SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

Showing posts with label Buat Bakal Suami. Show all posts
Showing posts with label Buat Bakal Suami. Show all posts

January 11, 2012

DOA BUAT KEKASIH

 
Ya Allah...
Seandainya telah engkau catatkan
Dia tercipta untukku
Satukanlah hatinya dan hatiku
Titipkanlah kebahagian di antara kami,
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengasihani,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah engkau takdirkan
Dia Bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan

Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agar aku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama dengannya.

Ya Allah yang tercinta...
Peliharalah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku
sesungguhnya engkau maha mengetahui
Segala yang terbaik untuk hambaMu ini....

Dan sekiranya aku menemui seseorang
yang baru di dalam hidupku
Kau semaikan lah rasa ka sih sayang dan cintaku yang penuh ikhlas
kepada dirinya
Agar diriku dan dirinya memahami antara satu sama lain
Dan terbinalah satu ikatan yang lebih suci dan murni

Ya Allah...
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka
Amin...amin..yarabbal alamin.... 
 
PERKENANKANLAH YA ALLAH.

April 18, 2011

My RAGAMUFFIN



Seems to be so cruel when I think of you.

Seems to be I must end this feelings immediately.

Seems to be I have to make sacrifice for your happiness since I knew I'm not the best for you.

But you are my little ragamuffin dear. 

How come I denied you in my life? You never thaught how much I love you.

Though I was depressed by her attitude.







March 11, 2011

Kembalikan Hera



Aku rindukan dia. Sungguh aku rindukan dia. Teramat rindukan dia.

Gelak tawanya yang sungguh meriangkan aku. Sungguh aku amat merinduinya. Kesal aku akui tidak bermakna lagi setelah pemergiannya. Tidak, dia tidak tinggalkan duniawi. Tetapi meninggalkan hatinya. Bila aku akan milikinya lagi? Ada-kah peluang untuk aku? Ada-kah ruang untuk aku bertakhta di hatinya? Aku harap jawapannya YA, tapi yang aku dengar adalah TIDAK. Kenapa? Terlambat.

.........

Genap setahun Hera tinggalkan aku. Kemana harus aku tuju supaya aku dapat bertemu dengan dia kembali? Kemana harus aku  pergi? Cakap saja kemana, aku akan pergi. Aku sanggup demi Hera :( Bukan masalah wang, bukan masalah kemahuan tapi DIMANA Hera? Itu yang harus aku tanyakan. Aku hilang punca. Beberapa seketika Hera senyap sepi tanpa berita. Aneh, aku bingung. Diamnya Hera seribu bahasa. Khabar berita tidak dengar inikan batang hidungnya nak dilihat. Kerinduan itu semakin membuak-buak. AH! Otak sering kali fikirkan dia. Aku bukan bodoh! Cuma tarikan cinta Hera membuatkan aku terpana seketika.

Itulah salah aku. Ada dia aku abaikan, hilang dia aku mencari. Perlu tak aku senaraikan siapa Hera? Biar aku saja yang tahu.

Hera : Awak sayang saya?
Arjuna : Sayang la!
Hera : :) Saya pun. Saya nak bersama awak. Saya cintakan awak.
Arjuna : Cinta? Kenapa saya? Kenapa bukan lelaki lain. ( Mata hitam dibesarkan. Aku marah bila Hera cintakan aku. Dia bukan taste aku lah! Perempuan macam tu buat cuci kaki aku jer.)
Hera : Awak x cintakan saya? Habis awak layan saya sangat baik.
Arjuna : Suka hati saya la nak layan awak macam mana. Muka macam awak ni bersepah. Nak sentuh awak pun saya tak hingin! Dasar perempuan kampung!
Hera : Saya cintakan awak.
Arjuna : Saya tak da sekelumit pun rasa cinta pada awak!
Hera : Ya. :(

Hera berlari, lari tinggalkan aku. Saat itu Hera hilangkan diri. Senyap. Peduli apa aku. Bukan penting pun betina tu. Dia yang gegeh dengan aku. Setakat betina low class macam tu aku boleh dapat ramai la. Ingat kau hebat sangat ke pompuan!

Kadang-kadang aku rasa rindukan Hera. Hera banyak bantu aku sedangkan setiap kebaikan Hera dibalas dengan caci maki. Aku menyesal. Sumpah kalau boleh diundurkan masa aku takkan abaikan Hera. Aku takkan abaikan hati dia. Aku bersalah.

Satu hari aku rasa  bahagia bila bayangan yang aku selalu perhatikan adalah dia. Orang yang aku amat rindui. Bahagianya bukan kepalang. Matanya! Ya aku kenal sepasang mata tajam itu. Renungan itu bagaikan boleh berbicara. Hebatnya mata dia. Aku jadi kagum sebentar. Iyalah,  semenjak peristiwa itu dia hilang, lesap dari pandangan aku. Buntu mencari jalan di mana Hera. Senyuman yang terukir itu benar-benar menjadi penawar rindu aku. Hera.

Sayang seribu kali sayang. Aku terlambat untuk mengakui kehadiran HERA. Pada malam Hera luahkan perasaannya pada aku, Hera kemalangan. Ya, aku ingat lagi! Orang ramai berpusu-pusu. Aku? Aku tidak pedulikan apa yang berlaku. Aku tidak merasakn perkara itu penting. Biasalah kalau kemalangan, orang mesti sibuk nak tengok siapa mangsanya. Langsung aku tak pedulikan.

Hera hilang ingatan. Bagimana dengan aku? Aku tak sempat untuk luahkan rasa cinta pada Hera. Aku kehilangan cinta Hera! Tidak! Hera sedikitpun tak ingat siapa aku. Walhal dulu dia yang cari aku, dia yang jaga aku. Aku dipuja-puja, dicinta-cinta. Sekarang? Langsung aku terhapus dari  ingatan dia. Sedihnya tidak ada perkataan yang mampu disamakan dengan keadaan aku. Hera pergi. Tinggalkan aku.

Mana mungkin aku mampu kembalikan Hera yang dulu.





March 05, 2011

Happy Angan-Angan To Me


This weekend would be the last time I have much time to playing. Because for the next day after I will spentt enough time with books. Study is suck! But for my future, I have to. I have no time to look around and fooling myself with terrible games. Though I just  fall in love with a new hobby but I must give full attentions to BELAJAR.

Act petang ni ingat nak upload gambar wedding of me.

Hasil angan-angan saya sebelum tidur. Nak di adaptasi dari angan-angan ke dunia blog. Boleh berkongsi..
Udah ler Tin, angan-angan saja.... Belajarnya idak.... Pemalas...!! Bukan pemalas, aku banyak masa terluang, jadi itu adalah cara yang berfaedah untuk mengisinya. Fikir tentang masa depan dengan berangan, dan kemudian aku akan berusaha ke arah tu. Arah kegemilangan perkahwinan.


"Lakaran wedding of me"


Hantaran 15 dari pihak lelaki, dan dari pihak aku, suka hati nak balas berapa. Mintak barang-barang murah jer....
Barangan Chenelle 1 set, beg Prada 1 je, set barangan kemas Rafflesia 2 set, 1 bentuk cincin tajaan Habib Jewel, Set sutera China edaran Jakel 3 pasang, rumah kalau tak mampu nak sewa beli pun ok jugak. Mahkota di hari persandingan minta beli yang dari D'Glamz.. Kalu boleh design baju nak yang biasa-biasa saja, misal kata Radzwan Radwil yang design. Ok la tu, butik Kak Pah mahal sangat..

Khema kahwin tak perlu beli la, mahal nak sewa. 1 khemah = 200. 5 Khemah dah RM 1000. Nak senang kita buat kat dewan, murah jer. Invitation kad pun jimat, makanan jimat. Semua jimat.. Jimat la semua!

Dah!! Dah!! Gediknya!!



December 30, 2010

Semester 5, Tahun Akhir

Hari ni hari Khamis, 30 Disember 2010. Semalam aku berchatin dengan kawan-kawan kelas. Hai... Cepatnya masa berlalu,macam kereta api. Bila ada depan mata rasa meleret,bila kereta api  dah jauh,dah dekat dengan punggung dia,rasa mcam sedih pulak. Kena tunggu kereta api yang seterusnya. Dapat tak apa yang aku cuba sampaikan?  Dalam masa cuti aku rasa " Hai lambatnya nak habis cuti,buhsan!!" . Sekarang aku sedang berada di punggung cuti. Sikit hari lagi dah nak balik kampus.


Aku rancang macam ni,Sabtu ni nak balik kampus. Balik daftar je,lepas tu aku balik rumah. Minggu kedua baru balik yang betul-betul punya. KAHKAH. Suka hati saja kan? Memang la,macam sem lepas tu  minggu pertama tak belajar. Jadi aku dengan rakan-rakan cabut balik petang tu jugak. Dapat la cuti seminggu.


 Aku dapat rasakan ENTRY ni skema.


Mari kita alih cerita kepada "BAKAL SUAMI",yang ni aku rasa takkan buhsan sebab memang ni yang aku caba nak kongsi. Bukan hal cuti di atas tu. Masalah cuti ni aku dah lali. Shhuuuut! Sambung cerita kau...


Semenjak satu menjak ni,bila aku dah post entry khas untuk BAKAL SUAMI,aku jadi obeses dengan DIA. Entah la,mungkin angan-angan semata-mata. Kenapa ya? Sepertinya aku dibius cinta. Cinta siapa? Abaikan. 


Bie,bila aku fikir fasal kau kan,aku rasa bahagia. Aku rasa kau ada. Aku selalu berangan dapat jumpa kau Bie,tapi aku tak tau la kau tercampak dekat mana Bie. Bila la agaknya aku nak jumpa kau Bie. Bila la Tuhan nak perkenankan pertemuan kita kan Bie? 


Bie,tadi kawan aku cakap ada sorang laki yang pernah buat entry macam aku ni. TheOTHERkhairul. Aku tak tau la nak google mcm mana blog dia ni. Sebenarnya boleh je aku google,tapi aku malas Bie. Aku tak tau la pulak ada laki yang berangan macam aku. Kadang-kadang aku sendiri rasa pelik jugak apa guna aku fikir fasal kau? Apa guna aku tersengih sendiri? Dah tu aku siap buat LABEL lagi untuk setiap entry yang aku post untuk kau Bie. Kalu kau tak percaya kau tengok kat sebelah. Sumpah aku buat LABEL tu Bie.


Bie,nanti bila masa kau dah muncul,lepas tu kita dating-dating, kita kawin ya Bie. Aku tak nak tunggu lama-lama. Lagi pun aku ni bukan jenis yang suka berkepit sana sini tanpa ikatan. Tu fasal aku nak ajak kau kawin. Tapi kau sendiri  pun kena pastikan kau berduit,jangan la sampai papa kedana nak bagi habuk pun tarak kat aku. 


Bila masa dah sah sebagai suami isteri nanti jangan la kau abaikan aku plak. Sedih la aku kalau kau buat aku macam tu Bie.


Bie,aku nak blah dulu. Nak makan sebentar.Kau jaga diri ya Bie. Aku tunggu kau muncul. Jaga kulit kau,jangan sampai tumbuh kurap-kurap. HAKHAK

December 29, 2010

Mini Surat Untuk " Bakal Suami "


  TO : Bakal Suami

Bie, aku kirimkan surat ini buat kamu ya.. Aku tak tau la kau kat mana. Aku tak reti nak cari. Mungkin kau ada di benua Dubai sekarang,tak pun di Benua Maghribi. Susah benar nak cari kamu Bie. Bukan aku letih nak cari,tapi masalahnya aku tak tau kamu di mana. Kalau aku tau pasti aku dah "cop" meja makan special untuk kamu Bie. Ni aku tak tau,susah la Bie. 

Bila aku fikirkan kamu kan Bie,aku mesti jadi macam ni Aku jadi agak teruja dengan kamu Bie. Tapi tu lah,kau plak tak da. Aku terpaksa tunggu kau Bie. Dalam hayat aku ni,aku harap aku ada peluang untuk jumpa dengan kau Bie. Aku nak sangat jumpa. Takdir Tuhan tu kadang-kadang kita tak tau,kadang-kadang kau dah ada depan mata aku tapi aku plak tak nampak. Kadang-kadang kau jauh dari aku,tapi tetap ingat kau. Bie,kamu dah makan? Dah mandi? Ke kamu masih lagi  diselubungi selimut kamu yang  setahun bau hapak tu? Lantak la,nanti kalu kita sudah kawin,aku belikan Bie selimut yang dari London,kainnya dari sutera.. Jadinya,bila kau bobok kau rasa sejuk saja kan? Bie,kau kerja tak hari ni? Ke kau ponteng? Kau jangan malas-malas Bie,nanti anak kita nak makan apa Bie? Kalu kau pemalas,hancur la masa depan aku Bie. Aku sepak kau Bie. Haiiii... entah la Bie,tiba-tiba aku ingatkan kau. Aku pasti kau tak pernah terfikir pasal  aku kan? Bakal isteri kau,Bie. Benci! Tapi tidak mengapa,kelak-kelak kita jumpa ya Bie. Sayang kamoo...!!

Bie,aku kasi kau satu ciuman ya Bie. Gatal sikit saja tidak mengapa kan Bie?

Kau tau Bie,bila aku bercerita pasal "KAU",orang mesti gelak Bie. Kata mereka kau wujud ka? Kau bernyawa ka? Kau boleh makan ka? Dahsyat Bie,ada yang kata aku gila sebab aku senyum sorang-sorang bila fikir pasal kau Bie Jahat sungguh anasir-anasir itu. Mereka ingat bila cakap macam tu aku akan berhenti fikirkan kau. Hey! Mana ada,aku tetap doakan kau sihat walafiat. Kalu kau sakit macam mana nak bertemu dengan aku kan Bie? Buduh!

Bie,nanti dah kawin belikan aku hadiah banyak-banyak ya Bie. Bukan hanya pada hari Krismas,hari-hari biasa pun kau beli jugak ya Bie. Belikan aku bunga ka,rantai ka,gelang ka... Takpun kau bawa aku makan makanan laut ya Bie. Aku suka makanan bakar-bakar ni. Jangan anak kita nanti kulitnya seperti hangus sudah  kan Bie? Bie,aku xminat make-up. Kot ye pun kalo aku berMAKE-UP,pasti aku buat biasa-biasa saja. Sebab aku ada cara lain untuk buat kau bahagia Bie. Bie,kau tak rasa surat aku ni ada terkandung  rasa bahagia ka? Aku sangat excited sekarang Bie sebab aku sedang menulis surat untuk Kau," BAKAL SUAMI". Kalu kau tak rasa tidak mengapa lah. Mungkin hati kau sekeras batu.

Mesti aku akan ternganga bila dah jumpa kau nanti. Yelah kalau takat jumpa lelaki biasa yang aku tak minat,aku akan cakap tak berhenti. Kenapa? Kan aku boring dengan dia. Jadi mesti aku akan bercakap benda-benda yang remeh-temeh. Apa aku cakap ni Bie? Abaikan!! Aku harap nanti bila kau dah muncul,kau akan berikan aku seribu rasa Kau kena janji takkan bohongi aku. Kau kena janji kau akan selalu sayangkan aku. Kalu kau curang kan Bie,aku tendang je ko Bie. Aku tak kira kau sakit ke tak.

Baiklah,aku rasa aku ada kerja yang perlu aku siapkan. Lain kali aku kirim surat pada kau lagi ya Bie.
Oh ya,aku lupa. Aku nak cakap ni Kau jangan nakal-nakal ya Bie. Kalu aku tau kau nakal,aku lempang lima baris tapak tangan aku kat kau Bie. Tapi aku rasa kau takkan sakit sebab aku tampar manja. :)

Sekian,

Dari isterimu pada masa hadapan,

FIQAFI