Fuh! Syok sungguh main-main pergi kelas. Main-main keluar kelas. Main-main waktu dalam kelas. Oh! Itu memang perkara bagi aku. Aku memang suka berpeleseran pada waktu yang tidak menentu. Andai kata esok aku ada 2 test, malam ni aku masih lagi berkeliaran dalam kawasan rumah. Aku boleh cipta jadual sendiri, nak ambil test esok atau kemudian. Kalau kemudian, aku kena ambil seoranglah. Sebab coursemate yang lain dah ambil dulu. Dan, perlu aku uarkan bahwa aku sangatlah menghargai aktiviti membuang masa tengok website shopping. Haih! Sungguh lah aku memang kurang menitik beratkan soal pelajaran. Eh tak! Aku masih waras okay. Aku masih lagi sibuk nak belajar untuk final. Itupun semata-mata nak final lah. Kalau tak final memang harroomm nak tengok aku mengadap kitab-kitab ekonomi.
Baik, hari ini aku pulang Kedah. KEDAH. Okay, faham tu? Pulang KEDAH, bukan pulang PERAK. Perak tu memanglah bukan tempat kegemaran aku. Sumpah aku rasa tak seronok. Satu perkara yang aku seronok pasal bila ada di Seri Iskandar ialah peti ais di rumah sewa. Sumpah aku cakap. Waktu aku minum Juice Orange Tropicana Twister tu, terasa sangat-sangat bahagia yang over! Aku nikmati setiap teguk air. Mak aih! Air paling sedap kalau na dibandingkan dengan nasi tau. Tahukah anda cuaca di SI sungguh melampau-lampau panasnya? Tahukah anda bila tidur waktu malam aku rasa macam tidur dalam ketuhar? Tahukah anda satu-satunya tempat yang sejuk adalah ruang tamu rumah sewa aku? Tak tahukan? Biar. Tapi.. Aa..Aa... Anda semua tidak akan pernah tau bahwa aku ada sekaki kipas yang halakan betul betul depan muka. Yakni kipas yang aku letak atas katil single aku, dimana 1/3 ruang pada penghujung kepala aku khaskan untuk kipas keluaran Singer. Kipas itu yang aku anggap sebagai penghawa dingin. Kipas yang kadang-kadang buat rambut aku jadi kusut, macam rambut yang diikat dengan ribbbon. Ya ampun bila bangun pagi jenuh nak ungkai satu-satu. Rambut aku sudahlah kering macam dawai. Well, rambut yang tidak dipakaikan conditioner memang macam tu. Macam sakai.
PAUSE.
Okay cukup.
Sebenarnya bukan itu agenda yang nak disampaikan. Agenda utama yang hendak dikhabarkan ialah aku dijemput untuk menghadiri majlis adat istiadat konvokesyen yang ke -76. Aku batch yang ke-76 okay. Yet, aku masih lagi dalam lingkungan yang agak awal menerima scroll. Kan? 76 tidaklah sejauh mana pun. Selagi belum cecah angka ratusan, dan tetaplah aku dikira sebagai antara batch yang terawal. Walaubagaimanapun, UiTM sudah lebih satu dekad! :) Clap my hands!
Baik, sempena untuk menghadiri majlis bersejarah tersebut. Aku dan insan-insan yang terlibat telah sedaya upaya untuk mendapatkan tandatangan dari pensyarah yang berkenaan. Apa namanya.. Ya!! Borang pengecualian kuliah. Aku, Adele, Azreen, Dena, Aina, Nazirah, Ifa... Sapa lagi eh? Cukup la kot. Nak dapatkan sign bukan senang. Bila dah dpat tu, borang tu aku tertinggal dalam bilik. Aku confident keluar bilik heret beg roda, ingatkan borang tu dalam fail. Dah setengah jalan baru ingattttt aku tertinggal atas katil!! OMjay!!!!!! Nak patah balik?? Memang tak la. Jom teruskan perjalanan. :)
Adele!
Aku baru ambik sekeping gambar dia.
BATTERYEXHAUSTED.
Okay fine.
Meluatttt!
Eh lupa nak huraikan brooch kat atas tu. Tu aku beli. Buang duit. :))))