SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

Showing posts with label Hobi. Show all posts
Showing posts with label Hobi. Show all posts

December 13, 2011

WI-WI


Name : WI-WI
D.O.B : Unknown
Date bought : Disember 2009
Mother name : Yen-yen Corner
Reason why be given birth : I'm the latest fashion in 2009 (that year maybe O-O)
Papa name : Uncle Cheong (delivery man)
Stepmother name : Cika Dior (Fake name! Ceeit!)
Jenis kain : Sutera warna-warni dan bergaya...
Jenis tapak : Gentian seramik tahan lasak ... GERENTIPUNYA!!!!
Size : U.S (45)/ AS (10)
Produced by : HITACHI KUNISIWA machine
Tagline : Wear, Use, Throw
Price : RM 30.00 (when I bought)
Color available : Can You see above? My body was covered with all types of colors. How bangang You are.
Allergic : Wet floor,cold wall, warm background.
Advantage : Ultra light when we use at night, does not absorb water. Good, good.
Due date : Untill I die. InsyaAllah.


September 11, 2011


Selamat berstudy Fatin, jangan nak dongak lapy jer Fatin. Kejap, stok makanan cukup tak nak study???

July 22, 2011

CUTI TAK STUDY PUN?



Mengikut ramalan kaji jadual, bermula hari pertama cuti sampai la saat ni, saya hanya menghabiskan masa dengan Brodband yakni aktiviti pemujaan Facebook semakin subur diamalkan. Ini aktiviti utama saya. Makan? Tolak tepi kejap. Adalah difahamkan, selama beberapa hari saya online tanpa henti, kepala naik sakit, bila tidur rasa mata terpusing-pusing. Oh macam orang hilang pertimbangan pun ada. Celik saja mata, tengok blog. Nak tutup mata pun, blog jugak. I wish kalau laptop ni boleh dibawa mandi, mungkin sudah YM dan Skype dengan sukses dalam bathroom. Sungguh addicted dengan menatang ONLINE ni.

Makan, makan, makan.... Rumah saya ni tak ada la penuh sangat dengan snek-snek mahal, sedap.. Tapi once bila dah masak tu, bersusun-susun. Rasanya cukup untuk buat landasan kereta api baby yang colourful tu. Ceit! Siapa yang berkungfu di dapur? Ni muka ni! Muka yang dok menaip ni. Okay abaikan. 

8.00 :Breakfast roti bakar. ( Bakar la sangat kan...)
10.00 : Nasi lemak plak. Ayah ni selalu beli nasi lemak! Umph!
12.30 :Lunch ( Lauk yang bersusun sungguh buat aku tak tahan hawa nafsu)
2  lebih sikit : Cari roti. Roti yang manis-manis. :) Milo. Kalau susu Anlene mak x habis lagi, aku curik! Maaf mak.
4.30 :Rajin sangat-sangat waktu ni. Ni waktu kemuncak nak goreng cucur.
6.30 :Dinner. Dinner kena heavy sikit sebab perut tong macam aku ni memang tong besar, pemantapan waktu malam adalah sangat diperlukan. 

Sudah!

Sedih tak terkira, baru hari ni aku tau  ada ASTRO PELANGI kat TELEVISYEN. Cerita cinta kesukaan saya! Adoi! KETIKA CINTA BERTASBIH  dan DEWI. Selama beberapa hari dok di rumah, jari tak rasa tak p tekan remote. Makna kata saya dah terlepas 5 episod, 5 episod penting! Adoi lagi! Kalaulah , kalaulah, kalaulah saya boleh berpijak di pesantren cinta Tasbih tu. Ermm.! Stop! Berangan.

Aaa lupa nak taip, program belajar secara solo tak masuk dalam jadual ni ya. Padat sangat. Tak sempat nak sentuh buku. MAAF.

Sekian.

July 20, 2011

SURVEYING HANDBAG

COACH ni kalau dapat memang smart! Tengok design dia pun dah naik.... blushing!! Malang sekali, memandangkan dengan kedudukan saya sebagai seorang pelajar full-time dan bukannya penjawat jawatan besar, saya hanya mampu pakai beg tangan murah-murah saja. InsyaAllah kalau dah kerja nanti boleh borong secara BULK. Okiess!!! Atau mungkin suruh bakal suami belikan? Tidak, dia selalu bilang TUNGGU KAWIN SAYA BELIKAN. Tak yah  la beli, sebab masa u saya yakin saya dah kerja! Dah mampu! Can afford!!! Ceeit!


TRANSPARENT BAG
Cantik tak? Cantik tak? Memang marvelous  la kan? Nampak macam funky, ceria, ala-ala perempuan tak matang kalau beg ni. Tapi, oleh kerana susuk corak dan tekstur warna yang striking itu, beg ni kelihatan comel dan sedikit sesuai dengan perempuan yang ceria. Ini kalau perempuan protokol jangan pakai. Bagi mereka yang protokol dengan etika kekemasan sila pakai beg kulit yang shiny lagi berkilat, yang ada rantai-rantai bising tu. Itu cocok dengan anda. Dikhuatiri kalau anda pakai beg ni, anda nampak macam badut.

** Untuk saya pakai OKAY kot ::))



Tapi serius sumpah cakap, aku memang suka beg transparent! Makna kata aku tak matang!! TAK!! Mana da la!!

ROTAN bag??
Okay fine! Di Korea sekarang tengah hangat dengan beg rotan-rotan terpakai bersama sekuntum bunga yang menempek di luar kawasan beg. Turut disertakan seekor Teddy Bear yang gedik tergantung kiri kanan. Nasib baik dapat bear yang comel sebagai free gift. Itu pun kalau DIprovide la kan? ::)) Takpe2...  Beli sendiri pun boleh apa! 


DALAM PERTIMBANGAN
.
.
.
.
.
.
ULASAN : Simple dan warna boleh diCHOOSING. Harga boleh tahan, tak lebih dari RM100, tak kurang dari RM30. ::))) Size agak macam kapal, kulit luar tak dapat dikenal pasti dari kain atau kulit mahupun plastik transparent or apa-apa lah. But still dalam pemerhatian untuk dibeli mahupun diisi borang pembelian. Ke nak beli di kedai?

ULASAN : Menarik dan comel. Dipilih kerana ada ring pada part pemegang dan juga turut dipilih kerana warna PINK! Dah tentu-tentu la tak. Aku bukan peminat PINK! Jauh hati sungguh aku dengan PINK. Bagi seorang perempuan yang tak cukup tinggi bak model macam aku, handbag bertali panjang adalah diharamkan kerana itu akan menampakkan kependekkan aku lagi. Maka jika dipakai makin berganda-ganda kekecillan( kecil) saya. 

ULASAN : Jika dipandang dari sudut peminat warna, pastinya PUTIH yang menjadi pilihan. Maka jika dipandang dari angle seorang pekerja wanita yang bekerjaya pastilah warna HITAM.Tapi tetap nak putih jugak! Tak kira tak kira! 

 ULASAN : Sekali lagi bertali pendek yang aku pilih. Macam biasalah, tali pendek akan membantu untuk menampakkan tubuh seseorang yang kecil kelihatan tinggi. Tinggi? Okay salah, sedikit tinggi!

ULASAN LAGI : Jemu dah ulasan yang tak berapa nak padat dan tak berapa nak menarik macam ni. Model di sebelah menunjukkan lilitan shawl di leher! Yes, itu yang saya katakan sangat menarik. Di samping beg yang talinya ntah apa-apa. Ada 2 kelebihan di sini, boleh diselempang atau digalas begitu saja dari tepi. Menarik bukan? Sekalian ada godie- di tepi beg, ala-ala free gift gitu. 

 ULASAN : Suka sangat kedutan  di tepi holding part tu ::)))

 ULASAN : MALAS DAH! Abammm! Nak macam ni!

 ULASAN : Perlu tak beli beg ni? PERLU??

ULASAN YAKIN : PASTI DIBELI!! PASTI!!

July 18, 2011

BANGUN AWAL CARI KERJA


Baik pagi tadi saya sudah mencatas pokok-pokok rambu yang meliar macam ular depan rumah. Lain waktu saya upload rupa sebenar akar-akar aneh itu. Sungguh rumah saya macam rumah puaka. Eh tidaklah puaka sangat sebab rumah ni ada buah-buahan yang sangat sedap untuk dijamah walaupun pada hakikatnya rumah saya macam dusun buah. Tepi kanan penuh dengan mangga, pelam dan tebu yang tumbuh meliar dan subur dengan jayanya. Depan rumah ada rebung yang setia membuahkan hasil untuk dimasak, jambu air yang merah mekar seperti bibir basah saya yang mungil ni, pokok mengkudu, kelapa, terung, belimbing, delima yang biji-bijinya memakan masa untuk dicubit-cubit,  juga sedikit pokok gedik-gedik iaitu telinga kera a.k.a monyet, sireh, rusa tergantung, misai kelapa yang berganda-ganda misainya bila disiram air sejuk,  ( yang rupanya macam tanduk rusa jatuh ke bumi tu ). Oh ya tidak ketinggalan nangka yang selalu beranak pinak tanpa sedar. Tau-tau dah boyot 9 bulan dengan saratnya. Ouh! Penat. Mungkin saya perlu letak CCTV bagi memudahkan pemantauan dari semasa ke semasa dilakukan. Tak perlu berbelanja keluarkan duit bergulung-gulung bagai nak rak di mall terdekat, hanya membuka beberapa langkah saja, angkat tangan dan sedikit tendangan berpandu ke arah batang pokok , buah-buah akan gugur macam musim luruh di Korea, setakat ini tidak ada buah yang maut di mulut saya TAPI ada juga yang  sudah selamat dikebumikan dalam usus besar mak dan ayah saya. Hebat bukan? 

AKTIVITI LEPAS TU?

 SAYA SANGAT GALAK MENYUSUN KASUT-KASUT AYAH di mana kedudukan asalnya yang tak menarik diubah, disusun, dikilat-kilat dan dimasukkan ke dalam kotak semula seperti hari pertama ia dibeli. Rajin tak? Rajin tak? Bangun awal macam nak turun ke office, macam sibuk bekerja nak cari rezeki. Erm... Bila alih mata ke kanan  nampak pulak kasut si Omey yang berlungguk-lungguk tepi pintu. Semalam pergi main futsal katanya, jadi habis 3 pasang kasut dibawa. Kasut habuan nak penyepak bola 1, selipar 1, 1 lagi tak dapat dikenal pasti apa fungsi kasut  tu yang diheret merata-rata. Bila di refresh balik, keluarga saya memang banyak koleksi kasut. Termasuklah saya :) Ada 2 guni kasut yang tersimpan ketat di bawah katil, itu belum masuk lagi kasut di rumah sewa. Baru-baru ni trip pergi KL saya beli lagi 2 pasang kasut. Ceeeiit! Maaflah, manusia selalu alpa dan BOROS.  Tapi... Kasut tu sangat comel, jadinya ia dibeli untuk kegunaan harian :) I have no choice, terpaksa beli. Eleh! Bosan sungguh jadi perempuan, mengemas 360darjah celcius 1 hari belum tentu dapat kemas 1 rumah bukan? Cuba kalau ada orang gaji, arah je. Sudah, ini satu PRA-pelajaran.  Esok-esok dah kawin nak pakai orang gaji? Takkan? Nak jadi suri-rumah penat tak?  Mestilah tak penat, itu pun kalau berjodohan dengan sang lelaki yang ringan tulang. 

TRIP KEDUA BERSAMA INVESTMENT PART 6. Selesai trip pertama 6-10 Julai, 26- 29 will be second trip  to KL. Harap semuanya  berjalan dengan lancar. Amin






May 29, 2011

Fatin :::)))



Readers and cutty bummy kitten...
Lesson for today...


Seorang girlfriend yang baik akan selalu ada di samping Bulat walaupun sebenarnya saya sendiri selalu hilang akal. Betul? Seorang girlfriend yang baik akan selalu mandi awal, at least lepas Subuh supaya bau yang terhasil akan wangi. Betul? Seorang yang baik akan selalu siapkan makan pagi untuk Bulat, betul? Okay salah , ini tugasan lepas diijabkabulkan. Sabar, jangan gelojoh. Dan, seorang kekasih yang setia akan selalu mendendangkan lagu senandung sebelum kekasihnya tidur, betul? Walau pada hakikatnya Super Savers selalu lebih 45 minit lagi, 15 minit pertama saya sudah mengantuk. Beri lah saya AWARD ni... Saya teringin walaupun pada hakikatnya saya tak ada kelayakkan, sijil juga tak ada. IPTA juga tak menyediakan bidang pelajaran macam ni.



Seorang kekasih yang mulia juga akan selalu mengucapkan kata-kata manis pada buah hatinya walaupun pada hakikatnya saya selalu tinggikan suara. Itu lumrah, dibesarkan oleh ayah dan mak, dan ditimang-timang oleh dua orang abang menyebabkan saya menjadi sedikit kasar, banyak. Bukan sikit. Kata-kata manis  memang susah nak cari. Melainkan perkataan sayang,cinta,rindu... Itu baru macam bercinta. Bagi seorang perempuan besar macam saya, yang kebal dengan ayat macam tu memang perlu lakukan banyak latih tubi vokal supaya lidah lebih biasa untuk ucap I LOVE YOU. o----o  Pitching juga perlu selari supaya bila diucap nanti, tidak ada semut yang mati sakit jantung.


Bagi seorang perempuan, saya nakkan anak kembar. Agak keterlaluan mungkin. Bagus, saya ada inisiatif untuk berjaya. Maju.
 

Selamat Malam ))))
Selamat Malam... May I sleep in peace....  XO

May 22, 2011

THE PERFECT STORM


Before I proceed, little bit intro ya. TPS adalah hasil adaptasi daripada novel dan cerita sebenar. Dalam 1 pelayaran untuk mendapatkan jumlah tangkapan ikan yang banyak, Billy as a captain did not give attention to the fax sending by his partner. At the same time, the climax of the film, Billy without he realize dia sebenarnya belayar menuju ke arah pusat taufan. It was a bad night night. In other words, tragedi ini pernah berlaku. Perfect director! Itu je, :)

Okay readers! Silent please! Currently I'm excited to watching THE PERFECT STORM as published poster  above. Ini antara filem English yang paling mahal ya. For the past a year ago, saya sudah menonton filem TITANIC and POSEIDON. Ini pun filem dalam kategori KAPAL KARAM JUGAK.

Saya jadi tak pasti kenapa saya cenderung menonton filem-filem ship karam macam ni, mungkin kami ada chemistry disini. Shit! Sudah la hang! Ni kalau saya tengok National Geography tentang kapal terbang  CRASH memang awal-awal dah hilang semangat. Fuh! My last flight to Sarawak few months ago, the journey wasn't  so smooth. That time hujan lebat, awan tebal, guruh lagi. Ouh macam dalam filem pulak saya! OMMO! Syhhh!!! Waktu ni memang kecut perut, sudah kecut perut datang pulak la cerita penyiasatan AIR CRASH!!! Aduhh!!

Okay sudah!

Silent sayang.... Syhhh....

Di bawah ada dicatatkan sedikit cerita tentang tragedi kapal kapal which is saya tak sangka sudah cukup 10 rupanya kapal besar yang karam. One of it is kapal mewah TITANIC. Means that perkara ini bukan benda baru dalam dunia, kan??

1. MV Doña Paz - 4,375 Kematian

Doña Paz adalan feri penumpang yang karam setelah berlanggar dengan sebuah kapal muatan minyak, Vector, pada 20 Disember 1987. Doña Paz ketika tragedi, dalam pelayaran dari Catbalogan di Samar Island, Filipina ke Manila.

Vector yang membawa muatan sebanyak 8,800 barrels produk petroleum. Kargo Vector telah terbakar dan merebak ke Doña Paz, dan menyebabkannya tenggelam dalam beberapa minit sahaja. 

Dikatakan, Doña Paz pada ketika itu membawa lebihan penumpang, dan jumlah sebenar kematian mencecah 4,375! Laporan menunjukkan, krew kapal Vector tidak terlatih manakala lesen kapal tersebut telah tamat tempoh. Ianya menjadikannya tragedi melibatkan feri terburuk dalam sejarah dunia!

2.Halifax Explosion - 1,950 Kematian

Halifax Explosion adalah satu tragedi letupan sebuah kapal kargo daripada Perancis, Mont Blanc pada hari Khamis, 6 Disember 1917. Tragedi ini telah mengejutkan penduduk di sebuah kawasan di Halifax, Nova Scotia, Kanada, apabila Mont Blanc yang sarat dengan bahan letupan perang berlanggar dengan sebuah kapal dari Norway dalam kawasan Pelabuhan Halifax.

Letupan tersebut telah menyebabkan kerosakan seluas 2 km persegi dan mengorbankan lebih kurang 2,000 orang. Tsunami terhasil, kesan daripada letupan kuat tersebut, telah memusnahkan bangunan2, segala pengangkutan darat, pokok2, dan membawa serpihan Mont Blanc beberapa kilometer ke darat.

Sekurang2nya, 9,000 orang tercedera dalam tragedi ini.
3. MV Joola - 1,863 Kematian

MV Le Joola yang merupakan feri milik kerajaan Senegal, telah karam di Perairan Gambia pada 26 September 2002. Ketika itu, Joola dalam pelayaran ke daerah Casamance dan pelayaran rutin antara Selatan Senegal dan Dakar.

Joola dibina untuk menampung 580 orang penumpang sahaja. Walau bagaimanapun, ketika tragedi ini berlaku, Joola telah membawa muatan seramai hampir 2,000 orang! Keadaan cuaca buruk dan berangin, telah menyebabkan feri ini terbalik, dan karam dengan begitu pantas.

Hanya sebuah bot penyelamat yang dinaiki oleh 25 orang sahaja terselamat. Seramai  1,863 kematian telah dilaporkan dalam kejadian ini.
4. Sultana - 1,800 Kematian

Kapal stim Sultana merupakan sebuah kapal kincir air berkuasa stim dari Sungai Mississippi. Letupan pada 27 April 1865 telah memusnahkan Sultana dan direkodkan sebagai yang terburuk dalam tragedi maritim  di Amerika Syarikat.

Letupan berpunca daripada kebakaran dari salah sebuah "boiler" sehingga menyebabkan satu letupan yang sangat kuat. Letupan ini begitu kuat sehingga kan penumpang yang berada di atas kapal tercampak ke laut dan memusnahkan sebahagian besar kapal.

Sisa letupan tersebut kemudiannya merebak sehinggakan keseluruhan kapal tersebut terbakar dan menghasilkan nyalaan api yang begitu marak! Nyalaan ini begitu besar sehinggakan ianya mampu dilihat dari daratan Memphis.

5. RMR Titanic - 1,517 Kematian

RMS Titanic merupakan kapal penumpang kelas Olimpik yang dimiliki oleh White Star Line dan dibina di Harland and Wolff Shipyard di Belfast, Ireland. Ianya dibina menggunakan teknologi tercanggih pada ketika itu, dan dipercayai oleh kebanyakan orang, "the unsinkable ship".

Walau bagaimanapun, ianya mengejutkan dunia apabila pada 14 April 1912, sewaktu pelayaran pertamanya, Titanic telah berlanggar dengan sebuah bongkas ais yang sangat besar. Dan ianya telah karam sepenuhnya 2 jam 40 minit kemudian!

Tragedi ini begitu popular kerana status Titanic sebagai "the unsinkable ship" akhirnya mengorbankan sejumlah 1,517 orang dalam satu tragedi yang menyayat hati.
6. RMS Empress of Ireland - 1,012 Kematian

RMS Empress daripada Ireland ini merupakan kapal pengangkut barang yang dibina pada tahun 1905 - 1906 di Fairfield Shipbuilding and Engineering di Scotland untuk Canadian Pacific steamships (CP).

Tragedi berlaku pada 29 Mei 1914, apabila sebuah kapal Norway, Collier Storstad berlanggar dengan sisi Empress. Storsad tidak karam, walau bagaimanapun, pelanggaran tersebut telah menyebabkan sisi kanan Empress rosak teruk. Air memenuhi kapal melalui kerosakan pada sisi kapal, dan karam hanya dalam masa 14 minit.

Seramai 1,012 orang telah mati dalam tragedi ini dan hanya 465 orang terselamat.
7. MS Estonia - 852 Kematian


MS Estonia, yang dahulunya dikenali sebagai MS Viking Sally (1990), MS Silja Star (1991) dan MS Wasa King (1993), merupakan sebuah feri yang dibina pada tahun 1979 di German Shipyard Meyer Werft di Papenburg.

Nahas Estonia berlaku pada 28 September 1994 semasa ingin merentasi Laut baltic, untuk perjalanan dari Tallin, Estonia ke Stockholm di Sweden. Puncanya apabila berlaku sedikit kerosakan pelindung kipas (bow visor). 

Walau bagaimanapun, apabila diteliti semula, kerosakan tersebut tidaklah begitu ketara, sehinggalah seorang wanita menjerit, "...Häire, häire, laeval on häire...", yang bermaksud "...Amaran, amaran, amaran di atas kapal..." melalui satu talian komunikasi yang terdapat dalam kapal tersebut.

Malangnya, tidak lama selepas itu, kapal tersebut berpusing 30 - 40 darjah ke kanan, menjadikannya mustahil untuk penumpang berada di dalam kapal. Akibat terputusnya bekalan kuasa, kapal MS Estonia ini tidak mampu untuk kembali kepada posisi asalnya, hanya 137 orang daripada 989 penumpang terselamat.
8. SS Eastland - 845 Kematian


S.S Eastland merupakan kapal penumpang yang berpengkalan di Chicago dan digunakan untuk tujuan pelancongan. Pada 24 Julai 1915, kapal S.S Eastland beserta 2 buah kapal wap (Theodore Rosevelt dan Petoskey) telah disewa untuk membawa pekerja2 Chicago's Western Electric Company ke perkelahan di Michigan City, Indiana.

Bot penyelamat dan segala kelengkapan termasuklah para penumpang, telah menyebabkan S.S Eastland ini mengalami lebihan muatan. Hal ini telah menyebabkan ketidakstabilan kapal, dan bencana berlaku apabila kapal ini telah terbalik dengan secara tiba2 dan menyebabkan sejumlah 841 orang penumpang dan 4 orang krew kapal terbunuh dalam kejadian tersebut.
9. HMS Birkenhead - 460 Kematian

HMS Birkenhead, juga dikenali sebagai HM Troopship Birkenhead atau Steam Frigate Birkenhead, merupakan antara kapal dengan kerangka besi pertama dibina untuk Royal Navy.

Pada 26 Februari 1852, semasa membawa seangkatan tentera dalam 73rd Regiment of Foot ke Teluk Algoa, kapal ini telah karam di Gansbaai berhampiran Cape Town, Afrika Selatan. Pada ketika itu, bot penyelamat tidak mencukupi untuk menampung kesemua anak kapal. Akhirnya, angkatan tentera tersebut bersetuju agar semua wanita dan kanak2 diselamatkan terlebih dahulu dengan menaiki bot tersebut.

Hanya 193 daripada 643 orang yang berada di atas kapal terselamat.

10. Mary Rose - 400 Kematian

Mary Rose adalah sebuah kapal perang Inggeris dan merupakan kapal perang pertama yang menggunakan meriam di sekeliling kapal. Ianya juga dikatakan sebagai yang terawal dibina untuk tujuan peperangan oleh Royal Navy; dan tidak pernah digunakan untuk tujuan perdagangan.

Pada 1545, King Francis I dari Perancis telah melancarkan serangan terhadap England dengan kekuatan 30,000 tentera serta lebih daripada 200 buah kapal. England pada ketika itu hanya mempunyai 80 buah kapal (termasuk Mary Rose yang dikemudi oleh Armada Sir George Carew) dan 12,000 orang tentera.

Malangnya, Mary Rose telah karam apabila bahagian kiri kapal rosak, dan dipenuhi air apabila ianya cuba melakukan pusingan ke kanan (starboard side) bagi membolehkannya menggunakan meriam di bahagian kanan. Kesemua anak kapal mati kecuali 35 orang terselamat.

March 05, 2011

Happy Angan-Angan To Me


This weekend would be the last time I have much time to playing. Because for the next day after I will spentt enough time with books. Study is suck! But for my future, I have to. I have no time to look around and fooling myself with terrible games. Though I just  fall in love with a new hobby but I must give full attentions to BELAJAR.

Act petang ni ingat nak upload gambar wedding of me.

Hasil angan-angan saya sebelum tidur. Nak di adaptasi dari angan-angan ke dunia blog. Boleh berkongsi..
Udah ler Tin, angan-angan saja.... Belajarnya idak.... Pemalas...!! Bukan pemalas, aku banyak masa terluang, jadi itu adalah cara yang berfaedah untuk mengisinya. Fikir tentang masa depan dengan berangan, dan kemudian aku akan berusaha ke arah tu. Arah kegemilangan perkahwinan.


"Lakaran wedding of me"


Hantaran 15 dari pihak lelaki, dan dari pihak aku, suka hati nak balas berapa. Mintak barang-barang murah jer....
Barangan Chenelle 1 set, beg Prada 1 je, set barangan kemas Rafflesia 2 set, 1 bentuk cincin tajaan Habib Jewel, Set sutera China edaran Jakel 3 pasang, rumah kalau tak mampu nak sewa beli pun ok jugak. Mahkota di hari persandingan minta beli yang dari D'Glamz.. Kalu boleh design baju nak yang biasa-biasa saja, misal kata Radzwan Radwil yang design. Ok la tu, butik Kak Pah mahal sangat..

Khema kahwin tak perlu beli la, mahal nak sewa. 1 khemah = 200. 5 Khemah dah RM 1000. Nak senang kita buat kat dewan, murah jer. Invitation kad pun jimat, makanan jimat. Semua jimat.. Jimat la semua!

Dah!! Dah!! Gediknya!!



February 23, 2011

Benda Baru Dalam Hidup SAYA


Sapu-sapu! Banyak sawang... Busuk dan berhabuk-habuk.... Gatal hidung... Acchhuhh!!

Dah dekat 1 bulan tak post entry baru. Ini yang latest  ya   MALAS YANG AMAT. Tambah lagi dengan kerja yang sentiasa dilonggokkan, aku jadi berat jari nak menaip. Blog ni dah rosak sebenarnya. Gadget-gadget yang aku penat-penat susun tu semua hilang. Habis semua dah. Haiish! Tak ada masa yang cukup nak melalak depan lapy lepas tu copy paste segala mak nenek kod-kod tu. Sekarang, blog ini suci dari sebarang gadget.

Agak sedih bila benda yang aku penat-penat buat tiba-tiba hilang dalam sekelip mata. Nak edit bukan senang,nak susun lagi. Perrghh!!! Memang *)(*)_(+)()()(@/@(!331313 lah!

Baik,agenda pertama ialah.....

Since 2 weeks ago, I HAVE NO APPETITE. Selera nak membaham makanan hilang. Totally hilang. Pergi kelas pukul 8, balik pukul 4.20.... Dalam jangka masa ni perut aku bersih dari sebarang apa-apa bentuk makanan. Bagaimana seorang si montel boleh ikat perut dalam jangka masa yang lama? Ada la satu hari nak puasa kan, malam tu aku tak sahur,petang tu makan pon tak. Da la tak makan,teguk air pun tak. Puasa apa benda mcm tu. Erm... Bangun pagi cekang je  rasa.

Waktu tidur kurang. Kalau sebelum ni waktu tidur aku bersamaan dengan waktu tidur bayi-bayi di Malaysia. Sekarang lain okay! Siang,masa yang diperuntukkan untuk tidur adalah lebih kurang 30 minit. KONONNYA L.. Malam memang hebat!!! I tidur pukul 4 pagi. Bangga!! Bukan setady okay! Masa itu aku akan berguling-berguling dan terus berguling sampai terlelap. Masalah.......

Waktu mandi yang dulunya diSET pada jam 6.30 kini meningkat secara purata kepada jam 9.00. Ini waktu subur untuk ibu-ibu mengandung mandi. Waktu ni kalau mandi memang suhu badan akan berada di tahap beku yang amat gaban lah!! Kalau waktu siang,tak tau nak buat apa aku akan mandi,shower,shampoo .. Dalam erti kata lain membersihkan diri dari segala najis _ najis.. Badan dah wangi-wangi baru boleh senyum, tidur pon dalam keadaan aman sentosa. haaaaa T...........T


Buat masa sekarang aku sedang berusaha dengan gigih dan jayanya untuk menyingkirkan perasaan cinta. I'M SINGLE. Aku sedikit teruja dengan dunia single  ni. Hati girang,boleh buat apa yang aku suka. OWH MY WORLD!! I'm alive! Tak perlu fikir nak jaga hati sesiapa pun. Tak perlu kawal diri nak kawan dengan sesiapa pun. Proud to be single. Hooo yeh!!

Dah la, nak out. Bubye...





January 01, 2011

SPECIAL ENTRY FOR FOLLOWER KE-110

Each of my-tenth follower will be given special award.


AWARD GOES TO






                                                                  


because of


do visit this..
http://pisangpisangmaju.blogspot.com
MORE FREQUENTLY...
MUCH PLEASURE TO PUTERIPISCES

sila ambil award banner anda di ATAS.
(o-o)