SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

January 10, 2014

CARA NAK HILANGKAN BOSAN




Angkat tangan berapa orang di luar sana yang rasa BOHSAN? Sapa yang rasa hidup dia tekanan tahap gaban? Angkat tangan? Angkat la weeei. Ah bodo tau, ni kan membaca buat apa nak angkat tangan.

Ikhlas dari hati aku bohsan gila. Gila tau, tapi alhamdulillah masih mampu berfikir dengan waras. Moga terhindar dari gangguan emosi. Amin. Amin.

OKAY, bagi menghilangkan rasa bohsan yang melampau-lampau ni. Aku nak share dengan kome cara nak hilangkan rasa boring. Moga-moga bermanfaat untuk dilakukan lah yer. Aku dah cuba simplify cara paling mudah untuk anda semua ikut. Of course la cara paling mudah untuk dibuat tidak membebankan malahan mendatangkan faedah mungkin? Omaigad apa aku cakap ni. Ampun.

PAUSE.

CARA-CARANYA SEPERTI BERIKUT :

1. Okay, pergi ambik gunting. Tak kira la gunting mak kome punye ke, gunting kertas ke, asal gunting saja. Ambil gunting tu, pegi bediri depan cermin. Tengok pulak rambut kome, pastu potong. Adjust bagi elok balik. Kan dah sep duit tak payah susah pegi salun. Untuk kelihatan lebih advance lagi, pegi beli inai tu. Then warnakan rambut kasi nampak ala-ala brown sikit. Alahai,  kalau terlebih rajin tumbuk je inai kat belakang rumah nu ha.


2. Kalau ada haiwan peliharaan macam kucing ke, lembu ke, kerbau ke, arnab ke, pape je lah jenis  haiwan peliharaan. Pergi mandikan dia bagi wangi-wangi, gosok habis semua bulu-bulu dia. Polish sampai gebu la natang  tu. Taik mata la, taik telinga la, kuku la, apa la semua bagi cuci. Dan pastikan sesudah mandi tu, natang tu bersih sebersihnya. Jangan bagi ada kotor sikit pun.

3. Reka satu cerita tergempar  untuk menggemparkan orang di seliling anda. Contoh eh, " Malam tadi ada orang nampak TOTOT terbang atas bumbung rumah Anjang Merah". Dan pastikan mereka yang mendengar tu rasa cemas dengan riak muka yang tertanya. Kemudian biarkan mereke tertanya-tanya sendiri betul ke tak. Konpom malam ni orang kampung sebok skodeng hujung kampung lagi.

4. Pergi bukak almari adik kakak bang mak ayah, cari baju-baju yang kot-kot boleh match dengan kita. Kadang-kadang baju dorang ada yang cun dengan kita. So boleh ambik dan pakai macam harta sendiri. Jimat duit kome nak beli baju tau. Baju yang dapat tu ubah-ubah la sikit. Contohnya, tshirt adik boleh dibuat tube untuk perempuan. HAHA. Try la uallss.


5. Pergi bukak radio, laptop, winamp atau apa saja music player. Buka pada volume yang lebih kurang tak gegar rumah. Pastikan TV OFF masa tu. Then pegi baring atas katil, start lah berangan-rangan. Ini paling mudah untuk di lakukan sebab kemungkinan besar kome akan tertidur lepas berangan tu. Tapi make sure kome kena hayati tema berangan tu okay. Jangan berangan kosong tanpa feeling. Tema berangan ikut suka. Nak buat lagak cinta, ka menang trofi ka, terpulang okay.

6. Sila LOG IN ke fb, create akaun baru dan ADD budak-budak sekolah menengah. Tak kira la laki ke pompuan. DP fb kita jangan la ambik muka retiss, ambik muka yang pure handsome/cantik. Then, create pulak 1 album yang siap compile semua koleksi gambar supaya mereka yakin kita wujud. Then start lah permainkan mereka. So waktu chat tu, kome boleh tergelak habis tengok ayat-ayat yg deme chat dengan kita. Sebab budak sekolah ni mudah tertipu. Deme boleh habiskan masa seharian suntuk untuk layan social network ni. HAHA. Itu namanya tamak haloba.

7. Ambil 1 pen, sehelai kertas dan duduk bersila  baik-baik. Atas kertas tu tulis la SURAT BUAT BAKAL SUAMI, SURAT BUAT BAKAL ANAK, SURAT BUAT BAKAL ISTERI. Bagi yang sudah berkahwin pun sama. Tulis saja apa yang nak ditulis. Benda-benda macam ni kadang-kadang akan buat orang rasa terharu dengan kita.

8. Bukak buku SPM, PMR, UPSR. Buat ulangkaji sikit. Walaupun umur dah cecah 40 tahun, takda masalah. Di samping membantu anak-anak nanti, ilmu kita juga bertambah. Ni kena berlagak sikit buat kerja ni, kena macam kita yang nak ambil exam. Baru FEEL abis. Jangan lupa highlight ayat-ayat penting. Siap dengan nota-nota kecik tau. Habis study pergi tidur. 

9. Bukak rak kasut, ha kilatkan kasut tu. Baru kemas bila pakai nanti. Selipar luar rumah tu, pergi berus sampai dapat warna asal masa beli dulu. Lagi tak bersih, jangan berenti. Dah bersih pergi jemur. OKAY?

10. Decorate bilik. Boleh view di chanel YOUTUBE DIY. DO IT YOURSEF. Macam-macam ada. Boleh la belajar macam-macam benda sendiri kan. Tak la asyik boros je belanja. Jugak boleh bukak tengok artis korea menari. So bila deme menari, kome pun ikut la sekali ye. Baru lembut sikit badan tu. Takla macam tiang letrik jer nanti.

11. Cipta 1 ayat havoc di FB. Contoh, "Jemput hadir ke majlis perkahwinan saya dan Faisal pada sekian sekian". Then post. Tengok berapa LIKE, berapa COMMENT. Takpun pegi GOOGLE gambar baju pengantin, then post di FB dengan caption " BAJU PENGANTIN DAH SIAP. Tinggal nak buat doorgift saja lagi". Tektik ni aku penah buat dulu. TERBUKTI BERKESAN.


Hidup kadang-kadang memang membosankan walaupun sebenarnya dalam dunia ni banyak benda lagi yang kita belum explore.


No comments: