SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

Showing posts with label UiTM PERAK. Show all posts
Showing posts with label UiTM PERAK. Show all posts

May 12, 2012

YAY! CUTI...!


Fuh! Syok sungguh main-main pergi kelas. Main-main keluar kelas. Main-main waktu dalam kelas. Oh! Itu memang perkara bagi aku. Aku memang suka berpeleseran pada waktu yang tidak menentu. Andai kata esok aku ada 2 test, malam ni aku masih lagi berkeliaran dalam kawasan rumah. Aku boleh cipta jadual sendiri, nak ambil test esok atau kemudian. Kalau kemudian, aku kena ambil seoranglah. Sebab coursemate yang lain dah ambil dulu. Dan, perlu aku uarkan bahwa aku sangatlah menghargai aktiviti membuang masa tengok website shopping. Haih! Sungguh lah aku memang kurang menitik beratkan soal pelajaran. Eh tak! Aku masih waras okay. Aku masih lagi sibuk nak belajar untuk final. Itupun semata-mata nak final lah. Kalau tak final memang harroomm nak tengok aku mengadap kitab-kitab ekonomi.

Baik, hari ini aku pulang Kedah. KEDAH. Okay, faham tu? Pulang KEDAH, bukan pulang PERAK. Perak tu memanglah bukan tempat kegemaran aku. Sumpah aku rasa tak seronok. Satu perkara yang aku seronok pasal bila ada di Seri Iskandar ialah peti ais di rumah sewa. Sumpah aku cakap. Waktu  aku minum Juice Orange Tropicana Twister tu, terasa sangat-sangat bahagia yang over! Aku nikmati setiap teguk air. Mak aih! Air paling sedap kalau na dibandingkan dengan nasi tau. Tahukah anda cuaca di SI sungguh melampau-lampau panasnya? Tahukah anda bila tidur waktu malam aku rasa macam tidur dalam ketuhar? Tahukah anda satu-satunya tempat yang sejuk adalah ruang tamu rumah sewa aku? Tak tahukan? Biar. Tapi.. Aa..Aa... Anda semua tidak akan pernah tau bahwa aku ada sekaki kipas yang halakan betul betul depan muka. Yakni kipas yang aku letak atas katil single aku, dimana 1/3 ruang pada penghujung kepala aku khaskan untuk kipas keluaran Singer. Kipas itu yang aku anggap sebagai penghawa dingin. Kipas yang kadang-kadang buat rambut aku jadi kusut, macam rambut yang diikat dengan ribbbon. Ya ampun bila bangun pagi jenuh nak ungkai satu-satu. Rambut aku sudahlah kering macam dawai. Well, rambut yang tidak dipakaikan conditioner memang macam tu. Macam sakai.

PAUSE.
Okay cukup.

Sebenarnya bukan itu agenda yang nak disampaikan. Agenda utama yang hendak dikhabarkan ialah aku dijemput untuk menghadiri majlis adat istiadat konvokesyen yang ke -76. Aku batch  yang ke-76 okay. Yet, aku masih lagi dalam lingkungan yang agak awal menerima scroll. Kan? 76 tidaklah sejauh mana pun. Selagi belum cecah angka ratusan, dan tetaplah aku dikira sebagai antara batch yang terawal. Walaubagaimanapun, UiTM sudah lebih satu dekad! :) Clap  my hands!

Baik, sempena untuk menghadiri majlis bersejarah tersebut. Aku dan insan-insan yang terlibat telah sedaya upaya untuk mendapatkan tandatangan dari pensyarah yang berkenaan. Apa namanya.. Ya!! Borang pengecualian kuliah. Aku, Adele, Azreen, Dena, Aina, Nazirah, Ifa... Sapa lagi eh? Cukup la kot. Nak dapatkan sign bukan senang. Bila dah dpat tu, borang tu aku tertinggal dalam bilik. Aku confident keluar bilik heret beg roda, ingatkan borang tu dalam fail. Dah setengah jalan baru ingattttt aku tertinggal atas katil!! OMjay!!!!!! Nak patah balik?? Memang tak la. Jom teruskan perjalanan. :)



Adele!
Aku baru ambik sekeping gambar dia.
BATTERYEXHAUSTED.
Okay fine.
Meluatttt!

Eh lupa nak huraikan brooch kat atas tu. Tu aku beli. Buang duit. :))))

April 30, 2012

ADA APA DENGAN RUMAH ... ?






Huaaa!!!! Huaaa!!!
Cak! Tekejot tak? Terkejut tak?
Tak eh?
...


Erm..
Tak apa. Aku pun tak terkejut jugak lah macam tu. Hueeeee :(
Besar pulak date di situ. Haih, abaikanlah. Asal nak upload gambar je mesti ada kekangan. Payah.

Well, cuti 10 hari dah tamat. TAMAT. End. Sedih, sebak di dada, dada yang penuh dengan ilmu. :( Tak mau balik Perak. Tak mau. Tak mau tahu!

Aku seronok di Kedah. Aku seronok  berpoya-poya dengan FB, seronok berpoya-poya dengan youtube. Seronok macam tak tahu nak ekspress macam mana. Seronok macam nak angkat skirt ni. Seronok baq hang! Aku suka sangat petang-petang, lelaki kegemaran tolong petikkan buah jambu air, kemudian dilonggokkan atas meja depan mata ku. Suka sangat situasi pabila diri disua-sua dengan makanan. Cuma bezanya suapkan ke mulut sendiri :) Kalau ada suami pastilah aku akan berada di atas ribaan dia.

"Abang-abang, ayang nak jambu. Abang tolong buatkan sambal nak cicah boleh tak bang?"
>o<

Tak jauh pokok jambu air ni. Dalam halaman rumah jer. Hulurkan tangan, goncang-goncang batang pokok. Mesti dia gugur. Mencurah-curah. Sebab pokok jambu air ni sensitif, dia tak boleh tergerak secara tak sengaja. Dia sensitif dengan sentuhan. Tak percaya? Cuba pergi tendang kuat-kuat pokok jambu air. Mesti jatuh segerombolan.

 Bunga ni.. Bunga ni batang dia tak cantik, daun dia tak cantik.Tapi bunga dia cantik. Aku suka warna ni. Tidak terlalu over pink, ni kaler pink mekar. Tahu? Kau tak tahu. Kau tak faham, aku tahu.

PAUSE.
Abaikan.


And Now!! With big of my heart! I present to you "Lelaki Kegemaranku"
Clap your hand. Clap your hand!


Duduinkkkk
Duduinkkkk
...
...

Ehheheheh! Ayah! Suka mencangkul. Cangkul sampai tinggal tanah botak.Tak sempat nak curl-kan rumput depan rumah.


 Hek!Hek! Selamat pagi cikgu!

 Pelam cherry depan rumah. Sudah aku katakan, rumah aku dalam dusun. Nak buah apa lagi? Cakap saja.
:) Terima kasih, dulu ayah tanam pokok bunga. Sekarang pokok buah. Tulat, tanam sayur pulak. Seterusnya tanam dinosour ye ayah.
.
.
.
.
.
.
..

.




------&; Besok balik Perak dengan Adele. Aku tak suka Perak. Babey.

Selamat Malam.

April 20, 2012

FIRST MID SEM HOLIDAY WITH ADELE

....
...
teettt..
...tettt..
teett.....

Berdasarkan tajuk di atas, dapat la disimpulkan bahwa sanya, saya cuti 10 hari + cuti buat sendiri 2 hari. Memandangkan hari buruh bekerja jatuh pada Selasa ni, 1 MAY 2012, jadi cuti tambahan tu saya buat sendiri. Sebenarnya tak ada kelulusan dari pihak lecturer, namun aku gagahkan diri jugak, aku cekalkan hati nak ponteng kelas Arab. Tapi.. Er.. Er.. Sakinahtul kena balik Seri Iskandar hari Ahad sebab Isnin tu dia ada presentation. So saya perlu solat istiqarah kot nak balik bila? :) Aku presenter yang ke 35 (semua 41 presenter). Bangga ooohh. Boleh tengok ornag present macam mana. Then aku akan buat lebih dari mereke-mereka. Ada gelodak rasa proud di situ. Cait.

 Baik-baik. Jangan melencongkan diri dengan pendahuluan yang tak related dengan entry ni. STOP.

Ehem! Pada peringkat awalnya Adele dah rancang nak bertolak balik Kedah lepas habis kelas pukul 4.30. Memandangkan kelas hari kamis tak ada( hari lahir sultan Peraks), jadi Rabu tu dah boleh balik. Kelas hari Jumaat burned. HAHA.Suka sangat-sangat.Lecturer QMT sangatlah kerek baq hang! Aku setiap kali nak masuk kelas dia mesti migrain. Cait. Perasaan relax tu dah tak ada. MATI die I. Hey salah taip lagi. Baik-baik. Mara lah kita ke arah tujuan sebenar.

Tup-tup petang Rabu tu hujan turun macam tak mau-mau berenti dah. Eshh! Ingatkan hujan 30 minit ka kan, ni dak wuih lama baq hang. Dan--Dann..-- Daann... Bila sampai rumah sewa dalam jam 4.45 tu, hujan makin lebat. Tak nampak jalan. Kelabu sungguh langit. Dengan pokok bergoyang-goyang macam tengah bye-bye, dengan putih nya. KUSsemangat. Okay, aku dengan DayanaDoli lupa bawak kunci rumah. Lalalala. Sing a song to me! Ergghh! Tension bangang. Actuallly aku tak lah tension sangat. Cuma petang tu kan dah set nak balik Kedah, so bila plan tak jadi rasa hampa dan merana lah. Mungkin ada hikmah bila tak boleh balik. 

Petang tu hujan, kilat, petir,  dengan bekalan api memutuskan pertalian dengan rumah kami, memanglah dahsyat. Horror afternoon tahu??? After 20minit tu Mama Shida balik hantar kunci. Thanks a lot Mama. Lepas hantar kunci Mama keluar semula, kemana tak tahu aeeh.

Luckily selepas 15 minit kami masuk rumah, satu bunyi kuat terjadinya di situ. Anggap sajalah satu bunyi letupan bom. Memang lah tersangat kuat. Ya ampun nasib Adele dgn DinahDoli ada. Kalau tak aku tak tahu nak nyorok muka bawah ketiak sapa. (Aku termacam nampak satu bebola putih depan mata masa tu. Lepas tu meletop. Macam tu lah. Sumpah tak bohong macam selalu.)

Dengan redha, Cika, Adele, DinahDoli, and Sakinahtul  DECIDED balik hair Khamis sajalah. :)
Allah lebih mengetahui apa yang bakal berlaku, mungkin ada hikmah aku dengan Adele balik lambat.

KHAMIS PAGI 10.30 PAGI

Aku bangun Subuh pukul 7.00 pagi. :) Tak sengaja. Tapi aku solat jugak. Tak sengaja, tak sedar. Subuh memang aku liat banyak. Kunci jam tu macam tak berguna. Sila baling jam tu ke dinding. Lepas solat tu aku kemas barang. Masa tu kelam lagi lah dalam rumah. Aku dalam keadaan lali tu niat nak ambil baju atas sofa kat ruang tamu, tertiba aku nampak bayang-bayang hitam. Besar doh! Aku patah balik. Aku masuk ke bilik semula, aku tekup muka. Cilakak besar nak mamfus objek tu. Erggh! Aku atas katil aku pikir, hantu apa yang office hournya pukul 7? 

Aku bangun balik, aku jalan slow-slow. Aku jenguk sikit-sikit makhluk tu. Ada. Dia kat situ lagi Aku mara lagi ke depan. Aku tengok dia bentuk segi empat ada 2 batang di tengah-tengah. ........ Mama Shida punya penyidai. Aisshhhh!! Orang tua  ni dia angkut penyidai dalam rumah!!!! Panjat gugurl!!!Mesin rumah kami rpsak, tuan rumah malas nak baiki(tak prihatin. dah banyak kali bagi tahu. Bila bagi tahu  tuan rumah buat muka dahi berkerut. Macam teruk sangat masalahnya). Jadi Mama Shida hantar ke dobi lah. Aku spin pakai jari-jemari. Rajin tak? Rajin tak? Itupun ada lagi air meleleh. Okay Cika dah berani pi kat sofa. Aku iron baju  maxi hijau, lepas tu sambung bobok. Tapi serius  aku cuak tengok penyidai Mama Shida.

PUKUL 9.30. ADELE KOL. SIAP. BERANGKAT-BERANGKAT.

Dalam setengah jam selepas kami bertolak tu, kami berenti makan. Adele punya menu sedap. Sedap. KEDAH PURE.

Ni menu Cika lah. Keli bertemankan pucuk ubi masak lomak. Sedap doh ikan tu. Pandai mak cik muka kelat masak.


 Menu ADELE. Sedap. Aku rasa aku ada melintas kat kedai ni, tapi tak nampak ada gulai ikan ni.
.
.
.
.
.
.
.
Ada benda dalam pinggan tu yang aku suka.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 Bilis ikaaannnnnnnnnn dan sambal belacan :)
Slurrrpppp! Ni kalau dapat ni minum Milo ais plak. Maunya tebongkang puas. Sluurrrppp


 Lepas makan pergi tandas. Ada pucuk ubi terlekat pada celahan tetet..tetet...etete... Malas nak taip perkataan ni, nanti korang gelak.


 Tinggal la saya seorang selepas ADELE balik. Dia tinggalkan aku dekat GIANT!
AKU TAK BOLEH TERIMA HAKIKAT NI. 
TAK BOLEH!

Why babe??

Aku nampakkkk......
Aku tak sengaja ternampak icon merah.... K.....F......


 .......



SELAMAT BERCUTI :)))

April 18, 2012

SIAPA MASAK HA?


Siapa masak hari ni?
Siapa masak hari ni?
Siapa masak hari ni?
Cukuplah kot?

Baik, baik... Sakinahtul Adawiyah masak. Tak tipu.


 Menu utama ni okayh?Sakinahtul Adawiyah masak. Dia kalau goreng ikan 4 kaki mara kebelakang. Bukan ke depan. Sakit sungguh diri aku  tengok keadaan macam tu. Baik, baik.. Mata ikan tu sebenarnya besar. Jadi bila dah kena minyak panas dia akan tembak merata-rata tempat. Wuisshh! Si sakinah ni bila mata ikan meletop dia kata "Eeee... Habis baju aku". Owhhhh.. Dia memang sayangkan baju dari rezeki.. Astaghfirullah.... Digorengnya ikan tu sampai rapuh.. BTW, thanks nah. Paling kurang ada rezeki kami. Syukran :)

 Kononnya nak makan sayursayuran........
.
.
.
.
.
.

Taraaaammmmm!!! Sedap tak? Tak sedap? Eh bukan Cika masak. Ni Dina dengan Sakinahtul yang masak. Saya tolong tengok jer. Cukup kenyanggg.. Bluuurrrpppp :)
Dorang campak macam-macam perencah. Erm.. Tak tahulah ada dara 2 orang tu....


Telur dadar kukus dengan garlic :) Ni mama Shida masak. Master chep buat. :) Dia punya hobi beli barang-barang dapur. Cita-cita dia mnak jadi tukang masak, tapi dia  ambil course Akaun di sini. Jadi di sini Mama Shida dah salah pilih hala tujunya. Betul lah. Tak tipu! Erggg




TIDUR.....
z.z.z.z.z.z.z

OM.Jay! WHATS ON MY ..... ?


Assalamualaikum! (Takpernahpernah bagi salam)

Teheee ~ I'm  on my way to the world of heaven tau. I sekarang dalam lingkungan cuti mid term. Owhhh! I'm so bangga diri sebentar. Oh sekarang I baru balik dari test MGT 538, dan I sangat teruja nak hapdate blog. Wellll.... Kawan baik I qariah negara, Puteri Sakinah tengah sibuk setady. Well, I kesian tapi I tak ada test. Jadi I tak boleh nak bukak buku. Sorry kay?

Meyh! Meyh tengok gambar ni. Hari apa ntah aku tak ada kerja kan, study sorang-sorang lagi. Memanglah sangat bosan. Habis dorang tidur aku buat mi maggi Mami. Sedapp ooowww... Tak cukup kenyang, aku bancuh susu, makan dengan corn flake. Atenyer si Sakinah kata nak teman setady, dia plak tidur.Haishhhh. Gerammm meyh. Dina tak payah cakap la, sekali dia berkabung dalam bilik, nuh petang nuh baru keluar. Tu pun nak masuk Maghrib dah. Memanglah tengah-tengah hari sapa nak tidur. Dah kenyang install makanan, bolehlah direct to bed kan? :) Suka-suka. Mungkin atas sebab tu perut aku tak pernah nak kempis-kempis. Asyik mengembung jerrrrr. Tak pernah slim. Last aku rasa slim 2 tahun lepas, itu pun selepas 3 minggu tak minum air sejuk.

This is my meja setady. Nampak mess kan? Ini lah ciri-ciri meja setady pelajar yang unggul.



-----> ABAIKAN TARIKH PADA GAMBAR TERSEBUT. Tarikh belum di setting lagi. Malaih... :)





 Aku ada pensel warna-warna. Kau ada? Aku ingatkan benda ni sejenis pen warna-warna. Tau-tau magic pen. Memanglah aku tak gemarkan pen kaler ni sebab mata dia besar and ball. Dan sesudah beli jarang-jarang sekali aku gunakan dia.

Owh aku ada chicken chop lagi.. Tadi keluar beli... Si Sakinatul sibuk nak balik setady. Well esok kan dia ada test, kenalah paksa diri setady berhempas pulas.

Tetttt.. tetttt..

 Tengah setady  aku TERtengok pendrive pisang ni. Teringat dulu pertama kali main blog ni, URL aku PISANGPISANGMAJU.BLOGSPOT.COM. Which is pisang tu asalnya dari KETEMU REZEKI MAJU, syarikat yang produced kerepek. Kejap.. Apa kena mengena pisang dengan kerepek? Oooo.. Bengong jap.... Dah 3 tahun berlalu, hari ni baru terfikir logiknya pisang dengan kerepek.

 Tisu basah ni mesti ada atas meja. Ianya berfungsi sebagai pencuci muka kalau malas nak bangun ke bilik air. Kononya nak bagi muka fresh. Tapi bila disapu ke muka makin rasa nak tidur. Dah sejuk-sejuk kan.

Traaaammmmmmmm!! Ni mind map aku. Ni untuk chapter 2 only kayh! Tak pernah buat bendalah ni, masuk degree terpaksa belajar buat benda ni. Dulu dip mana pernah sekalipun aku berminat nak lukis awan nano kat tengah  kertas tu. Haihhhh!

Baik, masa untuk kemas bajuuuu!!!! Yehaaa!!!!

BAI!

March 10, 2012

SWEET BORINGNESS


Haih! What the hal lah hujung minggu ni rasa sangat kosong tahu? Supposed aku dah balik Kedah, ni ayah cakap suruh tunggu dulu, jangan sembrono je  depa kaki balik Kedah. Nak beli tiket tak de transport nak pi cek , nak ajak kawan, depa tak da. Ha ni tecongok di rumah sewa. Nasib ada Rara. Haih! Haih! Haih! At first masa mak ayah datang hantar aku, aku tak nangis pun. Masa nak tinggalkan rumah pun aku tak nangis. Nah sekarang nak nangis ke tak aku macam bengong sekejap. Kena pikir banyak kali sebelum aku tumpahkan air mata darah ku. Nanti sia-sia nangis buat hapo camtuh! Erggh! TAK SUKA TAU NANGIS MACAM BUDAK-BUDAK KECIK! Semangat mau kental! Sekental kaki besi!

Masa first-first aku dapat offer dar SI ni, memanglah aku excited gila. Takdanya nak rasa sedih. Hari-hari aku bahagia. Untill beberapa hari(detik-detik terakhir), waktu aku kemas baju, kemas keperluan datang sini langsung lah tak rasa sebarang jenis perasaan yang menggugat jiwa. Tibalah masa aku berpisah dari rumah, aku still maintain, cool saja.  Dan tidak lupa pada waktu aku on the way datang SI, aku chill lagi. Well, biasalah nak pergi menuntut ilmu memang kena sacrifice sikit lah. Wojojojojo! 

::))


Back to the past. Selepas aku tau aku dicampakkan ke Perak dengan sengaja, maka aku cuba untuk mencari sohabat hondai yang juga mendapat naseb serupa seperti ku. Wani kenalkan aku dengan Dina, diikuti dengan Rara, seterusnya Shima(currently dia dah transfer ke Shah Alam) and Aina. Guess what? Sekarang dalam rumah sewa aku cuma tinggal 4 orang which is maksudnya kadar bayaran per head dah naik lah. Nak cari orang tapi bukan mudah. :) Gudluck.



Woahahahaha! Aku seronok nak pergi kelas. Minggu pertama, aku seronok pakai baju kurung macam dulu-dulu waktu diploma. Seronok aehh! Aku excited. Minggu pertama ni, pengangkutan kami  ialah bas tajaan UiTM. Even bas ni under UiTM, tapi kami selaku penaikinya perlu bayar RM1. OKAY? RM 1! Dan aku bencikan keadaan ni. 1 hari RM2 aku perlu spent untuk sampai ke kelas. Kejadahnya aku nak jimat duit, nak menabung? Kalau bawak transport pun, tempat students parking kereta jauh. Means that sama saja bawa ka tak bawa ka. Sama saja adik manis~~~~~ Baik aku jalan, plus stesen bus bersebelahan dengan fakulti aku. DEKAT LAH JUGAK. :) 


Okay, tahukah anda pelajar-pelajar di sini semuanya kerek nak mamfus? Tak tahu kan? Aku cakap HAI dekat jiran sebelah, dia boleh buat muka bengong. Sepatah harom dia tak balas sapaan aku tuh. Caiiit! Apa ni?  Hari daftar hari tu aku dah nampak, tapi aku ignored sajalah. Dan dan, sekrang baru tau, mereka bersikap sedemikian kerana mereka sudah knew each other since Diploma. No wonder lah kalau kami ni yang langkau ke part 3 dipandang serong, langsung lah mereka menyombong dengan kami. Rasa macam nak tampar mereka sedas! Supaya anasir-anasir tu tahu " WOI AKU NI WUJUD LAH!".


As usual, seperti waktu diploma dulu, aku masih lagi seorang pemonteng kelas yang tegar. Bukan senang aku nak ambil keputusan muktamad nak pergi kelas. Kalu dulu di Arau aku istiqomah pergi kelas, maybe aku akan dapat keputusan cemerlang  bagi subjek Future and Option. Kan kan?  Tapi aku tak, aku macam dulu jugak. Tak ada rasa nak insaf. Minggu pertama dah ponteng. Ala. chill la Minggu pertama orang masih main-main lagi. Nak daftar course pun tak boleh lagi.  :)


Erm, moh ler~~ Dah petang ni ha...... 


March 04, 2012

TEMPAT BERTEDUH


Assalamualaikum.

Selamat tengah hari, panas terik sungguh perak ni. Ingatkan Arau je macam padang gurun. Esh! Kitew da dapat rumah sewa wak, rumah sewa kiter cantique tahu. Selesa jugalah bagi kiter, kiter tak nak demand, karang kalau tak ada langsung baru tau rasa susahnya nak dapat tempat untuk rebahkan diri. Aish. Ayah susah payah datang Perak ni sebab nak tengok keadaan rumah, and I kenalah bersyukur.

Well, this is my second hari di sini. It's quite challenging because my parents sudah balik Kedah pagi tadi. Dan, saya perlu berdikari dan berdiri sendiri. Jangan nak malas-malas lagi pergi beli nasi. As usual kalau di rumah, ayah akan belikan nasi, then waktu malam ayah akan belikan Cornetto or Magnum.  Thats it how I put on my weight.

Baik, sebelum perjalanan hidup  kiter bergolak jauh lagi di negeri Perak ni. I akan catat one by one, pieces by pieces dalam blog ni. Untuk tatapan anak cucu nanti, "Dulu mak belajar kat Perak nak. Banyak lelaki kacak. Pagi-pagi  sebelum mak pergi kelas, mak scan dorang di mana-mana asalkan ada". Miang.

Mari-mari tengok rumah sewa kiterrrr....

*Dari gate, pandang depan! Ngadap! 
Umah kiter ade tusi-tusi depan awww! Tucen-tucen macam tak ukup jep. Tak pe ah, nati-nati, tuan umah dateng bagi eloks lagiy ler!


Ni uang tamuw kiter larh. Sofar ni memey empuk aeh. Kiter cukew-cukew awww tyto ateh ni.
 Muawhhaaa!


Ni billik kiter ... Ngeeee, ekon ade tapi tak jalan. Kiter tencen!


Ni billik belakang auuww, billik cyma ngn Dina... Bilik neh kaloa masuk tengh ariy tejuk wooooo!



Ruang makan kiterrrr..



 Kitchen kiterrr lah! Tuan uma sakap, nati dia dateng taruk barang lain lagiy. Kiter sukeeerrr!



Kiterr maseh lagiy berperang dengan hati. Kiter tak cedih tinggal umah tapi kiterr cedih bab nak g kelas jauh..



*** KITER SELALU INGAT UiTM Seri Iskandar adalah UiTM Perlis. Kiter windu sanaaaaa!!!

March 03, 2012

New Environment


Alhamdulillah perjalanan kami selamat.

After 3 hours now now I'm slowly learn to merging myself with new environment here. Urh! I'm lil suprised bila tengok rumah ni. BTW, still kena bersyukur sebab surroundings dia masih acceptable. :) Tanx ayah sebab susah datang Perak carikan saya rumah sewa. Rumah ni selesa. Selesa lah bagi aku yang bergolongan middle ni. :)

Well, aku tak bermood sangat nak bercerita soal rumah sewa kah, rumah panjang kah, atau apa- apa jenis rumah. Aku penat. Aku penat pujuk hati supaya jangan sedih, jangan sedih, jangan sedih lah bengong!

Nite.

February 25, 2012

ME WENT TO UiTM JUST BECAUSE OF DIP CLEARANCE..


Zis entry will  use  fully bahsa Kedah, okay!

Now, lets begin!

Baik, bila aku pi UiTM? Hari khamis lah. Ingat dah, pnat syial. Ingatkan senang nak buat menda tu, Cma happa gi! Nuh tepaksa dok jalan meqata. Dah la matahaqi tepacak. Nak habaq mai na, Peqelih memang panaih cam gurun. Hampa sidai baju 3 jam pun bulih keqin dah. Kot hampa sidai selimut yang 4 inci tu lagi cepat keqin.

Malaih nak gebang plak. Tengok gambiaq na.



Hat ni aku paling suka. Wawa nampak comey. Aku? Macam gajah lintang. Errr!
Last ni. Aku malaih dah nak gebang cam-macam. Tengok gambiaq ni, hampa  tau aku amik lam bilik ayaq. Bilik ayaq memang fevret aku la.Pase pa tak tau, kot lampu dia memang terbaik  la kot.


Ngat nak tulih panjang2. Malaih. 

Dah masok twilight.

Blah lu.

February 18, 2012

MIGRASI KE PERAK


Perpindahan diri ke Perak untuk menyambung pelajaran yang terputus pada peringkat diploma memang aku nantikan. Aku sedih nak tinggalkan tempat jatuh lagi dikenang, inikan tempat aku dilahirkan. Perlu ka hang cakap camni? Er.. Er.. Maaf. Baik, aku belum ready nak tinggalkan Kedah. I wanna stay here! Stop it! Jangan jadi katak bawah tempurung. Jadilah macam si merpati, yang cantik, yang indah tapi tak dapat disentuh dengan mudah. Ada kaitan? Tak ada. Stop!


Can you tengok gambar di atas?

Yeah, quite happy, quite sad, so keep quite.

Mending broken is necessary dalam hidup saya since dulu  saya sudah banyak mengagih waktu dengan aktiviti tak bermanfaat. * terasa tak berguna jap. 

Baik, 3 Mac saya mula mendaftarkan diri. Daftar online sudah saya buat, dan berjaya!  Seterusnya daftar di  fakulti. Itu belum, lagi 2 minggu. Petang tadi sudah pergi memfotostat. Siap lah dalam 60%. Medical check up belum lagi tertunai. Penat sudah.

Fikiran kusut. Aku nak tidur. Aku capek. Aku nak bobok. Aku fed up! Moody!

BYE!