran Singer. Kipas itu yang aku anggap sebagai penghawa dingin. Kipas yang kadang-kadang buat rambut aku jadi kusut, macam rambut yang diikat dengan ribbbon. Ya ampun bila bangun pagi jenuh nak ungkai satu-satu. Rambut aku sudahlah kering macam dawai. Well, rambut yang tidak dipakaikan conditioner memang macam tu. Macam sakai.

PAUSE.
Okay cukup.

Sebenarnya bukan itu agenda yang nak disampaikan. Agenda utama yang hendak dikhabarkan ialah aku dijemput untuk menghadiri majlis adat istiadat konvokesyen yang ke -76. Aku batch  yang ke-76 okay. Yet, aku masih lagi dalam lingkungan yang agak awal menerima scroll. Kan? 76 tidaklah sejauh mana pun. Selagi belum cecah angka ratusan, dan tetaplah aku dikira sebagai antara batch yang terawal. Walaubagaimanapun, UiTM sudah lebih satu dekad! :) Clap  my hands!

Baik, sempena untuk menghadiri majlis bersejarah tersebut. Aku dan insan-insan yang terlibat telah sedaya upaya untuk mendapatkan tandatangan dari pensyarah yang berkenaan. Apa namanya.. Ya!! Borang pengecualian kuliah. Aku, Adele, Azreen, Dena, Aina, Nazirah, Ifa... Sapa lagi eh? Cukup la kot. Nak dapatkan sign bukan senang. Bila dah dpat tu, borang tu aku tertinggal dalam bilik. Aku confident keluar bilik heret beg roda, ingatkan borang tu dalam fail. Dah setengah jalan baru ingattttt aku tertinggal atas katil!! OMjay!!!!!! Nak patah balik?? Memang tak la. Jom teruskan perjalanan. :)



Adele!
Aku baru ambik sekeping gambar dia.
BATTERYEXHAUSTED.
Okay fine.
Meluatttt!

Eh lupa nak huraikan brooch kat atas tu. Tu aku beli. Buang duit. :))))

April 20, 2012

FIRST MID SEM HOLIDAY WITH ADELE

....
...
teettt..
...tettt..
teett.....

Berdasarkan tajuk di atas, dapat la disimpulkan bahwa sanya, saya cuti 10 hari + cuti buat sendiri 2 hari. Memandangkan hari buruh bekerja jatuh pada Selasa ni, 1 MAY 2012, jadi cuti tambahan tu saya buat sendiri. Sebenarnya tak ada kelulusan dari pihak lecturer, namun aku gagahkan diri jugak, aku cekalkan hati nak ponteng kelas Arab. Tapi.. Er.. Er.. Sakinahtul kena balik Seri Iskandar hari Ahad sebab Isnin tu dia ada presentation. So saya perlu solat istiqarah kot nak balik bila? :) Aku presenter yang ke 35 (semua 41 presenter). Bangga ooohh. Boleh tengok ornag present macam mana. Then aku akan buat lebih dari mereke-mereka. Ada gelodak rasa proud di situ. Cait.

 Baik-baik. Jangan melencongkan diri dengan pendahuluan yang tak related dengan entry ni. STOP.

Ehem! Pada peringkat awalnya Adele dah rancang nak bertolak balik Kedah lepas habis kelas pukul 4.30. Memandangkan kelas hari kamis tak ada( hari lahir sultan Peraks), jadi Rabu tu dah boleh balik. Kelas hari Jumaat burned. HAHA.Suka sangat-sangat.Lecturer QMT sangatlah kerek baq hang! Aku setiap kali nak masuk kelas dia mesti migrain. Cait. Perasaan relax tu dah tak ada. MATI die I. Hey salah taip lagi. Baik-baik. Mara lah kita ke arah tujuan sebenar.

Tup-tup petang Rabu tu hujan turun macam tak mau-mau berenti dah. Eshh! Ingatkan hujan 30 minit ka kan, ni dak wuih lama baq hang. Dan--Dann..-- Daann... Bila sampai rumah sewa dalam jam 4.45 tu, hujan makin lebat. Tak nampak jalan. Kelabu sungguh langit. Dengan pokok bergoyang-goyang macam tengah bye-bye, dengan putih nya. KUSsemangat. Okay, aku dengan DayanaDoli lupa bawak kunci rumah. Lalalala. Sing a song to me! Ergghh! Tension bangang. Actuallly aku tak lah tension sangat. Cuma petang tu kan dah set nak balik Kedah, so bila plan tak jadi rasa hampa dan merana lah. Mungkin ada hikmah bila tak boleh balik. 

Petang tu hujan, kilat, petir,  dengan bekalan api memutuskan pertalian dengan rumah kami, memanglah dahsyat. Horror afternoon tahu??? After 20minit tu Mama Shida balik hantar kunci. Thanks a lot Mama. Lepas hantar kunci Mama keluar semula, kemana tak tahu aeeh.

Luckily selepas 15 minit kami masuk rumah, satu bunyi kuat terjadinya di situ. Anggap sajalah satu bunyi letupan bom. Memang lah tersangat kuat. Ya ampun nasib Adele dgn DinahDoli ada. Kalau tak aku tak tahu nak nyorok muka bawah ketiak sapa. (Aku termacam nampak satu bebola putih depan mata masa tu. Lepas tu meletop. Macam tu lah. Sumpah tak bohong macam selalu.)

Dengan redha, Cika, Adele, DinahDoli, and Sakinahtul  DECIDED balik hair Khamis sajalah. :)
Allah lebih mengetahui apa yang bakal berlaku, mungkin ada hikmah aku dengan Adele balik lambat.

KHAMIS PAGI 10.30 PAGI

Aku bangun Subuh pukul 7.00 pagi. :) Tak sengaja. Tapi aku solat jugak. Tak sengaja, tak sedar. Subuh memang aku liat banyak. Kunci jam tu macam tak berguna. Sila baling jam tu ke dinding. Lepas solat tu aku kemas barang. Masa tu kelam lagi lah dalam rumah. Aku dalam keadaan lali tu niat nak ambil baju atas sofa kat ruang tamu, tertiba aku nampak bayang-bayang hitam. Besar doh! Aku patah balik. Aku masuk ke bilik semula, aku tekup muka. Cilakak besar nak mamfus objek tu. Erggh! Aku atas katil aku pikir, hantu apa yang office hournya pukul 7? 

Aku bangun balik, aku jalan slow-slow. Aku jenguk sikit-sikit makhluk tu. Ada. Dia kat situ lagi Aku mara lagi ke depan. Aku tengok dia bentuk segi empat ada 2 batang di tengah-tengah. ........ Mama Shida punya penyidai. Aisshhhh!! Orang tua  ni dia angkut penyidai dalam rumah!!!! Panjat gugurl!!!Mesin rumah kami rpsak, tuan rumah malas nak baiki(tak prihatin. dah banyak kali bagi tahu. Bila bagi tahu  tuan rumah buat muka dahi berkerut. Macam teruk sangat masalahnya). Jadi Mama Shida hantar ke dobi lah. Aku spin pakai jari-jemari. Rajin tak? Rajin tak? Itupun ada lagi air meleleh. Okay Cika dah berani pi kat sofa. Aku iron baju  maxi hijau, lepas tu sambung bobok. Tapi serius  aku cuak tengok penyidai Mama Shida.

PUKUL 9.30. ADELE KOL. SIAP. BERANGKAT-BERANGKAT.

Dalam setengah jam selepas kami bertolak tu, kami berenti makan. Adele punya menu sedap. Sedap. KEDAH PURE.

Ni menu Cika lah. Keli bertemankan pucuk ubi masak lomak. Sedap doh ikan tu. Pandai mak cik muka kelat masak.


 Menu ADELE. Sedap. Aku rasa aku ada melintas kat kedai ni, tapi tak nampak ada gulai ikan ni.
.
.
.
.
.
.
.
Ada benda dalam pinggan tu yang aku suka.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 Bilis ikaaannnnnnnnnn dan sambal belacan :)
Slurrrpppp! Ni kalau dapat ni minum Milo ais plak. Maunya tebongkang puas. Sluurrrppp


 Lepas makan pergi tandas. Ada pucuk ubi terlekat pada celahan tetet..tetet...etete... Malas nak taip perkataan ni, nanti korang gelak.


 Tinggal la saya seorang selepas ADELE balik. Dia tinggalkan aku dekat GIANT!
AKU TAK BOLEH TERIMA HAKIKAT NI. 
TAK BOLEH!

Why babe??

Aku nampakkkk......
Aku tak sengaja ternampak icon merah.... K.....F......


 .......



SELAMAT BERCUTI :)))

February 25, 2012

ME WENT TO UiTM JUST BECAUSE OF DIP CLEARANCE..


Zis entry will  use  fully bahsa Kedah, okay!

Now, lets begin!

Baik, bila aku pi UiTM? Hari khamis lah. Ingat dah, pnat syial. Ingatkan senang nak buat menda tu, Cma happa gi! Nuh tepaksa dok jalan meqata. Dah la matahaqi tepacak. Nak habaq mai na, Peqelih memang panaih cam gurun. Hampa sidai baju 3 jam pun bulih keqin dah. Kot hampa sidai selimut yang 4 inci tu lagi cepat keqin.

Malaih nak gebang plak. Tengok gambiaq na.



Hat ni aku paling suka. Wawa nampak comey. Aku? Macam gajah lintang. Errr!
Last ni. Aku malaih dah nak gebang cam-macam. Tengok gambiaq ni, hampa  tau aku amik lam bilik ayaq. Bilik ayaq memang fevret aku la.Pase pa tak tau, kot lampu dia memang terbaik  la kot.


Ngat nak tulih panjang2. Malaih. 

Dah masok twilight.

Blah lu.

December 27, 2011

Izaty's Engagement 25.11.2011





May God Bless both of you :)

Semoga hubungan ini kekal ke akhir hayat. Jangan jadi artis Malaysia, kawin bagai nak rak. Tau -tau cerai. Senang jer cerai.

Aku entah bila dapat rasa hari bahagia ni. Teringin sangat-sangat.

November 06, 2011

Nak Letak Tajuk Apa Ni?


Salam Aidil Adha pembuka bicara, jemari menaip berbicara juga, kata dilontar laju atas keyboard. Otak berfikir apa yang hendak ditaip sambil mata melilau-lilau mencari sdudut tepat untuk memanggil-manggil ilham. Haha. Apa ni?

Baik,hari ni Hari Raya Qurban. Pagi-pagi lagi sudah bangun mengadap dapur. Sumpah saya pening tengok dapur. Tak menarik langsung pemandangan didapur. View yang sangat menarik la kononnya bagi seorang tukang masak. :) Saya boleh nampak kuali  berpunggung hitam tergantung , sinki berkilat-kilat, ayam gebu-gebu semuanya setelah dimasak untuk dijadikan rendang. Perghh! Rendang ayam memang favourite I okay! Lagi, saya nampak banyak air susu kotak Dutch Lady dalam peti ais.Bukan susu saya okay! Sedap siot! Memang ah sedap, ni kalau simbah ke tekak ni memang.. Adoyai!

Seperti biasa,  setiap pagi pasti akan ada budak-budak pra-matang datang kutip duit raya. Setahu saya amalan begini tidak boleh  kerana perbuatannya sama seperti menagih simpati. Lagi? Duit, duit tu untuk mereka yang betul-betul memerlukan. Ini datang mintak duit raya nak yang syiling 50 sen. Mana boleh! Mahal tu! Demand sungguh, cuba la bersyukur dengan 10 sen saya tu. Anak-anak sekarang memang...!

Saya masak! Saya masak! Saya masak! Saya penat memasak. :( Hari raya pun kena masak asam pedas. Sedap tu tak la sangat kan, takat nak basah tekak boleh la.... Haha.. Abaikan!

Ini hari  pertama raya. Pertama yer. Perut saya sudah memboyot bagai mengandung 6 bulan. Bari satu hari raya, bukan 2 3 4 hari. Kalau sebulan kita raya macam mana? Dah perut tong macam ni susah betul. Pantang nampak makanan, ngap terus. Tak ada masa dah nak fikir akibat ke, gemuk ke, ape ke. Sentap terus makanan tu. Susahnyer....

Laptop saya masih lagi tak dapat diperbetulkan. Agaknya dah koma dia. Sayang seribu kali sayang. Laptop tu banyak simpan rahsia private saya. Eceececce! Sejak bila pandai sedih ni? Kan selalu online pakai  fone? Tengok blog pakai fone? Canggih tak? Canggih tak? Okay. Tak payah nak bangga diri sangat la kan. Agaknya bila laptop boleh siap ha? Saya paling sayang laptop tu sebab gambar saya SAHAJA sudah cecah 3000 keping! How come dia rosak? Redha je la kalau dah rosak , jadi bangkai plak hang. Tarak pa! Tarak pa!

Sekarang saya cuma berkawan dengan Blog. :( No more friends. Saya sangat rindukan keluarga Investment Analysis ::(( Really rindukan mereka. 

Terbayang aktiviti saya di sana...

Tiap kali lepas test, saya dan Fim akan keluar pegi CMART (kononnya mall paling besar di Perlis. Haha. Kelakar la). Pergi beli wafer. Fim suka Chocolate, saya pun same. Semua same jer. Haha. Dah tu cuci mata tengok selendang. Lepas tu beli, lepas tu pakai, lepas tu pokai. Dugaan, godaan. Teruk, boros sungguh. 

Tak pun pergi isi minyak moto, dah tu merempit naik titi turun titi. .....

Tak pun pergi pasar malam, tawaf dalam 4-5 kali. Baru beli makanan. Dah beli makanan tu, cari tempat nak melantak. Aduh! Duduk tepi sungai, cari gazebo yang ada bumbung macam sisik ikan. Haha. What a childish! Lepas tu masing-masing bukak makanan sendiri. Habis makan, lempar je plastik. Mana tak mampus ikan dalam sungai tu.

Saya pernah kemalangan. Kemalangan la konon! Teruk sangat ke? Tak la, tak teruk pun. Cuma kulis tersagat sikit. Itu pengalaman pertama saya jatuh moto. Kalau ayah tau, habisla. :((( Yang penting posisi pada ketika kami jatuh moto tu sangat unik dan erotik. Kalau dipandang dari sudut depan, memang akan terlihat boxer kami. Haha. Tak! Tipu jer . Mane pakai boxer. Kami pakai seluar inner. Seluar getah tu. Tau? Tak tau diam!


September 21, 2011

SEDIKIT UCAPAN.

Salam friends and friends!!!! Sudah lama rasanya tidak berbloging. Nak cakap rindu tak la sangat, tapi boleh la. Makan pun cukup,badan sihat, tapi tula..... Okay cukup berbahasa basi! Tak nak cakap banyak, cuma nak update latest story saja ya.

Okay...

  1. Seseorang melamar saya untuk menjadi tunangannya, tapi harus ditolak kerana saya ada impian sendiri. Maaf, saya tau kedudukan dia kukuh dan cukup untuk menampung kos sara hidup saya yang melampau-lampau. Tapi itulah, saya tak boleh sewenang-wenangnya menjadi milik dia dengan semudah ABC. Tanggungjawab seorang  anak harus diutamakan. Bukan nak menidakkan hati dan perasaan saya pada dia, tapi seperti yang saya katakan di atas, saya nak ada "KEJAYAAN" sendiri.  Tak nak terlalu bergantung pada SUAMI. Aiiii.. untungla bakal suami saya nanti, aku tak mintak duit ko sangat bang....
  2. Sahabat lama saya, kembali ADD saya di FACEBOOK. Sungguh tak sangka dia add, tapi itulah kenyataan. Bagi saya, dari hari pertama saya kami putus sahabat disebabkan lelaki, saya tetap juga inginkan persahabatan saya dan dia kekal. Saya sendiri tak faham ayat ni. Tapi macam ni lah, saya tak pernah anggap dia musuh. Ada 1 hari berlalu bila saya baca status awak di FB, dan ayatnya seolah-olah mengaibkan saya, saya tetap anggap awak sebagai sahabat saya. Sedangkan awak tahu dalam hubungan awak dengan dia siapa yang salah, tapi awak biarkan orang lain fikir buruk tentang saya. Dan kerana itu juga  saya hilang kawan-kawan yang lain. Kalau awak baca entry ni, tolonglah betulkan anggapan negatif kawan-kawan lain pada saya. Apa pun, awak tetap sahabat saya. Anggap saja apa yang berlaku itu sebagai satu pengajaran.  
  3. Saya sedang sibuk dengan FINAL EXAM, which is last year I'm here. InsyaAllah, last year will be. 
  4. Saya SINGLE.
  5. Bulan OKTOBER ni juga, saya bakal pulang ke Sarawak, and once again saya akan bertemu dengan Doctor Hasani. Might be causing my heart beat faster once again. :::))) And also might be saya akan terus menetap di sana. New life is waiting.
  6. Sebelum tamat diploma, saya nak spent time dengan FULLNYA bersama sahabat se-UITM. It might be last time we share smile. Might be okay. ::))
TANX FOR READING.
SALAM


June 13, 2011

HARI PERTAMA MASUK SEKOLAH


Baik hari ni hari pertama pergi sekolah, naik bas sekolah, turun di sekolah. Ini a.k.a bas UiTM la, al-maklumlah sekarang dah tak duduk dalam UiTM, sewa rumah luar la. Ini pun turut dinamakan sebagai pelajar NR sama erti dengan NON RESIDENT. Okayh! Cukup berdikari sem ni.Pergi kelas pukul 7, padahal kelas mula pukul 8.30. Hah merendek kat tepi jalan tu dalam 30 minit, agak penat pergi cari makanan. BTW pagi-pagi buta saya sudah melantak nasi goreng. Tengok! Tengok! Macam mana badan tak montel! Tak apa, hari ni je makan nasi goreng awal pagi buta.

So far, kelas baik. Cuma tu la...Penat kot NR... :))) Merungut!

Ok dah.  Senyap.

BYE


June 06, 2011

MISSING ARAU.



It's been a while since SAYA TAK POST ANY ENTRY. Kan kan???

Anyway, keadaan disini mulai reda. Sedikit sebanyak keadaan kritikal mulai reda. Aku dah boleh suaikan diri dengan keadaan sekeliling. Sedikit la.. hari pertama sampai aku bengong, bengong, bengol, bengol  dan blurr. Masih mencari arah tuju. Bla la ang.

Straigth to the point, aku sangat rindukan Perlis. Aku rindukan FIM si pangkah, NITA si berani, SELY si lucu, NANA si protokol. HEHEE....  Sangat rindukan makhluk2 tersebut... Tarak pa, 10 Jun ni aku balik Kedah.


FIM, FATIN,SELY,NANA
 Aku tak pasti di mana cacatnya gambar ni. Dalam dewan belajar mcm ni biasanya pergerakkan aku bebas. Kadang-kadang pergi kelas tak bawak buku, bawak fone dengan dompet jek. Arg.. Senangnya kalau ada jutaan pelajar mcm aku :))) Baik, penat gantung kaki, ni ha saya bersila ah...

 

NITA DI TENGAH YA...





 Malam diner. Saya yang depan yer.... FIM kat belakang, tak perasan ada budak kecik kat belakang. Nyibuk ne....


Gambar ni memang kelabu ah! Bukan sengaja dibuat. Ini mungkin kesan gegaran di Teluk Sumatera. Okay tipu!. Ini mungkin sebab escalator bergerak. Jadi nak dapatkan sudut yang tepat susah :)

RINDU :(((

November 24, 2010

Pizza diakhir Semester

Salam sejahtera,dan selamat pagi.... Sudah pagi mungkin.. Jarum jam dah lentok ke angka 2.53.. Senang cerita 3 pagi lar yer.... Alang-alang mata ni tak bole nak tido,jadi nak diringan-ringankan jari untuk memaparkan gambar-gambar yang sepatutnya diPOST 2 minggu lepas....

Mari-mari........

Majlis yang dijanjikan pukul 8 mlm ditunda ke pukul 8.30 mlm... Malam tu jugak saya bersama Kak Mah @ Fim,sampai awal.. Jadi tak tau nak mendongak kat mana... Beralih ke belakang nampak sebuah kedai yang penuh dengan bear... Din bear.... Tak,tak.... Bear yang bulunya lebat teramat sangat... Gerun I!! Abaikan bulu! Mari meninjau keadaan kedai tu.



Sangat teruja! Maklumlah kami ni baru keluar dari kawasan banjir. Jadi bila dapat tengok menatang yang macam-macam kaler nih,kami jadi teruja semacam  jer... Mak nyonyah yang dalam kedai tu heran... Kami tetap buat muka tak bersalah.. Bila salesgirl jalan ke depan bear yang montok-montok tu dicapai... 1..2..3!! Dapat la beberapa kepingan kenangan pada malam terkahir Semester 4... Sungguh sedih!! Lihat di 2 orang pelajar di atas.... bulan kami tak jumpa obor-obor darat....  Kesian......

Tak tau la apa yang special sangat hanjing nih... Yang pasti ia bukan halal untuk disentuh! Haram! Malang sekali ia diperbuat dari span... Mainan la LOL! Anjing ni ko bagi kat budak kecik pon dornag tak layan...


Ada lagi budak pompuan kelas aku... Tapi antara yang terawal hadir......... Bila dah sampai tu macam-macam masalah.... Ekon kuat sangat sampaikan bila bercakap keluar asap.... Tak pasti la pulak kalu asap tu dari apek yang isap rokok kat sebelah meja kami kan??? Cit!


Ni my TOP4 best friend..... Banyak kenangan  dengan  budak-budak ni... Sayang pun ada.... 
Umi Salmah,Nita,Fim and Nana.....




Broken hard with Din Bear.
Sangat indah malam Pizza,tapi aku hilangkan diri ditengah majlis. Muncul semula dihujung majlis.


Kenangan itu sangat indah..... Dah x lama lagi tamat 3 tahun... Lepas tu masing-masing bawa haluan.... Entah la..... Mungkin aku kawin dulu.. Kan?? Memandangkan saya sudah pun menjadi tunangan orang,maaflah untuk dikatakan di sini. I'm not single. Not available anymore. Maaf kerana tidak khabarkan kepada sahabat.

Friendship is forever,for the entire of my life. I promise that.  Once I know You,and You know me,we become close. I understand You,and try to make You happy as far as I can. BUT if I failed,please forgive me.

I am not perfect to be one of the best friend You have. 

June 29, 2010

FIM menTAGE i... eiuuuu....

...once again for the second time....
hye-hye

As Fima wish,i' m done for u..
please read...
(,'')('',)

1. What is your name?
Fatin Afiqah @ Loving Fiqafi

2. A four letter word?
Need

3. A boy name
AFIFI

4. A girl name
AFIQA

5. An occupation
Currently i'm a student of UiTM Arau

6. Something you  will wear?
I like baju kurung...
also gown...

7. A type of food?
Sushi

8. Something found in bathroom?
Shampoo

9. A place?
The place that covered with flowers... anywhere

10. A reason for being late?
Sleeping

11. Something you should shout?
Everywhere I go,I always shout...
Never being " lemah-lembut"

12. Something you drink
Horlick

13. A musical group
IL DIVO 

14. An animal
Golden fish

15. A type of car
Alphard

16. A type of fruit
Orange


p/s.. Fim,aku da wat ni....