SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

October 02, 2012

TUDUNG


Seseorang yang lahir sebagai seorang perempuan akan kekal sebagai seorang perempuan hingga ke akhir hayatnya. Begitu juga dengan lelaki, kekal dan tidak pernah akan berubah. Jika yang berubah itu, wallahualam. Berserah saja pada Nya.

Usai solat Zuhur, tiba-tiba aku fikir lagi tentang apa yang terjadi. Sungguh aku masih terasa dengan kata-kata dia. Aku tak terfikir langsung  hijab yang aku sarung, dipersoalkan. Terasa bodoh pun ada, terasa dipermainkan pun ada, rasa macam digelakkan pun ada. Seboleh-bolehnya , janganlah hijab yang aku sarung ini dipertikaikan. Kemudiannya di-relate kan dengan sikap aku. Itu akan memalukan aku. Jujur aku cakap, aku malu dengan setiap baris ayat dia.

Ada hikmah bila dia mengungkit soal aku bertudung. :) Terima kasih di atas peringatan kau, AzwinAzman.

Bila mula-mula kau persoalkan tudung yang aku pakai ni, aku rasa otak kau tak berkembang. Kau boleh ungkit hal lain, tapi tudung yang aku pakai jugak kau ungkit. Rasa macam kau dah hhabis point nak tembak aku. Bila aku baca status kau, aku bosan tau. ::) Tapi tak mengapa, dah setakat tu je kau boleh berfikir nak buat macam mana. Apa kata kalau aku kata rambut kau keras macam dawai? Karat plak tu kaler rambut kau. Hodoh eh! Plus dengan baby face kau tu, annoying tau. Enough-enough. Kalau aku lawan kau, itu tandanya aku bodoh  jugak. Lets think more deeper and think positive. Baik, aku ambil kritikan kau pada tudung aku sebagai cabaran untuk betulkan diri aku. Enough Fatin. Proceed to my view..

Dan sepatutnya bila aku berhijab, sikap aku terlindung. Bebas dari segala perkara-perkara buruk. Kerana tudung yang menutup itu aku bukan sekadar  menutup rambut, walhal ia sebenarnya menjaga maruah kita sebagai seorang wanita Islam.

Tudung itu menjaga hati dari berprasangka buruk, menghalang telinga dari mendengar perkara yang tidak elok didengar, menjaga mata dari melihat yang tidak baik dipandang, sekalian menjaga tutur kata supaya tidak lancang berbicara. Baik luaran atau dalaman, itu lah hikmah apabila kita wanita Islam bertudung. Aku tau, aku tau. Tapi tak amalkan. Aku pulak bodoh,  tapi tak buat.

Paling penting untuk menjaga kesucian kita, sebagai seorang perempuan.

Malam pertama aku bersama suami, pasti aku akan hadiahkan dia hadiah terbesar yang aku ada. Teka? Alhamdulillah, "she's" still with me, and taking good care of  "her". I'm not proud dengan apa yang aku ada, just wanna share in this online diary, whats inside me and and outside me. With hijab's, now I'm more confident to face with all possible. HEW

Sekali lagi aku ucapkan terima kasih pada AzwinAzman kerana menyedarkan aku banyak buat silap dengan keadaan aku yang berhijab. InsyaAllah aku akan perbaiki diri. Masih ada peluang kan?

Aku akan anggap kehadiran kau sebagai satu kenangan yang  indah walaupun sebenarnya kehadiran kau buat aku sakit hati. Ishhhh!

Sudah-sudah.



Half conscious writing.