SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

Showing posts with label Rumah. Show all posts
Showing posts with label Rumah. Show all posts

April 30, 2012

ADA APA DENGAN RUMAH ... ?






Huaaa!!!! Huaaa!!!
Cak! Tekejot tak? Terkejut tak?
Tak eh?
...


Erm..
Tak apa. Aku pun tak terkejut jugak lah macam tu. Hueeeee :(
Besar pulak date di situ. Haih, abaikanlah. Asal nak upload gambar je mesti ada kekangan. Payah.

Well, cuti 10 hari dah tamat. TAMAT. End. Sedih, sebak di dada, dada yang penuh dengan ilmu. :( Tak mau balik Perak. Tak mau. Tak mau tahu!

Aku seronok di Kedah. Aku seronok  berpoya-poya dengan FB, seronok berpoya-poya dengan youtube. Seronok macam tak tahu nak ekspress macam mana. Seronok macam nak angkat skirt ni. Seronok baq hang! Aku suka sangat petang-petang, lelaki kegemaran tolong petikkan buah jambu air, kemudian dilonggokkan atas meja depan mata ku. Suka sangat situasi pabila diri disua-sua dengan makanan. Cuma bezanya suapkan ke mulut sendiri :) Kalau ada suami pastilah aku akan berada di atas ribaan dia.

"Abang-abang, ayang nak jambu. Abang tolong buatkan sambal nak cicah boleh tak bang?"
>o<

Tak jauh pokok jambu air ni. Dalam halaman rumah jer. Hulurkan tangan, goncang-goncang batang pokok. Mesti dia gugur. Mencurah-curah. Sebab pokok jambu air ni sensitif, dia tak boleh tergerak secara tak sengaja. Dia sensitif dengan sentuhan. Tak percaya? Cuba pergi tendang kuat-kuat pokok jambu air. Mesti jatuh segerombolan.

 Bunga ni.. Bunga ni batang dia tak cantik, daun dia tak cantik.Tapi bunga dia cantik. Aku suka warna ni. Tidak terlalu over pink, ni kaler pink mekar. Tahu? Kau tak tahu. Kau tak faham, aku tahu.

PAUSE.
Abaikan.


And Now!! With big of my heart! I present to you "Lelaki Kegemaranku"
Clap your hand. Clap your hand!


Duduinkkkk
Duduinkkkk
...
...

Ehheheheh! Ayah! Suka mencangkul. Cangkul sampai tinggal tanah botak.Tak sempat nak curl-kan rumput depan rumah.


 Hek!Hek! Selamat pagi cikgu!

 Pelam cherry depan rumah. Sudah aku katakan, rumah aku dalam dusun. Nak buah apa lagi? Cakap saja.
:) Terima kasih, dulu ayah tanam pokok bunga. Sekarang pokok buah. Tulat, tanam sayur pulak. Seterusnya tanam dinosour ye ayah.
.
.
.
.
.
.
..

.




------&; Besok balik Perak dengan Adele. Aku tak suka Perak. Babey.

Selamat Malam.

July 18, 2011

BANGUN AWAL CARI KERJA


Baik pagi tadi saya sudah mencatas pokok-pokok rambu yang meliar macam ular depan rumah. Lain waktu saya upload rupa sebenar akar-akar aneh itu. Sungguh rumah saya macam rumah puaka. Eh tidaklah puaka sangat sebab rumah ni ada buah-buahan yang sangat sedap untuk dijamah walaupun pada hakikatnya rumah saya macam dusun buah. Tepi kanan penuh dengan mangga, pelam dan tebu yang tumbuh meliar dan subur dengan jayanya. Depan rumah ada rebung yang setia membuahkan hasil untuk dimasak, jambu air yang merah mekar seperti bibir basah saya yang mungil ni, pokok mengkudu, kelapa, terung, belimbing, delima yang biji-bijinya memakan masa untuk dicubit-cubit,  juga sedikit pokok gedik-gedik iaitu telinga kera a.k.a monyet, sireh, rusa tergantung, misai kelapa yang berganda-ganda misainya bila disiram air sejuk,  ( yang rupanya macam tanduk rusa jatuh ke bumi tu ). Oh ya tidak ketinggalan nangka yang selalu beranak pinak tanpa sedar. Tau-tau dah boyot 9 bulan dengan saratnya. Ouh! Penat. Mungkin saya perlu letak CCTV bagi memudahkan pemantauan dari semasa ke semasa dilakukan. Tak perlu berbelanja keluarkan duit bergulung-gulung bagai nak rak di mall terdekat, hanya membuka beberapa langkah saja, angkat tangan dan sedikit tendangan berpandu ke arah batang pokok , buah-buah akan gugur macam musim luruh di Korea, setakat ini tidak ada buah yang maut di mulut saya TAPI ada juga yang  sudah selamat dikebumikan dalam usus besar mak dan ayah saya. Hebat bukan? 

AKTIVITI LEPAS TU?

 SAYA SANGAT GALAK MENYUSUN KASUT-KASUT AYAH di mana kedudukan asalnya yang tak menarik diubah, disusun, dikilat-kilat dan dimasukkan ke dalam kotak semula seperti hari pertama ia dibeli. Rajin tak? Rajin tak? Bangun awal macam nak turun ke office, macam sibuk bekerja nak cari rezeki. Erm... Bila alih mata ke kanan  nampak pulak kasut si Omey yang berlungguk-lungguk tepi pintu. Semalam pergi main futsal katanya, jadi habis 3 pasang kasut dibawa. Kasut habuan nak penyepak bola 1, selipar 1, 1 lagi tak dapat dikenal pasti apa fungsi kasut  tu yang diheret merata-rata. Bila di refresh balik, keluarga saya memang banyak koleksi kasut. Termasuklah saya :) Ada 2 guni kasut yang tersimpan ketat di bawah katil, itu belum masuk lagi kasut di rumah sewa. Baru-baru ni trip pergi KL saya beli lagi 2 pasang kasut. Ceeeiit! Maaflah, manusia selalu alpa dan BOROS.  Tapi... Kasut tu sangat comel, jadinya ia dibeli untuk kegunaan harian :) I have no choice, terpaksa beli. Eleh! Bosan sungguh jadi perempuan, mengemas 360darjah celcius 1 hari belum tentu dapat kemas 1 rumah bukan? Cuba kalau ada orang gaji, arah je. Sudah, ini satu PRA-pelajaran.  Esok-esok dah kawin nak pakai orang gaji? Takkan? Nak jadi suri-rumah penat tak?  Mestilah tak penat, itu pun kalau berjodohan dengan sang lelaki yang ringan tulang. 

TRIP KEDUA BERSAMA INVESTMENT PART 6. Selesai trip pertama 6-10 Julai, 26- 29 will be second trip  to KL. Harap semuanya  berjalan dengan lancar. Amin






August 20, 2010

Laporan Minggu Lepas

 
To ; Cik Blog

" Berminggu suda ku menunggu dirimu..
Akhirnya kau menjadi milikku..
Sukarnya untuk ku melepaskanmu 
karna kau ku cintai selalu.."

 
SALAM hormat pembuka bicara,kata manis disusun rapi sebagai kata permulaan entry kali ini. Sudah lama sekali aku tidak menjengah Cik Blog kesayangan ini. Bukannya apa,sibuk dengan aktiviti yang tak pernah nak surut,tiap-tiap hari ada saja aktiviti cemas. Sudah cukup dengan aktiviti,pengumuman tu dibuat 15 minit sebelum acara bermula. Memang aku naik hangin la kan.... Tiba- kena turun ke padang... Fuh!! Terbaik!!   Tak ada masa langsung nak memanjakan diri di atas katil empuk yang lagi enak untuk digilis. Sungguh aku penat dengan pekerjaan sebagai seorang pelajar IPTA. Atas nama nak berjaya,aku pasrah. HEI! Sudahla!!

Baik. Terus kepada agenda kita yang pertama. Minggu lepas minggu paling menyiksakan. Siksa la sangat.  Okey!! Aku balikke rumah dengan bas. Atassebab tak nak menyusahkan ayah,aku naik bas ,bertemankan sahabt sejati Fahimah.. Kami balik dalamhujan. Sadis!! Tidak!!! Kami minta.. dan kami  seronok mandi hujan.  Jam yang ligat berputar 360 darjah menunjukkan aku tak patut cabut balik. Tak peduli! Nak balik jugak la!!! Arghhh!!! Akibatnya kami tiba di Alor Setar lebih kurang pukul 6.45 petang, Dah nak berbuka doh!! Sian Fim,nanti dia berbuka sorang. Jadi sebagai seorang teman sejati aku temankan Fim. 


Hasil edit yang sengaja di teraburkan...
Maaf Fim.. aku mencari kelainan... lain la sangat!!

Mari lihat menu yang aku CILOK di McD..

Set burger yang aku sendiritak faham kenapa wujudnya makanan ber-ROTI pada waktu berbuka. Kenapa tak sediakan nasi? LOL!


DISEBABKAN  kelaparan punya pasal,aku bantai jeset roti kering ni. 1 untuk makan di situ,2 bungkus lagi kita bungkus. Kasi mak dan Omey!! OKEY!! Tak sedap tapi makan ni sungguh membuatkan aku rasa mual. Sos tak ada la beb! Wa panas camni. Panas weh!! duit melayang....... ni ibarat aku makan roti keping,tapi roti keping lagi sedap. Sebab apa? Sebab bole cicah air milo. Burger nak cicah apa?? SOS TIRAM??

YANG PENTING!!! AIS KRIM STRAWBERI SUNDAE.............
Sodap yang teramat sangat la kan... nak describe lebih-lebih tak reti. Faham-faham sendiri la yer.... Yang penting ada buah strawberi  ya. itu asset yang amat diperlukan untuk menilai sejauh mana kelazatan yang MCd sediakan untuk customer. Sudahla kau Fatin!

Baiklah,setakat ini sahaja entry untuk minggu lepas. Ada cerita terbaru i story ok.....


SALAM



Hari Pertama Berbuka Puasa

Assalamualaikum............

Buat pertama kalinya sy ingin mengucapkan Selamat Berbuka Puasa kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia... Gembira yang teramat sangat.. Sepatutunya  ucapan ni dah lama disucapkan,tapi memandangkan diriini sibuk.. Maka hanya sempat mengirim atas angin saja.. HAHA!! aKU TAK FAHAM !! Saya sangat berbesar hati menyambut Ramadhan pada kali ini. Sungguh berlapang dada dengan nikmat yang Tuhan berikan.

Dengan azam baru,saya nak kembali pada kehidupan saya yang dulu. Macam mana kehidupan kau dulu? Rahsia!! Tak boleh cakap. Maaf ya.

Teringin rasanya nak pakai tudung yang PELBAGAI-BAGAI. Sumpah aku teringin nak pakai.


lagi tudung malas yang terkandung dalam koleksi saya ialah.......
jeng!!! jeng!!!

oleh kerana kemalasan yan terlampau,saya perlu merehatkan diri dengan mandian  kesejukan ... air hujan!! bukanmandi hujan ok,tapi  suhu yang hujan hasilkan menggoda saya untuk terus berendam di atas katil. sambil dibaluti dengan selimut pemberian ibu terchenta!!!

BAIKLAH.... Saya nak pergi beradu dulu....

nk bobok.....

Salam....

August 06, 2010

Pulang ke Istana

AAAHHHH....
Sungguh merasa senang hatinak berambus dari uitm. Lapang dada yang teramat lapang walaupun sebenarnya tak ada lubang. Nak mengubah pemandangan  mata a.k.a nk balik rumah dan cuci mata bersih-bersih. Sekalian nak balik dan menghempapkan badan atas katil saya yang empuk dan lembut. Lembut la sangat. Ditemani tedy bear yang tak seberapa besar dan montel macam tuannya. Aku la tu. tedy bear yang dah usang dan bulu dah mula reput. Kahkahkahkah. 


Aku akan pastikan lantai di  luar rumah sentiasa bersih. Al-maklumlah sebelah taman I ada kerja-kerja pembinaan,jadi jalan tu kotor. Betul jugak,kenapa pihak pemaju tak fikir dengan drastik,kaji dulu kesan pada penduduk lain. Mongok!!! Ini tau hambat je kawasan padi. Haiii....... Panas la rumah I.... Pemanasan global di taman surgawi aku....


Proses MEMpacking barang sudah selesai.. Jadi apa tindakan yang seterusnya?? Yah! Memanjakan diri dengan MENGonline. Comel tak?? Cuba buka mulut dan cakap comel.. Comel la tuh..  Buku-buku filosopi harus dibawa pulang. Sebab nak memudahkan kerja  kajian tentang alam semesta LAW,EL-FINANCE dan MI-EKO... subjek-sebjek kritikal yang tak dapat dielakkan. Semester ni memang aku akan bersengkang mata walau pada dasarnya aku tak ingin dan tak berminat. Cuba kalau diberi peluang untukpilih bidang kerjaya yang aku nak,aku dengan bangganya akan berdiri dan mengeluarkan suara yang lantang akan berkata... "Aku nak jadi seorang yang bersenang hati"... Sudahlah... Kalu setakat nak bersenang hati,abaikan.... Bobok je hang....


Hari yang senang lenang  hari ni.. Hujung minggu dan aku akan menghabiskan masa dengan Patrick.Patrick my Yayunk.... Sejenis binatang berkaler pink yang berbentuk tapak sulaiman. Kehadirannya yang sangat aku suka. Ah Ah Ah A h!!!! Cuba anak-anak ibu  pronounce dengan betul. Sangat bongok..


Saya akan menghempukkan badan di atas sofa sambil bersenang lenang di depan skrin berwarna.... Apa hang cakap?? Tv la bodo. 


ok,memandangkan papa I dah kol. jadi kita stopdi sini tau.


Sayang kamoo ketat2.


drop komen yokkk!!

March 19, 2010

TIN dI rUmah SkRG kEKawan!!!

HYE-HYE...

muuuawhx!! da balek nih... ermmm... nk makan aper yek ari nih?? mkn ikan bakar la... cedap!! da lama x mkn yok!!! hahaha... nk kari boleh x?? mak tolg masakkan ??? Tin x PANDAI la.... maklumla... sibuk dgn pelajaran yer??? ( sIbUk Sgt Ker FATIN hOI!!! pENiPU!!) ER.... td tgk mak masak d air asam.. mkn ngan ikan bakar mmg power la!!! mak mmg memahami sy!! trima kasih mak... ptg nti nk watper plak ek??? jalan2??? X KOT.... JOGING??? x kot.... nk sapu daun kering x ?? kat kolej x leh sapu...sbb daun kering x d... lg plak mak cik cleaner yg tolg bersihkan... ape name company tuh ha??? ermmm

jap nk pk... jap yok!!

hah!!! ZATIKIMIA!!

ERr... XNK LA SAPU SAMPAH... 2 nk wat haper tin??? wat bodo jer la... ikot jer flow.... pe yg tlintas depan mata,2 la kt wat... haaa... nk tgk halimah jongang...... rindu deh nk tgk limah... kalo ali d best gak yer... mmg d pon!

dy kan pelakon utama!! bongok la fatin!!
2 pon kalo ada la.... ASTRO kan gila tayang citer lamer....
2 la penyakit astro... citer baru x d... yg d citer karat... oopps!! aper 2?? citer karat = citer zaman P.Ramlee... citer x d kaler lah!!!

haish!!!

March 18, 2010

faTin MAkan Aper Ari ni??

ERRRRRKKK!!! ERKKK!!! KeNYANG dEH makAN!!KENyang sgt !!!! DAH KENyNG 2 NEH Mst nK tDO!! HAHAHA..Patut la perot 9 bulan yer fatin!!! hahaha...
biasa la... bila lg nk enjoy? ye dak?? hahaha... td mkn daging masak itam... ikan bakar ... ermmm... aper ntah fatin!!! hohoho.... mak esok Atin balek yer Mak!! tggu tau!!!

mak kene masak cedap!!! kang Senang nk Cari MeNANTU KAya kat mak yer... Menantu mAK SKRG PON bOlEH tahan yer.. ORG klang YER MAK... AHAHHA.... JGn marah yer MAK!!=)KANg kalo Dpt meNANTU kaya,mak GAK SEnang!! hahaha.. mak bAik!! mst bole trima pye!! cayalah mak!! ayah garang!!!! uuuuu!!!!

td bUkak Page Glitter GrapHICS!! AaAah!! MMg tergoda I!! eKkKkehhhh!!!!
tgk nih!!!!!!
glitter-graphics.com

cHantEK X?? NI NO 1.....

glitter-graphics.com

NO 2 NIH!!! OK X??? HOBI MCM NI mMMG SUsah nk Bendung!!!
bende ni DA mENULAR DLM Diri aq Sejak keCIL !! BENde2 gEDIK MCM NI LA yg wat aq jd leka sejenak... aaah!!!! OH mY gLITTER!!!

NEXT.....

glitter-graphics.com

OKEYH!! BOle la nih!! cukop utk ari nih!! kang kalo JMP yang GorJES lg Aq upLoad ... nti jemu plak yer tgk manyak sgt... ye dak??

fatin!! Hentikan !!! bLajar!! blajAR!! HOHO... NTI PARENTS MARAH PULOK !!! AHAHAHA.....

MAK !! ATIN BALEKM ESOK MAK!!! KTE G SHOPINg yer mak!

nk pau wuit mak!!!
ayah pon Same!!!!!