Bila dengar muslimah berjubah...Alhamdulillah.
Bila tengok sendiri pakaian jubah muslimah...Nauzubillah.
Wahai kaum Hawa...
Andai engkau lihat jubah yang
Engkau pakai itu melekat...
dan bila engkau sarungkan ke
tubuh terasa sendat...
Kenapa engkau teruskan memakai tanpa ingat syariat?
Ditambah pula dengan tudung singkat...
Allahurabbi....
Gambar ini hanya sebagai
CONTOH.
** Gambar di ambil dari salah sebuah online shop yang popular. Juga diperagakan oleh model popular.
Saya pertama kali nampak post ni naik di FB, sy dah jadi bengong. Betul ke boleh berpakaian macam ni dengan bertudungnyer. Boleh ker?
Susuk tubuh jelas terpampang. Lekuk-lekuk semua jelas, tak perlu nak zoom lagi. Cuci mata sajalah. Ribuan malahan jutaan, mungkin lebih yang sedang cuci mata melihat gambar ini. Tak ada yang nak disembunyikan lagi. Persoalannya, agama suruh pakai macam ni ke? Jawablah.
Pernah nampak jubah macam ni?
Sejujurnya Fiqa sendiri pernah pakai baju macam ni. Baju tu kawan Fiqa hadiahkan, warna biru. Memang cantik, material lycra. Bila pakai rasa sejuk ada, rimas pun ada. Yelah kain yang material lycra ni lembut, tapi satu ciri yang Fiqa kurang selesa bila kita pakai, kain tu melekap ikut badan. Baju tu sebenarnya saiz XL, badan Fiqa saiz L. Kiranya besar sikitlah. Tetap jugak nampak bentuk badan. Awal-awal baju keluar dalam market, Fiqa minat sangat. Salah satunya sebab dia simple, warna candy-candy. Last-last.....??
Sekarang Fiqa dah tak pakai. Dah nampak natijahnya bila pakai baju ni. Macam sarung nangka. Kawan Fiqa kurus saiz S, pakai baju ni pun nampak jugak bentuk badan dia. Fiqa jadi bengong, bengang,dan sikit-sikit terasa bodoh. Orang kurus pakai nampak bentuk badan, orang berisi pakai nampak bentuk badan. Habis nak bagi orang apa pakai supaya tak nampak bentuk badan? Jawablah.....?
Tak ada yang sesuai pakai jawapannya. Ini bukan pakaian kita sejujurnya.
Pada kebiasaanyya model hijab akan memakai baju hitam, supaya hijab yang di sarungkan tu akan nampak bangkit. Pertanyaan Fiqa, baju macam di atas ke?
Betul, itu hakikatnya. Menseksikan jubah adalah perbuatan bangang. Cubalah pakai sekali, kemudian berjalan ke pantai ke mana saja. Pasti ada mata tajam yang tengok rapat.
Lihat gambar di bawah, mana satu anda? Atau mungkin anda tidak tergolong dalam 3 kelompok ini.
Sudah cantik bertudung, pakaian macam tak cukup kain. Jalan melenggok merentas masyarakat, diri jadi bahan.
Di mana kurangnya model ini?
Baiklah, di sini Fiqa ada sediakan beberapa garis panduan kita dalam menjalani hidup sebagai seorang wanita @ muslimah. Baca dan fahamkan. Tidak susah untuk di amalkan kerana esok lusa di akhirat nanti, garis panduan inilah yang akan mengangkat darjat kita.
Pertama- Pakaian yang menutupi keseluruhan tubuh badan melainkan muka dan tapak tangan.
Ini adalah berdasarkan kepada dalil-dalil yang telah disebutkan.
Kedua- Pakaian tersebut bukanlah perhiasan yang melampau, atau bertabarruj sehingga menarik perhatian.
Bertabarruj boleh difahami secara umum sebagai memperlihatkan kecantikan wanita sama ada di bahagian muka atau lain-lain perhiasan pada pakaian dan bahagian tubuh badan. Ini termasuk solekan yang tebal selain bedak, celak dan inai yang biasa dipakai oleh wanita.
Ketiga- Pakaian tersebut tidak terlalu nipis atau jarang sehingga menampakkan warna kulit atau membayangkan anggota tubuh.
Keempat- Pakaian tersebut hendaklah longgar, tidak ketat sehingga menggambarkan bentuk tubuh dan tidak menampakkan tempat-tempat fitnah yang mengundang syahwat.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Ada dua golongan daripada ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya, (salah satunya ialah) perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar bonggol unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak akan dapat mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (H.R Muslim)
Kelima- Tidak memakai wangian yang harumnya boleh dihidu oleh lelaki ajnabi.
Nabi s.a.w telah mengingatkan kaum wanita dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Mana-mana wanita yang berwangi-wangian dan kemudiannya lalu di kalangan khalayak lelaki yang menghidu harumannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang tertarik lalu memandangnya adalah mata yang berzina.” (H.R Abu Daud, At-Tirmizi: Hasan Sahih)
Keenam- Tidak menyerupai pakaian lelaki
Allah S.W.T melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan juga wanita yang menyerupai lelaki. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: “Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita.” (Musnad Ahmad, no: 6875).
Ketujuh- Tidak dipakai untuk tujuan kemasyhuran, glamor atau menunjuk-nunjuk.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memakai pakaian demi kemasyhuran, maka Allah akan memakaikannya pada hari Qiamat yang sepertinya, kemudian membakarnya dengan api neraka.” (H.R Abu Daud: 4029)
Pakaian kemasyhuran tidak hanya tertumpu kepada pakaian yang cantik bergemerlapan sahaja, tetapi juga pakaian yang sengaja diburuk-burukkan dengan tujuan supaya orang ramai mengatakannya seorang yang zuhud.
No comments:
Post a Comment