SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

Showing posts with label Cerita Bodo. Show all posts
Showing posts with label Cerita Bodo. Show all posts

March 04, 2012

JUJAI & QRISTINA

.
Hey awak! Saya ada pets! Awak ada? Tau nama mereka? The black one is JUJAI which is jantinanya jantan. The green one is QRISTINA. Haaa..



So above is JUJAI & QRISTINA.
Mereka sangat cerewet makan. Makan dedak tu tak mau, nak yang mahal. Contohnya spageti, macaroni. Setakat ni aku rasa paling modern diorang makan adalah spageti. Oh ye? Yer lah!

Sudahlah.

January 11, 2012

ALAMAT RUMAH KAU PELIK


Alamat rumah ni tak ada lah pelik sangat. Okay lah tu tak panjang, tak pendek. Cukup semua sifat. Kedudukan rumah aku dah lengkap diterangkan dalam alamat tu, apa lagi lah buat orang tak puas hati dengan alamat tu. Benci!

TADI aku nak submit details untuk DySarra Boutique... Then, admin replied.. As below...


Eh betul kak! Alamat rumah saya memang macam tu. Sumpah saya tak tahu kenapa la ada alamat pelik-pelik macam ni. Saya sudah menghubungi pihak ayah, tapi ayah kata " Dalam Kuala Kedah ni, ada 1 sahaja TAMAN DESARINA. Jangan risau nak, tak ada taman lain yang ciplak nama taman kita.". Umph ! Peqeli saya!

Tertulis dalam IC pun macam tu  jugak, memang aku akan buat triple checking kalau aku nak submit apa-apa pun. Lebih-lebih lagi hal yang memerlukan aku isi ALAMAT aku. Dia memang macam tu. Agaknya nak memudahkan aku ingat, yalah aku ni ada penyakit Amnesia. Pendek dan tepat, ini sifat alamat rumah saya. Tolonglah faham. Aku tak main-main!

PERCAYALAH! ITU ALAMAT RUMAHKU!

December 01, 2011

EH! TAJUK APA NI?


Grrr.. Grrr... Grr.. Sejuk ni! Grrr... Grrr lagi... Aduh sejuknya. Selimut langsung tak berguna, tanggungjawabnya untuk balut tubuh saya gagal dilaksanakan. Grrr... Grr sejuk! Okay! Tukar! Kita pakai stokin! Grr... Stokin ni agak tebal, tebalnya sampai membuatkan kaki rasa dan ibu jari rasa tersepit. Padan lah muka pakai stokin bulu biri-biri tu! Grr.. Sejuknya! Sejuk! Saya peluk bantal panjang. Oh terasa seperti peluk suami pula. Suami pula yang tiada. Alangkah ruginya bernikah lambat. Expired!

Sayang sudah tidur. Zzzzz... Si montel itu tak pernah lupa kewajipannya pada setiap jam 10 malam. Tapi malam ni dia ter-delay waktu santai berahinya. Katanya pergi bersiar-siar di pantai dengan Tarmizi Si Murai Becok dan Azhar(ni duda bahaya, Dia selalu ambil kesempatan dengan Azrul. Apa dia fikir Azrul suka dia kali. Ish!). Malam ni secara mendadak Sayang berbual dengan nada yang lembut. ::) Gembira. Dah lama tak dengar lelaki kegemaran saya cakap macam tu. Katanya sibuk dengan koperasi(koperasi ni pun salah satu alasan yang munasabah yang menjarakkan hubungan kelamin saya dan Sayang. Walaupun munasabah, tapi saya tetap tak boleh terima. Kerana dia sibuk mengira bilangan air kotak. Urrggh! Ceeeit! Ceeit lagi!). Sibuk menguruskan koperasi terbilang, gemilangnya. Ada ka patut dia bawak duit beribu-ribu pergi bank longlai macam tu jer! Tak takut ke kena songlap(errrr.. betul ke istilah ni? SALAH? nak padam tak? Tak payah!)

Oh ya! Petang tadi saya menukul. Eh salah ni, saya bertukul, memaku paku di dinding. Oh ya, lupa lagi nak gebang, saya beli 2 handbag baru(Eh! riaknya!). Okay, sangat selesa dipegang, besides holding dia tak terlalu panjang. Bertepatan dengan ayam katik "ni" nak pakai nanti. Kalaulah panjang, meranduk -randuk jadinya. Keadaan bilik sudah kembali normal seperti sediakala. ::))) 

Ending...........

Goodnite. Bobok lah

October 29, 2011

SHOES


Aktiviti harian  seperti biasa, langkah seperti biasa, hati juga yang lain rasanya. Tidak pernah nak sama rasanya, Pelik, sungguh, aku tak faham. Dalam banyak-banyak perkara kenapa mesti hati juga yang mudah berubah? Kenapa bukan rutin harian saya seperti memasak lauk sedap-sedap, berkemas rumah seperti 100 tahun lamanya  ditinggalkan, dan ber-seterika baju yang berubah? Mana lah tau kalau-kalau ada mesin khas untuk bantu saya selesaikan semua kerja penat tu? Mungkin boleh minta Hafiz belikan... Mungkin... HAHA..

OH YA! Sebenarnya saya tidaklah ingin bercerita sangat tentang rutin harian yang sememangnya tetap dan memenatkan tu, agenda saya ialah KASUT. Saya sedia maklum bahawa jumlah kasut saya pada ketika dikumpulkan (ni waktu nak bawak balik dari kampus , tamat belajar la kononnya) seperti sampah adalah berjumlah 9 pasang semuanya. Itu semua made in Perlis. Unbelieveable bila saya bukak kotak bawah akuarium ikan ayah, ada lagi berjenis-jenis kasut yang masih belum disarungkan ke kaki manis saya. Aneh! Bukan ke da pakai semua ke? Pelik. Erm......... Lalu saya mencari konklusi kenapa wujudnya kasut overload di situ... Cari... Saya cuba tekan otak untuk cari jawapan kenapa ada kasut lebih bawah akuarium.. Teettt... Teettt... Otak gagal loading, FAILED! Saya tak pasti kenapa ada kasut lebih bawah kolam ikan tu. Erm.......... Bengong jap......

Baik, ini masalah saya....

Dulu... Dulu la cerita ni.... Dulu saya dengan kawan baik, Fim, selalu pergi CMART dan tak ketinggalan Pekan Kangar ( pekan yang tak berapa nak maju, tapi boleh la kalau takat nak cuci mata ), saya setiap kali keluar akan beli kasut baru. SETIAP KALI OKAY.... Itu sudah masuk ke kategori berkali-kali. Tak sedar pun berapa pasang yang terkumpul dalam almari. Sebab apa? Sebab setiap beli saya akan masukkan dalam almari. Oooo.... Patut la.... Jadi dalam hal yang sedemikian rupa, perbelanjaan yang berlaku bukanlah atas dasar suka-sama-suka. Tapi atas dasar ketidak sengajaan. I'M SORRY ::))

I really hope saya boleh upload gambar kasut-kasut terbiar tersebut, tapi malang sangatlah sebab laptop ni tidak dilengkapi dengan sistem BLUTOT. Macam mana nak eja??? Bluetooth.. Macam ni?? Malas nak amik tau. Lappy saya rosak ::((( Sebab tu nak online susah. Kalau dah rindu sangat baru saya online pakai fone, boleh la buka blog tapi nak post entry baru susah. Larat nak taip pakai keypad yang keras bak batu tu... Adoyai.....!!

Shower timeeeee.........


September 11, 2011


Selamat berstudy Fatin, jangan nak dongak lapy jer Fatin. Kejap, stok makanan cukup tak nak study???

August 09, 2011

MALAM NI RASA PANAS. GILA PANAS. AVI!


Jam macam ni sepatutnya aku sedang bertungkus lumus belajar memandangkan ni semester ni semester akhir. Semangat pun perlu berkobar-kobar untuk siapkan task. Ceeit!

Malam ni kan.. Malam ni rasa sangat marah! Marah!! Dasar penipu! Ajak speaking patot la tak nak! Cikai rupanya! Tak guna betul! Bangga diri tak tentu pasal. Eh peduli apa! Takat orang kaya macam tu, alahai! Ingat kau sorang kaya? Nak aku gebang harta bapak aku??? Blah ah!

OKAY! BALIK pada topik kita yang asal tadi. Apanya ?

  1. Cuti raya bermula 24, ingat nak menipu lecturer cakap saya balik raya di Sarawak 20hb. 24 tu la dia kaluit nak buat test. Hadoi. Rosak plan . Memandangkan saya sudah berkali-kali ponteng kelas ( disebabkan alasan yang tidak diTERfikirkan.. tido ), jadi sekarang saya tak boleh nak ponteng kerap sangat. Anggap sajalah cuti sakit dah nak habis. Weeeee! Hari -hari kena pergi kelas, walau pada hakikatnya tidur itu lebih enak untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Seorang pelajar yang yang cerdik akan selalu pergi kelas bukan? Ceeit!!!
  2. Waktu tidur saya agak terganggu dengan cuaca yang diibaratkan seperti padang pasir ni. Sumpah tak tipu pukul 4 pagi bangun ada peluh, ingatkan ada love bite free, rasa-rasa macam menitik-nitik. Hadoi! Penat macam ni. Kipas sebesar kipas besi Titanic pun rasa macam pakai kipas tangan nyonya. Memang tak logik pukul 4 pagi berpeluh. Tolonglah sediakan saya E-kon supaya pada keesokkan hari bila saya bangun, losyen masih melekat di badan. Wangi je rasa badan ni.
  3. Makanan di bazar sangat enak. Ayam semuanya besar gedabak. Semuanya seakan-akan melakukan tarian bogel percuma di atas dulang yang tak seberapa nak berkilat tu. Haish! Air liur terbancuh sendiri dalam tekak. Sudahlah ayam tu gebu, gedempol pulak tu!! Ceiit! Sengaja nak goda. Saya puasa! Saya puasa! Azam di hati nak puasa penuh. Bodoh! Mana ada perempuan pertengahan umur macam kau nak puasa penuh!
  4. Rumah! Ya, saya sangat rindukan villa papa. Andaikan saja villa itu penjara tapi lengkap segalanya. Saya bangga dilahirkan sebagai waris tunggal papa. Saya sangat rindukan masakan mama. Serius rindu! Bila dapat ni!!! Na balikkkkkkk!!!! ::((( Saya rindukan waktu masak bersama wanita itu.Sungguh saya tak pandai masak, tapi saya akan cuba masak sampai aktiviti yang saya lakukan itu kelihatan seperti seorang gadis cantik sejati yang sedang menyiapkan makanan untuk ahli keluarga. 
  5. Rumah sewa? Okay! Semua okay! Seronok doh luar. Mesin baju ada, jadi saya akan basuh baju dengan rasa senang hati. Pergh! Cukup 1 bakul, mesin jalan. Kasi mesin wangi-wangi, sidai, lepas tu jemo, lepas tu lipat sampai petak-petak. Hadoi! Seronoknya! Petang-petang menyapu sampah, sambil bernyanyi kecil...Iuuu... Iuuuu... Iuuuu... Macam pontianak harum macam saya. Saya sangat teruja. Tatkala menyapu sampah, hati ini terasa sangat seronok. Kenapa? Macam ada lelehan peluh! Mungkinkah love bite secara indirectly lagi? Tidak! Itu proses penyingkiran toksik dari badan, memandangkan si montel ni jarang exercise, jadi sapu sampah pun.... okay lah!
Cukup untuk hari ni. Nak tido. See? Selesai menaip tido, memang kau baby. Aaaaa comel! Ceeit!

July 22, 2011

CUTI TAK STUDY PUN?



Mengikut ramalan kaji jadual, bermula hari pertama cuti sampai la saat ni, saya hanya menghabiskan masa dengan Brodband yakni aktiviti pemujaan Facebook semakin subur diamalkan. Ini aktiviti utama saya. Makan? Tolak tepi kejap. Adalah difahamkan, selama beberapa hari saya online tanpa henti, kepala naik sakit, bila tidur rasa mata terpusing-pusing. Oh macam orang hilang pertimbangan pun ada. Celik saja mata, tengok blog. Nak tutup mata pun, blog jugak. I wish kalau laptop ni boleh dibawa mandi, mungkin sudah YM dan Skype dengan sukses dalam bathroom. Sungguh addicted dengan menatang ONLINE ni.

Makan, makan, makan.... Rumah saya ni tak ada la penuh sangat dengan snek-snek mahal, sedap.. Tapi once bila dah masak tu, bersusun-susun. Rasanya cukup untuk buat landasan kereta api baby yang colourful tu. Ceit! Siapa yang berkungfu di dapur? Ni muka ni! Muka yang dok menaip ni. Okay abaikan. 

8.00 :Breakfast roti bakar. ( Bakar la sangat kan...)
10.00 : Nasi lemak plak. Ayah ni selalu beli nasi lemak! Umph!
12.30 :Lunch ( Lauk yang bersusun sungguh buat aku tak tahan hawa nafsu)
2  lebih sikit : Cari roti. Roti yang manis-manis. :) Milo. Kalau susu Anlene mak x habis lagi, aku curik! Maaf mak.
4.30 :Rajin sangat-sangat waktu ni. Ni waktu kemuncak nak goreng cucur.
6.30 :Dinner. Dinner kena heavy sikit sebab perut tong macam aku ni memang tong besar, pemantapan waktu malam adalah sangat diperlukan. 

Sudah!

Sedih tak terkira, baru hari ni aku tau  ada ASTRO PELANGI kat TELEVISYEN. Cerita cinta kesukaan saya! Adoi! KETIKA CINTA BERTASBIH  dan DEWI. Selama beberapa hari dok di rumah, jari tak rasa tak p tekan remote. Makna kata saya dah terlepas 5 episod, 5 episod penting! Adoi lagi! Kalaulah , kalaulah, kalaulah saya boleh berpijak di pesantren cinta Tasbih tu. Ermm.! Stop! Berangan.

Aaa lupa nak taip, program belajar secara solo tak masuk dalam jadual ni ya. Padat sangat. Tak sempat nak sentuh buku. MAAF.

Sekian.

July 17, 2011

PONTIANAK BERCINTA DENGAN SAYA ? HOW ?


Apa rasanya bila bercinta dengan pontianak? Ada hati kah makhluk tu? Ke takat waktu siang je hati bebunga bagai nak rak, malam macam jadah hisap darah? Menarik tak bercinta dengan pontianak ni? Pontianak serius memang hensem gila abi tahap gaban la kan!!! Serius cakap! Tapi tu la, waktu malam muka macam hapa ntah. Tak ada gambaran yang sesuai untuk golongan monarki yang berkuasa kuat macam tu. Datang siang mula set target nak kongket kat mana, hadoi! 
Abis kalau anak pontianak nak pegi sekolah kat mana? Takkan nak suruh pegi sekolah waktu malam? Haish! Dah tu nak cari makan kat mana? Dah la makan darah, darah ayam takda hal lagi, nak darah lembu. Tu besar punya binatang rugi kalau meninggal. Baju nak serba putih kan? Nak ada celoreng darah sikit-sikitm nak tunjuk ekstrem sangat merayap malam-malam. Lompat sana sini, mengilai macam  kebulur sangat dah ni, susah macam ni. Mungkin ada kelebihannya kan? Contoh, kalau malam-malam nak keluar shoping beli pampers anak, susu anak, kot-kot teringin nak makan PIZZA kan? da tu jalam jemm, macam mana nak jalan? EH KEJAP! Perluka pontianak ikut lampu isyarat? merah, hijau, kuning? Perluka? Bangang. Abaikan ya,  saya malas nak BACK kebelakang. Nak padam? Ta boleh kan? HAHA

Kalau manusia raya, pontianak macam mana? Nak juga raya! Nak jugak! Raya krismas mungkin....

Okay cukup! Dah menyimpang siur entry ni. Patutnya update pasal besday boy, lain plak. Cinta pontianak ye Fatin? Grrrrrr......!! Apapun aku harap happy ending untuk pontianak-pontianak yang sedang hangat bercinta di luar sana. Moga dikurniakan anak yang comel-comel dan bijak melompat sana-sini sama macam parentsnya. Amin






 OMEY JOURGENSEN
UCAPAN KATA ALU-ALUAN (betul tak susunan?)
Dan kerana HANYA ada 2 orang abang saja. Kamu yang kedua, yang pertama FAIZAL IZANI. Saya sayang anda berdua macam saya sayang anda berdua. HAHA
Genap 24 tahun sudah. Meningkat usia, dan berharap akal kamu juga akan meningkat prestasinya. Ceit!
Moga kelak dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dilindungi dari segala musibah. Kelak dah kaya boleh kongsi duit dengan saya, saya miskin, tak ada duit. Yang ada hanya hati budi yang luhur yang tersedia untuk dihulur.
Dengan harapan kita sekeluarga akan bersama walau apa pun terjadi.
  Teringin sekali melihat kamu berjaya, punya kehidupan yang stabil, kedudukan yang kukuh.
INGAT, JANGAN TINGGAL SEMBAHYANG :))
 

 
DONE.

Selamat malam semua. Mau bobok sama suami. :))

July 01, 2011

MULUT ITIK, PERUT TONG



KEMARIN
Hari-hari dok rumah ni saya makan. Makan. Makan dan makan. Bila masa tak tau nak berhenti. Penat pun ada jugak. Mulut nyut-nyap macam mulut itik! Tension macam ni. Tapi tu lah kan, dah masak sedap-sedap kena la makan. Takkan nak bazir plak. Erm... Ni sepatutnya saya belajar sampai jadi pelajar cemerlang dan terbilang, oleh kerana kefokusan saya terganggu dengan kehadiran makanan-makanan sodap, jadi tumpuan beralih-lah. Susah-susah macam ni. Bila nak pandai macam ni Fatin? Saya harap suatu hari nanti saya akan sedar betapa pentingnya belajar. Eeee sudahlah!

HARI NI 
Kan dah cakap aktiviti saya sepanjang cuti makan! Lagi mau tanya ka! Hadooi!


ESOK, LUSA, TULAT
Haish! Tatau! Tatau! Tatau!!!! Ahad ni balik Arau kan? Selasa saya pulang semula ke banglo ni. 
6 Jun sampai 10 Jun. Saya tak ikut trip pergi KL meyh. 

WITH




Babai o_____O

June 28, 2011

CAK! DAH TIMBUL BALIK O__O


Hari dah pagi, malam dah terang, siang pun datang.. OK cukup untuk muqadimah.

Sibuk memang gila abi la kan bulan pertama ni, sebenarnya tak la sibuk sangat seperti yang diuar-uarkan. Tapi oleh kerana kehidupan yang didasarkan sebagai NR, kehidupan menjadi sangat sibuk gila. Penat der... Balik dari kelas dah penat :( Malam kalo rajin keluar makan, balik dari makan dah sah la I tido. Sebab baby macam saya memang perlukan rehat yang cukup+secukupnya untuk hari menempuhi perjalanan hidup yang ekstrem ni. Erm... Apa ntah.. Eh serious penat ah!

Saya perlu beli benda ni ... :
  •  Kasut bertutup untuk tutup kaki dan ibu jari dan anak-anak jari. Ini kan untuk trip FUTURE AND OPTION. Ini memang tak pernah2 aku buat. Dari sem 1 pergi kelas pakai selipar je pun, dan dengan itu adalah dikhabarkan bahawa kaki saya ada huruf V. Kesan cahaya UV matahari. Memancar sungguh! Ni kala saya hilang cari huruf V di kaki okay. Cukup!
  • Nak beli meja bulat, nak duduk bawah, nak study. Tak mo dok atas, kaki tegantung, lenguh urat-urat sendi. Tak perlu nak pakai ubat urut segala bagai, all I need is KUSYEN empuk untuk bersandar. Done.
  •  Siapkan diri untuk pergi trip. Yeay!! Makan angin lagi!
Rasanya sebelum ON lapy tadi banyak benda nak tulis, the end ni je ek? Okay, tidak mengapa. Sekurang-kurangnya ada inisiatif untuk maju dalam dunia penulisan blogang.

Na tulis lagi.... Erm.... Tak ada idea....

June 13, 2011

HARI PERTAMA MASUK SEKOLAH


Baik hari ni hari pertama pergi sekolah, naik bas sekolah, turun di sekolah. Ini a.k.a bas UiTM la, al-maklumlah sekarang dah tak duduk dalam UiTM, sewa rumah luar la. Ini pun turut dinamakan sebagai pelajar NR sama erti dengan NON RESIDENT. Okayh! Cukup berdikari sem ni.Pergi kelas pukul 7, padahal kelas mula pukul 8.30. Hah merendek kat tepi jalan tu dalam 30 minit, agak penat pergi cari makanan. BTW pagi-pagi buta saya sudah melantak nasi goreng. Tengok! Tengok! Macam mana badan tak montel! Tak apa, hari ni je makan nasi goreng awal pagi buta.

So far, kelas baik. Cuma tu la...Penat kot NR... :))) Merungut!

Ok dah.  Senyap.

BYE


May 28, 2011

12.19 AM


Saya harap ada benda nak ditulis.

Tunggu, PAUSE.

Tak ada juga.

Tunggu lagi. 

Pun tak ada.

Lipat kain lah.

May 26, 2011

MY HALF



THE CHOOSEN ONE.

SIAPA?

THE RESULT MIGHT BE UNPREDICTABLE.

WATCH OUT!


May 14, 2011

RANDOM WRITING


Dear the most cutest watermelon chiquita,

       Hola!!! I just came back from far-far away village, Kodiang. HAHA. Seperti biasa this evening I went to the village looking for some traditional medicine.Ouh! What for bebayh?? Itu ubat mestilah untuk menyembuhkan segala jenis penyakit. Tidaklah untuk memasak tom yam okeyh? Vodoooooo!!

       So far journey tadi agak menarik, mana taknya sepanjang jalan tu I have someONE SMS saya. Eeeee!! Suka-suka.....!! Last nite he bought me Low Fat Milk, itu susu Dutch Lady. Tau? 1 kotak derrr..... Memang ermm!! Since balik dari kampus tu, da 2 minggu tak minum susu, then I feel awkward lah sebab usually once in a week saya akan beli 1 kotak susu tu. BTW,susu tu adalah minuman kesayangan saya O___o...

Belajar masak tak susah sangat sebenarnya ek?

Kemarin sudah belajar masak asam pedas okay! Asam pedas, dan rasanya sangat enak. Okay la tu untuk first time masak. Wak lu! Hari ni saya masak ikan bakar. Pandai tak? Pandai tak? Ngeeeee...... Saya sangat membanggakan diri sekarang! Ouh!!!

Bangun pagi, sapu sampah, sidai baju, sarapan dan melakukan segala kerja rumah. Seronok la jugak kan walaupun aktiviti  ni mungkin dianggap aktiviti perempuan kampung. I don't mind lah. Setiap orang tak sama kan? But ini cara saya, memasak memang awesome! Nak tunjuk baik la ni ha? Tak yah!

Next for tomorow is DUMPLING. :) Okeyh tadi siang pegi shoping barang dapur. Baik, kuasa sekarang ada di tangan saya. Di bahagian dapur 100% milik saya. Dimonopoli oleh perempuan nih!

Sudah2... Rasa macam post entry apa2....

Saya beransur dulu.

May 12, 2011

FOLLOWER DAN KOMEN






Bertemu lagi kita dalam rancangan masakan memasak bersama dik manis.... FIQAFI! Umpph! Harini x belajr masak, kita belajar membakar jer. Vodo la hang, goreng tu kan masak. 

Weh! Bapak gila sejuk nih! Ni kalo melingkup atas katil, bawah selimut memang syiiookk doh!!! Gila bapak la kan dok plak dok dalam ekon, grrrrrrr...Ngilu rasa gusi tahan beku.. Pergh nak cakap menetap di Kutub Selatan tak , tinggal di London jauh sekali, hanya di Bumi yang berada di atas garisan Khatulistiwa. Boleh la dikira bertuah sebab hujan rajin turun.

Nak cakap sikit hal FOLLOWER ni... Cetengok follower dah seratus empat puluh dua-sa ORANG. Statistik komen tak jugak naik. Ni folow semata-mata nk suruh aq folow balik ke? 

Dan, mengikut statistik FEEDJIT, ade je makhluk yang hinggap kat sini. Tapi x d pun komen? Maleh da nak folow balik. Itu tak kisah la. Tapi kalo follower ramai, komen takbanyak nak buat apa? Betul?? Macam tak berguna. Ceeeii!


Lagi-lagi no yang kat atas tu, yang bawah iklan Advertlet tu, dalam sehari ada la dalam 8-10 orang merayap kat blog bengong ni, tapi tak de pon komen?? Agaknya blog bengong perlukan sentuhan Eric, baru nampak meriah. Perlu letak sofa? Vodo lagi hang!

Banyak da blog yang saya tengok follower mencecah sampai ribuan tapi komen tak mencapai tahap yang di-TARGET. Kenapa? Suka ya follower ramai? Suka? 
Haih!! Benci sudah.....

Ada Dua Orang Pak Cik Datang Rumah. Sangat bising suara dua ekor ni. Datang -datang cari ayah, ayah keluar la pacik. Mana saya tau ayah pegi mana. Orang dah cakap tak tau, lagi jugak dia tanya. Rasa macam nak lempang je. Pacik ni aku tembak jugak kang Ayyyyyammm!!!

Dah sampai depan rumah tu ce bagi salam, 2-3 kali. Lebih dari 3 kali kalo orang tak jawab jangan bagi da.  Sebenarnya aku ade je dalam rumah. Malas nak bangun, sakit lutut. Fatin hati busuk! Tidak, bukan niat nak busukkan hati. Dah sakit lutut nak buat macam mana. Urat -urat ni cekang . Awat tak tau! Ni kesedaran dan adab-adab bertandang ke rumah orang. Jangan terpekik macam serigala hilang hubby. Cis! Da la cakap sampai hujung dunia dengar. Ah! Dah aku geram , aku jerit balik....

"Ah! Ayah tak ada! Awatnya!"
"Awat nak nombot ayah ka?"
"Sat nak tengok!"
"Nah salin no ni.....&(*&*(!&!(! Pacik padam balik! Salah nombot. Ambik yang ni plak"
O____o
HAHA
Geram kot...




May 05, 2011

BANYAK YANG JADI... TAK SANGKA...


FINAL EXAM

Final exam agak mencabar. Bukan agak tapi memang mencabar tahap keimanan aku. Benci soalan exam! Dah study past year question, soalan yang selalu naik pun au stdy jugak. Sanggup beli buku baru semata-mata nak buat latihan baru. Alih - alih soalan yang naik memang PEEERRGH!! Syatda dow!!! Hebat.. Semua soalan adalah di luar batasan, semuanya memerlukan kekuasaan, kebijaksanaan, ketangkasan dan bla bla bla lah! Benci! Tak suka!!!Kalau tengok balik soalan yang lepas memang sakit hati sangat gila la. Soalan yang naik tu macam aku ni budak genius. Ish, tak kisah la kalau nak buat soalan susah pun, tapi masa kena betul la. Ini nak kena kira Ratio dah dekat 45 minit, bapak la kan! Ayyyyaaammm!!! Ratio semua ada 26 jenis kena kira... Dah elok dok jawab soalan tu, masuk pulak pensyarah yang TERcomel, kenapa puan masuk? Sebab nak betulkan soalan. Soalan negeri Johor bermasalah problem!HHHaaaiiishh!! Patah balik ke belakang tengok balik tang mana tak kena tu. Padam lagi. Nasib aku jawab pakai pensel picit, kalau pen. Jenuh nak tunggu kering. Sudah la kipas tak ada, nak harapkan air-conditioner memang ERM.... ERM..... Keluar dari dewan, semua mencarut. Masa tak cukup la, soalan pelik la dan sewaktu semaksud dengannya. Tension!!!

Tapi, tapi... aa aa aa... ! Dengar dulu, belum habis lagi ni! Dengar! Ada sesuatu perkara yang membuatkan saya selalu berasa senang hati. Padayapa? Ya, aneka jenis makanan. Apa tu? Cadburry, Ferrero Rocher, Butterscothc ah ada lagi la jenis-jenis yang lain. Itu, setia sangat temankan saya. Kenyang perut baru senang ilmu masuk. HEHE

Sudah, kita tinggalkan final exam. Benci ah!

I'M ON CUTI!!!! Hooyeh!!

I likee this moment! Ini adalah waktu yang teramat dan paling bermakna dalam kamus hidup seorang pelajar. Kenapa? Owh! Kalau waktu belajar, cuti memang panjang, Macam budak sekolah jugak. Panjangnya cuti... Suka lah! Apa aktiviti budak montel sepanjang cuti? Owh ! Kalau aku...? Mestilah menguruskan rumah. Bapak! Ni memang hobi I. Yelah,biarpun rumah aku tidak seGAH istana William-Kate, tapi bersyukurlah dengan apa yang ada. Jangan meminta lebih, kalau nak usaha sehabis mungkin. Biar putih tulang, jangan putih mata. Kalu putih mata hantu. Ngggaaaaaa........ Ini kalau aku dekat dengan dapur tak bermakna boleh SAJA ya fatin? Ingat sikit awak tu perempuan, mana boleh bulat sangat.  :)

Rumah memang tempat paling tenang, sangat damai dow!!! Ni kalau kat kampus sesak nafas tengok ramai orang. Nak makan, jalan beberapa langkah saja, kini anda berjaya mencapai aneka makanan dalam refri. Kan? Dasar pemalas!

KELUARGA 


Ini PENTING untuk diceritakan. Mak aku dan buah pinggangnya. Buah pinggang sebelah kanan hampir 100% hilang fungsi. Proses pencernaan yang sepatutnya berlaku di sini tak dapat berjalan dengan lancar. Patut last aku balik hari tu mak nampak lemah. Tapi masing-masing bijak sembunyikan cerita kan? Hebat lakonan. Yang penting suara waktu kol. Suara ayah memang tak rasa macam sedih, mak pun sama. Bunyi macam sihat.

Agak tersentuh bila waktu aku final, mak ayah datang ke kampus dan cakap " Tin, esok mak nak balik Sarawak."
Ha? Kenapa tiba-tiba? Kan selalunya kita balik sekali, ni kenapa tinggal Tin? Pelik jugak. Dah agak ada benda yang tak betul, tak kena, tak sedap hati. Tapi tak mo la nak syak sesuka hati.

Masa tu aku ada lagi 4 paper. Bayangkanlah! Sudah ditinggalkan mak. Terasa sedih yang amat. Aku dah mula give up. Aku dah niat nak GAGALKAN paper. Teruknya only GOD knows. What a damn bad moment! My life seems to be too weak. Otak  aku stuck :( At the moment my mom call, aku letak without saying SALAM wHY? Sebab aku terlalu sedih. Mak degil tak nak cakap apa penyakit dia. Tetap nak simpan rahsia.

Bila balik rumah, baru aku tau buah pinggang mak sebelah kanan rosak. Thats why mom always lemah and demam terus menerus. Dekat sebulan jadi macam tu. Mak masuk hospital pun aku tak tau. Teruknya aku! Sepatutnya aku dah boleh baca papa yang jadi. TERUK! TERUK! Dah berapa tahun kau bernyawa Fatin! Biul!!!


PERSOALAN : DI MANA BOYFRIEND SAYA? 

Dia tak ada. Dia pentingkan diri. Waktu mak tinggalakan aku, aku jatuh. Semangat hilang. BF langsung tak pedulikan aku. Sikitpun tak peduli. Aku jatuh sebab tak ada semangat, aku jatuh sebab mak sakit, aku jatuh sebab final exam memaksa otak aku untuk bekerja dalam keadaan terpaksa, aku jatuh sebab rindukan mak ayah,. Sungguh aku jatuh. Sedihnya bukan kepalang dengan apa yang terjadi. Semua tu aku lalui sendiri. Cekalnya hati nak tempuhi semua tu bukan senang. Siang malam menangis berdoa supaya dilindungi ibu ayah aku. Tak putus-putus doa. BF MANA? Tak ada.

Maaf, I'LL NEVER FORGIVE YOU.
 ..
..
.. ..
...
....

Tapi, I miss someone. :(



SEKARANG 


OWH! Mobile phone saya tidak lagi berdering kerap seperti dulu. Sudah sunyi. SMS pun jarang dapat. But! Ada la seseorang yang sudi menghantar MMS , tak kira masa waktu, suka hati dia nak hantaq, Ceeitt! Tengah malam boleh dia ucap "HOTLINK SEND YOU A SPECIAL MSJ"... Wak lu!!!. 


Haiishh! Kacau dow malam-malam nak tido. Tak cukup malam siang lagi dia hantar. Tapi tak pernah saya balas.
Tak suka.

Hidup lebih tenteram, tak perlu fikirkan hati sapa-sapa!! Argghh!! Mari saya isytiharkan saya sudah single!!!! Wahh!! Hooyehh!!!

SARAWAK 
Kata mommy, hujung bulan ni kita balik Sarawak. Ok mom! No hal lah. Baik, hujung bulan.




April 08, 2011

NEVER THINK


Saya harap kamu teman terbaik yang pernah saya ada. Kamu buat saya tersenyum, buat saya rasa senang dengan kamu. Kamu lucu! :) Saya suka kamu sebagai seorang sahabat. :) Kamu juga baik, tak kedekut :) Kamu selalu diam bila that rascal making shiiit with us. But then kenapa kamu seperti proud to tell everyone that u owned what we UNowned. Kenapa? Even I'm your FRIEND that always stick with u, kenapa saya sekali terkena? Kejamnya kamu. Kamu selalu buat saya rasa rendah diri dalam diam. Kamu pandang rendah pada saya? :( Sedihya, kamu sahabat saya. Saya kecewa dengan kamu.

March 05, 2011

Happy Angan-Angan To Me


This weekend would be the last time I have much time to playing. Because for the next day after I will spentt enough time with books. Study is suck! But for my future, I have to. I have no time to look around and fooling myself with terrible games. Though I just  fall in love with a new hobby but I must give full attentions to BELAJAR.

Act petang ni ingat nak upload gambar wedding of me.

Hasil angan-angan saya sebelum tidur. Nak di adaptasi dari angan-angan ke dunia blog. Boleh berkongsi..
Udah ler Tin, angan-angan saja.... Belajarnya idak.... Pemalas...!! Bukan pemalas, aku banyak masa terluang, jadi itu adalah cara yang berfaedah untuk mengisinya. Fikir tentang masa depan dengan berangan, dan kemudian aku akan berusaha ke arah tu. Arah kegemilangan perkahwinan.


"Lakaran wedding of me"


Hantaran 15 dari pihak lelaki, dan dari pihak aku, suka hati nak balas berapa. Mintak barang-barang murah jer....
Barangan Chenelle 1 set, beg Prada 1 je, set barangan kemas Rafflesia 2 set, 1 bentuk cincin tajaan Habib Jewel, Set sutera China edaran Jakel 3 pasang, rumah kalau tak mampu nak sewa beli pun ok jugak. Mahkota di hari persandingan minta beli yang dari D'Glamz.. Kalu boleh design baju nak yang biasa-biasa saja, misal kata Radzwan Radwil yang design. Ok la tu, butik Kak Pah mahal sangat..

Khema kahwin tak perlu beli la, mahal nak sewa. 1 khemah = 200. 5 Khemah dah RM 1000. Nak senang kita buat kat dewan, murah jer. Invitation kad pun jimat, makanan jimat. Semua jimat.. Jimat la semua!

Dah!! Dah!! Gediknya!!



March 02, 2011

NEXT PLAN


Sekarang dah rasa boleh bernyawa sikit... Sibuknya minggu ni memng bagai nak rak! Naik serabut bila fikir neyh!
Malam tadi pulun nak test hari ni, masuk je kelas aku jadi blurrr. Habis hilang semua yang aku aku study.
Ni dalam sejarah aku lupa formula. Dalam final pun tak pernah jadi macam ni. Hari ni memang dahsyat la!

Baik, berikut adalah aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung :


    1. 12 / 3/ 2011 --> INVESTMENT GAME
    2. 21 / 3 / 2011 --> DINNER ( part aku organize)
    3. 24 / 3/ 2011 --> TEST FIN 327
    4. 28 / 3 / 2011--> TEST HR
    5. 27 / 3/ 2011 --> SPORT DAY INVESTMENT
TAK BANYAK MASA DAH NI..... Bila agaknya boleh main-main ni... ?

SEKIAN REPOT untuk hari-hari yang depan.




February 23, 2011

Benda Baru Dalam Hidup SAYA


Sapu-sapu! Banyak sawang... Busuk dan berhabuk-habuk.... Gatal hidung... Acchhuhh!!

Dah dekat 1 bulan tak post entry baru. Ini yang latest  ya   MALAS YANG AMAT. Tambah lagi dengan kerja yang sentiasa dilonggokkan, aku jadi berat jari nak menaip. Blog ni dah rosak sebenarnya. Gadget-gadget yang aku penat-penat susun tu semua hilang. Habis semua dah. Haiish! Tak ada masa yang cukup nak melalak depan lapy lepas tu copy paste segala mak nenek kod-kod tu. Sekarang, blog ini suci dari sebarang gadget.

Agak sedih bila benda yang aku penat-penat buat tiba-tiba hilang dalam sekelip mata. Nak edit bukan senang,nak susun lagi. Perrghh!!! Memang *)(*)_(+)()()(@/@(!331313 lah!

Baik,agenda pertama ialah.....

Since 2 weeks ago, I HAVE NO APPETITE. Selera nak membaham makanan hilang. Totally hilang. Pergi kelas pukul 8, balik pukul 4.20.... Dalam jangka masa ni perut aku bersih dari sebarang apa-apa bentuk makanan. Bagaimana seorang si montel boleh ikat perut dalam jangka masa yang lama? Ada la satu hari nak puasa kan, malam tu aku tak sahur,petang tu makan pon tak. Da la tak makan,teguk air pun tak. Puasa apa benda mcm tu. Erm... Bangun pagi cekang je  rasa.

Waktu tidur kurang. Kalau sebelum ni waktu tidur aku bersamaan dengan waktu tidur bayi-bayi di Malaysia. Sekarang lain okay! Siang,masa yang diperuntukkan untuk tidur adalah lebih kurang 30 minit. KONONNYA L.. Malam memang hebat!!! I tidur pukul 4 pagi. Bangga!! Bukan setady okay! Masa itu aku akan berguling-berguling dan terus berguling sampai terlelap. Masalah.......

Waktu mandi yang dulunya diSET pada jam 6.30 kini meningkat secara purata kepada jam 9.00. Ini waktu subur untuk ibu-ibu mengandung mandi. Waktu ni kalau mandi memang suhu badan akan berada di tahap beku yang amat gaban lah!! Kalau waktu siang,tak tau nak buat apa aku akan mandi,shower,shampoo .. Dalam erti kata lain membersihkan diri dari segala najis _ najis.. Badan dah wangi-wangi baru boleh senyum, tidur pon dalam keadaan aman sentosa. haaaaa T...........T


Buat masa sekarang aku sedang berusaha dengan gigih dan jayanya untuk menyingkirkan perasaan cinta. I'M SINGLE. Aku sedikit teruja dengan dunia single  ni. Hati girang,boleh buat apa yang aku suka. OWH MY WORLD!! I'm alive! Tak perlu fikir nak jaga hati sesiapa pun. Tak perlu kawal diri nak kawan dengan sesiapa pun. Proud to be single. Hooo yeh!!

Dah la, nak out. Bubye...