SMS WITH LOVE

EACH OF YOU

October 28, 2013

BERANGAN ITU BEST.



Kalau nampak tajuk tu bunyi macam thrill kisah yang nak ditaip kejap lagi. Nampak macam hebat sangat, macam cerita Inggeris The Conjuction. The Conjuction ke tajuk  movie yang latest tu? Tak berapa nak ingat sangat lah. Seumur hidup aku tak pernah hafal tajuk movie melainkan 1 cerita. Cerita tu aku ingat sampai sekarang.

K-Drama ke K-Pop yang cerita korea berepisod tu? Tajuknya Boys Over Flower. Eh yeke BOF tajuk? Yang heronya rambut curly-curl tu? Yang heroin nya pendek, mak bapaknya bukak kedai dobi tu. Eh?

Pun takda kena mengena.

Lately, MOOD drop. Apa pasal tak tau, serba tak kena. Online shop terbiar, make up class sunyi. Facebook pun akudah tak berminat sangat. Tak menarik pun? Macam dulu tiap kali ON laptop, memang sepantas kilat LOGIN FACEBOOK. FB sekarang dah tak seghairah dulu lagi.



Kadang-kadang syok sendiri tak lah  memalukan sangat pon. Cuma manusia terbiasa dengan gaya hidup yang selesa, jadi bila TERMALU sikit, mula lah nak buat-buat pipi merah, senyum tutup  muka bagai. Padahal kat belakang? Macam belalang melompat merata. 

?????



.
.
.
.
.
.
.

Walaupun angan-angan tu belum pasti, teruskan berangan-angan. Kita tak tau apa yang bakal terjadi esok lusa, mungkin berkat dari berangan tu, kita usaha, kita dapat habuannya. Kan? Memang day-dreaming tak elok, tapi kadang-kadang tu aku rasa dari day-dreaming tu lah aku mula berjinak-jinak dengan bussiness online. Kembangsayap berniaga, belajar berniaga.

Well, keep move on BEBEH.





October 25, 2013

7 YEARS OLD COLOURING BOOKS


HAHA!
Guess what?

Ala.. Tadi tolong budak mewarna buku dia la. Bukan bukan aku pun. Aku mana minat warna-warna bagai ni. Rimas lah. Dulu tu mungkin la aku ni juara mewarna peringkat negeri tau. Cikgu tadika tu la suka sangat join competition, dah tu dia pun rajin membawakkan aku ke tempat competition tu. A bit excited la ualls. Tapi arwah ada teman, Alhamdulillah tiap kali join contest ada habuannya. Kiranya tak balik tangan kosong lah.


Ini plain paper. Belum kalering lagi.



Next on, ini bahan-bahan untuk mewarna. Orang mewarna pakai bendalah ni kan? Mana ada orang mewarna pakai batang kayu.



Tada siap! Siap! Siap!
Ikan daerah mana la yang super pelangi macam ni? HAHA.
Kalau ada sekarang jugak aku beli!




PULUT UDANG @ PULUT BAKAR?


Salam'alaikum :)

Pernah makan benda ni?

 Nampak dari luar memang sedap. Eh sedap ker? Ape benda ni? 
Kalau anak-anak remaja sekarang meesti tanya mak bapak,
  " Ni ape mummy? I tak penah tengok pun..?"
Well ualls, kalau asyik makan macaroni, pasta, spagetti, no wonder uaals tak kenal benda ni.
Jangan besarkan anak-anak dengan makanan barat okay. 
I-oools makna makanan melayu saja. I pure MALAYU!


 I-ools makan benda ni tau. Sedap boleh tahan lah, I-ools aku tak minat sangat makan cecucur Malayu, but since ayah I-ools suka sangat melambakkan benda ni atas meja waktu petang, I-ools pun start la makan benda ni. Sedappp meh.
I-ools kalau ada milo ais, lagi laju I-ools makan.


 Ini namanya pulut udang tauuuu....~~~
Yang oren-oren tu isi ikan, ala yang kita makan dengan kutupat tu kan?
Ketupat tu.. Serunding lah. 
Alah lupa plak. Sorry ualls..
TYPO KUTUPAT?
haha.
Ada timah kesah??


Ni ha full view. Konyang eden.
Mana la berat tak naik, makan pagi cara pagi, nasi lemak + jus tomato.
Lunch, (menu girang ) I-aals memang berselera waktu lunch.
Diner, kadang-kadang i-alls termakan western la... :(
MAAP.

BAHAM JOM.

October 24, 2013

SIMPLE ADORABLE MAKE UP

Assalamualaikum,

Petang hujan - hujan  ni tak tau nak buat apa. Nak masak dah x kenyang , nak exercise sumpah memang tak la, nak jelajah  shopping complex pun tidak  mungkin rasanya.
Barang  make up banyak, boleh kerana  teramat  malas semalasnya , main make up pun boleh?
PHEWW! Antara  semua sepanjang  perjalanan  make up ni, aku kurang suka. Aku suka tudung tu jer. First  ooowh aku pakai  bawal  warna soft macam  tu. A bit adorable tak? HAHAHA. Kome tak suke , takpe . Aku suka!!

As usual kalau make up i prefer naturactor code 171 + 141.
I???

PLEASE lah!! I I ni Poyo! Orang maleyu  sila  cakap maleyu. No yu  ai  yu  ai . Tak penting  pun sebenarnya. Tapi  benci  jugak eh.
Well, gambar di  bawah  semua siap  sudah di  make up. Muka  asal aku penuh dengan eyebag. TERUK? OPKOS laaaa...


You like it? You like it?
OH MY JALILL~~~~

October 19, 2013

RED IS TODAY

Well ! I got red bawal's for today okay. Aku jarang -jarang  pakai warna ceria  macam ni. Sekali  pakai menyerlah  la jugak. Ehmmm! Nak cakap tu jer. K. Bai.

October 17, 2013

IBU PUTIH BARU SAMPAI


IBU PUTIH  IBU PUTIH IBU PUTIH

* 17/10/2013

SECRET OF BEAUTY , IBU PUTIH baru sampai. Diri terasa sangat excited nak mencuba. Kata mereka lah kan, kata mereka, krim ni seawal seminggu dah boleh nampak hasilnya. Betul ker?

Well, nak tunggu 1 minggu and 2 minggu nak tengok hasilnya. Adakah kulit makin gebus, flawless, berkilat bak mutiara atau pun berkilat bak  kuali. Eh tak la sampai mcm kuali, mungkin kulit akan sedikit ... Sedikit... Owh mungkin perasaan saja. 

OKAY, nak inform I dah dapat krim ni jer... HAHA.. 
BAI!

October 16, 2013

RAYA AIDIL ADHA 2013


Assalamualaikum my diary,

Maaf yea lama tak jenguk awak. Ni saya bawakan 3 keping gambar untuk hias diri awak. Cehh!Pirah! Akeceli cenggini la...

Hari ni kan hari Selasa, hari raya Haji. Eh salah, hari ni kan hari Rabu, jadi cadangannya aku tak nak keluar  ke mana-mana. Dah lesen  car aku pun mampos, jadi langkah aku aku di bar buat sementara waktu. Jadi kalau aku buat  memperlesenkan lesen lama aku, duit dah habis RM 50 dekat situ. So better aku simpan duit. Dan untuk keselamatan diri setiap kali keluar rumah, aku akan roger kawan-kawan jalan mana yang pulis tengah berkampung gembira. Faham?Kesimpulannya untuk perenggan pertama ni, lesen mampos, kaki terbantut nak jelajah dunia. TITIK.



So far, hiduplah aku seperti seorang suri rumah yang mengemop, yang mengemas, yang memasak, yang dot dot.. Bezanya aku tak  susukan anak, dan aku tak suap nasi ke mulut suami. HAHAHA. Dalam WECHAT, kawan dah sibuk-sibuk merangka lawatan nak berjalan ke sana sini. Dalam diam, aku malas nak balas ,aku baca sajalah. Bila sampai ke jalan klimaks nanti baru aku rempuh masuk dalam perbualan GROUP kawan kawan WECHAT. Macam biasalah, kami bila plan tak pernah nak menjadi. Dahsyattt! Kami kalau merangka lawatan, memang gah. Bunyinya macam nak ke Paris. Hujung jalan cerita ke TESCO, ke MALL. Itulah dia.

Jam 4.00 Ina mesej, katanya mak kawan kami meninggal, Amni namanya. Amni ni tak rapat dengan aku, tapi dia regular pelanggan aku. Agak sedih di sini. Aku pun pernah alami situasi kehilangan seorang ibu. Aku faham perasaan dia. Roger-punya roger aku dengan Ina saja nak ke rumah Amni. Ceis! Tengok? ??? Pedulikan mereka yang tak mau pergi. Dalam keadaan tak mandi tu, tukar baju. Tudung aku lilit kak Timah ajer. No more lah nak pin besar, berkilat. Takda maknanya. Panas ooowh pakai aju kurung tanpa mandi. Tak selesa. Nasib la pagi tu aku dah spray deodorant, kalau tak semerbak ketiak ni.

Start enjin car, tekan minyak. Aku pergi ambik Ina. Jalanlah kami dua pergi rumah Amni.

Sampai rumah Amni, jenazah dah di bawa ke tanah perkuburan. Frust gila aku. Kita waktu mak dia meningal, nak la selalu dengan dia. Teman, walaupun tak rapat tapi rasa kehilangan tu tak mampu rasanya nak tengok dia sedih sendiri. Ayat tak betul ni. :(((( Nongngngngng... Biar.

Agak dalam sejam kami tunggu, Amni tak balik jugak. Cukup sejam aku dengan Ina angkat kaki. Sebab lepas tu, nak pergi ambik Sarah pulak. Ina ada buat makan-makan sikit. Makan??? NYUMMMM!!

LAKSA SIAM. Sedap oowh, tapi pedas sikit.





SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA :)