Ape tue ? Ape tue? Ape tue? Okay eton tak kisah sangat.
Memandangkan apa terpandang langit, diri menjadi resah. Ye, langit hitam di luar. Mungkin nak ribut terpanah sekali. Mungkin la aku rasa. Sebab kalau langit hitam usually hujan yang akan melimpah ke bumi ni adalah dalam bentuk lebat yang sangat-sangat laah lebat. Selebat kening kawan aku. Eh macam tu ye? Okay tak , lawak aje la. HAHA. Well well well, kalau langit gelap ni aku sangat-sangat suka layan perasaan. Kalau insan lain mungkin dah tidur bagaikan diri tak pernah merasa tidur kan? Aku rasanya dah puas la kot tidur malam-malam. Kalau dulu akulah raja tidur, ini cerita lepas SPM. Tidur sampai diri naik lemau, otak jadi hang. Macam sebuah komputer yang selalu sangat di ON , lama-lama pandai jadi ter shut down sendiri.
Hey bukan nak cerita tentang hujan di sini okay you alls. Macam tak kena saja intro di atas rasanya. Tapii... Tapi.. Err.. Tak ada apa-apa. Cuma muqadimah tu tak cun.
Kemarin dan kemarin dan kemarin, aku bawah anak sulung aku pergi veterinar. Sejak sebulan yang lepas memang dia selesema tak berhenti. Mula-mula tu rasa biasalah selesema dalm bentuk cecair putih kan, aku pun buat-buat relax saja macam dia tak sakit. Owh lupa nak perkenalkan nama anak aku. Dia ni gebu, gebu teramat, badan dia pun gebu lah.Macam aku lah, gebu jugak badannyer. Mata bulat, tapi dia bukan baka parsi. Dia kucing kacuk. NAMANYA ALONG. NAMANYA ALONG. Ha iye lah, kucing la. Bukan manusia. Kan tadi dah mention kat atas bawak pergi veterinar, takkan la nak bawak budak pergi veterinar. Gila apo. Sebelum ni muka dan susuk tubuh dia aku tak pernah publish dalam blog, dalam muka buku tu adalah dalam 2,3 kali. Yang dalam IG pun ada lah jugak dalam 5,6 keping.
Ni Along ,
Dia ni memang suka mendarat kemas atas meja lah selalunya. Sebab lantai rumah aku tak berkapet. Sebab dulu aku ada la lempar kapet kat lantai tu, dah vakum pulak rosak jadi penat sungguh nak sapu habuk pakai penyapu lidi. Nak tunduk dah 1 hal, kena betinggung pulak. Kres kres bunyi penyapu lidi tu. Dah tak tahan sangat aku gulung kapet, simpan. Aman rasa. Hey cerita kapet apahal eton.
Port paling dia suka biasalah, atas meja,atas sofa. Adalah gaya dia. Later post aku post aktiviti dia okay.
Berbalik pada cerita asal tadi, perjalanan nak ke vet tak memakan masa yang melampau sangat lah. Sebab, sebab, sebab vet tutop. HAHA. 2 KALI PERGI TUTOP. Kemarin pergi pintu vet tu ada la terbukak sikit, so aku pergi jugak. Buat-buat ramah tanya kenapa tutup banyak hari. Lepas tu budak yang jaga kaunter tu cakap doktor nak kawin. Eh aku rasa nak tergelak la. Lucu pun ada. Doktor nak kawin, tutup klinik sampai seberapa hari. Eh masa budak tu cakap doktor nak kawin aku buat-buat terkejut, mata besar, kononya aku nak ucap tahniah. Hipokrit. Hey tak lah, aku seronok. Doktor tu hansome sangat. Hey aku tak cemburu la! Aku tak pernah berangan nak bercinta dengan dia la. Suka tuduh-tuduh ni malas nak cerita! Hey mana pernah aku pakai cantik-cantik la kalau nak pergi vet. Eeeee aku cakap tak pernah la! Eshhh!
*SURRENDER. DOKTOR DAH NAK KAWIN.
Along ni seronok la doktor takda. Kemain seronok dia. Masa on the way nak ke vet tu muka menyembam ajer. Bila nak balik, kemain duduk tepi tingkap. Kemain galak lagi tegur orang. Yelah tegur pakai bahasa kucing la kan. Miaw miaw. Bertuah punya kucing. Tu lah, kucing ni dah lama bela, pandai dia jinak dengan kita. Kadang-kadang dia pandai ikut cakap kita. Hidup pun macam manusia.
Along ni tidur dengan aku. Dia pandai bila aku tidur, dia pun parking sebelah aku jugak. Tidur 1 bantal la senang cerita. Selimut sekali. Kesian dia. Kesian apa plak. Bahagianya dia. :)
Gila besar muka aku. Macam tembikai je.
Vet tutop, baliklah rumah.