SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

January 02, 2014

2013 SARAT MEMORI, 2014 HARAPAN BARU.



Bismillahirrahmanirrahim,

Harus memulakan sesuatu yang baru lagi new dengan muqadimah yang indah. Supaya minat untuk menaip ini akan berterusan untuk seberapa ketika. Mungkin berlarutan sehingga jam-jam. Mungkin?  Abaikan.

2013 sudah pun melabuhkan langsirnya, datang lagi tahun baru memberi harapan baru untuk dituai hasilnya.  Sepertimana padi dituai 3 kali setahun.. (Ye ke?).. Ye aku aku tak tau berapa kali dituai dalam setahun kerana kitaran padi bukanlah sepeti kitaran kucing yang selalu menuai anak berramai-ramai secara segerombolan dalam dunia ni. Entahlah aku pun tak tau. Yang aku tau bila dituai hasil padi sangatlah lumayan hasilnya sampai berbagi-bagi rezeki Allah. Amin.. Moga murah rezeki mereka yang bercucuk padi ni.

2014 aku mengharapkan tahun yang lebih bermakna dan lebih mendalam lagi pemahaman aku tentang life cycle, bukan life recycle okay. Itu lain pulak jadinya. Period recycle tau? Lebih kurang mcm tu ka? Entahlah.  2014 aku akan cuba buat sesuatu yang new, sesuatu yang OHHHSEEM dalam hidup. Tak nak lah selalu frust, nangis mcm budak-budak tak matang. Ya,mana ada budak-budak yang matang. Bodohnya kau.  Suka hati la. Akan aku isikan masa dengan benda yang lebih berpaedah yang mendatangkan paedah pada aku, ya haruslah untuk jangka masa panjang. Yang boleh membantu aku meniti jalan lebih cemerlang , gemilang , terbilang, dan LANG-LANG yang lain. 

Haruskah aku memflashback kembali kenangan 2013? Sungguh aku tak sampai sebenarnya untuk berkongsi kenangan 2013. Teramat sedih, pilu, rasa macam jantung aku sedang mengetuk-ngetuk dari dalam  meronta-ronta meminta supaya jangan bercerita, nanti timbul rasa sedih. Oh salah. Aku seharusnya lebih matang, lebih ke hadapan untuk memandang bahwa segala yang jadi itu ada hikmahnya. Aku dilahirkan sebagai seorang Islam, maka jatuh hukum  RUGI jika aku terus menerus mengenang cerita-cerita tak matang aku dulu. Berhantar surat cinta dengan teman lelaki, aku cuba buat desert sagu yang mana akhirnya sagu itu bertukar menjadi lembik serupa kulit ketayap. Allah malunya aku. Sungguh rasa menyesal. Lebih menyesal apabila aku terjumpa buku cinta aku bersama EX. Berjanji sehidup semati. CIS~~~ Malu nauzubillah aku dibuatnya. Kesudahan setelah membaca buku itu aku terus termuntah lauk sambal sotong yang aku mentekedarah waktu lunch. Aku jadi geli geleman bila tengok buku tu. Kalaulah, kalaulah, kalaulah aku diberi peluang untuk ku putar kembali ke masa lalu, aku tak mau tulis benda-benda jadah sehidup semati macam tu. Macam aku dah nazak sangat bercinta ni. Aku harap tahun 2014 takda lagi surat cinta, buku cinta, apa-apa yang membawa kepada penulisan  atau coretan dalam buku tentang cinta lagi. Aku rasa cukup-cukup sudah. Janganlah di masa depan tahun 2015 aku mengarut membabi buta mengukir nama EX di mana-mana lokasi sekalipun. ENOUGH ENOUGH kartikagebu.

Oh ya di mana aku memulakan penulisan ye?

PAUSE.......... Nonggggg.. 

Mungkin di sini....


Tahun 2013 aku memulakan aktiviti ilmu baru dengan BERNIAGA ONLINE. Tak tahu apa angin gila masa tu, yang aku tau ayahanda bagi RM 800 pada aku untuk start meniaga. Itupun setelah ditolak congak RM 300 aku gunakan untuk bershopping. Oh aku rasa tak amanahnya aku bila dapat durian runtuh sebanyak tu.Rasa rugi pun ada sebenarnya, tapi aku akan akan anggap benda tu satu fenomena mengajar diri mencari pengalaman supaya pandai gunakan duit untuk benda yang lebih sempurna. Faham tak? Maksud aku belajar cara menggunakan duit secara berhemat lah. Sejak azali lagi memang aku jenis yang cakap terbalik. 

Contohnya orang kata, .. " Anak Pak Man makan tempe"...
Jadi ayat aku sendiri,.. " Tempe yang dekat situ tu sapa yang nak makan? Anak Pak Man tempe ka?"
Cam salah jer, cam salah jer.  Emmph. 


Aku sebenarnya sangat-sangat cenderung untuk berniaga daripada bekerja di bawah gomen. Yalah, bagi aku kalau kerja sendiri ni kemudahannya banyak, tapi itulah kalau kerja sendiri usaha juga harus sendiri. Berlawanan dengan kerja gomen, kerja ikut masa. Cukup masa dibayar gaji. Masa keja tak kisah lah kau main FB ka, Candy Crush ka, main Farmville ka, masa hujung bulan tetap mendapat bayaran tetap. Malangnya orang gomen ada juga yang bekerja sampai mendapat penyakit kronik STRESS dan MIGRAINE yang keterlampauan. Oh benar, aku sudah menjalankan beberapa research tanpa cikgu selama beberapa bulan. Rata-rata berfikiran kerja gomen memang seronok, tetapi malangnya mereka masih merungut macam tak puas hati bila mana mereka harus bangun seawal jam 5 pagi untuk menguruskan keperluan yang lain sebelum masuk ke bangunan kerja. Kasihan bukan? Tamat waktu kerja jam 5 petang, itupun kalau habis kerja. Kena yang perlu OT? Kuang kuang kuang. Belum lagi masuk yang jalan jemmm. Oh pastilah yang akan terkeluar dari mulut pakerja gomen,.. OH DAMNNN IT!! Semua merungut. Semua membantah  jam kerja yang  super sibuk. Okay bukan masalah aku. Dah lari topik dah ni. Sekejap saja anda dimanipulasi. Ampun.

Bisnes online yang saya start ni simple saja. Awal-awal masih lagi termangu, masih lagi saya menekan otak macam mana nak promote. Masih lagi angau-angau cari market target. At last saya rasa saya pakai FACEBOOK. Untuk permulaan modal dan kuantiti barang yang saya ambik hanyalah RM 200. Untuk RM 200, saya dapat 10 bekas Supra Kryolan Foundation. That is, ada various CODE. Cukup kan? Alhamdulillah supplier tu sangat bermurah hati sampai sanggup deliver barang sampai ke depan pintu rumah. Waktu malam lagi dia datang. Sekarang supra saya dah sampai BATCH 7. Dan sekali lagi Alhamdulillah, kini saya sudah ada pelanggan tetap yang selalu order bila stock dah habis. HAHAHA. Siapa kisah.. Khidmat aku hanyalah memberi service yang agak GOOD-GOOD. Kalaulah stock memang zero, jadi ampun maaflah. Barang tu mungkin lambat di post, atau jika sekiranya saya tak post barang dalam masa seminggu, duit dipulangkan semula. 

Dengan berbekalkan RM 200 juga aku menyara diri dengan bershopping segala macam barang duniawi, beli hadiah, beli makanan, bayar broadband, and so on tanpa meminta duit dari ayahanda dan bonda. Waktu tu sangat loaded sampai aku berkebolehan sponsor makanan di rumah padahal aku belum bekerja. Itu rezeki namanya. Alhamdulillah sekali lagi dengan hanya menjual Supra Kryolan Foundation, walaupun jarang-jarang online, pelanggan dalam dunia realiti masih ada. Eh maksud aku pelanggan yang dekat-dekat rumah, yang rajin datang ke rumah pick up barang. Ha macam tu. Waktu boleh dikatakan  wallet full saja, tak pernah kosong. Satu saat bila aku berbelanja, ataupun dalam erti kata lain terlebih berbelanja, akan datang satu sumber lain. pernah dengar :

 " REZEKI ALLAH KURNIAKAN DARI SUMBER YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA?"


Itulah yang aku cuba maksudkan. Dari duit yang aku dapat ni, aku berniat nak belikan bonda baju, tudung dan segala kelengkapan bonda. Sekalian jugak aku sponsor baju  dan cincin kesukaan which is each worth about RM +++0. Beli yang baru-baru. Dan aku dah rancang nak buat surprise parti HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN ayahanda dan bonda bulan 4 tahun 2013. Bukan berniat nak menunjuk, tapi itulah yang aku buat. Duit sudah siap sedia. Tinggal nak pilih tetamu mana yang nak dijemput. Bunyi cam pelik jer.. :) Takpa, ada sebab kenapa aku memilih tetamu. Sangat-sangat dirancang untuk adakan majlis ULANG TAHUN PERKAHWINAN ayahanda dan bonda. Allah itu Maha Berkuasa, segala yang ada di dunia adalah pinjaman. Kerana itu kita, Allah sudah pesan HARGAI, HARGAI, HARGAI, HARGAI. Bonda pergi mengadap Ilahi pada 23 April 2013. Hancur hati aku. Duit hasil titik peluh aku, hasil aku bersengkang mata, duit hasil aku berkeras hati, duit hasil aku perah otak, lebur. Impian aku juga hancur berkecai macam tepung bertebaran bila terhempas dari tangan. Mak dah takda. Aku anak yatim, tidak beribu, hanya berbapa.  Segala perancangan lenyap. Sunyi sepi. Separuh jiwa aku pergi. Aku hilang teman, aku hilang penawar hati, aku hilang semangat. Patah hati aku. Tinggallah aku Cinderella jadian.

Sejak bonda tak ada ni, perniagaan online aku makin merosot. Tak terurus. Rutin harian cek inbox pun aku dah tak buat. Aku biar mesej masuk tak berjawab. Barang habis tak restock. Customer tanya, aku boleh HOLD kan dulu. Sumpah otak kelam. Sampai sekarang, perniagaan online sunyi. Income pun merosot.

In Shaa Allah, tahun 2014 aku menjanjikan sesuati yang baru untuk diri dan pelanggan. Akan lebih bersemangat, barang yang lama jangan dikenang. Aku masih hidup, masih sihat. Perlu berani ke depan. Yang lepas tu, lepaskan lah. Kalau tak lepas pun, simpan ajalah. Takdir itu milik Allah. Kalau sekalipun bonda masih ada, mesti dia sedih tengok aku asyik sawan saja. Aku seorang anak akan selalu mendoakan moga bonda tenang bersemadi di sana di samping Allah s.w.t. Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah tiada penghujung. Al fatihah.


Oleh kerana bonda sudah tiada, jadinya saya, ayahanda, abang lagi 2 orang tu cuba sibukkan diri masing-masing. Konon-konon hati tak terusik dengan keadaan. Tapi aku tau jauh di sudut hati siapa yang tak terasa dengan pemergian bonda. Aku tau, dan aku tau. Tapi aku buat dek. Aku buat macam kosong-kosong... Eh bukan, aku buat macam orang matang la. 




Antara lain-lain BEST OF MEMORIES 2013 is.....


Kesemua gambar-gambar LOTS OF MEMORIES di atas adalah kumpulan sepanjang tahun  2013. LOTS of perubahan muka sebenarnya. Ever since aku kecik dulu muka lain, nanti kalau ada poto waktu kecik-kecik aku upload ke sini. Dulu mulut aku besar tau dari hidung. Macam bibior oqang negro sana. Ha, tapi betul lah, kecantikan seseorang wanita yang sebenarnya, kita boleh tengok bila usia dia mencecah umur 33 tahun. Serius tak bohong, aku baca dalam New Straits Times. Tak tak sebenarnya bukan nak cakap aku cantik pun, cuma nak menunjukkan perubahan wajah dari tahun ke tahun. Dan aku sedikit merasakan wajah aku semakin hari semakin memanjang serupa bean. You know bean? That terung one. A bit sepet membuatkan aku rasa aku perlu fokus pada mata tiap kali begambo. Dan segumpal pipi tu membuatkan mata aku kelihatan lebih  kecik. Hai nak buat macam mana. Allah nak kurniakan macam ni. Janganlah dihina-pina lagi. Bersyukur lagi lah sebab hidug aku mancung serupa Julia Robert. Ampun. 

LOTS OF LOVE untuk keluarga sebolehnya tak nak dikongsi sebab  sedih tu masih ada. Tapi ini sikit lah, sikit saja untuk dikongsi. Gambar abg yang sulung tak ada la. Actually ada ja gambar abg,  dah laptop kena format habis hilang. Geram la, geram sangat-sangat tau. Sebab laptop masuk ayaq hujan. HAHAH.  Al kisah hari laprop rosak tu, bilik yang kami sewa tu, tingkap dalam bilik tu, tak di tutup dengan rapat ka, tak ditutup tak pasti. Yang aku pasti masa balik tingkap tebukak sikit, dan masa tu laptop aku dah jadi mandi puteri. Kebetulan laptop aku letak bawah katil. Jadi mendapatlah kerosakkan fizikal yang terjejas teruk pada  organ dalaman laptop. Skala air yang termasuk dalam bilik masa tu adalah 1.2 scala richter  yakni bersamaan dengan tak sampai paras buku lali. Boleh di consider sebagai kes kemalangan jiwa juga kerana, disebabkan bencana tingkap tak tutup, aku mengalami masalah kesukaran nak beronline yang menyebakan jiwa aku berasak-asak nak semak wall kawan-kawan. Omaigad.  Di mana selepas kejadian itu, aku hilang selera secara mendadak nak online seperti selalu. Okay sekarang laptop dah sihat seperti sediakala, dan dah mula bertugas. Kini laptop ini sudah aku naikkan pangkat secara bertauliah, di mana aku sudah memakaikan dia dengan pingat  plastik yang melindungi dari tercalar balar. Alhamdulillah, semoga kau terus sihat berkhidmat untuk aku. Walaupun keybord huruf C tercabut, keyboard SHIFT pun juga tercabut akibat dicakar oleh kucing OREN , pun masih juga laptop ni sudi berkhidmat untuk kartika. 



Bagi raya tahun 2013, tahun ini teramat seronok kerana kami bertemu semula setelah 7 tahun memisahkan diri selepas SPM. Bertemu dalam suasana harmoni lagi aman, kami beraya bersama-sama. Ya juga, bersamaan, aku demam 2 minggu setelah keluar dengan mereka. Penyakit aku pelik sikit. Adalah sangat aneh pabila aku gelak terbahak-bahak dengan mereka di Jubli Mas, kami bergelak sampai tak ingat ada orang di sekeliling, kepala aku jadi HANG. Mungkin terlalu banyak sel-sel bergerak ketika aku gelak berdekah-dekah. Mereka juga satu hal, kenapalah dibuat jenaka yang keterlaluan sampai aku accident dengan gelak yang overload. Jadinya, hari raya tu sangat-sangat menterujakan. Sampailah bila tiba di rumah, badan aku serta merta panas sehingga mencecah 39 darjah selsius. Aneh bukan? Padahal aku keluar dengan kawan-kawan untuk bersuka ria beraya bersama,  bermakan  bihun sup  Mergong sedap  bersama, bukannya aku keluar ke padang cari belalang di tengah matahari terik lagi terpacak. Malam tu selepas balik dari beraya, untung ada Mak Su yang rajin memasak di rumah. Sampai rumah aku terus mandi, dan seterusnya tidur depan telebisyen. Ditambah pulak dengan chanel OGGY AND THE COCKROACHES yang bukan-bukan masa tu, jadi semakin stress aku dibuatnya. Maka terlelap lah aku barang 20 minit macam tu. Pabil terjaga, aku mintak nak makan nasi, berlaukkan ikan kering. Itupun boleh gagah ke 2 pinggan. Selera orang deman ni lain. Untung aku minta makan ikan kering dengan kicap. Kalau aku mengganas nak jamah  sup  tapir? Kan ka lagi  horrible namanya. Demikian lah cerita deman aneh 2013.

Fenomena aku demam setelah gelak keterlaluan bukannya asing bagi aku. Bagi aku lah. Bagi orang lain aku tak tau. Sebab waktu aku di Seri Iskandar, tiap-tiap petang aku akan joging di tasik UTP (Universiti Teknologi Petronas). Jadi waktu berjoging tu kan ka otak kita akan turut mengalami gegaran pada kadar 30 atau 40 per km. Maka pada waktu aku berjoging berlari-lari anak, aku sedikit merasa HANG sementara. Baik, waktu aku berjoging hanya dalam 1 jam lebih bersamaan dengan 2 round. Usai 2 round joging, selebihnya masa akan diisi dengan  riadah WASH MY EYE.  Okay, riadah WASH MY EYE tidak memerlukan kerahan tenaga yang tinggi, yang perlu hanya teknik scanning yang pantas. Boleh tangkap ? Baik, selesai aku berjoging, bila balik ke rumah. Aku pening. Pening kerana terlalu bergegar kepala otak sewaktu berjoging tadi.  :) kahkahkah. Maka usai solat Isya, aku akan segera melabuhkan tirai yakni belayar ke seluruh dunia bertepatan dengan  tidur secara damai. 


Turut tercoret dalam lipatan sejarah 2013 adalah kehadiran beberapa ekor binatang peliharaan yang disayangi serta dimanjai. 3 ekor kucing terhormat dipelihara secara baik-baik. Dimandi, diberi makan, dibermainkan bersuka ria serta juga diberi kebebasan untuk berkeliaran dalam rumah secara rawak. Berikut di atas adalah koleksi gambar Along. Along kucing besar yang digelar anak singa. Anak singa ni memang sukar untk membawanya meronda-meronda sekitar kedah. Sedikit ralat apabila dibawa keluar dia berani tidur tanpa rasa bersalah. Apabila berada di dalam kereta , sekiranya dia tidak tidur dia akan sibuk-sibuk melihat ke luar kereta. Apabila di sapa orang ramai : 

"Eh gebunya kucing, bagi makan apa", " Eh ni kucing ka singa", " Eh ni kenapa boleh besar sampai  macam ni?".. Tidak kurang juga ada mulut-mulut basi yang menegur .." Eh ni berak macam mana ni? Mesti busuk rumah", " Eh nak jaga dia mesti mahal kan?". " Eh kucing ni bahaya bawak penyakit" 

Terasa seperti nak  ku sapu gam gajah pun ada pada mulut-mulut yang terbiasa menegur yang cuba nak mematahkan semangat aku membela binatang kucing. Tak apa lah, paling kurang kucing ni sifatnya lembut bagai sutera, perilaku kucing sedikit manja bak Nora Danish, tidak kurang ada juga  kucing aku yang ganas seperti wild beruk. Syukur, kucing -kucing di rumah belum ada yang tamak makan sampai tak kenyang-kenyang. Atas rezeki yang Allah bagi, ayahanda yang sponsor makanan dan pasir yak-yak kucing. Maka dengan itu, atas ihsan ayahanda jugaklah  dibelikan kucing  rantai leher. Permainan atau playground kucing belum ada, kerana aku berpendapat struktur perkakas rumah aku yang sedia ada boleh dikategorikan sebagai taman tema Legoland. Tak perlu dibelikan segenap jenis barang toys untuk kucing. Kerana kucing-kucing di rumah sifatnya sangatlah pemalas nauzubillah. Mereka lebih senang tidur dalam ekon, bangun tidur makan, main-main berlari kehulu-kehilir barang 30-40 minit, kemudiannya akan pengsan buat sementara waktu. Ya aku juga senang jika kucing-kucing pandai pengsan sendiri. Maka tidak perlu lah aku bersusah payah mengurung mereka dalam penjara (sangkar) tanpa kipas.

Sekian report 2013 yang tidak seberapa. Sebarang aduan atau cadangan aku tidak akan terima tanpa timbang tara. Report penuh jugak aku tak sediakan secara fixed day kerana tahun 2013 aku malas mengupdate blog. Dan kerana kemalasan mengupdate blog, aku telah menyebabkan follower lari entah ke mana. Apa nak buat labu, berenang renang di kolam renang, habis kari mangkuk dibuang. Hidup tidak membebankan, malahan kita yang terasa dibeban. Sebagai penutup, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih lagi berjaya menyambut 2014  dengan keberkatan umur, sihat tubuh  bak doremon, serta aku masih berkesempatan untuk melihat dunia hingga hari ini.

Masih banyak yang perlu aku travel, ilmu dunia juga masih perlu aku travel sebagai pedoman diri. Doa-doakan kesejahteraan aku, kerajinan aku. Supaya aku akan kembali giat aktif berblog seperti dulu di mana per year aku menghasilkan 2000 post setiap tahun.

Semoga blog ini akan kembali bernyawa dan tidak akan masuk ke wad ICU lagi kerana hobi tidur yang excessixe.

Assalamualaikum.

Waalaikummussalam. 




November 29, 2013

#SELFIE #KUCING #BIRU #TENGOK LA.. ?


Ape tue ? Ape tue? Ape tue? Okay eton tak kisah sangat.

Memandangkan apa terpandang langit, diri menjadi resah. Ye, langit hitam di luar. Mungkin nak ribut terpanah sekali. Mungkin la aku rasa. Sebab kalau langit hitam usually  hujan yang akan melimpah ke bumi ni adalah dalam bentuk lebat yang sangat-sangat laah lebat. Selebat kening kawan aku. Eh macam tu ye? Okay tak , lawak aje la. HAHA. Well well well, kalau langit gelap  ni aku sangat-sangat suka layan perasaan. Kalau insan lain mungkin dah tidur bagaikan diri tak pernah merasa tidur kan? Aku rasanya dah puas la kot tidur malam-malam. Kalau dulu akulah raja tidur, ini cerita lepas SPM. Tidur sampai diri naik lemau, otak jadi hang. Macam sebuah komputer yang selalu sangat di ON , lama-lama pandai jadi ter shut down sendiri.

Hey bukan nak cerita tentang hujan di sini okay you alls. Macam tak kena saja intro di atas rasanya. Tapii... Tapi.. Err.. Tak ada apa-apa. Cuma muqadimah tu  tak cun.

Kemarin dan kemarin dan kemarin, aku bawah anak sulung aku pergi veterinar. Sejak sebulan yang lepas memang dia selesema tak berhenti. Mula-mula tu rasa biasalah selesema dalm bentuk cecair putih kan, aku pun buat-buat relax saja macam dia tak sakit. Owh lupa nak perkenalkan nama anak aku. Dia ni gebu, gebu  teramat, badan dia pun gebu lah.Macam aku lah, gebu jugak badannyer. Mata bulat, tapi dia bukan baka parsi. Dia kucing kacuk. NAMANYA ALONG. NAMANYA ALONG.  Ha iye lah, kucing la. Bukan manusia. Kan tadi dah mention kat atas bawak pergi veterinar, takkan la nak bawak budak pergi veterinar. Gila apo. Sebelum ni muka dan susuk tubuh dia aku tak pernah publish dalam blog, dalam muka buku tu adalah dalam 2,3 kali. Yang dalam IG pun ada lah jugak dalam 5,6 keping.

Ni Along ,



Dia ni memang suka mendarat kemas atas meja lah selalunya. Sebab lantai rumah aku tak berkapet. Sebab dulu aku ada la lempar kapet kat lantai tu, dah vakum pulak rosak  jadi penat sungguh nak sapu habuk pakai penyapu lidi. Nak tunduk dah 1 hal, kena betinggung pulak. Kres kres bunyi penyapu lidi tu. Dah tak tahan sangat aku gulung kapet, simpan. Aman rasa. Hey cerita kapet apahal eton.

Port paling dia suka biasalah, atas meja,atas sofa. Adalah gaya dia. Later post aku post aktiviti dia okay.

Berbalik pada cerita asal tadi, perjalanan nak ke vet tak memakan masa yang melampau sangat lah. Sebab, sebab, sebab vet tutop. HAHA. 2 KALI PERGI TUTOP. Kemarin pergi pintu vet tu ada la terbukak sikit, so aku pergi jugak. Buat-buat ramah tanya kenapa tutup banyak hari. Lepas tu budak yang jaga kaunter tu cakap doktor nak kawin. Eh aku rasa nak tergelak la. Lucu pun ada. Doktor nak kawin, tutup klinik sampai seberapa hari. Eh masa budak tu cakap doktor nak kawin aku buat-buat terkejut, mata besar, kononya aku nak ucap tahniah. Hipokrit. Hey tak lah, aku seronok. Doktor tu hansome sangat. Hey aku tak cemburu la! Aku tak pernah berangan nak bercinta dengan dia la. Suka tuduh-tuduh ni malas nak cerita! Hey mana pernah aku pakai cantik-cantik la kalau nak pergi vet. Eeeee aku cakap tak pernah la! Eshhh!

*SURRENDER. DOKTOR DAH NAK KAWIN. 

Along ni seronok la doktor takda. Kemain seronok dia. Masa on the way nak ke vet tu muka menyembam ajer. Bila nak balik, kemain duduk tepi tingkap. Kemain galak lagi tegur orang. Yelah tegur pakai bahasa kucing la kan. Miaw miaw. Bertuah punya kucing. Tu lah, kucing ni dah lama bela, pandai dia jinak dengan kita. Kadang-kadang dia pandai ikut cakap kita. Hidup pun macam manusia. 

Along ni tidur dengan aku. Dia pandai bila aku tidur, dia pun parking sebelah aku jugak. Tidur 1 bantal la senang cerita. Selimut sekali. Kesian dia. Kesian apa plak. Bahagianya dia. :)

Gila besar muka aku. Macam tembikai je.


Vet tutop, baliklah rumah.

October 28, 2013

BERANGAN ITU BEST.



Kalau nampak tajuk tu bunyi macam thrill kisah yang nak ditaip kejap lagi. Nampak macam hebat sangat, macam cerita Inggeris The Conjuction. The Conjuction ke tajuk  movie yang latest tu? Tak berapa nak ingat sangat lah. Seumur hidup aku tak pernah hafal tajuk movie melainkan 1 cerita. Cerita tu aku ingat sampai sekarang.

K-Drama ke K-Pop yang cerita korea berepisod tu? Tajuknya Boys Over Flower. Eh yeke BOF tajuk? Yang heronya rambut curly-curl tu? Yang heroin nya pendek, mak bapaknya bukak kedai dobi tu. Eh?

Pun takda kena mengena.

Lately, MOOD drop. Apa pasal tak tau, serba tak kena. Online shop terbiar, make up class sunyi. Facebook pun akudah tak berminat sangat. Tak menarik pun? Macam dulu tiap kali ON laptop, memang sepantas kilat LOGIN FACEBOOK. FB sekarang dah tak seghairah dulu lagi.



Kadang-kadang syok sendiri tak lah  memalukan sangat pon. Cuma manusia terbiasa dengan gaya hidup yang selesa, jadi bila TERMALU sikit, mula lah nak buat-buat pipi merah, senyum tutup  muka bagai. Padahal kat belakang? Macam belalang melompat merata. 

?????



.
.
.
.
.
.
.

Walaupun angan-angan tu belum pasti, teruskan berangan-angan. Kita tak tau apa yang bakal terjadi esok lusa, mungkin berkat dari berangan tu, kita usaha, kita dapat habuannya. Kan? Memang day-dreaming tak elok, tapi kadang-kadang tu aku rasa dari day-dreaming tu lah aku mula berjinak-jinak dengan bussiness online. Kembangsayap berniaga, belajar berniaga.

Well, keep move on BEBEH.