SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

Showing posts with label WICT. Show all posts
Showing posts with label WICT. Show all posts

January 29, 2014

WHAT I COOK TODAY ? #7


Well cuaca agak panas hari ni sepanas air kolam di Baling. Dan nasiblah aku merasa nak membaling apa-apa perhiasan bilik memandangkan cuaca begitu gering pulak. Tidak seperti minggu lepas, cuaca sangat-sangat suam-suam kuku. Sehinggakan media massa di Malaysia begitu sibuk mempredict minggu ni Terengganu turun salji. Kalau begitu aku tak begitu teruja nak main salji, mahupun snow bagaikan di Melbourne dulu. Aku lebih kepada termangu , membengong sendiri, terfikir apalah sangat dengan snow di Malaysia sedangkan longitud dan latitude bumi kini sedang berubah. Atau mungkin esok lusa adalah hari kehancuran umat Islam. Dan dengan cuaca panas-panas begini aku sudah siap tutup pintu, kerana aku berpendapat kalau panas-panas begini haba luar akan masuk ke dalam rumah dan menyebabkan rumah jadi bahang asmara. Owh bukan asmara. Aku belum ada suami untuk berasmara dana. Itu bahang panas matahari la dey. Tak mengapa. Apalah sangat aku nak memulakan entry what I cook today dengan muqadimah cuaca. Allahuakbar. Maaf menyimpang.

Malam tadi aku sudah berkira-kira nak hendak relax hari ni. Aku cuma masak nasi dan goreng ikan. Itupun kalau ikan ada. Dan setahu aku ikan yang ayah beli tu, apa namanya ikan tu. Ikan rambai? Ikan tu besar macam ikan bawal, tapi dia bukan bawal. Entahlah, aku tak pasti namanya ikan tu. YANG SURE IKAN TU DAH SIAP DI POTONG. Seperti kebiasaan aku cuma tau nama 2,4 jenis ikan. Itupun kadang-kadang tersasar jugak namanya. Sesekali aku ke market pun tersalah sebut jugak padahal ikan tu famous. Entahlah lagi. Macam tergantung jep peranggan ni

Bila buka peti ais dengan tujuan nak removed barang-barang tak pakai, rupa-rupanya masih ada lagi benda yang boleh di masak. Alamak. Sudah. Ni nampak gaya nak kena masak. Sebab konsep di rumah aku, sehabis daya usaha, tak nak jangan beralasan. Aduhai aku rasa macam malas-malas dan terasa ingin bermalas di kerusi malas. Tapi sayang kerusi malas pulak tak ada. Tak apa. Kau kalau taip entry ni jangan merapu sangat boleh ? Ahhh ya, aku banyak merapu. Maaf.

 * Disebabkan mood yang hilang datang untuk memasak ni ada, jadi ikan goreng aku pun  hilang sabar menanti dalam belanga. Masing-masing ikan hari ni rangu macam potato chips.  Tapi masih boleh dibuat makan dan mengenyangkan perut serta usus.

 * Aku sedikit kaget macam mana rupa buah anggur ni boleh ada di tengah karangan padahal aku dah uplod dari folder ke blog mengikut turutan. Aduhai aku bukan malas nak susun semula tapi aku tak rajin sebenarnya. Jadi aku kira tak mengapa kalau buah ni di tengah lautan karangan bukan? 

 * Ini gulai. Bukan kari. Bukan.
Aku buat benda ni nasib menjadi. Sedikit peningkatan bagi aku sebab tahun lepas jenis masakan aku khatam yang jenis sup-sup. Yang tak perlukan perahan santan. Oh ya, aku penggemar santan perah. Aku tak pakai santan pek. Santan pek tak lemak macam santan ori. Macam pantun pulak. KAHKAH. Okay, dari keseluruhan gulai ni aku rasa berpuas hati. Ecececece, nak puji diri. Tidak. Tidak. No riak. Jadi kalau ayah makan bertambah-tambah, aku kira aku dah dapat A untuk subjek gulai. Sambal  belacan aku juga aku kira sudah dapat A lagi. Itu bermakna aku suda  ada kemajuan dalam bidang kemasakan.

* Sambal itu buah hati aku. 
Sambal ini bagaikan penyeri hidup antara makanan semua. Dialah penawar, dialah di hati. Tiada dua atau tiga, hanya sambal. Merahnya membakar jiwa,menenteramkan bibir.... Okay sudah.

Selamat tengah hari.


January 22, 2014

WHAT I COOKED TODAY # 4


Tak masak banyak. Demam. Demam. Demam. Hidung tersumbat macam hapa lagi. Nak hidu pun tak rasa. BENCI.

 * Demam -demam pun sambal ni tak tinggal. Al wajib tau sambal ni. Saja buat bagi serak-serak basah sikit. Sebab ayah tak suka sambal kering, macam takda semangat. Tengok sambal kering pun jadi kusam. Dulu aku memang minat pakai cuka, konon nak bagi masam la kan. Sekarang tak, aku akan usaha beli limau. Limau ni bila kita perah dalam sambal dia hasilkan 1 bau semerbak. Tak caya ce try tengok.

 * Ikan goreng bagi rangup-rangup sebab nanti kita nak makan dengan sup sayur. Kononnya sup sayur.

* Tedaaaaa~~


Selamat malam.

January 08, 2014

1# WHAT I COOKED TODAY?


Salam'alaikum ,

Hari ini hari mendung, kemarin pun mendung, kemarin dulu .. HAHA... kemarin dulu pun mendung, 3 hari lepas aku lupa mendung ke terik. Yang pasti 3 hari lepas aku tak memesin kain  sebab dalam bakul basuh takda baju. Bukan takda  baju la, ada tapi  takat 7 8 helai ajer. Jadi cam tak berbaloi je? Erm? Suka hati la nak basuh ka dak. Yang pasti hari ni aku dah jemur pakaian yang telah dimesin-mesin. Erm? Banyak tak? Boleh tahan banyak sebab aku lupa dalam bilik aku ada 1 bakul baju yang tak terbasuh 3 hari lepas. Bakul tu duduk belakang pintu. Jadi tak nampak rupa baju yang berbukit tu. :) Sabar aje laaa dengan penyakit amnesia ni.

Well well well. Everything went well.

WHAT I COOKED TODAY?
Masak biasa saja tau. Jangan mencemuh menghena masakan saya. Saya memasak tanpa pemantauan seorang emak.
HUH

Macam biasalah, menu mesti ada 3 atau 4 mata. Kalau kurang rasa macam hidup tak sempurna. Rasa meja makan tak berseri lah. Poorah. Paling kurang ada sayur, ikan goreng, sambal, ulam dan kuah. Dan kuah okay. Kalau rajin ajer aku masak kuah. Tapi selalunya aku rajin. Jarang malas-malas. Sebab kalau tak masak kuah ayah kena keluar beli. Semata-mata keluar beli kuah. Tak berbaloi la Atin rasa. Kannn? Lain la kalau bini tu memang bersifat ikan goreng membujur lalu. Eh eh kiasan suka hati. Maksud aku goreng ikan semata-mata , takpun ajak laki makan luar. FUH. Bagi Aton la, bagi Aton kalau tiap-tiap masa makan luar  takda seri la si ISTERI tu. Bila eh nak merasa air tangan bini, bila neh nak rasa air tangan mak. Ewah pandai cakap. Aku memang , kalau cakap bagaikan senapang. Apa nak jadi.

Arwah mak dulu kerja. Kerjanya CIKGU la. Cikgu sekolah rendah. Balik dari sekolah, tak tukar baju lagi, bukak tudungnya, dengan baju kurung tu la dia masak untuk ayah. Menu dia simple, kicap + cabai mlaka _ cuka, goreng ikan. sayur. Macam mak masak pun ayah makan bertingkek-tingkek. Tu nampak air tangan isteri? Tiap-tiap hari macam tu la sampai mak di-diagnosed kidney disease, baru mak berhenti masak. Jadi masa tu turn bertukar. Ayah yang masak, ayah yang beli kuah, ayah iron baju sendiri, ayah sapu sampah and  sebagainya. Mak makan luar dia tak lalu sangat. Dia lebih kepada masak sendiri. Kami adik beradik membesar dengan air tangan mak. Mak kalau masak memang lepas makan tu aku tebongkang terus. Lemak, cukup rasa. Sayur kalau goreng memang superb. Warna sayur tu cantik, fresh. Maap ler aku kalau bercerita pasal arwah  ekspres ke depan. Ampun lari tajuk.

* Nasi jangan terlalu kering, jangan terlalu lembut. Sedang-sedang. Bila nampak nasik tembak naik.. Alalala.. Tembak naik tu yg ada lubang-lubang @ kawah tu, okay nampak nasi macam tu gaulkan nasi. Cako nasi tu ha. Baru dia sedap. Gaul dengan kuah pun rasa. 

* Menu wajib. Sedap sedap sedap. Pantang Aton kalau buat sambal belacan pakai blend. Aton tumbuk ni, Aton tumbuk sambil selawat supaya sambal Aton sodap. Aton kadang-kadang fail jugak buat sambal ni. Belacan telebih la, garam tak cukup la. Ada orang petua dengan aku suruh letak Ajinamoto. Pun boleh la. Arwah mak dulu tak pakai Aji, sedap jep sambal mak. Ni ada ulam tau, tapi tu lah malang tak berbau sebab masa aku rebus ulam kacang bendi tu ayah dah ke dapur. Aku kat ruang tamu mop lantai. Masuk ke dapo tengok ayah dah bersidang. Jadi kacang bendi yang direbus tu pun terkorban dalam nahas mulut ayah. Kan dah mangkat sia-sia kacang tu, tak boleh masuk blog Aton.

* Aku tengok sayur ni terus terliur. Agak lama tak makan bayam ni. Sedap owh. Goreng garlic tuang ayaq,  boh batang dia, boh garam aji, boh daun. Dia kannya apa, minyak bila becampoq dengan garlic ni, dia lain rasa. Rasa tu bangkit. Ecececece. Pandai depa.

* Nampak ni tadi atas rak. 


 * Udang + sos thai + telur hancur + tomato. Sos thai tu asset.


* Sengaja digoreng ikan pakai minyak kemarin. Cousin ajar kalau nak ikan garing, minyak kena garing sama. Jangan kedokot. Boleh. Boleh. 

* Cuci mulut, cuci cabai tadi. HAHA. Tak lawak kan? Tau. 


Alhamdulillah, aton kenyang.